Saturday, December 25, 2010

bukan hanya penonton

selamat pagi.

untuk penduduk malaysia lah.

alhamdulillah,selamat dah ekspedisi 'camping' free selama 2 hari termasuk makan dan minum di Allah.

ulangan, FREE WEH!..

dapat pin koler 1 Malaysia. bukan main-main.


Fuh,nak kout satu benda dari Dr Yusof yang buat diri jadi segan tahap dewa 19.

"Kita dilahirkan bukan untuk jadi penonton, tetapi untuk jadi khalifah dan perubah masyarakat kerana kita mampu."


terima kasih! memang patik terasa.


ingat lagi tahun lepas, time balik malaysia,macam takde sumbangan langsung kat masyarakat.

kalau nak gi masjid, terjadi dialog dengan umi yang lebih kurang

"nak gi mane"

"masjid."

"owh,kenapa naik motor nak gi masjid jauh-jauh? masjid dekat kan ade.."

"erk,sedap siket smayang kat sane.."


[dialog ini translasi dari bahasa ibunda]

padahal dalam hati, 'kalo gi masjid dekat,kena tolak suh jadi imam. gi masjid jauh orang tak kenal sangat. tak kene jadi imam.'

huahaha.



menyengal sungguh plaja JODEN wat camni.budak az-zikr plak tu.adeh!


"Kita asyik duk tunding jari kat orang lain, kate tak buat ini lah, itu lah. Tapi peranan kita kat mane?"


sumpah terasa.

Saturday, December 18, 2010

asam dan garam.

benda yang tak suka simpan tapi suka buat sembang.
1.cinta
2.cita
3.insiden yang menyakitkan hati

benda yang saya simpan tapi mudah hilang.
1.al-quran
2.redha
3.pensel tekan


#tensen la,tiga-tiga pensel tekan hilang.satu pensel yang teman habiskan tiga juzuk,satu pensel yang teman habiskan surah ali 'imran,satu pensel yang teman quran baru.dah la mahal2 beli!!!




******************





~ nikmat terindah mereka yang berakal ialah dapat mengenal Tuhan ~

Friday, December 10, 2010

alhamdulillah







setelah lama menanti



tiba masa Allah bagi



untuk kita hargai.










indah nikmat air,bagi mereka yang pernah merasa haus.




#minta maaf kalau saya tertipu kalian.lambat lagi nak kawen..sume tengah belaja,duk jauh-jauh.mane boleh!

-kahkah,ni mungkin tipu lagi-

Tuesday, December 7, 2010

Jangan kawen lagi.






Dah dah, jangan kawen.

penat dah setahun iklankan orang suh kawen.

takdepun yang kawen.yang tengok orang kawen je banyak.

skang,kita tukar iklan, jangan kawen awal!

haa,ini part 1.


Part 2

pernah satu malam, saya dengan tiga orang jejaka Irbid.duk borang pasal penyusunan ekonomi bagi budak-scholar-yang-kaya-dapat-duit-banyak-taktahu-nak-buat-ape.

time tu la sume pecah rahsia.tiga-tiga simpan duit untuk kawen 2k-3k sorg. dalam dinar yu.

bukan main-main.peh,memang jauh pandangan mereka.duit saya 'banyak-banyak' dalam bank takpernah fikir pun nak guna untuk kawen.


Part 3

'ana nak kawen macam abi dan umi ana kawen'

'macamane?'

'ada suatu hari,ayah umi ana pergi kat tempat ceramah tok guru.dia terjumpa seorang lelaki dan berkenan dengan lelaki tu.jadi,dia ajak pergi rumah.anak perempuan dia datang hidang air.dah sama-sama jumpa,dia tanya kat laki tu, 'kamu berkenan tak kat anak saya?' laki tu jawab, 'ye.'


Part 4

#telefon; jordan-malaysia.


madam aisyah; kamu kan yang kate nak kawen umur 25 tu kan..

k.e; eh,ye ke?

madam aisyah; belaja tu dulu sampai habis.gembirakan mak kamu dulu.lepastu baru gembirakan anak orang.

k.e; insya-Allah tecer,saya anak berjurus.jangan risau.

madam aisyah; eh khairi,saya baru teringat.saya ade sorang adik ipar baru fly ke jordan.dia amik subjek agama.orang kelantan... [sensored]


k.e; takdi tecer gak kate kat saya suh balaja dulu sungguh-sungguh...




Part 5

semalam ada kuliah online,pasal kawen.memang terbaiklah.

memang umpama membajai cendawan yang baru tumbuh selepas hujan.agak-agak tahun ni paling ramai letak azam tahun baru paling soleh.paling ramai simpan duit.[kalo gi turki-uk-ailen sah-sah tak simpan kan.kot]

em,kita pakat tengok sape paling soleh.





habis cerita.kita sambung part 1.

