Monday, May 7, 2012

melentur besi

Tidak semua yang terbayang, akan menjadi. Tidak semua yang keras, tidak mengalah. Tidak semua yang kenyal, tidak patah.

********


Dalam ilmu pergigian, ada satu istilah yang dinamakan prosthodontik. Ia berkaitan dengan hal ehwal gigi palsu.

Kerja ini memerlukan kemahiran tangan yang tinggi. Doktor gigi diminta bersahabat dengan playar, dawai besi, pensel warna, lilin pelbagai warna, api, plaster, pisau pelbagai bentuk, berus gigi tak guna, stokin tak guna dan lain lain.

jika anda tidak bernasib baik, mungkin mengalami pendarahan tangan, melecur, bengkak hujung jari dll.


# Prosthodontik dan melentur (dawai) besi

sem ini, kami dikehendaki membengkok bengkokkan dawai besi menjadi bentuk tertentu. dan hari ini aku exam dengan 'jaya' nya.


ketika baki dawai yang belum bengkok tinggal 2% dan masa tinggal 15 minit, doktor Esam (tenaga pengajar Prostho) datang ke kawasan kerusi kami.

dalam aku kekhusyukan, tiba tiba, "ktak!"

halus je bunyi nya. dawai aku PATAH. dawai besi pon boleh patah ke? aduh. gelap masa depan, putus asa seminit. pastu, minta simpati doktor.

katanya, "awak boleh buat yang baki, nati ambil seletip, tampal je. tapi kena potong markah la. ataupun, awak buat yang baru. dan, secara logiknya, awak takde masa nak buat yang baru."


krik krik krik.


innalillahi wa inna ilaihi raji'un.. awalnya aku dah 'nampak masa depan'.


sebab takleh nak fikir dah, aku buat yang baru. gedegang gedegang. tak endah member member sume dah hantar. sampai doktor bagi warning. alhamdulillah sempat sudah, walaupun tak cantik macam yang asal.


hari ni dapat dua pengajaran..

1. tak semua benda yang kita boleh buat ni akan berhasil dengan jadi. mungkin di akhir jalan datang musibah. jadi, sentiasa berhati-hati.

2. tidak mudah untuk dapatkan yang kedua secantik yang pertama.. jadi, berhati-hati lah.



sekian.




produk yang gagal




produk yang diberi kepercayaan. moga kamu dapat markah tinggi.



No comments: