Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

i love you like a love song, baby




tunggu uncle balik sebulan setengah lagi ye

[cewah, uncle!]




# tiket dah beli, 2.8-15.9. kita jalan-jalan Malaysia.

# ajak umi gi Indon, dia kata nak jaga cucu. then, dapat berita umi nak gi Melaka. jom jom!

# plan cuti, memahirkan diri pasal parenting ['pakcik'ing ade tak?], pengurusan kewangan dalam keluarga, dan perihal hubungan kekeluargaan yang jauh.peh.

# takdela keje paling nak buat aku nangis sorang-sorang melainkan PINTAR. tarbiyah tarbiyah. sebagai anak kecil dalam tarbiyah, sukar nak jadi dewasa laju laju.

# esok nak jumpa Pak Latip kat Amman, eksaited macam nak jumpa bakal bini!! hoyeh.



selamat berjuang!





Wednesday, May 30, 2012

menulis sebab tak dapat nak tidur

# mata pejam, otak jalan

lama terbaring atas katil. tapi otak, hati, pedal masih melayang. 'cari makan'



# air dari langit

timbalan tegur, 'lelaki pun menangis ke?' 
bila aku rebahkan dahi ke meja komputer, dengan kisah yang dia cerita. entahlah itu teguran atau pertanyaan sebenarnya.

heh.


malas nak dijelaskan. soalan dibiarkan tak berjawab. biarlah, bukan menangis sebab kalah. 

dulu, hampir setahun aku tak menitis air mata. gara-gara mak cik 'dijemput pulang' sebelum sempat aku berjasa. 2 3 hari aku simpan air mata. menangis sendiri. menangis untuk diri sendiri dan umi, dan sepupuku yang seorang, yang ayahnya juga 'hilang'. makin berat beban amanah atas pundak. umi hilang tempat mengadu. beralih kepada aku. aku simpan tekad, sepupuku itu bagai adik sendiri, buruk baiknya aku juga. lepas tu, hampir setahun aku tak menangis. dulu.

member di alex kena allergic reaction, katanya, 'esok ada kelas, tapi belum sembuh. ada jugak esok menangis dalam kelas.' syafakallah.



# seharian di City Mall

hari ni jalan-jalan di City Mall. tinggalkan kerja PINTAR untuk sehari. berbaki 2 hari sebelum bertolak ke haramain. sengaja jalan-jalan dengan najib, keluar dengan budak rumah, tengok avengers 3d, tumpahkan pop corn depan virgin, test baju banyak-banyak tapi tak beli, masuk kedai-kedai boikot, dan habiskan duit.

selepas 20 tahun, hari ni kali pertama aku masuk pawagam. haha.

ntah, bosan asyik-asyik tengok binatang dalam wild channel, takpun kalah main speed ngan amar.






ramai, ketika ramadhan,


tapi dhuhanya agak lengang.



'seludup' dslr ke dalam masjidil haram.


sambil tunggu maghrib, menikmati sunset di sisi masjid.






# sila dengar Maher sambil tunggu lena ye. gud nite.

Sunday, April 15, 2012

empat kaki

hujung minggu paling banyak tidur.

pagi-pagi paling sakit kepala ke kelas.

siang hari yang paling banyak tremor.

dan seharian yang paling banyak minum air.





penat dan mengantuk; rehatlah.



tapi jangan lupa awak ada dua kaki.

Thursday, April 12, 2012

musim

kat jordan ada empat musim; sejuk, bunga, panas dan luruh. tapi yang ketara hanya sejuk dan panas.

musim luruh buat orang ingat filem korea.

musim panas buat air tangki cepat habis.

musim bunga buat orang senyum sorang-sorang.

musim sejuk buat orang nak berfesyen fesyen.

padahal bila musim sejuk buat orang rindu musim panas.

bila musim panas buat orang rindu musim sejuk.

dan sejuk buat aku tekap dada lama lama. [insya-Allah nanti sembuhlah]


jadinya, musim bunga yang sejuk kali ni memaksa aku untuk bersabar lebih.


****

kita punya lagi banyak musim; musim exam, musim tensen, musim tenang, musim diam, musim jalan, musim pilihan raya, musim demam, musim cuti, musim raya, musim rindu, dan pms mungkin. banyak lagi lah.

setiap orang ada musim masing-masing. bukan awak sorang..


****



awal musim bunga paling bez untuk orang bersantai. 

aku? sedang menanti rehat..





# che mu, pantau gon tu siket. jangan kasi dia kawen awal. keh3. taknak aku 'hilang' member.. =|

Sunday, April 1, 2012

tentang April Fool

asalnya nak tulis benda lain, tapi lupa. tangan masih menggatal.

isu ini kurang bersumber, buat tahu-tahu cukup lah.


perihal april fool, aku pernah jumpa dua cerita.


