sesuatu yang indah ni, akan diperakui snendiri oleh perasanya. tak perlu dipaksa. bahkan kalau dikongsi, orang kedua kan dapat merasa indah yang sama.
cuma. bila kita kata cantik ni sebahagian daripada keindahan, dan cantik ni subjektif. jadilah keindahan juga subjektif.
sesuatu yang indah dari dalam, akan sendiri disedari oleh orang yang melihat pada luar. sedangkan yang hanya 'indah' pada luaran bukanlah suatu keindahan.
kerana keindahan adalah santapan untuk hati. hanya 'lidah' hati yang mempunyai deria untuk merasai keindahan.
ni lagu yang kami (baca: aku, abu, mukmin dan amirun) dengar ketika di Vatican City. Di sebelah Castle San Angelo. Tika aku juga bercerita tentang Vatican, fungsi 'istana' ini untuk Pope, cerita (sejarah) yang pernah terjadi dahulu, eropah dan Papal State, salib dan fungsi sungai di sebelahnya.
kami dihadiahi lagu ini. kata abu, "ini lagu tema perjalanan kita." kerap dipasangnya ketika beronok-ronok di chalet di Calahonda.
indah kot, di mata abu.
No comments:
Post a Comment