"Assalamualaikum abg....happy sweet birthday 30s to my lovely husband...may ur day full of happiness and all dream comes true...moga dipanjangkan usia , sihat sokmo n sentiasa dlm lindungan-NYA..amin"
hari ini hari jadi abang ipar pertama aku. agaknya dia mentor lelaki pertama aku kot. haha.. maksudnya, yang lama dengan aku.
soalan-soalan hambar yang aku aju kat mesti dijawab, walau dengan sarkastik. nasihat tentang perempuan, masa depan, anak-anak, ibu ayah, kereta, motor, member lama, mak cik pak cik sekampung, mesin rumput, keselamatan jalan raya dan masa depan minyak malaysia dan sebagainya.
seorang pekerja bawah petronas di terengganu, sama dengan isterinya [akakku], balik kampung di kelantan sebulan dua kali.
bak kata umi, "caro abe chik mitok kak long ngan umi mulo wat umi sene hati..." kononnya paling macho setakat ni. selalu dipuji umi. "bagus abe chik, dio pehe rumoh ni takdop ore jate, sokmo balik rumah ni, tok kisoh tok lamo duk rumoh sediri..", "mujur ado abe chik, tok kesik rumoh.." hmm, dia rancang nak kawen umur 25, nak ikut sunnah kot, tapi sebab jumpa akak aku, dia kawen lagi awal. tak tahan katanya..
sekarang masuk umur 30, akan dapat anak ketiga dalam masa beberepa bulan lagi, insya Allah.. anak pertama dia, seorang perempuan, iffah namanya. anak kecil pertama keluarga kecil aku, iffah je yang sempat dengan arwah nenek dan mak cik belah umi. dua yang terkemudian tak berkesempatan. anak kedua pasangam bahagia ni namanya afiq, darah daging lelaki aku yang pertama aku sentuh selepas sedekad. eksaited tahu tak!
entahla ini post ape, sekadar nak cerita pasal dia.
sanah helwah abe chik!
'jo kako i' time perkahwinan kak ngah. aku 'jo kako ii' merangkap tuan rumah.hehe..
No comments:
Post a Comment