1. kisah yang popular di SMKA Falahiah. silibus usrah bulan mac/april bagi pelajar tahun 1. [doktrin apekah ini? tanpa sumber! hehe]

berlatarkan granada. kisah yang menceritakan zaman selepas abu abdullah menyerahkan kunci kota alhambra.

selepas 'kekalahan', umat islam andalus diancam oleh kristianiti; take it or leave it. atas 'keprihatinan' pemerintah kristian, tawaran untuk keluar dari bumi andalus dibuat. mana-mana umat islam yang ingin meninggalkan andalus akan dihantar ke afrika dengan kapal yang disediakan. kesemuanya diminta berkumpul di pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan.

atas tawaran yang menarik, ramai umat yang berkumpul di kawasan kapal yang disediakan.

hakikatnya, kapal-kapal itu kemudian dibakar, dan semua umat yang berkumpul dibunuh. sempena tarikh itu (1 april), orang kristian di sana menamakannya 'april fool'.



2. kisah yang ditayang di history channel, mengenai vatican city. ada kaitan dengan penggunaan Anno Domini dan gregorian calender. yelah, takkan gi vatican tanpa input langsung.

menurut kisah, kalendar asal yang diguna oleh gereja katolik tidak tepat. benda ni terperasan oleh seorang saintis yang bekerja di vatican. bila dia sedar tentang benda ni, dia nak buktikan pada pope. dia bina satu menara (sekarang ada di vatican city) yang guna cahaya matahari sebagai penentu-kira. menara ni dibina secara geometrik untuk menunjukkan kiraan hari setahun dan pope dapat lihat sendiri bukti jarak antara tarikh 'sepatutnya' dan tarikh 'asal'.

bila pope lihat bukti tadi, dia terima dan mengarahkan tiap entiti yang guna sistem 'anno domini' untuk ubah hari tahun baru.

adelah kiraan dia yang aku pun tak reti. nak cakapnya, semua orang update dan ikut tajdid yang dilancarkan beliau melainkan penduduk kat satu tempat. mereka masih anggap april sebagai tahun baru dan merayakan april.

mereka ini dipanggil april fool sampailah mereka update pasal tajdid tadi.




dua-dua kisah ni aku takdapat cari bukti secara baik. sebelum aku lupakan, baik aku tulis.



dua-dua kisah berkaitan dengan kristian.




kalau nak tahu, dalam politik islam pun ada banyak 'april fool'. salah satunya pada zaman awal pembentukan abbasiyyah.

pewaris kepada abu abbas as-saffah takut takhtanya tergugat oleh negarawan tertentu. yang paling ditakutinya pada waktu tu, abu muslim al-khurasani.


eh, lupa ada kelas, sambung lain kali.



# nati nak gi rumah amar pulak, menetap di sana 3 4 hari. ada cerita lama yang aku ingin lupakan di wakaf asal. haih..

sekian.


jap jap, satu gambar.


bersiar-siar di Malaga. tempat ni buat aku teringat kisah 1.

Saturday, March 24, 2012

merah

Tetiba hari ni teringatkan Al-Hamra' (Al-Hambra). Kota yang didirikan sebagai bukti perjuangan mempertahankan aqidah, sekarang menjadi simbol kekalahan mempertahankan kuasa.

Seminggu di Sepanyol dihabiskan untuk mencerna kisah tentang Andalus, Katolik, Ibn Ziad dan Ibn Nusayr. Menahan sebak di tapak jemaah dan istana kayangan.

Bak kata Hanif Zikri, "Allah janji Islam akan terus ada atas muka bumi, tapi Allah tak janji Islam akan terus ada di bumi kita."

Agaknya orang Islam zaman 1000 tahun lampau tak fikir pun Islam akan hilang di Andalus, kerana semuanya cukup indah dan 'secure'. Tapi, lihatlah sekarang!



kota yang masih merah berdarah






terasa ingin pergi lagi, insya-Allah. dengan lebih canang tentang kisah-kisah mereka.


p/s, jangan romantis dengan sejarah.

Tuesday, March 6, 2012

di persempadanan kegelapan




ada cahaya, dan ada sahabat.

kita yang memilih.




sedang aku masih di bucu yang tersorok, gelap dan berhabuk. menyimpan sesuatu yang entah apa.  menghitung waktu dari hembusan angin yang mendatang..

sedangkan angin sebegitu tidak pernah menentukan sesuatu perihal masa.








rehlah ber-MPV di Spain, jadi kenangan kekadang untuk aku jadi lebih berjalan agar tidak mati sebelum mati.

Sunday, February 12, 2012

diri

dulu, masa kelas intensif tahfiz musim panas dengan abang imran, beliau pernah bagi nasihat.


