Tuesday, February 14, 2012

dua kerja dalam satu masa

bila anda masuk lab yang doktornya mengajar dalam bahasa arab, otak anda perlu buat dua benda serentak:

1. menterjemah tiap satu perkataan doktor

2. memahami penerangan doktor


kalaulah sejam dua, agaknya masih menarik. kalau tiga jam?



# moga tidak dipenatkan dengan hal yang tidak perlu..


menterjemah karya batu kepada tulisan. 

(jujurnya aku kurang suka gambar ni)

Sunday, February 12, 2012

diri

dulu, masa kelas intensif tahfiz musim panas dengan abang imran, beliau pernah bagi nasihat.


"berdiri lebih tinggi dari orang lain tidak cukup hebat, tapi berdiri di saat orang lain jatuh sebenarnya hebat.."


lebih kurang begitulah ayatnya.


************

masa kembara yang lepas, pada hari terakhir di Sepanyol, aku terjatuh dalam bilik mandi hotel sampai tak mampu nak jalan seketika. urut-urut sikit, terus bangun dan sambung kerja, lepas tu pergi masuk kolam renang belajar berenang dengan kaki kiri yang sakit. kali pertama dalam hidup aku berjaya terapung dalam air, takpelah tak lama pun. sebab eksaited yang tinggi, 'berenang-renang' sampai dua-dua belah kaki 'krem'. terpaksa berpaut-paut nak naik ke atas, terhenjut-henjut ke tempat lain.

masih berbaki dua hari sebelum sampai ke Irbid. bersabar dengan kaki kiri yang makin bengkak. jadilah apa nak jadi pun. ekspedisi bersambung dengan tidur di airport Paris sampai kena soal dengan polis, mengharungi suhu negatif tiga/lima celcius di Paris, salji di London, dan tidur di airport London.

semalam ada explorace ROJAKS (program batch) dan hari ni datang ke kelas buat kali pertama sem ini.

kalau semalam jalan letak beban kat kaki kanan, hari ni dua-dua dah merajuk.


agaknya aku salah ambil ibrah dari kata hikmah.



nak melompat jugak.



# sebenarnya ada lab hari ni. asalnya lab lain, tapi aku tasjil masuk lab lain. ada can untuk minta dengan dekan nak masuk kekal lab baru tu, tapi sayangkan member sensorang dalam lab lama. kembali kepada asal, sebab enta, der. pulun sem ni, jom!

Saturday, February 11, 2012

suami

"Assalamualaikum abg....happy sweet birthday 30s to my lovely husband...may ur day full of happiness and all dream comes true...moga dipanjangkan usia , sihat sokmo n sentiasa dlm lindungan-NYA..amin"


hari ini hari jadi abang ipar pertama aku. agaknya dia mentor lelaki pertama aku kot. haha.. maksudnya, yang lama dengan aku.

soalan-soalan hambar yang aku aju kat mesti dijawab, walau dengan sarkastik. nasihat tentang perempuan, masa depan, anak-anak, ibu ayah, kereta, motor, member lama, mak cik pak cik sekampung, mesin rumput, keselamatan jalan raya dan masa depan minyak malaysia dan sebagainya.

seorang pekerja bawah petronas di terengganu, sama dengan isterinya [akakku], balik kampung di kelantan sebulan dua kali.

bak kata umi, "caro abe chik mitok kak long ngan umi mulo wat umi sene hati..." kononnya paling macho setakat ni. selalu dipuji umi. "bagus abe chik, dio pehe rumoh ni takdop ore jate, sokmo balik rumah ni, tok kisoh tok lamo duk rumoh sediri..", "mujur ado abe chik, tok kesik rumoh.." hmm, dia rancang nak kawen umur 25, nak ikut sunnah kot, tapi sebab jumpa akak aku, dia kawen  lagi awal. tak tahan katanya..

sekarang masuk umur 30, akan dapat anak ketiga dalam masa beberepa bulan lagi, insya Allah.. anak pertama dia, seorang perempuan, iffah namanya. anak kecil pertama keluarga kecil aku, iffah je yang sempat dengan arwah nenek dan mak cik belah umi. dua yang terkemudian tak berkesempatan. anak kedua pasangam bahagia ni namanya afiq, darah daging lelaki aku yang pertama aku sentuh selepas sedekad. eksaited tahu tak!

entahla ini post ape, sekadar nak cerita pasal dia. 

sanah helwah abe chik!





'jo kako i' time perkahwinan kak ngah. aku 'jo kako ii' merangkap tuan rumah.hehe..



Wednesday, February 8, 2012

butang delete

pernah sekali, member baik aku tunjuk mesej yang dia sayang dari orang yang dia sayang. dia simpan mesej tu lebih kurang dua tahun. walaupun dia baru tukar enset pun, dia simpan lagi mesej tu. pada malam dia tunjuk kat aku mesej tu, dia tertekan butang delete [asalnya nak tekan butang 'back', tapi silap sebab enset baru]. aku duk sebelah tergelak, sebab lucu sangat. padahal benda sedih. nasib baik dia tak ambil hati.


kali ni aku dapat rasa. 'menangis-nangis' aku malam ni terdelete sume gambar dalam enset. gambar-gambar kat spain yang berlambak. paling mahal kat granada lepas habis bateri kamera, juga sungai di pisa. aduhai.. dengan ditertawakan member sebelah kat dalam rumah.. aaah, sedih tak terkate.

banyak dalam hidup ni, peluang hanya sekali.

fikir biar panjang, baik tidur dari delete benda tak perlu.

[xleh nak tidur fikir tindakan tadi yang tak masuk akal]


=.=

Monday, February 6, 2012

setelah lima ratus tahun menunggu

alhamdulillah dah selamat tiba di Irbid.

irbid-amman-london-paris-brussels-milan-venice-florence-pisa-naples-rome-madrid-malaga-sevilla-gibraltar-granada-cordoba-calahonda-madrid-paris-london-amman-irbid.

fuh, dalam masa 13 hari lebih kurang.

waktu-waktu kat Granada agaknya yang paling bermakna. satu demi satu hajat besar dan yang kecil dalam hati tercapai di sana. alhamdulillah. bertahun-tahun dengar lagu nasyid far east, hari tu baru faham, apa maksud 'selepas 500 tahun menunggu'.

nak rehat, nanti sambung.



selamat malam.