Monday, March 26, 2012

Ibnu Sina dan penyakit rindu

Dikisahkan, Ibnu Sina merakamkan suatu penyakit dalam kitabnya. Dia berpendapat ada suatu penyakit yang turut melemahkan tubuh, tapi tidak berpunca dari asbab seumpama penyakit biasa. Ubatnya bukan juga bahan.

Andai seorang pemuda, si Fulan jatuh cinta kepada seorang gadis, Si Fulanah dan hajatnya untuk bersua tak kesampaian. Dek rasa rindu, lemah seluruh badannya, umpama orang kesakitan. Murung dan kurang daya. Kehidupan yang terganggu dan kekurangan. Kesian.

Tiadalah ubat, menurut Ibnu Sina, melainkan Si Fulan tadi bertemu melepas hajat pada buah hatinya, Si Fulanah terbabit. Bersua dan melepas rindu. Mungkin hanya sekadar melihat, cukup mengubat 'penyakit' rindu yang hampir saja membunuh tubuh itu. Ibnu Sina, seorang tokoh perubatan 'moden' mempercayai penyakit 'kuno' yang disebabkan cinta, yang dinamai rindu, yang hanya dapat diubati oleh sang-yang-dicintai.


Andai benar cerita yang dikisahkan kepadaku, dari yang kisahkan oleh Ibnu Sina tentang situasi yang benar dialaminya, aku sangka agak benarlah cerita yang dikisahkan HAMKA dalam novel "Di Bawah Lindungan Kaabah". Tak kesahlah. haha


Aku baru mempercayainya semalam.


Balik dari kelas, dari awal turun bas (di McD), aku cari 'earphone' sebab nak call Malaysia. Taqdir, hilang. Mungkin tercicir dalam bas. Bergegas ke rumah, takut orang Malaysia tidur awal.

Sampai rumah pukul 5 lebih.

Call terus.

Rupanya dah tidur.

Sembang dengan orang lain.

Kirim salam rindu.


Pergi solat maghrib dengan 'kecewa', balik terus tidur. Nak bangun tengah malam, nak call tanah air pagi-pagi, lepas subuh.

Berjaga sampai pukul 1 pagi.

Call.

Takde orang angkat.

Sampai tiga kali, masih tiada orang angkat. Huh, kalau bagi salam sampai tiga kali, dah kena balik.

Tidur dengan kecewa lagi.

Terus malam (tadi) aku demam. Tiga empat kali terjaga sebab tak sedap badan. Ketar seluruh tubuh. Kuatkan diri untuk solat subuh, kejut Najib (housemate) dan sambung tidur. Waktu Najib ajak ke kelas, tak disahut. Terbungkam di bawah selimut tebal sampai matahari lebih tinggi. Paksa juga ke kelas, hari ni ada lab, kuota ponteng takde. Ilmu-ilmu bagai singgah sekejap di kepala. Dalam lab melayang entah ke mana. Nak balik, nak balik. nak call!! Lab berlalu.

Cepat-cepat balik rumah, terus call. Alhamdulillah, panggilan diangkat. Ubat dah sampai. Hilang lemah-lemah, ketar-ketar, sakit-sakit. Bergayut atas katil setengah jam sampai dekat azan maghrib.

Terubat rindu.

Tadi, baru gelak-gelak dengan ahli rumah di 'kedai makan' kat kawasan Bab Janubi. [jauhnya makan]


Sila belajar dengan tekun! Esok exam Oral Radiologi. Terima kasih buat kawan yang menerangkan fakta semalam, walau dah tengah malam. Bittaufiq ye kawan-kawan.


Oh, terima kasih Umi kerana mengubati.




*tetiba aku was-was. mungkin ilmuan itu bukan Ibnu Sina, tapi 'doktor' Muslim pada zamannya. wallahu a'lam.




# rasa nak tujukan post ni buat sahabat di Mesir. =p



kedamaian yang dirindui.


Saturday, March 24, 2012

merah

Tetiba hari ni teringatkan Al-Hamra' (Al-Hambra). Kota yang didirikan sebagai bukti perjuangan mempertahankan aqidah, sekarang menjadi simbol kekalahan mempertahankan kuasa.

Seminggu di Sepanyol dihabiskan untuk mencerna kisah tentang Andalus, Katolik, Ibn Ziad dan Ibn Nusayr. Menahan sebak di tapak jemaah dan istana kayangan.