"berdiri lebih tinggi dari orang lain tidak cukup hebat, tapi berdiri di saat orang lain jatuh sebenarnya hebat.."


lebih kurang begitulah ayatnya.


************

masa kembara yang lepas, pada hari terakhir di Sepanyol, aku terjatuh dalam bilik mandi hotel sampai tak mampu nak jalan seketika. urut-urut sikit, terus bangun dan sambung kerja, lepas tu pergi masuk kolam renang belajar berenang dengan kaki kiri yang sakit. kali pertama dalam hidup aku berjaya terapung dalam air, takpelah tak lama pun. sebab eksaited yang tinggi, 'berenang-renang' sampai dua-dua belah kaki 'krem'. terpaksa berpaut-paut nak naik ke atas, terhenjut-henjut ke tempat lain.

masih berbaki dua hari sebelum sampai ke Irbid. bersabar dengan kaki kiri yang makin bengkak. jadilah apa nak jadi pun. ekspedisi bersambung dengan tidur di airport Paris sampai kena soal dengan polis, mengharungi suhu negatif tiga/lima celcius di Paris, salji di London, dan tidur di airport London.

semalam ada explorace ROJAKS (program batch) dan hari ni datang ke kelas buat kali pertama sem ini.

kalau semalam jalan letak beban kat kaki kanan, hari ni dua-dua dah merajuk.


agaknya aku salah ambil ibrah dari kata hikmah.



nak melompat jugak.



# sebenarnya ada lab hari ni. asalnya lab lain, tapi aku tasjil masuk lab lain. ada can untuk minta dengan dekan nak masuk kekal lab baru tu, tapi sayangkan member sensorang dalam lab lama. kembali kepada asal, sebab enta, der. pulun sem ni, jom!

Friday, January 27, 2012

memaknakan sesuatu yang kekadang tiada makna

dengan mencari tujuan, manusia hilang jalan. kerana jalan selalunya hanya ada dalam menghala ke arah tujuan. tetapi mencari arah tuju juga suatu halaan.

bermusafir, untuk kenal alam dalam bentuk berbeza, dan moga lebih mengenali Tuhan, Allah.


yon, abu, aku dan mukmin di Atomium Brussels, Belgium.
[21.1.2012]



kat Brussels, dah tua-tua pun romantik. ceyt.. terguncang hati gua. nasib baik abu duk sebelah. so, kita pandang atas.





* berjalan-jalan dengan mengingati orang kejauhan membuatkan kita selalu memandang langit, kerana kita yakin langit tetap biru di sana. senyum kelat. semoga tenang di bawah langit sana.

bersama keselamatan.


Monday, January 2, 2012

ada ubi ada batas

# lupa nak tulis, exam final dah start. untuk subjek gigi palsu dah lepas. nak minta maaf kepada semua yang mengenali, tak kisahla XX ke XY, yang tak kenal sekalipun. ada tak puas hati kita setel jom. koling-koling lah. paling penting, esok oral patho, epik lah. selamat berjaya untuk kita semua.


**************


tidak mustahil untuk seseorang yang ke masjid terjatuh di tangga masjid dan terlepas imam pertama yang sedang solat.

walaupun dia bergegas, dia keluar dari rumah awal-awal, pakai selipar baru beli, dan jeans tahan koyak, dan keluar rumah dengan doa. nak dapat fadhilat imam pertama.

siapa tahu dia mungkin dia terjatuh sampai berdarah banyak kat lutut dan kena kat seluar. sebagai lelaki, "ah, tak sakit lah!"
bila masuk ke tandas, siak kata air takde, tunggu 5 minit lagi. nak balik ke rumah, di luar hujan. alhamdulillah lepas 5 minit air ada balik. masa tu jugak orang qamat untuk solat asar. tengah basuh bekas darah, tetiba sakit perut. tak tahan. bergegas ke tandas pulak. 

bila dia siapkan segala urusan, imam pertama telah selesai solat. lalu dia solat dengan imam kedua.

ditaqdirkan Allah hari ni dia tak sempat solat dengan imam pertama.

dia dapat tak kelebihan tu?


lebih kurang, ayat yang pernah bagitahu kat junior. 

"Allah bagi kita rasa, ada benda kita suka, ada benda kita tak suka. sedikit sebanyak ia akan tentukan kadar usaha kita. Allah juga bagi kita kudrat, dalam kudrat ni ada usaha. bila dah habis kudrat, kita layak bertawakal."

bila dah dapat 'keputusan', kita akan kata ia sebagai taqdir.



andai manusia tadi gagal, sambil berlalu dia kata kat taqdir, "ada ubi ada batas".

kedua mereka tetap terikat dengan sunnatullah. di dalamnya mereka berjalan seiringan.



tapi kan, siapa berani kata "aku dah usaha sehabis kudrat"?


takpelah, selamat stadi.




hah kak eyn! hadiah sempena tahun baru. sebuah gambar usang (sebab dikira tahun lepas). saya pun tak tahu nak letak quote ape. hehe~ 


follow the wire, you will reach the generator.

selamat menjalani semester baru, dengan rajin. hehe.

doakan saya lulus dengan baik sem ni, dan tahun ni. insya-Allah.


ada ubi ada batas,
dapat budi kena balas.

bittaufiq.



