Wednesday, May 2, 2012

tersepit sempit

amat malang jika anda tersepit dalam keadaan yang anda benci, tapi anda tiada kuasa mengubah.

walaupun ar-Rumi pernah cakap, jangan difikirkan sangat tentang fikiran-fkiran, fikirkanlah tentang Yang Menciptakan fikiran.

malam ni aku ingin mencarut, CELAKA!!!


pegang dada dan beristighfar. biarkanlah yang jadi tu jadi..

dalam mengahadapi hal siasah, aku sependapat dengan Nasruddin At-Tusi. dalam hal ilmu aku sependapat dengan Ibnu Sina. dalam hal kemasyarakatan aku sependapat dengan Ibnu Khaldun. walau ilmu aku tentang orang-orang ini tidak banyak. moga 'orang-orang' sentiasa bagi aku jalan keluar.


selamat tinggal kenangan.




********************************



# Bukhara

dulu, Imam Bukhari merantau keluar dari Bukhara, kerana polisi kerajaan di situ lain dari apa yang dikehendakinya. beliau ada pilihan untuk bernaung di kerajaan lain. bukanlah beliau kemuncup dalam perjuangan kerajaan 'Bukhara', cuma beliau ada keinginan yang berlainan. dibukukan kitabnya di 'negara jiran'


# Ziryab

beliau seorang tokoh muzik dan fesyen. dilahirkan di bawah kerajaan Abbasiyyah Baghdad. namun, beliau bawa diri ke wilayah Andalus semasa zaman Al-Makmun. walaupun Al-Makmun adalah anak kepada Harun ar-Rasyid, dan zamannya merupakan zaman emas umat Islam, Ziryab mencari 'kebahagiaan' lain di Andalus. di masa itu, Abdul Rahman II menjadi Amir Andalus, dan beliau disambut baik. diangkat menjadi pemuzik di raja.

di katakan, beliau adalah
- orang pertama membuat ubat gigi
- memperkenalkan deodoran versi moden
- mengubah 'oud' (alat muzik arab seperti gambus] kepada bentuk yang lebih canggih
- memperkenalkan fesyen-fesyen menarik yang mengikut musim, bahkan waktu tertentu dalam sehari.

dikatakan juga, beliau merantau ke Andalus kerana beliau tidak diterima baik oleh rakyat Abbasi. agaknya kerana fesyen fesyen 'aneh' yang diperkenalkannya dan dianggap aneh oleh orang awam.


# Qaul Jadid

Imam Syafie seorang rakyat Baghdad, namun semasa pemerintahan Al-Makmun, beliau membawa diri ke Mesir, kerana kurang berkenan dengan polisi Al-Makmun. mungkin kerana ideologi muktazilah yang diagunkan Al-Makmun. semasa di Mesir, beliau mengeluarkan fatwa yang umum dikenali sebagai Qaul Jadid, legasi Qaul Qadim yang difatwakan beliau semasa di Baghdad sebelum itu.


# Hanabilah

Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup sezaman dengan Imam Syafie. Imam Syafie merupakan guru kepada Imam Ahmad, namun ada masa dalam urusan hadis, Imam Syafie bertanyakan Imam Ahmad. Imam Ahmad mengambil keputusan untuk menentang fahaman muktazilah, sehingga beliau diseksa seksa oleh khalifah. pernah ilmuwan ilmuwan yang sezaman dengan beliau menasihati, 'perakuilah muktazilah dengan lisanmu, agar engkau bebas dari seksaan sebegini. tidak sanggup aku melihat orang semuliamu diseksa sebegini.'
Imam Ahmad menjawab, 'sesungguhnya orang-orang di luar sana menanti jawapanku dalam isu ini.....'
seolah-olah beliau ingin berlepas tangan dari dipertanggungjawabkan sebagai orang yang membenarkan hal yang salah, andai beliau membenarkan tindakan khalifah dengan muktazilahnya.



* malas dah untuk dipanjangkan. poinnya.

1. tiap orang atau ilmuwan, ada pegangan yang dia yakin dan dia perjuangkan. sama ada salah atau tidak, selepas Allah, hanya masa yang menentukan.

2. setiap orang dengan perjuangan masing-masing, dan di posisi masing-masing. janganlah mencerca orang di negeri sebelah.

3. setiap pemimpin perlu ada 'self-determination', barulah dia pemimpin. bagaimana seseorang ingin menunjuk arah sedang dia sedang terikut dengan arah orang lain.

4. Rasulullah tidak potong tangan orang yang Islam [tentera] ketika perang, maslahahnya agar dia tidak lari kepada tentera musuh.

5. tiada istilah kemuncup, atau orang yang berpaling dari kebenaran, sedang Allah masih di atasnya, prinsip kebaikan masih di hadapannya.

6. manusia bebas membuat keputusan, dan dia wajib mengikut keputusan.

7. engkau dan aku berbeza, masih logik untuk kita hidup bahagia. bukan?



sekian.


*************************



meng-arah ke Mezquita de Cordoba

aku harap untuk kau pegang tanganku ke sebelah, bila lampu hijau kelak.

dan tika ini lampu masih merah, kita bersembang tentang aturan jalan, ye.


terima kasih.





3 comments:

tepianmuara said...

Ziryab juga dipersalahkan sesetengah sudut sejarah.

selebriti.
yang mengkhayalkan ummat dari perjuangan.

benarlah.
di atas sejarah, Tuhan tetap lebih berhak mengadili.

______________________

kita sedang belajar.
orang-orang sebelum kita juga belajar. mungkin dengan jalan yang lebih pahit.

pengalaman untuk kita.
untuk seterusnya.

sesudah semua,
sudilah ajarkan aku, ya?

Faaein Talip Roy said...

off topic:

err..tak paham apa yang dibincangkan dalam entri ni.. sebab tak baca pun.. hehe.. jangan mare2.. blogwalking kejap2 je ni..

nak tanya pasal apa dek? penting ka? kalo penting email aje lah kat [faaeinz][at][gmail][dot][com] .. tu pun kalo nak lah..

sorry.. akak dah deactivate FB.. nanti kalo active memang jadi lagha je nanti.. huhu.. [^__^]

Akhyar said...

tepianmuara;

aku anggap ziryab membawa hiburan yg indah. tp org slps tu yg 'melalaikan' legasi ilmu ziryab. dy bkn org biase2. tp dh memg fitrah hiburan ni mengkhayalkan.


k. eyn;

no prob.