Bak kata Hanif Zikri, "Allah janji Islam akan terus ada atas muka bumi, tapi Allah tak janji Islam akan terus ada di bumi kita."

Agaknya orang Islam zaman 1000 tahun lampau tak fikir pun Islam akan hilang di Andalus, kerana semuanya cukup indah dan 'secure'. Tapi, lihatlah sekarang!



kota yang masih merah berdarah






terasa ingin pergi lagi, insya-Allah. dengan lebih canang tentang kisah-kisah mereka.


p/s, jangan romantis dengan sejarah.

Monday, March 19, 2012

PMS

Pre-Maturating Syndrom.

saje wat tajuk 'pelik'.


dari khamis lepas, rasa tak sedap hati. sume macam tak kena. sumpah camhar.. buat ni tak jadi, ni tak jadi. reaming pun salah, ape kes! nasib baik lab endodontic (rawatan akar gigi) hari tu takde ambil markah.

ada sesuatu dalam kepala yang aku tak mampu nak baca. seharian berlalu dengan berat (dan pelik).

malamnya mimpi yang entah hape-hape.





esoknya, Jumaat. awal pagi dah buka facebook. "Nur Zuriatie tag a photo.....", 

baca komen, "anak saudara baru"

alhamdulillah, ahli baru dalam keluarga. kali ni lelaki pulak. terus aku sujud syukur. alhamdulillah, lahir awal sikit dari tarikh yang dijangka.


lepas dua tiga renung, pap! tepuk dahi. zaman 'bujang' aku dah tamat.
anak yang lahir, adalah dari kakak paling bongsu. kalau selama ni aku masih boleh main gurau-gurau gedik dengan kakak ni sorang, sekarang dah kurang. segan, dia dah ada anak sorang. 

rasa besar tanggungjawab kat anak-anak buah. aku dah fikir nanti nak ajar diorang buat layang-layang guna buluh, terjun sawah, panjat pokok kelapa, haha.


memang nak kena jadi pak cik yang soleh.


faris mursyid. 
[nama dari mak dia, dengan sokongan aku.kihkih]







* ada masa kita perlu tunggu ketenangan datang. sabar pun suatu emosi.

* dan, jangan sampai Al-Quran tinggalkan kamu!



Tuesday, March 13, 2012

perihal gelak dan ketenangan.

1. aku percaya tiap benda kita boleh simpan, sama ada sikit atau banyak. sama juga perasaan. belajar-belajarlah untuk simpan, moga zahir bila perlu je. dan, zahir tak semestinya menggambarkan batin. tak salah kita gelak untuk gembira dengan kawan-kawan walau hati sedang duka. tapi jangan lupa bagi hak kat hati. bagi masa untuk dia. dia ada dunia dia sendiri. paling penting, refresh refresh dan refresh.


2. agaknya malam ni kali pertama aku dan member-member sembang dengan matang sikit pasal jodoh. agaknya sebeb terarah oleh 'senior-senior' yang luas ilmu. ayat paling penting, "tanda seorang tu dah layak untuk taqdim orang, bila dia tak gelak masa orang sembang pasal kawen."

time tu jugak aku gelak. kah kah kah. nasib baik, lambat lagi jodoh.


3. part paling aku malu dalam lab, bila aku cerita sesuatu yang lawak dan Sadis gelak kuat sangat sampaikan semua student arab pandang dan tanya, "syu muhammad?" [ape hal, muhammad?]


4. masa-masa paling bahagia dalam hidup, sembang lama-lama dengan umi sambil cerita kejadian-kejadian yang kelakar. indahnya dengar orang kita sayang gembira. siapa tahu hati orang duka, paling kurang kita buat zahirnya seri.


5. asalnya nak tulis isi perbincangan tadi, tapi malas. nak tidur awal. sebabnya, perbincangan tadi trigger aku untuk fikir masa depan. macam dah lama aku tak fikir jelas pasal masa depan. aku taknak hilang 'unsur' tadi. faktanya tak apelah, lambat lagi aku nak guna. tapi 'jiwa'nya aku sayang.. sampaikan lekat kat kerusi. haha. aduh aduh, takleh blah. lama dah aku lipat isu kawen dalam hidup, tapi malam ni keluar dengan baik. moga aku sempat bersiap untuk kawen 4 tahun lagi. bukan lama tu. takpelah, aku tulis jugak dengan cerita lain, dah hilang ngantuk. kah kah.