Tuesday, November 29, 2011

di sebalik gunung.


exam semalam amat menyedihkan. kali pertama aku akan masuk exam final dengan carry mark kurang separuh. dan, ketakutan selalu bunuh aku dalam perjalanan.



pandu perlahan! anda tidak tahu apa di sebalik gunung, walau anda pemandu cekap.

Wednesday, July 13, 2011

dari sudut pandang

dalam proses menghabiskan buku pandangan hidup muslim, karya HAMKA. aku ceraikan sejarah untuk seketika. 

yang dibaca petang tadi.

Bernyanyi rasanya alam ini bila dilihat dengan mata seni. Keindahan alamlah gabungan rupa dan suara. Dengan sendirinya anda akan mencintai diri sendiri kerana hidup diliputi keindahan. Anda terharu. Terharu adalah gabungan gembira dan sedih. Gembira merasai keturunan hidup, sedih mengingat kecil diri di hadapan kebesaran-Nya. Anda akan menarik nafas panjang, lalu terlontarlah sesuatu kalimat dari mulut anda: "Allah".

Dengan ucapan itu berhasillah anda.

Batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali.
Pernah ada seorang menanyakan kepada seorang guru sufiah yang terkenal, iaitu Junaid Al-Baghdadi, betapa pendapat beliau tentang perkataan sebahagian orang, bahawa wanita itu adalah 'tali syaitan' untuk memperdayakan manusia. Beliau menggelengkan kepala dan berkata, "Biarlah orang mengatakan perempuan tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan."

Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu.



- Pandangan Hidup Muslim (HAMKA) -





waktu memandang alam, terucap, "Allah!"




terpulanglah kepada yang memandang






gembira atau tidak, kita menghadapi hidup, hanyalah pada sudut pandang yang kita letak.






Sunday, May 22, 2011

dua kali jawab

korang penah jawab 160 soalan tekan tekan?

dua jam dengan tekanan soalan yang 'menenangkan'.



kah. al kisah.

kat JUST ni, examnya macam ujian memandu yang guna komputer yang klik klik pastu habis. last sekali kena tekan butang proceed untuk save dan pemarkahan. [peh, skema]


tadi exam microb. mudah citer, pasal biodata dan kekejaman kuman.

aku jawab exam dengan penuh 'tenang'. soalannya memang gaya seksi. penat jaga hati. jawab jawab. dah habis. ulang ulang. dah habis. ulang lagi. dah habis segala daya dan ijtihad yang dikeluarkan. aku redha.

habis 80 soalan, dalam masa sejam lebih.

ok lah, nak balik.

aku cari butang proceed. aku nak tekan. aku pegang mouse. aku angkat jari telunjuk. aku nak tekan left click.


kluk.


eh, apesal bunyi lain.  ?   ?

belum sempat tekan dan gelap, cepatnya 'proceed'.

pelik dah aku tadi.

tengok tepi, minah arab tengah tensen. sorang akhawat macam muka sedih. erk.


black out rupanya. yes. tahniah JUST! memang stailo!
lagi dua saat aku nak berjaya ko bunuh cita-cita aku depan mata.
dalam otak dah terbayang repeat microb tahun depan, erghh. na'uzubillah.



cayt!

aku bukak enset, bukak game, main bounce. sambil tengok arab tengah gaduh ngan pak cik yang jaga makmal.

tunggulah ape jadi.



# last sekali, kitorang kena ulang balik jawab exam tu. soalan baru pulak, banyak jugak kuar soalan yang lain. tengok kiri, ada kamal. oh, ada member sekapal. habis exam berlari-lari gi tandas dan solat asar. ke stesen bas lari-lari lagi, nak kejar matahari terbenam. cukup, alhamdulillah.






terima kasih alam, kerana menghilangkan rasa penat.
terima kasih kamal, bagi pinjam enset muros.
terima kasih abu, kerana tunggu.
terima kasih dr amir sweden, sebab tak arahkan kami untuk ambil mekap. ambo nok balik kelate.
alhamdulillah.








burung ape?
-murai.
burung ape?!
-murai.
burung ape?!!
- !!







Tuesday, May 17, 2011

rambang ii

i1) tadi gunting rambut, cukur janggut. keluar tandas je member serumah gelakk.

"kah kah kah!! nampak muda." - member.

