Friday, August 19, 2011

paling kurang kita cuba

korang bace, kalau tak berisi jangan menyesal.. sekadar arkib.


***

menjadi seorang lelaki tunggal dalam satu keluarga bukan suatu kondisi mudah. tanpa ayah dari kecil, tanpa abang, mahupun pak cik yang akrab. seingat aku, orang lelaki pertama yang aku dapat lihat dan aku jadikan role model adalah naqib aku di SMKA Falahiah, namanya Aslam, seorang lagi Nazmi. alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung. ini waktu tingkatan 1. saat salam wida' akhir tahun, aku seakan ingin menolak abang naqib aku yang nak peluk aku, sebab aku tak pernah rasa (sejak minda sudah pandai mengingat) dipeluk seorang lelaki. rupa-rupanya itu yang dinamakan ukhwah fillah. isy, kalimah yang aku kenal baru 2 3 lepas agaknya.


di sekolah, banyak perkara 'fambel' bersifat kelelakian yang aku terbuat. haha. alasannya tidak pernah melihat contoh. alhamdulillah aku dikelilingi sahabat-sahabat yang kurang mengejek, dari situ aku belajar. boleh aku kata, Falahiah mengajar aku menjadi lelaki. bukan maknanya aku pondan sebelum tu, tak! na'uzubillah. cuma tidak diajar, sedangkan manusia ada naluri.


tiap kali telefon ke rumah, umi pasti terkejut. seminggu sekali aku akan telefon ke rumah, juga bila ada exam. tiap  kalinya umi terkejut.

"sapo ni?" - umi

"eri laa." - aku

"kkejut denga soro ore jate. mano ado ore jate nok talifon rumah ni..." - umi

haha, aku gelak je. tak terasa hati pun, dah tiada lelaki dalam rumah tu, bahkan yang berkunjung pun amat kurang. hanya sahabat-sahabat pelanggan jahitan baju umi yang selalu berkunjung ke rumah. itu kot hiburan bagi umi bila aku tiada di rumah, dan anak-anak lain ke sekolah/kerja. eh lupa, di samping kucing-kucing yang meriangkan. haha. kucing memang menghiburkan.


satu hajat arwh ayah yang tidak tercapai oleh umi, agaknya. kata umi, ayah aku dulu berniat nak letak aku di sekolah tahfiz, tapi Allah jemput dia dulu. dan umi pula tak tahu macam mana nak masukkan aku ke sekolah tahfiz. em, aku diam aje. terasa, duduk dalam tahfiz azzikr di jordan ni, entah ke mana nasibnya. terasa celaka jugakla part ni.. aduh!


jauh pulak bercerita.


hari ni aku melihat balik ke belakang. siapa aku dahulu. melihat 'hal-hal' yang aku cuba semata-mata untuk kenal erti reti. taknak jadi manusia bodoh. tiap yang datang aku persoalkan 'kenapa begini', 'kenapa begitu', 'apesal begini bukan begitu'. sebab takpuas hati dengan jawapan orang, aku cuba sendiri, aku cari sendiri. untuk kenal erti reti.


sejak ayah meninggal, hubungan antara keluarga belah ayah dan belah ibu retak. mungkin sebab belah ayah adalah kalangan adik-adik yang hilang abang sulung (ayah aku) seolah mereka kehilangan kemudi. dan belah umi yang semua adik beradik perempuan, yang kita maklum lebih mudah untuk ikut perasaan. agaknya manusia solo yang neutral, dengan seorang ibu saudara belah ayah. cari jalan untuk berbaik dengan keduanya. berbelas adik beradik ayah untuk didekati. walau aku tahu, aku budak kecil takkanlah nak menyatukan dua keluarga. tapi kerana sandaran yang menyuruh seorang anak untuk berjasa pada ayahnya yang meninggal, dengan menjaga hubungan dengan kenalan ayahnya. lagi-lagi keluarga. alhamdulillah, selepas 10 tahun kesemuanya berbaik. hasilnya aku dapat lihat bila majlis kawen akak ketiga bulan lepas. haza min fadli robbi.


***

banyak part dalam hidup, orang akan persoalkan.

"boleh ke kau buat?"

"jadi ke nanti?"

"kalau gagal?"


banyak lagilah. padahal kita belajar dari kegagalan. aku pun tak tahu part mana kita boleh belajar dari kejayaan, melainkan untuk dijadikan contoh. tapi ilmu yang pure datang pada diri, datang dari kegagalan. apa-apa bentuk kegagalan.


hamka ada tulis perumpamaan, yang dapat difahami (aku tulis ikut ayat sendiri, malas nak cari buku, maaflah taksedap).

bila kita berada di bumi, kita nampak pasir-pasir yang kecil, dan bukit-bukit yang besar. bulan, bintang yang tinggi. pokok-pokok yang melitup. bangunan yang mencacak. sungai. lautan. tasik. gurun. bila kita naik ke langit kita akan lihat bukit makin kecil dan makin kecil. laut, sungai, hutan, makin hilang dari pandangan. sampai masa kita lihat bumi hanyalah sebesar pasir yang kita lihat di bumi tadi.


dan pesanan seorang guru biasa di sekolah menengah biasa, tapi berjiwa luar biasa. "gapailah bintang di langit, tapi jangan lupa rumput-rumput yang kaupijak."

dalam banyak hal, kita tak layak untuk takut mencuba, sebab sudah terlalu banyak ketakutan lain. andai dibina banyak ketakutan, mana hilang beraninya? madam aisyah pernah cakap, "tiap 'tak boleh' yang kita ucap, seolah kita bina dinding di hadapan kita."

jatuh dan rebah dalam perjalanan kehidupan, boleh kita jawab, "paling kurang kita cuba."

di samping "alhamdulillah", "Dia aturkan yang terbaik", "masih ada masa", dan selainnya.

ikutlah, asalkan bahagia. teguran untuk diri sendiri sebenarnya.

http://soundcloud.com/isthur/dmasiv-jangan-menyerah dan syukuri apa yang ada.