#

sampai sekarang, aku masih kagum amat dengan member yang berani 'sorohah' dengan orang mereka suka. yang berjaya, buat aku senyum panjang. alhamdulillah dan tahniah. selepas terjun dalam sungai yang dalam, ni memang part paling aku takut dan tak sedia sedia dalam hidup. setakat wakilkan akad tu reti lagilah.

antara input yang penting.

sebuah cerita;
seorang suami, atas kapcai, dengan isteri dia kat belakang. dalam perjalanan ke bazar ramadhan. kat dalam raga [depan pak cik tu] ada barang satu plastik besar, atas peha dia ada juga barang. isteri dia kat belakang galas barang dalam beg kat belakang. atas peha ada selit sikit, atas kepala ada juga. [kronik jugak gambaran aku neh]

macam tu la lebih kurang.

isunya, [la samahallah], adakah isteri/suami masih setia bersusah menanggung hidup walau dalam keadaan sepayah tu, atau lebih?

diam.

dem, aku [macam] takpernah fikir.

.

saat tu aku teringat umi. ada manusia terbatas harta. ada manusia terbatas masa. ada manusia terbatas umur. zaman kecik aku dengan umi, kalau nakal-nakal pun banyak depan rumah, tolong dia jahit baju, tolong cabut rumput, buang sampah, kait rambutan, tebang pokok pisang, keluarkan kambing, 'petik' nangka, tanam bunga. haha. macam kurang jantan. tapi alhamdulillah aku jadi teman jugak sikit-sikit walau nakal. kalau disoal,  "agaknya, aku buat apa kalau ayah masih ada?"

wallahu a'lam.

paling kurang, takdelah payah pun hidup kami dulu, alhamdulillah. cukup makan, cukup untuk sempurnakan ijazah/diploma akak-akak. terima kasih buat PETRONAS, JPA dan MARA. cukup, dan cukup.

sekarang, bila hidup dah makin senang [alhamdulillah], aku pernah nak bagi hadiah beg reebok kat adik perempuan yang sorang. umi larang, "jangan ajar adik dengan benda mahal."

tertegur.

sebenarnya, susah yang banyak mengajar.



episod lain.

kak long, orang yang lembut dan penyayang. cantik dan periang. agaknya kebanyakan anak sulung macam ni, memotivasi dan murah rezeki.

belajar dapat tajaan petronas, dah habis u tak dapat kerja, jadi guru kejap. kena ngajar budak-budak nakal sampai balik rumah mengadu kat kami. nakal sangat sampai cikgu pun selalu kena usik. lagi-lagi cikgu baru.

part yang aku takleh lupa, pernah sekali murid-murid dia guna barang tanpa minta kebenaran sampai habis, so kak long merajuk sampai nangis. murid-murid dia rasa bersalah dan nyanyi lagu P. Ramlee, "maafkan kami, maafkan kami....." haha, sweet pulak. lembut lah hati kak long ni, tu pun nak nangis. alhamdulillah sumenya baik lepas tu. tak lama lepas tu dapat tawaran kerja bawah petronas, senyum dan sedih. cinta baru berputik tapi dah nak tinggalkan murid. apakan daya, dengan sayu dia sediakan hadiah buat murid-murid dia sebelum berpisah.

bertukar ke kertih, terengganu. masalah! takde kenalan, sape nak jaga anak dara sorang ni, yang tak kenal sangat dunia luar.

alhamdulillah, ada anak sorang jiran lama kerja bawah petronas jugak, kat paka [setengah jam ke kertih]. lelaki, anak seorang pak imam di pulai chondong, kelantan. [aku panggil dia abe chik]

ditemani, tiap kali nak balik kelantan. lepas dua tiga bulan, cinta lain lahir.

mereka bertunang. aku masih ingat cerita umi,
"masa abe chik (lelaki tadi) call umi nak minta kak long, bla bla bla.. dan umi senang hati dengan cara abe chik... bla bla.. umi ada jumpa dengan emak abe chik, cakap yang kak long ni tak reti apa-apa, masak pun tak pandai sangat. apelah sangat yang kak long ni ada.. dan emak abe chik kata, tu keputusan abe chik, siapa kita nak menilai lebih."

