***
menjadi seorang lelaki tunggal dalam satu keluarga bukan suatu kondisi mudah. tanpa ayah dari kecil, tanpa abang, mahupun pak cik yang akrab. seingat aku, orang lelaki pertama yang aku dapat lihat dan aku jadikan role model adalah naqib aku di SMKA Falahiah, namanya Aslam, seorang lagi Nazmi. alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung. ini waktu tingkatan 1. saat salam wida' akhir tahun, aku seakan ingin menolak abang naqib aku yang nak peluk aku, sebab aku tak pernah rasa (sejak minda sudah pandai mengingat) dipeluk seorang lelaki. rupa-rupanya itu yang dinamakan ukhwah fillah. isy, kalimah yang aku kenal baru 2 3 lepas agaknya.
di sekolah, banyak perkara 'fambel' bersifat kelelakian yang aku terbuat. haha. alasannya tidak pernah melihat contoh. alhamdulillah aku dikelilingi sahabat-sahabat yang kurang mengejek, dari situ aku belajar. boleh aku kata, Falahiah mengajar aku menjadi lelaki. bukan maknanya aku pondan sebelum tu, tak! na'uzubillah. cuma tidak diajar, sedangkan manusia ada naluri.
tiap kali telefon ke rumah, umi pasti terkejut. seminggu sekali aku akan telefon ke rumah, juga bila ada exam. tiap kalinya umi terkejut.
"sapo ni?" - umi
"eri laa." - aku
"kkejut denga soro ore jate. mano ado ore jate nok talifon rumah ni..." - umi
haha, aku gelak je. tak terasa hati pun, dah tiada lelaki dalam rumah tu, bahkan yang berkunjung pun amat kurang. hanya sahabat-sahabat pelanggan jahitan baju umi yang selalu berkunjung ke rumah. itu kot hiburan bagi umi bila aku tiada di rumah, dan anak-anak lain ke sekolah/kerja. eh lupa, di samping kucing-kucing yang meriangkan. haha. kucing memang menghiburkan.
satu hajat arwh ayah yang tidak tercapai oleh umi, agaknya. kata umi, ayah aku dulu berniat nak letak aku di sekolah tahfiz, tapi Allah jemput dia dulu. dan umi pula tak tahu macam mana nak masukkan aku ke sekolah tahfiz. em, aku diam aje. terasa, duduk dalam tahfiz azzikr di jordan ni, entah ke mana nasibnya. terasa celaka jugakla part ni.. aduh!
jauh pulak bercerita.
hari ni aku melihat balik ke belakang. siapa aku dahulu. melihat 'hal-hal' yang aku cuba semata-mata untuk kenal erti reti. taknak jadi manusia bodoh. tiap yang datang aku persoalkan 'kenapa begini', 'kenapa begitu', 'apesal begini bukan begitu'. sebab takpuas hati dengan jawapan orang, aku cuba sendiri, aku cari sendiri. untuk kenal erti reti.
sejak ayah meninggal, hubungan antara keluarga belah ayah dan belah ibu retak. mungkin sebab belah ayah adalah kalangan adik-adik yang hilang abang sulung (ayah aku) seolah mereka kehilangan kemudi. dan belah umi yang semua adik beradik perempuan, yang kita maklum lebih mudah untuk ikut perasaan. agaknya manusia solo yang neutral, dengan seorang ibu saudara belah ayah. cari jalan untuk berbaik dengan keduanya. berbelas adik beradik ayah untuk didekati. walau aku tahu, aku budak kecil takkanlah nak menyatukan dua keluarga. tapi kerana sandaran yang menyuruh seorang anak untuk berjasa pada ayahnya yang meninggal, dengan menjaga hubungan dengan kenalan ayahnya. lagi-lagi keluarga. alhamdulillah, selepas 10 tahun kesemuanya berbaik. hasilnya aku dapat lihat bila majlis kawen akak ketiga bulan lepas. haza min fadli robbi.
***
banyak part dalam hidup, orang akan persoalkan.
"boleh ke kau buat?"
"jadi ke nanti?"
"kalau gagal?"
banyak lagilah. padahal kita belajar dari kegagalan. aku pun tak tahu part mana kita boleh belajar dari kejayaan, melainkan untuk dijadikan contoh. tapi ilmu yang pure datang pada diri, datang dari kegagalan. apa-apa bentuk kegagalan.
hamka ada tulis perumpamaan, yang dapat difahami (aku tulis ikut ayat sendiri, malas nak cari buku, maaflah taksedap).
bila kita berada di bumi, kita nampak pasir-pasir yang kecil, dan bukit-bukit yang besar. bulan, bintang yang tinggi. pokok-pokok yang melitup. bangunan yang mencacak. sungai. lautan. tasik. gurun. bila kita naik ke langit kita akan lihat bukit makin kecil dan makin kecil. laut, sungai, hutan, makin hilang dari pandangan. sampai masa kita lihat bumi hanyalah sebesar pasir yang kita lihat di bumi tadi.
dan pesanan seorang guru biasa di sekolah menengah biasa, tapi berjiwa luar biasa. "gapailah bintang di langit, tapi jangan lupa rumput-rumput yang kaupijak."
dalam banyak hal, kita tak layak untuk takut mencuba, sebab sudah terlalu banyak ketakutan lain. andai dibina banyak ketakutan, mana hilang beraninya? madam aisyah pernah cakap, "tiap 'tak boleh' yang kita ucap, seolah kita bina dinding di hadapan kita."
jatuh dan rebah dalam perjalanan kehidupan, boleh kita jawab, "paling kurang kita cuba."
di samping "alhamdulillah", "Dia aturkan yang terbaik", "masih ada masa", dan selainnya.
ikutlah, asalkan bahagia. teguran untuk diri sendiri sebenarnya.
http://soundcloud.com/isthur/dmasiv-jangan-menyerah dan syukuri apa yang ada.
# i'Allah akan dapat dua orang lagi anak buah. dua sedang mengandung.
yang paling bongsu dalam femili.
*bila entah giliran aku
3 comments:
tak sabar nak nikoh napok
selamat hari raya aidilfitri...
catatan yang menarik.
hajat sungguh-sungguh supaya adik lelaki nanti dapat ketemu awak.
Sangat menyayanginya. Dan selalu cuba memahaminya tetapi dia selalu jawab,
"akak takkan faham, sebab akak perempuan".
T_T.
Post a Comment