Wednesday, January 12, 2011

lawa

aku tengok tarikh hari ni lawa.kena wat post neh.

alamak,ade 18 minit je lagi..adui3.

em,takde topik plak.

ok,topik ekspres. KAWEN! ni nasihat ana untuk enta..

kah3..

dah dua tiga abad berhenti borak pasal kawen,tetiba timbul balik,hasil soalan seorang musuh dalam selimut, ops, kawan yang akan balik Malaysia cuti ni. kalo dia baca, mungkin dapat isi. malam tu saya dah kecewakan dia.

eh, kejap saya kejap aku..dakpelah.

emm,macam bez jugak soalan yang aku terfikir dari soalan dia..sebab ape kena kawen?

adohai, maafla pak cik T, aku memang payah nak serius bab ni.. yang ni agak serius.

semalam, sengaja bukak topik pasal ni time makan pizza bucu, nak betulkan balik fikiran songsang.

soalan pertama,boleh tak berubah sebab perempuan. oh,apekah jawapannya? lama dipikirin, aku teringat kisah Nabi Yusuf dan 'imraatul aziz'. dan, pasal ghanimah. kenapa dalam perang Allah syariatkan harta rampasan perang/ghanimah, sedangkan jihad kena ikhlas, untuk Allah. em,same dengan kita taat pada ibu ayah, adekah kerana semata-mata kerana Allah, atau kerana kasih sayang kita pada mereka..

hah, malas nak jawab!

ok, sepatutnya kita kena fikir pasal kawen dulu bau boleh fikir pasal cinta. sebab cina selepas kawen. ergh, aku boleh muntah cakap soal ni.

begini. anggapla ini dari lagun hati. bagi aku....

jodoh ni takdir, pasangan ni rezeki. memang rezeki adalah takdir. setakat ulat dalam batu pun boleh makan, ni takkan kau yang nak kawen takleh? at least ulat tu bagus gak, dia hidup dalam batu. cuba dia hidup dalam tapewer, belum tentu dapat makan. tu pun,dia dapat makanan yang ade jelah. sape suh tak cari.

same gak ngan jodoh [bagi saya] adalah takdir dalam pilihan. kalau kita tunggu, maka dapat apa yang datang, tapi kalau usaha, dapat apa yang berjaya.kahkah. tapi kena betul cara.

aku masih percaya orang kawen dengan sebab tiba-tiba. kejadian tiba-tiba yang Allah rancang untuk dia.

- tiba-tiba seorang cikgu boleh teringat pasal adik ipar dia time borak dengan seorang bekas pelajar, padahal ramai je bekas pelajar lain yang selalu borak dengan dia. tapi kenapa time tu jugak dia teringat, dan tanya kekosongan pelajar tu.

- tiba-tiba seseorang terdetik nak poskan buku-buku kepada orang yang tidak pernah dia jumpa, tapi buku yang dia memang taknak baca.

- tiba-tiba seseorang boleh ada kesempatan datang ke airpot, tapi takde ruang nak jumpa, tapi 'terkarang' untuk berjumpa dengan keluarga orang yang ingin dijumpai.

- tiba-tiba dua orang boleh berkenalan dari blog dan ambil langkah serius untuk kawen walau masih muda.

- tiba-tiba ayah tanya pasal kawen.

nanti aku panjangkan lagi kisah-kisahnya.

hah,entah kisah ape yang direka ini.

tapi,mungkin 'tiba-tiba' ni banyak, dan bercabang. sila pilihla balik.

em,sedangkan kita tak tahu esok apejadi, inikan kawen yang bukan esok.

Tuhan lagi tahu bila kita kena kawen, dari kita yang rasa kita kena kawen.

Dia boleh bagi bini ekspres, kalau Dia nak. kalau kau nak pun Dia boleh bagi. tapi jangan lupa Dia paling tahu tentang waktu.

aku percaya kawen adalah dengan sebab bermisi. sebab Rasulullah ada misi pada tiap perkahwinan baginda.

aku juga percaya dengan isitilah kawen adalah solusi, sebab aku takapernah jumpa sesiapa yang menyesal dengan perkahwinan dia asalkan dia kahwin dengan ikhlas. [takperlu kot nak hurai ikhlas]

aku juga percaya lambat kawen boleh bahagia, sebab hidup bukan itu semata.

aku juga percaya kawen awal boleh bahagia, sebab itu dah jadi jalan dia.

hmm, tapi aku harap Allah tak jadikan aku kawen awal, sebab banyak lagi benda..banyakkk.

entahla dalam post ni ade solusi tak kawan, tapi aku rasa bersalah malam tu, dan aku minta maaf banyak-banyak. kalau kau betul-betul nak borak, kita borak dua orang, sebab aku takpernah nasihati akak-akak aku pasal kawen tengah duk ramai-ramai.tak keluar idea.jadi main-main. heh~

selamat stadi enek.

bai.

nah,hadiah! kah kah kah


#ops,dah lebih pukul 12. anggapla post ini ikut waktu UK.

Sunday, January 2, 2011

habis 1 episod

semalam aku baru perasan usia dah menjejak 20 tahun. takperlu baca.al-Quran lagi berpahala.

fulamak,jiwa muda takleh blah.bajet belasan lagi tuu..


rasa tua la plak umor 20 dengan prangai 16-pun-tak-layak ni. entah ape dah jadi.episod 2010 dah tamat.

- buku banyak-banyak beli tak pernah di baca, bukak pun jarang-jarang sekali.sekadar mengharapkan ilmu yang lama untuk hidup.

