Monday, February 28, 2011

Mencari Tertib 2

dari sini.


************************


Zaim tersedar dari lelap di atas buku Dental Anatomy di atas meja stadi di dalam bilik pada waktu tengahari. Bunyi 'buzz!!' YM mengejutnya. Ya, bunyi itu yang mengejutnya. Bukan bunyi lagu Toxicity S.O.A.D dari laptop yang mengejutnya. Bukan bunyi burung. Semua tu bukan. Bunyi 'buzz!!' itu yang mengejutnya! (saya yakin!)




BUZZ!

BUZZ!

Assalamu'alaikum, zaim.

Enta sibok ke skang?

BUZZ!


Wardah has signed out. (14/6/2010  1:43 AM)




"Jarang dia buzz aku. Hal penting agaknya. Nanti-nantilah, aku nak solat zohor dulu. Aku kan siqoh. Hari ni Rabu, kelas pukul 3.15 petang. Nak ke kelas dah habis sejam. Huh! Kena awal!"

Zaim bergerak ke tandas dan mengusung bersamanya kain tuala, set of shaver with cream dan henset nokia express music. Dia suka mendengar nasyid sambil mandi sejak dari tingkatan dua. Kalau dulu dia selalu menikmati alunan lagu dari senior-senior maahupun junior di asrama. Sejak bermastautin di Jordan, dia merindui kemerduan itu.

Pada jam ditangannya, jarum pendek sudah tiba di nombor dua.

Seusai mandi dan solat, dia bersiap dan bergegas ke Jami'ah (university). Jam 2.20 petang. Berjalan kaki 3 minit dari rumah ke jalan besar. Menanti koster (bas kecil) 5 minit. Menaiki koster ke Mujamma' (perhentian bas) Syeikh Khalil 10 minit. Menaiki bas ke jami'ah 23 minit. Jam 3.03 minit Zaim dan tiba di pintu gerbang jami'ah. Berlari-lari anak ke dewan lecture 10 minit.


"Yes! Aku masih awal 2 minit."


Di hadapan dewan. Disapa pelajar arab, bersalam, bergelak, berundur diri.

Di dalam dewan. Menyapa pelajar melayu, bercerita.


"Wei, Das, ape cerita?", soal Zaim pada sahabatnya, Sadas.

"Cerita ape?", Sadas bertanya balik.

"Cerita yang tergantung semalam."

"Owhhhh!"

Dari jauh, seorang lelaki botak, eh silap, hampir botak datang.

"Nak dengar, nak dengar..."


Lelaki tadi adalah Cholak (nama samaran).

Sadas mula bercerita.


"Aku bukan ape, aku memang serius. Tapi mak aku tak kasi. Ayah dah bagi lampu hijau. Adik-adik dah angkat sepanduk. Tinggal mak aje. Takpelah, takkan lari jodoh dikejar."

"Owhhh, sedih sedih." - Zaim dan Cholak.

"Aku pun ade cerita!" - Zaim.

"Ape?!" - Sadas dan Cholak.


Lekcerer masuk dan memberi salam. Pelajar duduk dan diam.



bersambung....




#hahahahaha,saje merapu sebelum stadi.nantilah baiki dan tambah.

Saturday, February 19, 2011

aisyah

entah kenapa, amat suka dengan nama aisyah. sejak pertama kali jumpa nama ini dalam sirah. mungkin tertarik dengan sirah beliau yang berjasa. [tak kesahla 'y' ke 'h']

tapi kebanyakan zaman, aku akan jumpa manusia bernama aisyah yang buat aku kagum. entahlah ini kebetulan ape. tapi ramai je yang nama bukan aisyah yang aku kagum. ade je 1 2 orang yang nama aisyah tapi aku tak kagum. huaha. mungkin sebab manusia memang tertarik dengan nama aisyah kot, maka ramai manusia yang diberi nama aisyah. bila ramai yang bernama aisyah, ramailah yang 'aisyah' yang aku jumpa.

logik jugak.

salah satu 'aisyah' yang paling banyak merubah aku adalah Madam Aisyah.

kenal sewaktu kat SMAPK. mungkin sebab beliau cikgu baru, dan aku pelajar baru [2007], jadi aku berani nak rapat dengan beliau. kalau cikgu2 lain, mesti ada pelajar lama tertentu yang mereka rapat. tapi, ade je cikgu lain yang aku rapat. macam Ustazah Zakiah, cikgu PSI. mungkin sebab aku selalu tidur dalam kelas beliau tapi dapat markah ok. so, dia nampak masalah aku yang suka tidur ni. haha.

haa, aku nak tulis pasal madam malam ni. tiba-tiba teringat.

awal-awal kenal. dah kena tegur.

'khairi, kenapa tak siap kerja yang saya bagi? awak sibuk dengan naqib eh?'

'ehek (dalam hati). xdelah ticer. saya ......'


pandai betul beliau tegur. hikmah! sejak tu aku tak berani nak tak siap kerja sekolah. terasa bagi fitnah kat agama.

dalam seminggu, pasti ade sekali aku masuk bilik beliau, untuk tanya nasihat dan kena belajar bahasa ingeris. markah rendah sangat.

semasa hari guru, dua orang aku bagi hadiah paling spesel. cikgu kelas dan beliau.

cikgu yang paling banyak aku bergurau. padahal dulu aku pendiam. [dengan beliau tak pulak]

cikgu yang paling banyak bagi nasihat secara khusus.

nasihat yang paling aku ingat.

