1. aku percaya tiap benda kita boleh simpan, sama ada sikit atau banyak. sama juga perasaan. belajar-belajarlah untuk simpan, moga zahir bila perlu je. dan, zahir tak semestinya menggambarkan batin. tak salah kita gelak untuk gembira dengan kawan-kawan walau hati sedang duka. tapi jangan lupa bagi hak kat hati. bagi masa untuk dia. dia ada dunia dia sendiri. paling penting, refresh refresh dan refresh.
2. agaknya malam ni kali pertama aku dan member-member sembang dengan matang sikit pasal jodoh. agaknya sebeb terarah oleh 'senior-senior' yang luas ilmu. ayat paling penting, "tanda seorang tu dah layak untuk taqdim orang, bila dia tak gelak masa orang sembang pasal kawen."
time tu jugak aku gelak. kah kah kah. nasib baik, lambat lagi jodoh.
3. part paling aku malu dalam lab, bila aku cerita sesuatu yang lawak dan Sadis gelak kuat sangat sampaikan semua student arab pandang dan tanya, "syu muhammad?" [ape hal, muhammad?]
4. masa-masa paling bahagia dalam hidup, sembang lama-lama dengan umi sambil cerita kejadian-kejadian yang kelakar. indahnya dengar orang kita sayang gembira. siapa tahu hati orang duka, paling kurang kita buat zahirnya seri.
5. asalnya nak tulis isi perbincangan tadi, tapi malas. nak tidur awal. sebabnya, perbincangan tadi trigger aku untuk fikir masa depan. macam dah lama aku tak fikir jelas pasal masa depan. aku taknak hilang 'unsur' tadi. faktanya tak apelah, lambat lagi aku nak guna. tapi 'jiwa'nya aku sayang.. sampaikan lekat kat kerusi. haha. aduh aduh, takleh blah. lama dah aku lipat isu kawen dalam hidup, tapi malam ni keluar dengan baik. moga aku sempat bersiap untuk kawen 4 tahun lagi. bukan lama tu. takpelah, aku tulis jugak dengan cerita lain, dah hilang ngantuk. kah kah.
#
sampai sekarang, aku masih kagum amat dengan member yang berani 'sorohah' dengan orang mereka suka. yang berjaya, buat aku senyum panjang. alhamdulillah dan tahniah. selepas terjun dalam sungai yang dalam, ni memang part paling aku takut dan tak sedia sedia dalam hidup. setakat wakilkan akad tu reti lagilah.
antara input yang penting.
sebuah cerita;
seorang suami, atas kapcai, dengan isteri dia kat belakang. dalam perjalanan ke bazar ramadhan. kat dalam raga [depan pak cik tu] ada barang satu plastik besar, atas peha dia ada juga barang. isteri dia kat belakang galas barang dalam beg kat belakang. atas peha ada selit sikit, atas kepala ada juga. [kronik jugak gambaran aku neh]
macam tu la lebih kurang.
isunya, [la samahallah], adakah isteri/suami masih setia bersusah menanggung hidup walau dalam keadaan sepayah tu, atau lebih?
diam.
dem, aku [macam] takpernah fikir.
.
saat tu aku teringat umi. ada manusia terbatas harta. ada manusia terbatas masa. ada manusia terbatas umur. zaman kecik aku dengan umi, kalau nakal-nakal pun banyak depan rumah, tolong dia jahit baju, tolong cabut rumput, buang sampah, kait rambutan, tebang pokok pisang, keluarkan kambing, 'petik' nangka, tanam bunga. haha. macam kurang jantan. tapi alhamdulillah aku jadi teman jugak sikit-sikit walau nakal. kalau disoal, "agaknya, aku buat apa kalau ayah masih ada?"
wallahu a'lam.
paling kurang, takdelah payah pun hidup kami dulu, alhamdulillah. cukup makan, cukup untuk sempurnakan ijazah/diploma akak-akak. terima kasih buat PETRONAS, JPA dan MARA. cukup, dan cukup.
sekarang, bila hidup dah makin senang [alhamdulillah], aku pernah nak bagi hadiah beg reebok kat adik perempuan yang sorang. umi larang, "jangan ajar adik dengan benda mahal."
tertegur.
sebenarnya, susah yang banyak mengajar.
episod lain.