"kah." - aku.

tulah, dah nampak tua sangat kot.

*aku pun rasa geli tengok muka licin begini*


2) terpaksa pegang kata-kata kat zul, tadi last tengok bleach sebab tenet dah slow.


3) rasa nak baca slide saje untuk dental anat ni. tak sure cukup ke tak. tapi tanya orang sume taktaw. takpun takjawab. takpelah. salah aku.


4) nak gi brunei ke taknak? hmm..


5) dah nak berhenti makan megi. kena nasihat panjang-panjang dah.


6) semalam nak format laptop furqan sampai sembilan kali kot. tak jadi-jadi. dah delete wat satu partition kosong pun masih tak dapat. wat sakit ati wa je.


7) rajin lagi payah dari stadi. markah dental anat tak seperti diharapkan. tapi cukup untuk disyukuri. kadang-kadang sedih jugak rendah kat subjek mudah. sebeb tu lah harapan untuk subjek lain yang dah rendah. tapi bukan kita yang mengarang taqdir.


8) member rumah aku orang negeri sembilan. tak puas hati?


9) cukup sembilan.











aku rasa gambar ni tak layak nak hantar. kan.

Thursday, April 14, 2011

budak bilik

tiba-tiba rindu smapk pulak dah. dahla takpernah wat post pasal budak bilik. tengok gambar sebek jah.

dulu, berkampung dalam bilik D 07, memang bilik paling 'hot' di hari isnin.

"Bilik yang paling rendah markah kebersihan mereka minggu lepas adalah D 07."

dan time dah dalam kelas.

"Perhatian kepada semua ahli bilik D 07, anda diminta berada di bilik anda sekarang juga atas arahan Che Mat."



Sume wat muke toye jalan masuk bilik. Kat kelas malu giler nak keluar, lama-lama jadi kebal. 3 jejaka dari 5 Musytari segan-segan keluar dari kelas. sorang baju kuning, sorang baju biru, sorang baju ungu. memang terbaik!

masuk bilik.

'Hah, PP pun ade!' - Che Mat.

lame-lame beliau pun dah kebal.



agaknya, kalau ada dua golongan kat sekolah, satu siqoh satu biasa. aganya kitorang group siqoh paling nakal, atau group biasa paling siqoh. haha.

ahli asalnya form 5 lapan orang je kot. tapi 'ahli' rasmi jadi 20 lebih. entah sape santau.

ahli form 4 dengan suka rela 'meninggalkan' bilik kami secara tetap kerana 'memberi laluan'. ha ha.

kalo pagi.

takdelah orang paling kuat bunyi jam loceng melainkan Gon. peh,satu blok bunyi. ade gak rase macam 1st year, pasang jam loceng. tapi selalunya tuan dia tak bangun pun, sebab ada mamat sebelah aku ni, za*** tolong tutup, dan tidur balik. hak hak.

pernah satu pagi, sorang cikgu datang kejut dari bilik ke bilik, dengan hanger. ketuk ketuk pintu. aku sedar la. sekali aku tengok cikgu X tu yang ketuk pintu, aku tidur balik. hak hak. bila borak siang tu ngan member. 2 3 orang wat camtu jugak. 'aku dah sedar time cikgu kejut tu, tapi tengok *** ***, malas aku nak bangun.'

ceh, harapnya kita ambil pengajaran.terpulanglah.


agaknya bilik paling lambat kosong time nak gi kelas. aku selalu guna 'autoriti'. hua hua.

bilik paling tak kemas.

bilik paling banyak sorok barang celah-celah. segala celahla, nak suh nampak kemas. stor kosong dah jadi stor sampah. memang tempat terbaik nak bela kutu.


kalo petang.


turun main bola ramai-ramai. takpun main hujan. ha ha. tapi aku tak sempat join part mandi hujan tu. huh. yelah yelah, aku selalu fambel main bola.
habis main bila junior dah mula masuk masjid, makan dengan peluh-peluh. mandi time azan maghrib, ke masjid time takbir pertama. eh, ni kire dah lambat,kot. selalunya 'awal'. melainkan seorang 'hamba spesel' yang aku rindu sangat nak kacau makanan dia. ha ha. memang manusia paling terer part masuk asrama pada waktu larangan.


part malam.

barulah 'kehidupan' bermula. antaranya.

main poker ramai-ramai sampai pukul dua pagi. wat dua divisyen, 4 terhebat divisyen satu, 4 termangkuk divisyen dua. sempatlah aku bertahan tak lama mana dalam divisyen satu, tapi takpernah menang. terpaksa tidur masjid takut tak bangun.

fly gi makan nasi mak nab.

overnight kat bandar kajang.

er, tak ingat dah la. tapi yang paling bez, waktu malam makan talam. tak pasai-pasai budak bilik aku pakat ramai-ramai tempah nasi talam untuk makan sebilik. time tu baru balik kursus PP, sampai-sampai terus makan. memang layan.

bed time story. peh, banyak kisah budak-budak ni. kalo tulis ni habis la korang. ha ha. aku kalu part bed time story, bila dah ngantuk tidur je, kesian kat member sebelah. yelah, niatnya esok nak qiam. aminn.

isy, malas dah nak tulis. bagi gambar plak. maafla gambo kureng lawo.


 rela tempah ngan orang luar sebab sangap nak makan talam




 asalnya



 baok baok.. sape bekenan buzz aku skang kat YM! hot stuff DQ ni. 



awal-awal jumpa kamera



 yeah! kawan sampai mati.



 sebelum balik cuti aidilfitri



sebelum ke majlis ghaye.



 time majlis hari raya aidilfitri. ni pun masih ada ahli yang takde.



 makhluk-makhluk yang lambat ke kelas tambahan dekat SPM. tak silapnya tengah nyanyi NEGARAKU.



dah dekat ekzeng sume ngadap buku. tak silapnya ni paper last, PSI.



last-last kenangan tetap jadi kenangan. setakat ni, korang jumpa ramai-ramai taksempat aku nak join. sorilah.
[entah korang bac ke tidak blog ni.erk]




#semalam tolong kawan format laptop. harapnya menjadi. takdela pandai sangat.

#baru penat-penat lari, naik tingkat sutuh tingkat empat, pastu turun balik, lari-lari lagi. sebab nak tengok matahari terbenam. takde rezki =(. dah terbenam. time ats sutuh, terlindung. esok masih ada!

#dengar citer cuti jadi pendek. peh, ngeri. kesian akak.

bai.

Monday, April 11, 2011

bergerak atau berhenti, juga berundur

"........, kamu kena berani terima kesannya."


saya selalu pernah silap ambil tindakan. ada sekali, dalam facebook.

bila saya sedar, saya nak delete, saya tanya pendapat akak. dia sarankan saya jangan delete. mudahnya, beliau cakap, "orang dewasa ni orang yang berani terima kesan dan hasil tindakan dia. bukan lari."

maka, saya biarkan. dan alhamdulillah, disusun-Nya jadi mudah.

sejak hari tu, saya makin berani terima 'consequences'. pahit ke, berat ke, pedas ke. selalunya, saya akan 'expect-the-worst'. dari segi penerimaan, telan dulu, kalau sakit perut, biarlah kemudian. takkan matilah. Allah takkan ciptakan taqdir yang membunuh untuk hamba Dia. eh, saya ulang, hamba Dia. taksusah nak terima taqdir, tapi susah nak jadi hamba. tapi ramai yang dah jadi. sekarang giliran saya. eh, kita semua lah kan, ensya Allah.


akak dah nak berkeluarga bulan 6 ni. kuranglah tempat saya bergayut bertanya pendapat panjang-panjang. taknak la ganggu-ganggu. saya pernah borak panjang dengan umi isu sebegini, maksud saya, isu keluarga. dan saya terima ayat beliau sepenuhnya. beliau nyatakan pendapat, takkan sama selepas dan sebelum 'ada orang'. nanti bertambah amanahnya, tumpuannya, tempat memberikan kasih. dan saya, dengan nekad akan utamakan beliau dan adik saya sorang tu. paling kurang pun, biarlah sampai adik ke universiti barulah saya 'layak' fikirkan soal ni. sekarang dia tingkatan dua. kiralah sendiri.

kengkawan oi, maaf kalau selama ni main-main. so, dahla tu 'kenakan' aku! borak-borak dan main-main tu 'penyedap rasa' je. ceh, sedapla sangat. memang inilah antara harapan paling besar tika belajar. lama tak lama lagi tu belakang cerita. bukan mudah nak jadi 'ayah', sorang-sorang. so, saya korbankan hasrat kebanyakannya. segaris senyum di bibir adik dan umi lebih mahal dari seribu kasih yang saya simpan. bahkan lebih dari itu.

ada kawan pernah tegur, 'ko ni, nak kata tak matang tu memang macam tak matang.'  bukan sebab saya taknak jadi matang ch***k, tapi saya rasa dah terbeban untuk jadi 'matang' di rumah tanpa contoh sampai saya nak qadha' jiwa tak matang tu kat sini. agaknya. biarlah kisah lama tu. kita cipta kisah baru!


hah, sambung. ada masa diri nakkan sesuatu tapi taknak buat. terimalah hasilnya.
ada masa orang lain nakkan semangkuk nasi tapi saya bagi sebuku roti. walau keduanya kanji. terimalah kesannya.
ada masa cita-cita silap bertandang.
pesawat silap mendarat.em, mungkin salah pemandunya, tapi tak semestinya. mungkin radarnya, penumpang pon boleh. cuaca ke. sayapnya. enjinnya.

