Minggu lepas aku kena 'bentang' pasal kerajaan yang aku suka, dan kenapa aku suka.
Aku pilih antara Osmanli atau Mamluk, akhirnya aku pilih Mamluk. Sebabnya, kurang sumber pasal Mamluk yang boleh buat aku berani cerita dalam-dalam kat orang lain. Aku tulis sebab nak lebih ingat, taknak lupa sebelum aku ziarah Turki. Lagipun banyak lagi kisah ke-Turki-an yang aku belum habiskan.
Turki Uthmaniah. Agaknya, istimewanya sebagai kerajaan yang kuat tapi naik tanpa pertumpahan darah. Dianngap pewaris kepada Dinasti Turki Seljuq, Khilafah bukan Arab, dan bukan Quraisy.
Apa yang aku suka tentang Turki Uthmaniah?
1. Allah bagi mereka kuasa pemerintahan atas kecintaan pada agama
Secara ringkas, selepas kemasukan Mongul ke Asia Tengah (asalnya didominasi orang Arab dan Islam), satu demi satu kerajaan Islam (yang berpecah selepas kelemahan Abbasi di Baghdad). Bila Mongul sampai di Khurasan, Sulaiman Khan dan orang-orang dia berpindah (lari) ke kawasan bawah pengaruh Seljuq.
Pada masa lain lepas tu, Gengis Khan Khan hantar tentera untuk serang Seljuq di Konya. Bila Sulaiman dapat berita, dia hantar anak dia, Ertughrul (ikut bahasa arab, Artughril kot) untuk tolong Sultan Seljuq, Alauddin. Dia hantar anak dia dengan gerombolan tentera dengan cita-cita untuk syahid, mempertahan Islam dan memerangi golongan harbi. Pendek cerita, Seljuq menang sebab pertolongan Ertughrul and the geng. Sultan Alauddin hepi, dia bagi pangkat ketua panglima kat Sulaiman, tanah di Ankara kat Ertughrul. Dengan masa, Sultan Alauddin meninggal, anak dia, Ghayathuddin jadi Sultan. (nota: masa ni Baghdad belum jatuh)
Masa ni, Ertughrul jadi pemerintah kawasan tertentu bawah Seljuq. Setahun selepas Hulagu Khan serang Baghdad, Uthman bin Ertughrul dilahirkan. (kenal tak nama ni? ada dalam buku teks sejarah ting 5 ye). Ghayathuddin kahwinkan anak perempuan dia dengan Uthman.
Dengan masa, Ghayathuddin meninggal sebab Mongul. Dia pulak tiada anak lelaki, jadinya, Uthman 'tercalon' sebagai Sultan. Macam biasa, ada yang tak puas hati. bla bla bla. Uthman dapat atasi benda ni, dia perkuatkan bala tentera dan menang dengan Mongul lepas tu. Jadinya, orang-orang bawah ni pun respeklah.
Bermula Dinasti Uthmaniyyah, atau kita kenal sebagai Turki Uthmaniyyah.
*kawasan Timur Turki kaya dengan sejarah Seljuq. Sejarah Seljuq kaya dengan penentangan terhadap tentera Salib.
*kawasan Timur Turki kaya dengan sejarah Seljuq. Sejarah Seljuq kaya dengan penentangan terhadap tentera Salib.
2. Wasiat dari pimpinan atas kepada pimpianan bawah (didikan seorang ayah kepada anak)
Aku anggap, antara faktor keutuhan Dinasti Turki Uthmaniyyah sebab pegangan khalifah-khalifah selepas Uthman terhadap wasiat Uthman sebelum dia meninggal. Carilah kat tempat lain, malas nak tulis. Ringkasnya, nasihat ni penuh dengan wasiat agar memerintah dengan adil, mempertahankan Islam bla bla bla.
Uthman pulak, dia dapat tanam rasa cinta antara anak-anak dan patuh pada keadilan sampaikan anak-anak dia tidak bergaduh untuk pangkat.
3. Sikap tidak mementingkan kedudukan yang menguntungkan negara dan kerajaan
Anak kepada Uthman, namanya Orkhan. Orkhan ni sebenarnya bukan anak lelaki sulung Uthman, tapi anak kedua. Anak sulung namanya Alauddin. Alauddin orang yang lebih pandai, bersemangat dan dedikasi. Namun, Orkhan orang yang mempunyai lebih kelebihan dalam bidang ketenteraan dan pemerintahan lebih kurang, jadinya Uthman lebih utamakan Orkhan.