setuju untuk bertunang.

seminggu sebelmu bertunang [tak silap aku], kak long ajak kak ngah ke pekan pasir mas, naik motor. mereka pergi. dan, takdir Allah, mereka terlanggar lembu sampai jatuh dan cedera parah. kak ngah berjahit-jahit. kak long 'pecah' muka. orang kata sampai tak dapat nak cam. gigi patah. pasir masuk dalam pipi, teruk. Allah je tahu betapa sedih, seminggu nak bertunang.

dapat je berita, abe chik terus bertolak dari paka ke pasir mas. macam orang takde rumah, tengah-tengah malam dia ketuk pintu hospital. hampir-hampir pengawal nak halau, nasib baik [arwah] mak cik aku ada time tu, dia kenal..

pertunangan diteruskan.

bukan kerana rupa.

alhamdulillah, kak long makin cantik, sekarang mereka ada dua orang anak. sorang lagi on the way, insya-Allah. hidup berkeluarga dan tenang. moga Allah berkati mereka sekeluarga.

moga hidup aku, kau, kita semakin baik, dan sentiasa berjalan baik dengan rahmat Allah, insya-Allah. indah, indah, indah, dengan nikmat Dia.











ira, kak long dan iffah [anak pertama]







umi dan aku.




ikan kembali tenang bila kembali ke dalam air.




ni gambar sebelum aku fly, berhenti kat satu sungai kat tengah jalan ke KL. hampir tiga tahun lepas.

malam ni aku tidur dengan rindu.



selamat malam.

Saturday, March 10, 2012

5 menara

berbulan-bulan mata kanan aku berdenyut-denyut, pelik. tanya budak klinikal, dorang kata sebab mata penat kot. mungkin sebab xbox. sape ade cadangan jawapan boleh bagitaw.


*************

baru habis tengok satu movie turki, "Five Minarets in New York". sebab banyak benda nak kena buat hujung minggu ni, terpaksa tengok sikit-sikit macam drama. aku iklankan cerita ni. tengok lah tengok lah. menarik. jarang-jarang cerita boleh buat aku menangis [sikit].hehe. setakat Ustaz Dzulkhairi wash geng-geng naqib kat SMAPK dulu pun aku kebal lagi.

ni trailer. http://www.youtube.com/watch?v=fQTUcCIU_yw

ni citer penuh, kalau anda faham bahasa turki. http://www.youtube.com/watch?v=wGeoYQi-S8k


nak mudah, donlod sebijik. aku gi donlod rumah member, jimat tenet.


dah habis tengok movie, ape dapat?






tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak rindu.

dalam lerakan ijtihad, macam-macam jenis orang kita jumpa. dalam cerita ni, digambarkan seorang lelaki yang ambil jalan sendiri untuk 'spread the word of Allah'. walau mungkin ada yang tak setuju dengan watak ni, tapi aku, no komen. sebab ni bukan bidang aku. setakat nak cakap gigi dia lawa boleh la.. dalam cerita ni, ditunjukkan sebab dia, banyak 'golongan' dapat kenal Islam. tengoklah sendiri.

"The nation of Love has a different religion of all religions — For lovers, God alone is their religion." 
[ar-Rumi]

dalam cerita ada ada disebut perkataan ar-Rumi, sepatah je pon.




between the ignorance and violance

i'm not sure about the public's sight towards Islam nowadays. ceh, takreti ambe nak kecek BI. tapi cerita tu nak tunjuk pandangan certain american terhadap muslim. umumnya, dikaitkan dengan keganasan. tapi islam tak ganas pun. eh, ade orang anggap orang islam ni fikir akhirat saje, taknak ada kaitan dengan dunia.

between the ignorance and violance, where did you sit?




just a short life

dalam cerita, sorang brader ni cakap,

"on your birth, your azan is recited but no prayer perfomed. on your death, your prayer is perfomed but no azan performed. this is because the azan of your birth belongs to the prayer of your death. that's a short life."




setiap orang buat kesalahan, yang lepas adalah yang lepas

so, no dendam-dendam. heh.





part kat masjid biru, buat aku teringat subuh di sana. lepas tu terus jalan kaki ke pinggir Topkapi, tengok matahari terbit. epik habis.




selamat menonton. kalau ada takfaham tu, boleh tanye ahli feqah ye.





berpagi-pagi.




di sekitar topkapi




ketika matahari mula meninggi.





saje nak post gambar-gambar lama.

