Monday, March 26, 2012

Ibnu Sina dan penyakit rindu

Dikisahkan, Ibnu Sina merakamkan suatu penyakit dalam kitabnya. Dia berpendapat ada suatu penyakit yang turut melemahkan tubuh, tapi tidak berpunca dari asbab seumpama penyakit biasa. Ubatnya bukan juga bahan.

Andai seorang pemuda, si Fulan jatuh cinta kepada seorang gadis, Si Fulanah dan hajatnya untuk bersua tak kesampaian. Dek rasa rindu, lemah seluruh badannya, umpama orang kesakitan. Murung dan kurang daya. Kehidupan yang terganggu dan kekurangan. Kesian.

Tiadalah ubat, menurut Ibnu Sina, melainkan Si Fulan tadi bertemu melepas hajat pada buah hatinya, Si Fulanah terbabit. Bersua dan melepas rindu. Mungkin hanya sekadar melihat, cukup mengubat 'penyakit' rindu yang hampir saja membunuh tubuh itu. Ibnu Sina, seorang tokoh perubatan 'moden' mempercayai penyakit 'kuno' yang disebabkan cinta, yang dinamai rindu, yang hanya dapat diubati oleh sang-yang-dicintai.


Andai benar cerita yang dikisahkan kepadaku, dari yang kisahkan oleh Ibnu Sina tentang situasi yang benar dialaminya, aku sangka agak benarlah cerita yang dikisahkan HAMKA dalam novel "Di Bawah Lindungan Kaabah". Tak kesahlah. haha


Aku baru mempercayainya semalam.


Balik dari kelas, dari awal turun bas (di McD), aku cari 'earphone' sebab nak call Malaysia. Taqdir, hilang. Mungkin tercicir dalam bas. Bergegas ke rumah, takut orang Malaysia tidur awal.

Sampai rumah pukul 5 lebih.

Call terus.

Rupanya dah tidur.

Sembang dengan orang lain.

Kirim salam rindu.


Pergi solat maghrib dengan 'kecewa', balik terus tidur. Nak bangun tengah malam, nak call tanah air pagi-pagi, lepas subuh.

Berjaga sampai pukul 1 pagi.

Call.

Takde orang angkat.

Sampai tiga kali, masih tiada orang angkat. Huh, kalau bagi salam sampai tiga kali, dah kena balik.

Tidur dengan kecewa lagi.

Terus malam (tadi) aku demam. Tiga empat kali terjaga sebab tak sedap badan. Ketar seluruh tubuh. Kuatkan diri untuk solat subuh, kejut Najib (housemate) dan sambung tidur. Waktu Najib ajak ke kelas, tak disahut. Terbungkam di bawah selimut tebal sampai matahari lebih tinggi. Paksa juga ke kelas, hari ni ada lab, kuota ponteng takde. Ilmu-ilmu bagai singgah sekejap di kepala. Dalam lab melayang entah ke mana. Nak balik, nak balik. nak call!! Lab berlalu.

Cepat-cepat balik rumah, terus call. Alhamdulillah, panggilan diangkat. Ubat dah sampai. Hilang lemah-lemah, ketar-ketar, sakit-sakit. Bergayut atas katil setengah jam sampai dekat azan maghrib.

Terubat rindu.

Tadi, baru gelak-gelak dengan ahli rumah di 'kedai makan' kat kawasan Bab Janubi. [jauhnya makan]


Sila belajar dengan tekun! Esok exam Oral Radiologi. Terima kasih buat kawan yang menerangkan fakta semalam, walau dah tengah malam. Bittaufiq ye kawan-kawan.


Oh, terima kasih Umi kerana mengubati.




*tetiba aku was-was. mungkin ilmuan itu bukan Ibnu Sina, tapi 'doktor' Muslim pada zamannya. wallahu a'lam.




# rasa nak tujukan post ni buat sahabat di Mesir. =p



kedamaian yang dirindui.


4 comments:

tepianmuara said...

tak silap aku ibnu qayyim, dalam bukunya,
'The Garden of the Lovers and the Excursion of Those Who Yearn'

samar2 teringat masa baca buku tu dulu.

wallahu a'lam

Akhyar said...

tepian muara;

aku gugel gugel, Ibnu Sina pun ada tulis pasal benda ni. keduanya menulis tentang cinta. =p

Karya beliau, Risalah fil 'isyq (a treatise in love).

nak cari[?]

zaimu said...

kebah demam
dapat baca entri terbaru kheri~

Akhyar said...

zaimu;
demam aku bace komen mu! =p