Saturday, February 19, 2011

aisyah

entah kenapa, amat suka dengan nama aisyah. sejak pertama kali jumpa nama ini dalam sirah. mungkin tertarik dengan sirah beliau yang berjasa. [tak kesahla 'y' ke 'h']

tapi kebanyakan zaman, aku akan jumpa manusia bernama aisyah yang buat aku kagum. entahlah ini kebetulan ape. tapi ramai je yang nama bukan aisyah yang aku kagum. ade je 1 2 orang yang nama aisyah tapi aku tak kagum. huaha. mungkin sebab manusia memang tertarik dengan nama aisyah kot, maka ramai manusia yang diberi nama aisyah. bila ramai yang bernama aisyah, ramailah yang 'aisyah' yang aku jumpa.

logik jugak.

salah satu 'aisyah' yang paling banyak merubah aku adalah Madam Aisyah.

kenal sewaktu kat SMAPK. mungkin sebab beliau cikgu baru, dan aku pelajar baru [2007], jadi aku berani nak rapat dengan beliau. kalau cikgu2 lain, mesti ada pelajar lama tertentu yang mereka rapat. tapi, ade je cikgu lain yang aku rapat. macam Ustazah Zakiah, cikgu PSI. mungkin sebab aku selalu tidur dalam kelas beliau tapi dapat markah ok. so, dia nampak masalah aku yang suka tidur ni. haha.

haa, aku nak tulis pasal madam malam ni. tiba-tiba teringat.

awal-awal kenal. dah kena tegur.

'khairi, kenapa tak siap kerja yang saya bagi? awak sibuk dengan naqib eh?'

'ehek (dalam hati). xdelah ticer. saya ......'


pandai betul beliau tegur. hikmah! sejak tu aku tak berani nak tak siap kerja sekolah. terasa bagi fitnah kat agama.

dalam seminggu, pasti ade sekali aku masuk bilik beliau, untuk tanya nasihat dan kena belajar bahasa ingeris. markah rendah sangat.

semasa hari guru, dua orang aku bagi hadiah paling spesel. cikgu kelas dan beliau.

cikgu yang paling banyak aku bergurau. padahal dulu aku pendiam. [dengan beliau tak pulak]

cikgu yang paling banyak bagi nasihat secara khusus.

nasihat yang paling aku ingat.

'tiap kali awak saye takleh wat laa, tiap kali tu awak dah letak satu dinding penghalang depan awak. bila awak sebut lagi, bermakna awak tambah lagi.'

walaupun aku tak apply sangat.kehkeh.

penuh motivasi beliau bagi. penuh. terima kasih Madam. terima kasih. tahniah untuk anak sulung, walau benda tu dah setahun agaknya. saya turut doa untuk anak itu. sebab tu yang Madam harapkan.


sebenarnya.

aku tengah bingung. aku jadi segan nak call beliau. jadi malu. sebab hajat beliau masa aku call hari tu, buat aku termenung jauh. aku teringin sangat nak call. tapi alasan tu datang lagi. hajat tu pun aku fikir dan fikir. tapi, sebab aku yakin jodoh di tangan Tuhan, aku berhenti berfikir. lagipun, akal aku hanya beralasan untuk lebih rapat dengan beliau. tapi takut jugak, kalau aku call, kot beliau fikir, 'budak ni memang betul nak ke...'.

ergh, naye patik!

tunggula sikit lagi. lame2 lupe kot. aku tak layak pon, 'dia' siqoh sangat. tadi baru aku kutuk polis jordan dalam fesbuk, kemungkinan besar dia baca. dah tak siqoh. haha. biarlah,aku suka jujur.

haa. maaf wei. aku tulis panjang2 entah ape2. nama pon naskhah lama, untuk kenangan. ni kenangan penting nii.

\

selepas ambil result SPM. skema giler an aku. haha. gelak sakai aku tengok muka aku. ni zaman sekolah, kena faham. ni gambar tak 'siqoh'. mati aku kalau suami beliau baca. heh. 



moga Allah bagi yang terbaik. gempur 2nd sem!

8 comments:

Aishah Nur Hakim said...

huk huk huk

batuk batuk akak dibuatnya. mekasihla. akak memang comel.
ucapan terima kasih ini saya tujukan buat umi ayah saya, yang memberi nama, pakcik jabatan pendaftaran yang daftarkan nama, bla bla bla~




*malu dan berat rasanya membawa nama yang hebat bila diri jauh dari sepatutnya*

okeh tata

Akhyar said...

ek eleh. koya! saya bercerita tentang 'y'..

hehe.

tkpe,same2.

Anonymous said...

wah, tak sngka dpt amek gmbar berdua je dgn madam aisyah..

mdm ajar kelas korang ke?

Akhyar said...

yep, section 2..

ada orang tu PANDAI, SECTION 1, mane tahu pasal rakyat marhaen..hehe.

Anonymous said...

ish, patotnya ambo yang ghoyak gitu.
oghe yang kelas marikh musyi mano nok berkawe dgn oghe kelas zuhal ni..:P

che' mu said...

nak telepun madam aisyah pun kena post dalam blog dulu ker??

tepon je la~heheh

Akhyar said...

rye;
zuhal la zuhal. hino la hino. kawe tahu demo panda!

chemu;
ceh,nate mano ttahu neh.haha!

chemu said...

bukey nate. natang. =P