mana ada sesuatu yang ada pada zatnya sendiri tanpa melibatkan orang lain melainkan Allah. jadi, tiap yang berkaitan dengan 'penciptaan'nya boleh jadi faktor kesilapannya. hanya Allah yang tak silap. kalau kita bincang pasal kereta X yang mudah rosak, tak semestinya salah pengarah urusannya. eh, sampai dah kot.

maafkanlah saya atas silap ape-ape ye. tak silap pun maaf jugaklah.


kalaulah dikatakan 'jalan bersangka baik ada seribu, kita hanya perlu pilih satu.'

mungkin ini masa untuk kita jalan ke seribu.





entahla gambar ni ada kaitan ke tak. haa, biarlah hidup ini sentiasa kita jadikan ianya 'wangi'.

fitrah kehidupan akan membusuk jika tak diendah. sedangkan iman pun.





Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, lalu Dia meminta darimu sebutir pasir, tetapi kamu kikir kepadaNya. Dia telah menciptakan tujuh lautan lalu Dia menginginkan satu titis air mata tetapi kamu mengeringkan air mata mu.


-Ibnu Qayyim-




moga kita tak sebegitu.





selamat mendarat.


salam.

Monday, April 4, 2011

anak anak

tadi baru lepas tengok citer despicable me. ye saya tahu citer tu dah lama. taw sangat!! tapu yelah, tangguh tangguh, dekat exam baru tengok sampai habis.

it's so fluffy!!!  - dialog paling bez.


em, ni buat jadi tak sabar nak balik rumah nak main brambak lari-lari ngan ifah, dan nak geletek afiq. hak hak. keji punya pak cik.



tunggu tunggu, bule 6 ni pak su/pak uda/pak lang balik. [haha,xde name gelaran lagi]. taktaw nak pilih yang mane. pak gal buleh? pakcik tunggal.


dan, tahun ni akan bertambah seorang lagi! tahniah mek ngok, laju-laju. ok r kot setahun. rase tua la pulak bile ada ramai anak buah tapi noob sebab takreti sangat nak layan. nak wat hambar dorang takfaham. orang cakap, untuk layan budak kecik kena 'jadi' macam budak kecik. macamane entah.


































































huh~

Sunday, March 27, 2011

hujan hati

sejak dua tiga hari lepas, saya letak gambar hujan sabagai profail pikcer kat fesbuk.


agaknya semua orang pernah rasa.

nikmat mandi hujan dengan kawan-kawan sambil lari-lari. lepastu kena marah ngan mak.

nikmat mandi air laut yang berombak.

nikmat lihat ombak air laut.

nikmat lihat air laut. ah,masih takleh lupa kenangan selat bosphorus.

nikmat air sejuk ketika cuaca panas.

nikmat air susu ibu tika kita kecil-kecil yang menjadikan kita sebegini sekarang.

nikmat mandi di musim panas.

nikmat air wudhuk.

nikmat air mata ketika ia turun kerana mengingati Tuhan.

dan itu nikmat yang paling indah barangkali.


pasal gambar tadi. ada nikmat yang saya rindui.

saya pandang dengan rasa rindu pada hujan, yang menghentak atap rumah dan mendesak binatang melata menyepi. hanya makhluk langit berbunyi. terkala disahut makhluk berkepak. juga makhluk berlompat.

saya pandang dengan rindu pada rumah. tempat saya buka kitab-kitab usang arwah ayah, gudang untuk saya tahu nama-nama mereka yang terlebih dahulu mencintai tuhan. Said Hawa. Syeikh Yusuf al-Kandahlawi.

saya pandang dengan rindu pada sahabat sekampung. yang dahulunya berselut bersama. mengayuh basikal ke sungai kelantan semata-mata untuk melihat air sungai. haha. mencari ikan dan belut di sawah kampung yang entah bertuankan sape. mengejar burung sita (seakan puyuh) di waktu tengah malam hanya untuk nikmat ratah isi yang tidak layak dipanggil isi. mencuri masa antara maghrib isyak untuk mencari belalang 'rusa' yang ditandingkan bunyinya. bermain meriam 'tin' di hujung kebun bertemankan lilin sebatang. ke rumah tok quru quran malam-malam berbasikal untuk mengutip sedikit ilmu. fuh,cukup indah.