Orang ingat dua orang ni akan gaduh, rupanya Alauddin ni dengan senang hati redhakan mahkota buat Orkhan dan dia minta tempat untuk menetap tenang. Allah punya kuasa, Alauddin akhirnya akur dengan permintaan adiknya, Orkhan untuk jadi perdana menteri lepas banyak kali tolak. (dah macam citer prince of persia)
Gandingan dua orang ni mantap sangat, akademik+militari.
4. Sistem madrasah yang membentuk pejuang 'hardcore'
Pernah dengan istilah Janissari? Golongan tentera elit Turki Uthmaniyyah. Orang yang mencadangkan penubuhan Janissari ni Alauddin tadi. Dia cadang kat adik dia (merangkap sultan) untuk tubuhkan angkatan tentera di raja yang dinamakan Janissari. Ahli rekrut diambil dari anak-anak tawanan yang beragama kristian. Mereka ni akan diajar agama Islam, lepas tu diajar ketenteraan dan 'pendidikan sivik'. Mantap tak mantap sistem ni, legasi Janissari yang jatuh sebab besar Sultan Muhammad II dapat buka Constantinople.
5. Keseimbangan antara pembukaan wilayah dan pembangunan wilayah yang telah dibuka
Kebanyakan empayar, bila ditakluk tanah baru, cukup sekadar diletak wakil pemerintah. Dalam empayar Turki ni, zaman Alauddin tadi banyak dia buat pembinaan infrastruktur, sekolah, kemudahan awam dan faktor pembinaan negara amat dititikberatkan. Orkhan pulak senang hati dengan cara Alauddin.
6. Tempat yang tinggi bagi ahli agama dalam institusi kerajaan
Mufti-mufti mendapat tempat yang tinggi dalam kerajaan ni. Boleh dikatakan tiap keputusan umu kerajaan adalah hasil persetujuan mufti-mufti. Mereka ada kuasa yang besar untuk menasihat sultan.
7. Unsur kesufian yang menjernihkan kerajaan
Empayar Turki amat terkenal dengan unsur kesufian. Golongan tentera glamer dengan gaya sufi tertentu, rakyatnya dengan gaya sufi tertentu. Jalaluddin ar-Rumi yang bukan orang Turki, bukan juga hidup di zaman kenaikan Uthmaniyyah tapi diangkat tinggi oleh masyarakat Turki. Bermula dengan kesukaan seorang sultan ni terhadap Jalaluddin.
penat tulis, haha. ilmiah sungguh. minta maaf kalau ada info yang lain dari yang anda dengar. aku ada sumber-sumber yang aku percaya dan baca, dari situ aku bercerita. lagipun, aku bukan ahli sejarah. baca dan kongsi sikit-sikit nak hilangkan bosan.
apa yang tertulis ni berkaitan zaman awal Uthmaniyyah. agak tak kena kalau nak digandingkan poin-poin ni dengan keseluruhan kerajaan Uthmaniyyah. Tak masuk dalam lagi bab kelemahan kerajaan Uthmaniyyah. lain kali kita sambung.
teringin nak gi turki, tapi nak khatamkan bacaan dulu. nak kumpul duit. bak kata seorang akak, duit dan masa tidak selalu bersekutu. heh.
yang ajak nak gi Turki tu, tengoklah dulu. banyak lagi masa ye dak.
Masjid dan maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Rasululullah yang meninggal dalam siri cubaan penaklukan Constantinople di zaman Mu'awiyah.
orang Turki yang tolong aku cari Masjid Eyup Sultan, tempat maqam sahabat tadi.
ajak member sume taknak pegi, terpaksa pegi sorang-sorang. alhamdulillah ada orang tolong.
sekian.
3 comments:
Abu Ayyub al-Ansori,
kenal masa baca tulisan Abdul Latip Talib. Syahid di benteng konstantinople, berperang pada umur yang sangat tua.
Allah.
Tak salah aku pny gelaran utk ko
'Buku sejarah bergerak'
hazen;
jom gi turki, aku rindukan sufi.
rye;
ruginya, aku tak bergerak.
Post a Comment