Tuesday, April 24, 2012

Bruxels: kenang-kenangan kecil


amat lambat aku post tentang jalan-jalan cuti lepas.

ini mengenai Brussels, ibu negara Belgium. Kedudukannya kat belah utara Perancis. Banyak menerima pengaruh Perancis. Dikatakan sebgai 'ibu kota' EU, mungkin sebab negara ni selalu jadi tuan rumah untuk conference yang melibat EU.

bertolak dari Amman dengan easyjet, sampai di London. Tiket train kami 'hangus' sebab kami beli online guna kad bank orang lain. katanya boleh tuntut balik. alhamdulillah pagi time tu ada promosi, 'beli 2 tiket dengan haga 1 tiket'. Sampai kat stesen train yang satu lagi, tengok cam sunyi. takkan ni stesen nak ke paris.. tanya-tanya, rupanya kena naik bas pulak, dan kami tak beli pun tiket bas. *noob sangat dengan benda moden* Terserempak dengan akhwat junior kat yang tengah bingung-bingung jugak, hendak ke paris juga. Katanya nak  cari bas untuk ke stesen 'london-paris', dengan tiket yang mereka dah beli. kami ajak jalan sekali padahal kami takde tiket. jumpa seorang pak cik bangla, sembang tanya tiket. katanya bas tu baru bertolak. *oke, tahniah!*

tapi, 'saya nak call member saya datang'. member dia driver bas juga, tapi waktu lain. mungkin sebab awal pagi, peraturan kurang strict. kami tanya tentang harga tiket, dia kata 'takpelah, nati saya cakap kat member saya tu, korang naik free je'. wahaha. alhamdulah, tapi akhawat tak puas hati mereka rugi 4 5 pound.


***

sampai di Brussels, cari hotel, layan tenet. *apekehambargitraveltapilayantenetdalambilik*

lepas aku paksa-paksa, akhirnya budak-budak ni setuju nak keluar jalan-jalan tengah malam. kami menikmati suasa romantis di Brussels. haha..

beli coklat 3 kotak, satu untuk diri sendiri, satu untuk budak rumah. satu lagi aku simpan taktaw nak kasi kat sape. abu suh kasi kat seseorang tapi aku taknak kasi. wahaha.

esoknya aku buat kerja 'gila'. tengah takde duit, aku cari kedai kamera, beli lens antara paling mahal. puas hati.

jalan-jalan sehari kat bandar Brussels, sampai sempat tidur di taman sekejap, sambung jalan-jalan sampai taktaw dah nak pergi mana.

yang menarik di sini.

- suasana yang tenang
- mak cik pak cik yang dah tua tapi masih beromantis di taman-taman
- waffle yang sedap
- berbilang bangsa (perancis, jerman, belanda)
- tempat menarik yang kurang menarik [?] hah.


sekitar Brussels.





















Patung Manneken Pis; simbolik dengan masyarakat Brussels.
dia ada baju-baju berbeza ikut hari-hari tertentu



































atomium. berjam-jam lepak sini dalam sejuk-sejuk.





















buku yang menemani perjalanan.
*buku pasal sepanyol tertinggal kat rumah*



ruang solat (chapel) di airport Brussels



ke Milan.






* kenangan kecil kami.

- k.e, yon, abu, mukmin -



Sunday, April 15, 2012

empat kaki

hujung minggu paling banyak tidur.

pagi-pagi paling sakit kepala ke kelas.

siang hari yang paling banyak tremor.

dan seharian yang paling banyak minum air.





penat dan mengantuk; rehatlah.



tapi jangan lupa awak ada dua kaki.

Thursday, April 12, 2012

musim

kat jordan ada empat musim; sejuk, bunga, panas dan luruh. tapi yang ketara hanya sejuk dan panas.

musim luruh buat orang ingat filem korea.

musim panas buat air tangki cepat habis.

musim bunga buat orang senyum sorang-sorang.

musim sejuk buat orang nak berfesyen fesyen.

padahal bila musim sejuk buat orang rindu musim panas.

bila musim panas buat orang rindu musim sejuk.

dan sejuk buat aku tekap dada lama lama. [insya-Allah nanti sembuhlah]


jadinya, musim bunga yang sejuk kali ni memaksa aku untuk bersabar lebih.