# i'Allah akan dapat dua orang lagi anak buah. dua sedang mengandung.


yang paling bongsu dalam femili.

*bila entah giliran aku

Tuesday, August 16, 2011

time lapse yang tak jadi.

haha.

takpe lah. hargai diri sendiri. huhu~








pemandangan dari tingkap bilik..
pagi 15 Ramadhan 1432

sila tekan 'Ctrl +' untuk besarkan saiz..

Sunday, August 14, 2011

iqamah ii

aku taktaw kenapa hal iqamah kali ini telah bagi aku berbakul-bakul pahala, dan berbakul-bakul dosa. mendatangkan 'stigma' kepada akal aku terhadap ramai individu terutama yang berkaitan dengannya.

mungkin masalah ni ramai orang kena dan dah banyak imbuhan 'mereka' dapat, dan kami juga. mungkin secara tak sengajanya, nasib aku kurang baik bila ia bertembung dengan bertali-tali kemaslahatan lain yang takjadi sebab ia seekor.

dan hasilnya juga. blog ini penuh dengan post marah. sedangkan ramadhan. sampaikan aku bersyukur dengan masuk ramadhan, sebab hati aku lebih lembut untuk memaafkan.

dah berpati dalam hati.

kerana ada hadis yang menceritakan tentang mereka yang sesat dan menyesatkan, maka aku anggap ini sebagai susah dan menyusahkan.

tahun depan aku tolong mukmin buat iqamah. takde lah nak kutuk saje.

kalaulah orang yang teraniaya atau orang yang diuji dapat pahala, takkan 'orang yang menguji' dapat dosa kot?

taubatnya bagaimana?

na'uzubillah..


wallahu a'lam.

Friday, August 12, 2011

moga berjaya, insya-Allah

ada dua benda besar bermula semalam (atau hari ini agaknya);

1. belajar bersungguh-sungguh untuk exam imunologi sabtu ni.

2. hal-yang-tak-perlu-diceritakan.

moga kedua-duanya berjaya. insya-Allah.


Selamat menghadapi 2/3 ramadhan.

Sunday, August 7, 2011

pemimpin

kita akan jumpa dua jenis pemimpin:
1- pemimpin yang mengguna rakyat
2- pemimpin yang membina rakyat.


bezanya,
pemimpin yang mengguna rakyat hanya ingin menyelesaikan tugas-tugas kepimpinan dan menjadi sehebat-hebat pemimpin.

pemimpin yang membina rakyat 'hanya' ingin menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan menjadikan rakyat sehebat-hebat rakyat. eh, secara tak sengaja dia menjadi sehebat-hebat pemimpin.


barangkali,
pemimpin pertama adalah pemimpin untuk dilupai.
pemimpin kedua adalah pemimpin untuk dikenangi.




saya sebagai rakyat mengharapkan pemimpin yang kedua.

wallahu a'lam.

Friday, August 5, 2011

Apa yang telah ditentukan

Saya sayang nak delete terus..










******




Tetaplah teguh di hadapan gerbang pintu Tuhanmu,
tinggalkan yang lain, dan memohonkan
kepadanya selamat,
dari negeri yang penuh fitnah ini.
Janganlah sempit dadamu,
segala kejadian adalah perkara kecil belaka.

Tuhan yang menentukan
Dan alam berbagai ragam,
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan, itulah yang terjadi.

"Kalau", "Kenapa" dan, "Betapa"
Adalah cakap orang dungu.
Dia hendak merintangi Allah, dalam apa yang dia mahu,
qadar dan taqdir, semuanya berlaku dengan sebenarnya.
Hatiku: Bangunlah, tinggalkan olok-olok.
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi.

Engkau dan semua makhluk, adalah hamba belaka.
Tuhan terhadap pada kita,
berbuat sekehendak-Nya.
Duka dan murung, apalah faedahnya,
telah tertulis lebih dahulu, tenteramkanlah hatimu.
Jangan banyak dukacita,
apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi,
yang untuk orang lain, tidaklah sampai kepadamu.
Apa yang untukmu, mestilah kamu capai.
Ingat saja Tuhanmu, dan terimalah bahagianmu.
Dalam mencari hakikat dan dalam memelihara syariat.
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan,
Itulah yang terjadi.


Sayid Abdullah bin Alwi Alhadad -



Thursday, August 4, 2011

dah siap

hei seseorang!

banner dah siap, kenapa tak ambik?

haisy..





# antara part paling dibenci, bila ada kawan yang melebih-lebih nak tahu kisah yang taknak diceritai. maaflah kawan, fakta ini bukan untuk kamu!