salah satu kerja doktor gigi adalah utuk menyediakan gigi palsu yang sesuai untuk pesakit dia. gigi palsu ni banyak jenis. ada yang gigi palsu penuh (complete denture), ada yang gigi palsu tak penuh (partial denture). dalam bahasa canggih bidang ini dikenali sebagai prosthodontics. yang penting nak buat gigi palsu ni bukan 5 jam macam wat kek. mungkin 5 bulan jugak nak siap semua.
hari ni aku dah siapkan satu model complete denture (lilin+porcelain+'plastik'). nak buat untuk pertama kali bukan mudah. hari ni agak penat, kat makmal prostho. miss Amjad (salah seorang pembantu makmal) sempat ambik model gigi palsu yang dia buat dan soal kat aku, 'lawa tak?'
dalam hati aku, 'mestilah lawa, dah ko tukang buat denture'. tapi kat mulut aku jawab 'lawa' jela.
hari ni aku dah siapkan satu model complete denture (lilin+porcelain+'plastik'). nak buat untuk pertama kali bukan mudah. hari ni agak penat, kat makmal prostho. miss Amjad (salah seorang pembantu makmal) sempat ambik model gigi palsu yang dia buat dan soal kat aku, 'lawa tak?'
dalam hati aku, 'mestilah lawa, dah ko tukang buat denture'. tapi kat mulut aku jawab 'lawa' jela.
*************
pernah sehari dalam lab prostho, aku duk 'sembang' sambil siapkan gigi palsu dengan miss Amjad dan seorang kawan arab. ni sehari selepas Lan meninggal. dialog kami lebih kurang.
kawan arab: takziah untuk kawan kau. moga Allah merahmati dia.
aku: insya-Allah, moga dirahmati.
miss amjad: ada orang meninggal ke?
kawan arab dan aku: ye, budak batch kami jugak.
miss amjad: sape, mohamad syafiq? [dengan nada penuh terkejut]
miss amjad: sape, mohamad syafiq? [dengan nada penuh terkejut]
aku: [dalam hati tahan gelak] eh, tak tak. mohamad syafiq tu hidup lagi. yang meninggal nama dia ilham ellani. dia meninggal sebab AML.
miss amjad: ooooo..
saje nak cerita. hanya untuk mereka yang memahami. ye lah, hal-hal tanpa jawapan ni datang pelbagai andaian.
kelip-kelip kusangka api,
kalau api di mana puntungnya,
first project. alhamdulillah jadi. palimg kurang nampak la ni gigi.
10 comments:
gigi tu nampak real O.o
takut pulak tengok lelama~ -_-
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
maaflah dia tak pergi
waalaikum salam, salam diterima.
La samahallah.
moga mohamad shafiq tak pergi dalam masa terdekat.
sadis,pergi2lah kelas tu, ramai orang dah rindu kau...
kepada 'ramai orang dah rindu' :
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
pergi tu memang nak nak pergi
sabar ye, tunggu sem dua.
kepada cidak
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
anda suruh orang pergi
anda pula apa kurangnya.
keh3
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
aku memang dah selalu pergi
itu sebab orang tak tanya.
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
baguslah kalau selalu pergi
kalau tak pergi pun orang tak tanya.
keh3
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
tunggu sem dua baru nak pergi
itupun kalau hidup la ya
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
sekali Tuhan memanggil pergi
sedialah jawapan bila ditanya
kelip-kelip kusangka api
kalau api mana puntungnya
ini sekadar pandangan peribadi
semoga kuat teman di sana
seronok pulak main pantun
=>
anon;
oh,amaknenye jadi la aku wat.. hehehe.
farah;
takyah nak delete sangat.. hm, miss amjad tu bkn jnis ckp bhsa ingris sgt. korg knala g duk ngn dy borak2 dlm bhsa arb. kot.
cidak;
kelip-kelip mati kesejukan.
anon@sadis;
kelip-kelip kusangka api,
kalau api mane puntungnya,
hilang ghaib kusangka lari,
kalau lari apa sebabnya?
gi la jumpa doktor tu...
LOL;
banyak nasihatnya. nak balas pantun pun hilang idea. terima kasih =)
mcm mana nak hilangkan warna gigi kuning? dan nak cegah bau busuk mulut?
Post a Comment