Wednesday, July 13, 2011

dari sudut pandang

dalam proses menghabiskan buku pandangan hidup muslim, karya HAMKA. aku ceraikan sejarah untuk seketika. 

yang dibaca petang tadi.

Bernyanyi rasanya alam ini bila dilihat dengan mata seni. Keindahan alamlah gabungan rupa dan suara. Dengan sendirinya anda akan mencintai diri sendiri kerana hidup diliputi keindahan. Anda terharu. Terharu adalah gabungan gembira dan sedih. Gembira merasai keturunan hidup, sedih mengingat kecil diri di hadapan kebesaran-Nya. Anda akan menarik nafas panjang, lalu terlontarlah sesuatu kalimat dari mulut anda: "Allah".

Dengan ucapan itu berhasillah anda.

Batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali.
Pernah ada seorang menanyakan kepada seorang guru sufiah yang terkenal, iaitu Junaid Al-Baghdadi, betapa pendapat beliau tentang perkataan sebahagian orang, bahawa wanita itu adalah 'tali syaitan' untuk memperdayakan manusia. Beliau menggelengkan kepala dan berkata, "Biarlah orang mengatakan perempuan tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan."

Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu.



- Pandangan Hidup Muslim (HAMKA) -





waktu memandang alam, terucap, "Allah!"




terpulanglah kepada yang memandang






gembira atau tidak, kita menghadapi hidup, hanyalah pada sudut pandang yang kita letak.






2 comments:

Yuyun said...

entry dan gambarnya indah sekali...

Akhyar said...

trimas ye..
hehe.