Wednesday, March 7, 2012

whirling dervishes

jiwa-jiwa yang keras, dilembutkan dengan mengingati Allah.

dalam banyak-banyak dinasti, Turki kaya dengan unsur-unsur sufi. dipusing-pusing dalam irama, seakan hidupan lenyap dengan khayalan.



"You were born with wings, why prefer to crawl through life?"
- Jalaluddin ar-Rumi -



dalam pusingan-pusingan, mungkin kita jatuh. dalam hidup mungkin kita kehilangan.


"Don't grieve. Anything you lose comes around in another form."
- Jalaluddin ar-Rumi -



agaknya kerana bulan ini bulan 'bencana' bagi umat, tiap-tiap hari aku lerakkan hidup dengan hal berkaitan turki. dari pembacaan, movie, sampailah lagu-lagu. juga dalam proses menghabiskan 'sejuzuk' puisi-puisi jalaluddin muhammad balkhi versi inggeris. moga ada rezeki untuk ke sana.



# kepada yang terbabit; maaf 'terlanggar' kaki tadi. macam tak macho terus blah laju-laju selepas sepatah 'sori'. segan kot, dan buku lali kurang sihat [alasan]..








crawling with wings[?]



ibu dan anak i

sebuah ikatan tanpa tali yang paling kukuh. tapi banyak kisah dari ibu kepada anak. anaknya?


moga-moga aku jadi anak yang soleh sampai akhir hayat. insya-Allah.

petang tadi aku habiskan 33 minit dengan umi tanpa banyak cakap. tapi bila umi nak letak phone,

"eh umi smeta smeta.."

"makpo?"

"ttahu.."


saje je. sebab rindu nak dengar suara beliau lama lama. nak dengar celoteh panjang pasal kak yang pergi 'simen' gigi, harga barang naik, lama tak dengar ceramah tok guru, jubah yang aku kirim besar dan terlalu berbunga, member sekampung sebaya aku yang dah kawen dan nak dapat anak, baju banyak lagi nak kena jahit dan adik bongsu yang baru belajar masak [lepas kena 'kutuk' ngan abang dia].

sebabnya, masuk sem ni paling banyak aku 'sempat' call, sekali seminggu. beliau dah bising. "sejak pegi jalan dah lupa nak call umi?"

huk huk.

"bukan tak nak call, tapi...."


ah, post rindu. tak sabar nak balik cuti raya, nanti dah jadi 5 orang anak buah insya-Allah.. tolonglah tubuh, stadi leklok moga sume subjek lulus.


selamat malam.



kak long dan anak anak. bulan 6 ni bertambah sorang lagi insya-Allah.

gambar kat pantai kemasik, terengganu. bulan 6 2011. time ni aku ber'cuti-family' melawat family rasmi dan family tak rasmi. menemani kak long sebab suaminya ada kursus di KT.




haisy...


Tuesday, March 6, 2012

di persempadanan kegelapan




ada cahaya, dan ada sahabat.

kita yang memilih.




sedang aku masih di bucu yang tersorok, gelap dan berhabuk. menyimpan sesuatu yang entah apa.  menghitung waktu dari hembusan angin yang mendatang..

sedangkan angin sebegitu tidak pernah menentukan sesuatu perihal masa.








rehlah ber-MPV di Spain, jadi kenangan kekadang untuk aku jadi lebih berjalan agar tidak mati sebelum mati.

Saturday, March 3, 2012

patah tumbuh hilang berganti

1. hari ni aku jumpa balik CROCS HITAM aku yang dibedal entah sape. cek punya cek [rela tilik selipar kat tangga masjid], memang yakin, aku punya! tapi bila nak ambik rasa bersalah pulak, punya dia baik datang masjid, balik takde selipar. mungkin dia pinjam selipar member. ok lah, lain kali aku tunggu tengok sape 'tuan' dia. seharian cari kat balad minggu lepas, takde pengganti.

2. hari ni 3 Mac, femes sebagai 'ulang tahun' kejatuhan khilafah. terpulang pada pengertian masing-masing, nak ambik tarikh bila sebagai 'kejatuhan khilafah'. aku punya pendapat sendiri. bertahun-tahun diperjuangkan, masih belum punya pengganti bagi Osmanli. awak berani jadi pengganti pejuang?

