Saturday, October 2, 2010

Mencari Tertib

Ini satu percubaan.

***************

   Seorang pemuda duduk berseorangan di bangku usang di tepi sebuah kedai barangan elektrik Hitachi second hand 'Made in China'. Sesekali habuk mengusik halus bulu hidungnya dek kerajinan Abu Ibnu, tuan kedai barangan elektrik Hitachi second hand 'Made in China' tadi membersihkan barangan-barangan kepunyaannya dari bucu ke bucu, juga pada tiap lubang yang masih berskru mahupun dah tertanggal skru.

   Pemuda itu hanya buat acuh tak acuh pada anasir halus tadi. Otak dan matanya tertumpu pada dua ekor merpati yang sedang bercengkerama.. Seekor berbulu kelabu dengan kepak sedikit hitam. Agaknya yang ini jantan. Seekor lagi berwarna putih. Satu warna sahaja, melainkan anatomi tubuh yang sememangnya sudah berwarna khusus.

"Romantiknya aku tengok merpati dua ekor tu. Dahla wat drama depan aku! Baru kawen agaknya!" fikir pemuda itu.

   Ingatannya tiba-tiba teralih kepada Has, muslimah yang diminatinya sejak dua tahun lepas. Walaupun dia tidak pernah melihat gerangan itu, berhubung pun jarang sekali, namun kelibat bayangan muslimah itu kadang-kadang menari-nari di matanya jika dia termenung sendiri, mengetuk hatinya yang jarang memikirkan soal hati. Teringat lagi akan peristiwa minggu lepas, sebelum dia berangkat ke Jordan. Dia ternampak kelibat sisi kanan muslimah itu di KLIA yang memakai baju kurung pink bertudung labuh. Kawannya di sebelah menemani. Ingin disua namun hatinya melarang. Dia tahu akan tujuan kehadiran Has ke tempat itu, tapi tetap dia menahan. Selepas bersalam dengan Abang Chik dan menciumi Umminya tercinta, dia turun dari eskelator Balai Berlepas dengan sedikit sesal dan penuh redha, di sebalik rasa itu ada ketenangan dari Tuhan.

"Aku lebih sayangkan kau, hati! Adakah kau lupa Tuhanmu?" bisik pemuda itu pada dirinya sambil menarik beg polo hitam beroda dua meninggalkan memorinya di tanah air. Tahun baru.


Burung merpati itu masih di situ. Pemuda itu juga masih di situ. Lamunan dia juga masih di situ.

"Bila la agaknya aku dapat dia?" soal pemuda itu pada diri.

"Astaghfirullah! Aku leka. Ini zina hati."

Lamunannya disentak iman yang kadang-kadang tebal macam kulit limau bali, kadang-kadang pula nipis macam kulit limau puri.

Dia mengalih lamunan. Kepada suatu yang lebih soleh. Menafakur hati akan keindahan nikmat Allah pada makhluk bernama cinta, yang menjadikan alam ini terus bergerak dalam alunan hukum alam dengan tasbih memuji zat-Nya. Cuma makhluk yang bernama manusia pula yang terkadang menodanya.

Burung itu beromantikan dalam aturan hukum Tuhannya.

Siang dan malam bergantian dalam aturan hukum Tuhannya.

Mangga dan kunci berpasangan dalam aturan perekanya.

Upin dan Ipin pula bergandingan dalam aturan cerita pengarahnya.

"Ah, aku mesti mencari cinta yang tertib, dalam iringan hukum!"


bersambung...

9 comments:

Salsabila said...

sambung cepat cepat.

Akhyar said...

eh,i'Allah..
byk lg nk kena blajar.segan nk tulis lagi.ehe.

Salsabila said...

Penulisannya bagus. Maka teruskan. Ada je yang tak tahu tentang cinta hakiki tu. Sekurang-kurangnya dengan bercerita ni, boleh terkesan dekat pembaca dari memberi faktaaa je :)

*serius merepek ape entah ni. semoga teruskan menulis tentang hal2 agama. Berdakwah tu :) Ok, cukup bebel. Salam.

Akhyar said...

terima kasih.
salam.

pakurawan said...

ayuh cari cinta yang tertib dan islami.

Akhyar said...

to hazen;
semangat nye ustaz ni..

Jamilah Mohd Norddin said...

Salam Akhyar,

Bila kamu ada rasa mahu menulis maka, terus dan teruslah menulis. Kalau macam kamu yang ada di oversea boleh join GKLN, banyak manfaatnya untuk belajar menulis.. tak rugi..

Cerita ni, bagus! Teruskan sampai habis.

Remaja sekarang lebih mudah terima sesuatu dalam bentuk cerita berbanding diberikan fakta berjela.. Ada orang berubah apabila membaca novel.. itu tidak dapat dinafikan nafi..

Maka, kamu ada minat, teruskan menulis dalam apa jua genre.. Bak kata Hilal, penulisan itu pegun!

Sekian, komen saya yang bukannya pandai sangat menulis

Akhyar said...

to Jamilah;
terima kasih byk2..

[yg brtanya lagila x pandai!]

tepianmuara said...

'Lamunannya disentak iman yang kadang-kadang tebal macam kulit limau bali, kadang-kadang pula nipis macam kulit limau puri.'

gelak jap.

hah. betullah.