Friday, July 22, 2011

babi

dalam imun, kemungkinan besar nak dapat organ ganti dari binatang adalah dari babi. bak kata doktor. tiba-tiba teringat kat makhluk ni sebab stadi imun. 'mulia' pulak ko eh.

amar cakap, babi ni 'hebat' sebab, mudah nak bela, boleh makan apa sahaja, boleh beranak 3 kali dalam masa setahun. hm, orang penah cakap daging babi adalah daging nombor dua paling sedap selepas daging manusia, wallahu a'lam. macam dia penah try pulak. aku? na'uzubillah.

# oh, baru aku perasan, orang yang bela babi dah dapat anak dua ekor berbanding iqamah aku yang belum siap.

Tuesday, July 19, 2011

cetus

"Cilakak!!" - tengking zaimu sambil menmbuk pintu biliknya.

4 orang ahli rumah pelik, dengan ketidakbiasaan perangai Zaimu hari tu.

"Pehal?"

"Visa aku kena wat balik."

"Oh. Allah nak ajar kau bersabar."



Saje aku nak tulis nama zaimu. rindu kat mamat kurus ni sekor. 'sekalo' mamat ni la kejut aku subuh, ataupun sebaliknya time kat SMAPK dulu. skang xde dah. ye ah, dia bukan serumah dengan aku.

hisy hisy hisy. aku takleh lupa lagi part dia dan 'baok' stadi kat bawah lampu malap tengah jalan. katanya carik 'feel'. tengkorak hangpa!

kawe tabik demo boh. aku taw mu baco. nok bual lamo nga mu, mu sibok sokmo. ho lah, sep siqoh banyak tugas dakwah. tu aku kagum dengan mu. malu urat perut. nati aku gi mesir rayo haji ni, kalu mu tok sambut meme aku kerat-kerat wat sup tule ah. kah kah.

weh, moga kita tak lupa. nyawa bagi jiwa kita adalah kita. bila kita kata dia mati, matilah dia. soalan pulak, apa nyawa bagi kita? aku berpendapat, nyawa kita adalah apa di sekeliling kita. sebab tu seorang 'penyepi' adalah orang yang mati sebelum mati. orang yang berhenti adalah orang yang tewas sebelum tewas. kalau dulu, mak ayah yang bentuk 'sekeliling' kita, naqib, ketua badar, saen. Leni, kita sediri. mu sediri. aku sediri.

ttahulah gapo aku tulis ni. sengajo wat bahaso kelate, tokse wi rama pehe. keh.

bai, brader.

Wednesday, July 13, 2011

dari sudut pandang

dalam proses menghabiskan buku pandangan hidup muslim, karya HAMKA. aku ceraikan sejarah untuk seketika. 

yang dibaca petang tadi.

Bernyanyi rasanya alam ini bila dilihat dengan mata seni. Keindahan alamlah gabungan rupa dan suara. Dengan sendirinya anda akan mencintai diri sendiri kerana hidup diliputi keindahan. Anda terharu. Terharu adalah gabungan gembira dan sedih. Gembira merasai keturunan hidup, sedih mengingat kecil diri di hadapan kebesaran-Nya. Anda akan menarik nafas panjang, lalu terlontarlah sesuatu kalimat dari mulut anda: "Allah".

Dengan ucapan itu berhasillah anda.

Batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali.
Pernah ada seorang menanyakan kepada seorang guru sufiah yang terkenal, iaitu Junaid Al-Baghdadi, betapa pendapat beliau tentang perkataan sebahagian orang, bahawa wanita itu adalah 'tali syaitan' untuk memperdayakan manusia. Beliau menggelengkan kepala dan berkata, "Biarlah orang mengatakan perempuan tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan."

Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu.



- Pandangan Hidup Muslim (HAMKA) -





waktu memandang alam, terucap, "Allah!"




terpulanglah kepada yang memandang






gembira atau tidak, kita menghadapi hidup, hanyalah pada sudut pandang yang kita letak.






Monday, July 11, 2011

.

tamatlah riwayat!

fuhh.