Friday, October 1, 2010

Ya Syeikh..

Kat Jordan ada ramai Syeikh..


Ada Syeikh Mu'taz, beliau selalu jadi imam kat Masjid JUST.


Ada Syeikh Abu Mahmud, beliau selalu tolong Syeikh Mu'taz jaga Masjid JUST, dua-dua hebat.


Ada Syeikh Mahmud plak, beliau guru Al-Quran kat Markaz Huda (tempat belajar riwayat Hafs dari 'Asim)


Ada gak Syeikh Khalil, tapi ia stesen bas. Takpela, glamer gak.


Tapi, yang paling femes, Syeikh Ma'mun As-Syamali.






Seorang yang tinggi sederhana, kulit putih, jambang kemas dsb.
Qari yang simple dan steady, hebat dan stailo. Beliau hafaz 30 juzuk Al-Quran. Jadi Imam di Masjid Jami'ah Yarmuk sejak tahun 1990 lebih kurang, mengikut cerita dari mulut orang.


Antara mimpi dan rasaseparuh  bangga, beliau pernah bagi pengisian kat beberapa studen Malaysia di Jordan, termasuk pemilik blog ini, pasal hafaz Quran.
Beliau kata, zaman belajar adalah zaman yang paling baik nak hafaz Al-Quran, sebab otak kita sedang ligat, bukan pegun macam otak makhluk makan dan tidur.
Beliau kata, Al-Quran bukan untuk ahli agama sahaja, tapi semua. Bahkan, ramai pelajar aliran sains yang lebih hafaz Al-Quran berbanding agama.
Beliau hafaz Al-Quran semasa belajar sains fizik tak silap, hafaz sendiri-sendiri.


Hebat bukan.


Lupa nak cerita, beliau bukan 'ustaz', tapi ahli dalam bidang sains fizikal.
Kalau beliau jadi Imam, tak rasa baca panjang, selalunya rasa gak,eheh.  
Kalau Ramadhan, ada terasa macam kat tanah haram, dengan anak beliau yang qamat sebijik bilal kat Masjidil Haram, Solat habiskan satu juzuk semalam. Bacaan yang tepat. Pehh!!


Memang layan.


Orang anggap beliau sebaris dengan Qurra' terkenal macam Ghamidi, Sudais, Jibril.
Sape nak trai, datangla Masjid Jami'ah Yarmuk ye, insya-Allah. Kalau subuh tu, boleh dengar bacaan qiraat lain. Jangan duk sebut 'subhanallah' dah la.


Tapi beliau dah nak sambung belajar agama kat Tanah Haram.


Masa yang berbaki, guna sebaiknya, biiznillah.


fotografer lari-lari lepas seting kamera, pastu silap ambil tempat.spoiler sket yang kat depan tu





Selamat mendekati kitab, yang bukan qadim.

3 comments:

Anonymous said...

Beruntungnya.

Salsabila said...

sangat beruntung dapat rapat dengan orang hebat hebat. Semoga dimanfaatkan sebaik mungkin :)

Akhyar said...

to Robin Hood:
alhamdulillah..Dia bagi peluang.

to Husna:
y x untung, beliau dah nak g sambung blaja.
takpe,byk lg..