- selama duk dalam unit zakat bab publisiti tak pernah pun aku hapdet laman web zakat,fesbuk pun tak pernah jugak.toksah kate hapdet la,bukak pun tidak.paswod ngan username dah beratus kali tanya kat pengerusi [sebab wat alasan sama bila ditnya kenapa tak ha[det blog,kerana lupa paswod]. maafla ustaz Ain.

- duk dalam PINTAR, ntah keje ape yang dah dibuat setakat ni.ditolak-tolak kat tuan dzul ade lahh.asyik die je wat keje aku.takpernah-pernah plak aku wat keje die.

- sem ni saje aku dah ubah 3 4 kali posisi barang dalam bilik.entah ape yang tak puas hati,entah fengshui ape yang sesat kat sini.mesti tak kena.pokok matilah,ikan mampuslah,hamster meninggal,speedlight rosak,kain lap spek hilang,selipar musim sejuk tak jumpa,macam-macam. yang terbaru,ubah bilik separuh jalan,astu dah malas dan taktaw nak wat cane.ntah malam ni nak tidur kat lantai mane..

- youn hapal quran boleh bilang juzuk dah dengan jari setakat sem ni.cimok ngan koje plak stended safee ali dan kunalan dah aku tengok.kamal,time aku denga taylor swift pun dia baca quran,hanip,naim,sadis,amir sume istiqomah.Lan pun masih istiqomah.aku je menurun tahap gabai.kalo gabai tahu pun dia mengaku kalah.setakat bilangan muka surat boleh kire dengan jari bhai.takat mane lagi mundur taktaw la nak cakap.takat negara zimbabwe yang inflasi tinggi gile sampai harga air mineral dah juta-juta [aku teka je] pun maju lagi agaknya.
ustaz radhi ade tanya,kenape kamu ni khairi? entahla,aku memang takde alasan sebenarnya.tapi jumpa satu alasan. 'erk,saya memang slow siket sem 1,time sem 2 laju lah'.ntah fatwa sesat mane aku rembat!

- Allah bagi nikmat duit simpanan dalam 2 ribu dinar dah terhegeh-hegeh nak tukar kamera baru dengan lens lagi mahal.memang tak sedar diri.takat setan pun menabung untuk anak bini [kot nye lah].tapi takpela,aku takde anak bini wat ape nak menabung [sebagai alasan]

- makanan penuh kat bilik,dah berapa abad tak pernah nak habis.nasib baik ade ozi tolong makan.tapi tak baik  jugak sume benda dia nak makan,hek3.mahal boh,galaxy flutes tu,dahlaa sedapp!!

- hobi mencampak semakin menjadi-jadi.stokin ke kiri,sweater ke kanan,kopiah ke atas [dan jatuh ke bawah] lalu beradu.

- dah rosakkan spidlait abang ikhwan tak hantar lagi. maaf abang,ana demam hujung minggu ni. [alasan hampeh jugak]

- orang lain baca quran tiap hari,tertinggal dah jadi tak sedap hati.aku kadang-kadang sesedap hati je tertinggal al-Quran dalam sehari.sumpah teruk bab ni.

- akak nak kawen,pilih-pilih tarikh,sekali tak kena masa.aku dah bagi sebulan suh pilih tarikh,boleh pihak sana lambat tempah dewan sampai kena tundu minggu selepasnya.umi dah mengamuk-ngamuk cakap kat akak suh takyah kawen.aku plak tengah tensen.sekarang baru terfikir,kalau aku koling terus abang-ipar-to-be tu kan mudah,cakap apa yang aku nak.takyah tensen-tensen.ni duk lepas kat umi ngan kak memangla setuju.pompuan mana pandai bangkang ngan laki,lagi-lagi umi,yang memang hormat orang.tapi hati geram sapa boleh tolong..mengapelah aku tak bersuara,padahal aku ada hak sebab aku wali.

- pernah marahkan sorang akhwat pasal muraqib.dia marah balik bhai.kelakar ape nak main marah-marah bajet main masak-masak! bila aku tanya kawan, "kheri,ko lupa dia pompuan!!"

- dah tak ade azam tahun baru.takde langsung.tukar tahun dengan tukar hari macam benda sama je,masa je beza.

- nak stadi gi  rumah orang.padahal amar nak stadi datang umah aku.bukan sebab tak kamceng dengan amar,tapi sebab taknak tidur lebih-lebih dan duk depan leptop lebih-lebih.duk rumah orang segan siket,tidur pon tepi-tepi je.kalo tak nasib baik tepi dapur je.tapi,bila  gi rumah kamal,markah dia plak jadi rendah,gi rumah sadis,markah dia plak jadi rendah,gi rumah chalok,markh dia plak jadi rendah.entah jin ape aku bela.niat taknak lagho terpaksa gi rumah orang,tapi melaghokan orang lain plak.

-aku taktahu macamane benda ni boleh stat.paling aku nampak sejak akhir sem soifi tahun lepas.peristiwa pedih tu pedih sangat ke sampai jiwa halus aku mati.sampai dah takde nyawa takde rase.blaja pun sebab taknak fail sebab taknak balik malaysia lambat sebab taknak blaja dentist lama-lama sebab itulah hajat aku buat masa ini.

hah,cerah gelap cerah gelap.


original oren,monitor samsung yang berhabuk,sejadah buatan arab saudi,hiram,pokok buluh yang dah kuning,botol air zam zam yang masih tinggal separuh, megi dan kerepek yang berabad,sume bersketsa dalam bilik,menempati ceruk-ceruk tanpa tanzim,semua terabur,terabur. lantaklah engkau bilik,aku dah malas nak solekkan kamu.aku nak solap.



pergilah 2010,perlahanlah 2011,aku sayangkan nilai umurku...