kerja PINTAR yang terbengkalai, expired dah pon.
pinggang mangkuk yang beranak pinak dalam sink. subur sungguh.
baju tak beranak,tapi agak dah layak berkulat. stok-stok baju syitak tak basuh lagi. berat la!
ruang tamu tempat stadi dah taman tema kanak-kanak. jalan seinci sepak meja, depan sikit sepak sos, depan sikit sepak henset, depan sikit boleh gak sepak kepala orang.
highlight dah generasi ke sembilan agaknya sem ni. padahal takpernah guna sampai habis. takpernah bagi kat orang. sungguh mistik!
atas meja bilik dan jadi tapak 'lego'.
nasib baik dah tak bela binatang. kalo tak ade hamster mati kurus, ikan mati lemas, kucing mati sejuk. na'uzubillah na'uzubillah.
yang terbaru, iluvislam pun dah 'tanya' untuk hantar wallpaper. erk, payahnya nak wat benda yang orang tertarik ni. hajat nak guna untuk dakwah, tapi sedar la jugak diri ni lemah. bale bale, tapi kejap lagi saye takde seminar. cuba jugak kan.
zakat dah jadi menyepi, walaupun ain asyik duk tanya.
sume dentists ada talk dengan dean UiTM sabtu ni. aku taksetelkan ape lagi. orang suh jadi pengarah taknak. tanya orang lain pun sume taknak. terpaksa 'mengarah' tanpa meeting. yes, i like it. simple! harapnya jadi. amin.
duit dah kering. terkubur la kot cita-cita murni nak beli iphone. Nikon D 7000 pon taklayak masuk list.
akak nak kawen, takredi lagi nak bagi nasihat ape. haha. rase macam kosong plak la 'passing' amanah kat orang len camtu-camtu je.
kalo fikir,takcukup tangan hidup ni. iye ke tak cukup. Rasulullah pun ada dua tangan, 24 jam sehari.
ambik ambik. insap la skit adik ye.
sebenarnya bez sibuk, biar takde masa nak buat benda-benda jahat ni. penat memang penat. ade jugak keje yang 'menyampah' sampai malas nak buat. haha. tu lah, terkadang kita lupa tenaga dari Allah. pastu, bersyukurlah dengan menggunakan ke arah kebaikan. dok eh?
oh, nak sambung stadi.
harapnya umur makin jadi bernilai.
selamat!
hidup taknak jadi sia-sia kan, mengulangi ke'mangkuk'an yang sama, statik, ikut sahaja.
2 comments:
ingat ada seminar tadi.
tu ah,br nk ajak enta!
Post a Comment