****

kita punya lagi banyak musim; musim exam, musim tensen, musim tenang, musim diam, musim jalan, musim pilihan raya, musim demam, musim cuti, musim raya, musim rindu, dan pms mungkin. banyak lagi lah.

setiap orang ada musim masing-masing. bukan awak sorang..


****



awal musim bunga paling bez untuk orang bersantai. 

aku? sedang menanti rehat..





# che mu, pantau gon tu siket. jangan kasi dia kawen awal. keh3. taknak aku 'hilang' member.. =|

Sunday, April 1, 2012

tentang April Fool

asalnya nak tulis benda lain, tapi lupa. tangan masih menggatal.

isu ini kurang bersumber, buat tahu-tahu cukup lah.


perihal april fool, aku pernah jumpa dua cerita.


1. kisah yang popular di SMKA Falahiah. silibus usrah bulan mac/april bagi pelajar tahun 1. [doktrin apekah ini? tanpa sumber! hehe]

berlatarkan granada. kisah yang menceritakan zaman selepas abu abdullah menyerahkan kunci kota alhambra.

selepas 'kekalahan', umat islam andalus diancam oleh kristianiti; take it or leave it. atas 'keprihatinan' pemerintah kristian, tawaran untuk keluar dari bumi andalus dibuat. mana-mana umat islam yang ingin meninggalkan andalus akan dihantar ke afrika dengan kapal yang disediakan. kesemuanya diminta berkumpul di pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan.

atas tawaran yang menarik, ramai umat yang berkumpul di kawasan kapal yang disediakan.

hakikatnya, kapal-kapal itu kemudian dibakar, dan semua umat yang berkumpul dibunuh. sempena tarikh itu (1 april), orang kristian di sana menamakannya 'april fool'.



2. kisah yang ditayang di history channel, mengenai vatican city. ada kaitan dengan penggunaan Anno Domini dan gregorian calender. yelah, takkan gi vatican tanpa input langsung.

menurut kisah, kalendar asal yang diguna oleh gereja katolik tidak tepat. benda ni terperasan oleh seorang saintis yang bekerja di vatican. bila dia sedar tentang benda ni, dia nak buktikan pada pope. dia bina satu menara (sekarang ada di vatican city) yang guna cahaya matahari sebagai penentu-kira. menara ni dibina secara geometrik untuk menunjukkan kiraan hari setahun dan pope dapat lihat sendiri bukti jarak antara tarikh 'sepatutnya' dan tarikh 'asal'.

bila pope lihat bukti tadi, dia terima dan mengarahkan tiap entiti yang guna sistem 'anno domini' untuk ubah hari tahun baru.

adelah kiraan dia yang aku pun tak reti. nak cakapnya, semua orang update dan ikut tajdid yang dilancarkan beliau melainkan penduduk kat satu tempat. mereka masih anggap april sebagai tahun baru dan merayakan april.

mereka ini dipanggil april fool sampailah mereka update pasal tajdid tadi.




dua-dua kisah ni aku takdapat cari bukti secara baik. sebelum aku lupakan, baik aku tulis.



dua-dua kisah berkaitan dengan kristian.




kalau nak tahu, dalam politik islam pun ada banyak 'april fool'. salah satunya pada zaman awal pembentukan abbasiyyah.

pewaris kepada abu abbas as-saffah takut takhtanya tergugat oleh negarawan tertentu. yang paling ditakutinya pada waktu tu, abu muslim al-khurasani.


eh, lupa ada kelas, sambung lain kali.



# nati nak gi rumah amar pulak, menetap di sana 3 4 hari. ada cerita lama yang aku ingin lupakan di wakaf asal. haih..

sekian.


jap jap, satu gambar.


bersiar-siar di Malaga. tempat ni buat aku teringat kisah 1.