Thursday, January 12, 2012

baki kosong

agaknya ini kali pertama aku menetap di irbid selama lebih dari empat hari tanpa sebarang aktiviti. exam final untuk sem ni dah habis, tinggal tunggu result. moga lulus semua, amin. doa-doakanlah kami. 19.1 baru ada keje.

lens sigma yang belum dibaiki [atau diganti], history of islam yang belum habis, chronic infected window 7 yang buat aku pukul laptop, keyboard n mouse wireless yang dah tak 'ddegih', nota-nota yang bersepah, baju tak berbasuh, perancangan ke europe yang belum siap, hati yang terapung, stok movie yang dah hampir habis, kotak permainan yang belum dibaiki, dan sesuatu yang tidak selesai.

kelmarin mimpi alhambra, petang tadi mimpi mimpi masjidil haram [tetiba jumpa sorang akhawat, hak3].

antara sepanyol, itali, swiss dan paris, tempat mana yang kedua paling bez? blur...

antara d7000, dan nikkor 55-300 mm, yang mana lagi berbaloi? blur juga.

antara tidur dan tengook movie, mana lagi bermanfaat? haisyy..

sem ni pelik sangat.


terbaru, sedangkan fikirkan program NPO [non permai oriented] pasal sejarah. agaknya wadah terbaik guna pintar [usrah], ditugaskan isu-isu tertentu. cadangannya, "sembang silam; granada yang dikenang" tapi masih kekurangan idea. hanya terfikirkan untuk bahagi tugas untuk kaji, bentang ringkas ikut kumpulan, pembentangan bervideo dari manusia berilmu, dan penutup [apa yang tinggal untuk kita manfaatkan dari hilangnya nasrid]. kenapa aku pilih granada? mungkin sebab ia 'negara' islam silam yang paling dekat dengan zaman kita yang berjuang untuk hidup [hanya] dengan kekuatan ilmu. berbanding turki yang ada kelebihan tentera. dan, ramai kenalan yang hendak ke sana cuti ni. moga bermanfaat untuk buka mata umat moden.


granada.

tempat terakhir islam bertapak di sepanyol?

siapa nasrid?

'kalah' pada tahun 1492. kenapa uthmaniah (sultan muhammad al-fateh ataupun anaknya sultan beyazid) tak tolong?

fungsi alhambra?

abu abdullah yang malang.


last last, aku juga yang mungkin malang, sebab kurang semangat nak teruskan benda ni. boleh kot...


3 comments:

Nuha Hashim said...

serius menarik projek cuti kheri, part sejarah "sembang silam; granada yang dikenang".

perancangan pintar kheri ke?
teruja untuk tahu hasilnya. Nanti kongsi boleh? =)

semoga Allah mudahkan ya.

Nuha Hashim said...
This comment has been removed by the author.
Mat Som Sadona said...

Tertanya2 juga kenapa Spanyol tak dpt diIslamkan sepenuhnya seperti Bosnia?