'tiap kali awak saye takleh wat laa, tiap kali tu awak dah letak satu dinding penghalang depan awak. bila awak sebut lagi, bermakna awak tambah lagi.'

walaupun aku tak apply sangat.kehkeh.

penuh motivasi beliau bagi. penuh. terima kasih Madam. terima kasih. tahniah untuk anak sulung, walau benda tu dah setahun agaknya. saya turut doa untuk anak itu. sebab tu yang Madam harapkan.


sebenarnya.

aku tengah bingung. aku jadi segan nak call beliau. jadi malu. sebab hajat beliau masa aku call hari tu, buat aku termenung jauh. aku teringin sangat nak call. tapi alasan tu datang lagi. hajat tu pun aku fikir dan fikir. tapi, sebab aku yakin jodoh di tangan Tuhan, aku berhenti berfikir. lagipun, akal aku hanya beralasan untuk lebih rapat dengan beliau. tapi takut jugak, kalau aku call, kot beliau fikir, 'budak ni memang betul nak ke...'.

ergh, naye patik!

tunggula sikit lagi. lame2 lupe kot. aku tak layak pon, 'dia' siqoh sangat. tadi baru aku kutuk polis jordan dalam fesbuk, kemungkinan besar dia baca. dah tak siqoh. haha. biarlah,aku suka jujur.

haa. maaf wei. aku tulis panjang2 entah ape2. nama pon naskhah lama, untuk kenangan. ni kenangan penting nii.

\

selepas ambil result SPM. skema giler an aku. haha. gelak sakai aku tengok muka aku. ni zaman sekolah, kena faham. ni gambar tak 'siqoh'. mati aku kalau suami beliau baca. heh. 



moga Allah bagi yang terbaik. gempur 2nd sem!

Thursday, February 17, 2011

bukan mudah nak terus bersabar

- bila ada orang datang gunting rambut kat rumah, tak reti nak kemas balik.. tandas ni tandas rumah saya lah awaknya!

- bila orang yang block fesbuk tak reti nak mengalah. tak selesa dengan benda yang berbeza. hah!

- bila ditolong tak reti berterima kasih.

- bila kita anggap dia kawan tapi dia anggap kita lawan.

- bila dimarahi dan dimarahi [oleh mamat emo] seolah-olah dia seorang yang Allah bagi kepandaian marah.


* tapi awak lupa banyak mane Allah 'sabar' dengan awak yang pendosa.



alam dalah tempat untuk kita merenung.

Friday, February 11, 2011

mesir

malas nak fikir tajuk, letak pendek-pendek je.

emm,mesti seronok kan, hosni dah turun, i'Allah akan jadi makin stabil [agaknya] dan kawan-kawan yang belajar kat mesir boleh sambung balik stadi sorang..

tertarik dengan post faisal tehrani, tentang persamaan tarikh dengan revolusi iran. wallahu a'lam..


post ni, hanya nak cerita secara ringkas tentang peristiwa penting tentang mesir, yang buatkan negara ni agak spesel kat timur tengah..

kita belek kitab sejarah, cuba baca kisah Saidina Uthman. lihat, golongan mane yang turut memberontak pada zaman tu? salah satunya dari mesir. nak tahu lebih kanjut, baca sediri. kah kah.

lihat zaman abbasiyyah, negara fatimiyyah mesir antara 'negara kecil' terawal yang menuntut autonomi dan perlepasan dari kekhalifan abbasiyyah, dengan menubuhkan sebuah khilafah syi'ie.

lihat pada zaman akhir abbasiyyah,selepas baghdad hancur dipijak mongol. semua wilayah-wilayah islam lain akan berkerjasama ataupun mengalah dengan mongol melainkan mesir, dan mereka ambil keputusan untuk lawan mongol. lalu, mereka jadi kaum pertama yang pernah kalahkan mongol secara pukal selepas era kebangkitan gengis khan. silalah belek sediri kisah Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz, seorang raja yang bukan berdarah raja, tapi berhati pembela agama. Syeikh Al-Qardhawi pernah puji S. Qutuz dalam muqaddimah buku beliau. bukan ca;ang-calang jasa tu.

lihat zaman uthmaniyyah. mesir adalah wilayah terakhir yang sultan uthmaniyyah takluk sebelum uthmaniyyah isytihar gelaran 'khalifah' untuk sultan-sultan mereka.

pada zaman akhir abbasiyyah, mesir antara negara terawal yang memberontak untuk berlepas diri dari penguasaan turki uthmaniyyah.

pada zaman moden pra kebangkitan israel, mesir adalah satunya-satunya negara yang berjaya kalahkan israel [pada zaman itu] dalam peristiwa yom kippur. hah, boleh google jugak..


so, rakyat mesir ni memang jenis 'darah merah pekat' kot.



#xde gambar la nak letak. nak tengok gambar, pergi kat link ni.. iramawarna


'saya turut memilih untuk berdakwah dengan lensa.'

Tuesday, February 8, 2011

penat

kalau memikirkan hidup yang penuh kepayahan.

alhamdulillah,dah smapai rumah,takde riot2. jangan risaulah sesape yang menyangi..