JANGAN KAWEN AWAL-AWAL!!

korang ingat kawen ni bez sangat ke?
[takpernah ade plak yang kate kawen tak bez-setakat pengalaman peribadi la]

jom pakat jangan fikir pasal kawen mawen cintan cintun. takyah layan benda tahyul niiii..

meh nak citer.

1. sorang laki,ade banyak cabang nak masuh neraka.mak dia boleh tarik dia,akak-akak dia,adik dia.yang tiga ni agak-agak dah setel belum?
adahati hati nak tambah cabang.

2. kita bukan kawen dengan orang tu,tapi family dia.bukan mudah nak pikat hati 5 orang serentak..

3. kawen bukan setakat khitbah.sampai bila nak berkhitbah.keje belum.duit tak simpan.markah 9/30 (sape ntah.na'uzubillah). ade hati nak berkhitbah.

4. kawen ni dengan anak dara orang.bukan anak itik tok wi.
kalo anak itik tok wi takpelah, ade 10 ekor,hilang satu tinggal sembilan.

tapi anak dara orang tu,yang tu maka yang tulah.

5. kawen bukan macam beli dslr.bior mahar same mahal ngan dslr pon.takdenye korang bulih tukar bila dah kuar brand baru macam dslr.takat dslr pun orang sayang nak tukar..

6. kawen ni skali je (biar boleh 4 pon).takleh silap-silap macam blaja masak.

7. kalo subuh gelap bulihla nak kawen.kalo subuh cerah?

8. takkan tiap-tiap hari bini kejut ajak qiam.takpun,takkan tiap-tiap hari duk dengan bini sampai taknak qiam..

9. kalo hobi mengemas takpe.tapi ni hobi menyepah.

10. kalo tak kawen,boleh tengok onepiece.takkan dah kawen nak tengok onepiece ngan bini.

11. dah kawen kena jadi matang.aiseh.

12. time bujang ni nak sembang pasal akhowat,pasal muroqib kena tinggal,pasal kawen,pasal cinta.
kalo dah kawen,takkan nak sembang dengan bini pasal pompuan.

13. time tak kawen lagi nila nak gi tour jauhjauh-galakgalak-lepaklepak-nakalnakal. nak tangkap gambar minah mane pun takde sape jeles. nikan travel-travel sampai nak balik rumah pun cuak.kena format memory kamera dulu.

14. kesian kat housmet,kena cari member baru.kalo tak mahalla sewa.




dah.malas nak tulis panjang-panjang.


lantak hangpelah,nak kawen sangat!


*sumpah aku dengki sangat dengan orang yang simpan duit tu.aku dengki dengan orang yang ada impian macam tu.et lis ada orang yang dia fikirkan untuk ber'masa depan' dengannya.asalkan ikut jalan betul.aku ni,sampaikan terpaksa sandarkan pada impian orang lain untuk ada impian.kebanyakan impian aku sume dah 'mati'.








bai.

Monday, December 6, 2010

muraqib

huh! siot punya budak, nak fokus dalam lekcer pun payah!

ni lah masalah umat skang, gi lekcer sekadar tunjuk muka. ek lis kalo kot-kot dapat 9/30 [na'uzubillah] boleh gak sembang. "aku tiap hari pergi kelas!"

tapi dah duk usya anak dara orang wat ape?!

nak wat camne, dia kat depan!

dah, duk blakang sangat.memang nampak anak dara orang la.takkan nampak anak ikan plak.

normalla kalo nampak anak dara orang dalam kelas.

kalo nampak anak harimau ke,anak beruang ke.baru pelik.

punah iman wei lama-lama macamni.

kalo nak kawen,kecik sangat.

anak dara orang ni.bukan anak kucing parsi.yang boleh beli kat tepi jalan.

&^UH*%^&!!

kiut ke,cun ke,putih ke,pendek ke,baju pink ke,hijau ke.takleh jugak!

soal haram ke halal tu, malas nak ulas panjang-panjang.

masalah sungguh.

sume sebab sorang mahasiswi  ni la.

semalam.

bawak anak dia masuk lekcer.anak pulak kiut,duk pandang-pandang belakang.bajet kiut r!

memang kiut pon.

ceh,takpelah. muhadhoroh semalam dah lepas.

rugi sejam.


ni tak sure anak dara ke anak teruna.lupa nak tanya mak dia.nak cek takut orang kata miang plak.yang belah kiri yang tak kiut tu masih anak teruna.sila2.tapi yang kanan tu bukan anak dara semalam,ni anak dara bila ntah.



*muhadhoroh=lecture