3. member rumah cakap bla bla bla bla. jangan satu masa kitoraang kena cari pengganti ahli rumah. kah2.

4. aku rasa ada sesuatu yang hilang, tapi takpasti apa. tak perlulah diganti, kan.

5. kelas tiap sabtu dibatalkan, sebab syeikh ada hal. takde keputusan lagi nak ganti hari apa.


saje mengarut.


Friday, March 2, 2012

Turki, Uthmaniyyah dan Seljuq

Minggu lepas aku kena 'bentang' pasal kerajaan yang aku suka, dan kenapa aku suka.

Aku pilih antara Osmanli atau Mamluk, akhirnya aku pilih Mamluk. Sebabnya, kurang sumber pasal Mamluk yang boleh buat aku berani cerita dalam-dalam kat orang lain. Aku tulis sebab nak lebih ingat, taknak lupa sebelum aku ziarah Turki. Lagipun banyak lagi kisah ke-Turki-an yang aku belum habiskan.


Turki Uthmaniah. Agaknya, istimewanya sebagai kerajaan yang kuat tapi naik tanpa pertumpahan darah. Dianngap pewaris kepada Dinasti Turki Seljuq, Khilafah bukan Arab, dan bukan Quraisy.

Apa yang aku suka tentang Turki Uthmaniah?


1. Allah bagi mereka kuasa pemerintahan atas kecintaan pada agama

Secara ringkas, selepas kemasukan Mongul ke Asia Tengah (asalnya didominasi orang Arab dan Islam), satu demi satu kerajaan Islam (yang berpecah selepas kelemahan Abbasi di Baghdad). Bila Mongul sampai di Khurasan, Sulaiman Khan dan orang-orang dia berpindah (lari) ke kawasan bawah pengaruh Seljuq. 

Pada masa lain lepas tu, Gengis Khan Khan hantar tentera untuk serang Seljuq di Konya. Bila Sulaiman dapat berita, dia hantar anak dia, Ertughrul (ikut bahasa arab, Artughril kot) untuk tolong Sultan Seljuq, Alauddin. Dia hantar anak dia dengan gerombolan tentera dengan cita-cita untuk syahid, mempertahan Islam dan memerangi golongan harbi. Pendek cerita, Seljuq menang sebab pertolongan Ertughrul and the geng. Sultan Alauddin hepi, dia bagi pangkat ketua panglima kat Sulaiman, tanah di Ankara kat Ertughrul. Dengan masa, Sultan Alauddin meninggal, anak dia, Ghayathuddin jadi Sultan. (nota: masa ni Baghdad belum jatuh) 

Masa ni, Ertughrul jadi pemerintah kawasan tertentu bawah Seljuq. Setahun selepas Hulagu Khan serang Baghdad, Uthman bin Ertughrul dilahirkan. (kenal tak nama ni? ada dalam buku teks sejarah ting 5 ye). Ghayathuddin kahwinkan anak perempuan dia dengan Uthman.

Dengan masa, Ghayathuddin meninggal sebab Mongul. Dia pulak tiada anak lelaki, jadinya, Uthman 'tercalon' sebagai Sultan. Macam biasa, ada yang tak puas hati. bla bla bla. Uthman dapat atasi benda ni, dia perkuatkan bala tentera dan menang dengan Mongul lepas tu. Jadinya, orang-orang bawah ni pun respeklah. 

Bermula Dinasti Uthmaniyyah, atau kita kenal sebagai Turki Uthmaniyyah.

*kawasan Timur Turki kaya dengan sejarah Seljuq. Sejarah Seljuq kaya dengan penentangan terhadap tentera Salib.


2. Wasiat dari pimpinan atas kepada pimpianan bawah (didikan seorang ayah kepada anak)

Aku anggap, antara faktor keutuhan Dinasti Turki Uthmaniyyah sebab pegangan khalifah-khalifah selepas Uthman terhadap wasiat Uthman sebelum dia meninggal. Carilah kat tempat lain, malas nak tulis. Ringkasnya, nasihat ni penuh dengan wasiat agar memerintah dengan adil, mempertahankan Islam bla bla bla.