kak long, orang yang lembut dan penyayang. cantik dan periang. agaknya kebanyakan anak sulung macam ni, memotivasi dan murah rezeki.
belajar dapat tajaan petronas, dah habis u tak dapat kerja, jadi guru kejap. kena ngajar budak-budak nakal sampai balik rumah mengadu kat kami. nakal sangat sampai cikgu pun selalu kena usik. lagi-lagi cikgu baru.
part yang aku takleh lupa, pernah sekali murid-murid dia guna barang tanpa minta kebenaran sampai habis, so kak long merajuk sampai nangis. murid-murid dia rasa bersalah dan nyanyi lagu P. Ramlee, "maafkan kami, maafkan kami....." haha, sweet pulak. lembut lah hati kak long ni, tu pun nak nangis. alhamdulillah sumenya baik lepas tu. tak lama lepas tu dapat tawaran kerja bawah petronas, senyum dan sedih. cinta baru berputik tapi dah nak tinggalkan murid. apakan daya, dengan sayu dia sediakan hadiah buat murid-murid dia sebelum berpisah.
bertukar ke kertih, terengganu. masalah! takde kenalan, sape nak jaga anak dara sorang ni, yang tak kenal sangat dunia luar.
alhamdulillah, ada anak sorang jiran lama kerja bawah petronas jugak, kat paka [setengah jam ke kertih]. lelaki, anak seorang pak imam di pulai chondong, kelantan. [aku panggil dia abe chik]
ditemani, tiap kali nak balik kelantan. lepas dua tiga bulan, cinta lain lahir.
mereka bertunang. aku masih ingat cerita umi,
"masa abe chik (lelaki tadi) call umi nak minta kak long, bla bla bla.. dan umi senang hati dengan cara abe chik... bla bla.. umi ada jumpa dengan emak abe chik, cakap yang kak long ni tak reti apa-apa, masak pun tak pandai sangat. apelah sangat yang kak long ni ada.. dan emak abe chik kata, tu keputusan abe chik, siapa kita nak menilai lebih."
setuju untuk bertunang.
seminggu sebelmu bertunang [tak silap aku], kak long ajak kak ngah ke pekan pasir mas, naik motor. mereka pergi. dan, takdir Allah, mereka terlanggar lembu sampai jatuh dan cedera parah. kak ngah berjahit-jahit. kak long 'pecah' muka. orang kata sampai tak dapat nak cam. gigi patah. pasir masuk dalam pipi, teruk. Allah je tahu betapa sedih, seminggu nak bertunang.
dapat je berita, abe chik terus bertolak dari paka ke pasir mas. macam orang takde rumah, tengah-tengah malam dia ketuk pintu hospital. hampir-hampir pengawal nak halau, nasib baik [arwah] mak cik aku ada time tu, dia kenal..
pertunangan diteruskan.
bukan kerana rupa.
alhamdulillah, kak long makin cantik, sekarang mereka ada dua orang anak. sorang lagi on the way, insya-Allah. hidup berkeluarga dan tenang. moga Allah berkati mereka sekeluarga.
moga hidup aku, kau, kita semakin baik, dan sentiasa berjalan baik dengan rahmat Allah, insya-Allah. indah, indah, indah, dengan nikmat Dia.
ni gambar sebelum aku fly, berhenti kat satu sungai kat tengah jalan ke KL. hampir tiga tahun lepas.
malam ni aku tidur dengan rindu.
selamat malam.

ira, kak long dan iffah [anak pertama]
umi dan aku.
ikan kembali tenang bila kembali ke dalam air.
ni gambar sebelum aku fly, berhenti kat satu sungai kat tengah jalan ke KL. hampir tiga tahun lepas.
malam ni aku tidur dengan rindu.
selamat malam.
4 comments:
terima kasih merakamkan kali ini.
Umi kamu cantik Zul :)
Kak Long kamu cantik,
rugi akak tak pernah jumpa
dan, tulisan ini cantik.
terima kasih :)
*senyum-ikhlas-untuk-kau*
moga mudah sume nye,
aku doakan~
=]
anip;
sama sama =].. nati giliran kau pula merakam.
k. aishah;
akak juga cantik..[hik]
terima kasih.
qus;
senyum-ikhlas-dari-aku..
moga-moga.
Post a Comment