Uthman pulak, dia dapat tanam rasa cinta antara anak-anak dan patuh pada keadilan sampaikan anak-anak dia tidak bergaduh untuk pangkat.


3. Sikap tidak mementingkan kedudukan yang menguntungkan negara dan kerajaan

Anak kepada Uthman, namanya Orkhan. Orkhan ni sebenarnya bukan anak lelaki sulung Uthman, tapi anak kedua. Anak sulung namanya Alauddin. Alauddin orang yang lebih pandai, bersemangat dan dedikasi. Namun, Orkhan orang yang mempunyai lebih kelebihan dalam bidang ketenteraan dan pemerintahan lebih kurang, jadinya Uthman lebih utamakan Orkhan.

Orang ingat dua orang ni akan gaduh, rupanya Alauddin ni dengan senang hati redhakan mahkota buat Orkhan dan dia minta tempat untuk menetap tenang. Allah punya kuasa, Alauddin akhirnya akur dengan permintaan adiknya, Orkhan untuk jadi perdana menteri lepas banyak kali tolak. (dah macam citer prince of persia)

Gandingan dua orang ni mantap sangat, akademik+militari.


4. Sistem madrasah yang membentuk pejuang 'hardcore'

Pernah dengan istilah Janissari? Golongan tentera elit Turki Uthmaniyyah. Orang yang mencadangkan penubuhan Janissari ni Alauddin tadi. Dia cadang kat adik dia (merangkap sultan) untuk tubuhkan angkatan tentera di raja yang dinamakan Janissari. Ahli rekrut diambil dari anak-anak tawanan yang beragama kristian. Mereka ni akan diajar agama Islam, lepas tu diajar ketenteraan dan 'pendidikan sivik'. Mantap tak mantap sistem ni, legasi Janissari yang jatuh sebab besar Sultan Muhammad II dapat buka Constantinople.


5. Keseimbangan antara pembukaan wilayah dan pembangunan wilayah yang telah dibuka

Kebanyakan empayar, bila ditakluk tanah baru, cukup sekadar diletak wakil pemerintah. Dalam empayar Turki ni, zaman Alauddin tadi banyak dia buat pembinaan infrastruktur, sekolah, kemudahan awam dan faktor pembinaan negara amat dititikberatkan. Orkhan pulak senang hati dengan cara Alauddin.


6. Tempat yang tinggi bagi ahli agama dalam institusi kerajaan

Mufti-mufti mendapat tempat yang tinggi dalam kerajaan ni. Boleh dikatakan tiap keputusan umu kerajaan adalah hasil persetujuan mufti-mufti. Mereka ada kuasa yang besar untuk menasihat sultan.


7. Unsur kesufian yang menjernihkan kerajaan

Empayar Turki amat terkenal dengan unsur kesufian. Golongan tentera glamer dengan gaya sufi tertentu, rakyatnya dengan gaya sufi tertentu. Jalaluddin ar-Rumi yang bukan orang Turki, bukan juga hidup di zaman kenaikan Uthmaniyyah tapi diangkat tinggi oleh masyarakat Turki. Bermula dengan kesukaan seorang sultan ni terhadap Jalaluddin.




penat tulis, haha. ilmiah sungguh. minta maaf kalau ada info yang lain dari yang anda dengar. aku ada sumber-sumber yang aku percaya dan baca, dari situ aku bercerita. lagipun, aku bukan ahli sejarah. baca dan kongsi sikit-sikit nak hilangkan bosan.

apa yang tertulis ni berkaitan zaman awal Uthmaniyyah. agak tak kena kalau nak digandingkan poin-poin ni dengan keseluruhan kerajaan Uthmaniyyah. Tak masuk dalam lagi bab kelemahan kerajaan Uthmaniyyah. lain kali kita sambung.

teringin nak gi turki, tapi nak khatamkan bacaan dulu. nak kumpul duit. bak kata seorang akak, duit dan masa tidak selalu bersekutu. heh.

yang ajak nak gi Turki tu, tengoklah dulu. banyak lagi masa ye dak.




Masjid dan maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Rasululullah yang meninggal dalam siri cubaan penaklukan Constantinople di zaman Mu'awiyah.



orang Turki yang tolong aku cari Masjid Eyup Sultan, tempat maqam sahabat tadi.
ajak member sume taknak pegi, terpaksa pegi sorang-sorang. alhamdulillah ada orang tolong.



sekian.