saya juga pandang dengan rasa rindu. rindu pada insan-insan yang mengajar saya tentang hidup yang telah kembali kepada Dia. Arwah ayah yang amat sayangkan anak laki sorang. merotan tatkala malas mengaji Al-Quran. hampir tiap petang mengajak saya menemani beliau menyiapkan tugasan-tugasan sekolah sambil joging-joging petang di padang sekolah. ah, tentang beliau cukup sikit.cukup sikit. Beliau mengadap Tuhan terlalu awal, sewaktu saya darjah dua. tapi nikmat Allah sentiasa cukup. kan?
Arwah nenek yang pagi-pagi 'paksa' saya untuk gali ubi, pergi pindahkan kambing ke tempat berumput, mencari durian di kebun di serata kampung, ber'cedong' di sawah, menemani beliau ke masjid untuk mendengar tazkirah maghrib dari ustaz-ustaz yang menyenangkan hati, mengenali orang kampung, 'woghih-waghoh', dan salasilah keturunan. masih tengiang bila beliau mengadu kesakitan barah pada saya pada sekali-sekala saya di rumah. hampir setiap hari saya berdoa dan menangis minta beliau dipanjangkan umur, tapi Allah lebih sayangkan beliau. meninggal ketika saya dalm perjalanan pulang dari INTEC, membuatkan saya terkelu tanpa air mata. menemani jenazah dari hospital ke rumah, dari rumah ke tanah. Allah. Allah. pertama kali turun ke liang lahad. kerana saya satu-satunya waris lelaki.
Arwah mak cik yang takpernah bosan marah jika malas. tegur bila diri makin liar. menasihati untuk cari bakal isteri yang baik, tapi biarlah berpada. kenallah diri tu tahap mana. yelah, saya tahu kami bukannya keluarga berada.. tabah dengan penyakit yang menyeksa beliau dari dalam. sentiasa senyum dan bertanya khabar ketika menziarahi. senyum sebelum memula musafi ke Jordan. berita pemergian sewaktu hati tengah girang dengan persiapan iftar tahfiz soifi tahun lepas. cukup untuk buat saya 'gila' sebulan. hampir tiap malam menangis seorang. mula susut hafalan. dan semua mula berubah.
alhamdulillah, masih dibekali seorang ibu yang cukup penyayang dan sejuta tabah. tiga akak yang riang, adik yang panjang.haha. entah, dia terlebih tinggi, lagi tinggi dari abang. dan adik umi (mak cik) yang mengambil berat. hanya ini isi penting keluarga sekarang. tak, ini bukan hanya. ini nikmat Tuhan yang berisi, cukup sempurna dan indah. moga Allah panjang usia kesemuanya, dan berkati umur keseluruhannya. amiin.

dan, saya pandang gambar itu dengan rindu. rindu pada air mata, yang telah kering. kering sejak musim panas tahun lepas. seakan saya telah lupa bila kali terakhir saya mengalirkan air mata. seakan tiapnya saya 'menangis' denagn diri yang sudah tidak pandai menangis. hanya mampu menangis tanpa air mata, atau dibekali setitik dua yang cukup dihargai. agaknya, satu kesabaran pada satu kehilangan adalah satu cara Dia hapuskan dosa yang bertan-tan.

maafkan saya kerana menulis panjang. maaflah pada pembaca yang tidak dapat apa-apa manfaat. izinkan diri ini mengeluh sesaat, dan menyambung hasrat. untuk habiskan langkah di bumi israk.

maaflah hanip, sadis, tak menemani kamu malam ni. minta maaf pada semua, atas terlalu banyak silap langkah.

esok exam oral histology, pohon doa.

pada orang yang saya simpan rasa, maaflah, saya lebih suka 'bersembunyi', sebab asalnya enggang bukan untuk pipit. sedangkan Gru bercita-citakan bulan.


moga Allah tetapkan rasa syukur.




Monday, March 21, 2011

sabar dan terus mencuba,lama-lama awak akan nampak rupa dia

hidup ni tak lepas dari belajar. sedangkan untuk belajar pun kita kena belajar, belajar macamane nak belajar seperti seorang pelajar yang sedang belajar. eh,macam matluthfi plak.

samelah bab lensa, masak, pes, meneran sekalipun. bab agama, bab pergaulan, bahkan babulliqa'.

sebenarnya masih takpuas hati yang 19.3.11 tu sepermoon. takdelah super sangat. mungkin sebab kat jordan ni, 'super/suber' ni berskala kecil. kedai runcit biasa dah nama 'subermarket'. banyak contoh, simsima, abu ain, abu bakar dsb.

ini siri menjejak wajah bulan. lawa sangat ke bulan ni? boleh wat bini?


percubaan satu



zoom siket



ejas siket



ejas lagi.. tym ni dah tensen,asal x jadi. nak stadi lagi,esoknya exam microb



ada kemajuan, tapi bayang plak!




bayang dah hilang, tapi bulan xde rupe.




yes!! hampir nampak rupa.




yes! yes! yes! nampak dah siket




alhamdulillah. lawaa.. [kot]




last.



entahla ape-ape yang dah jadi.


tapi ni paling bez, lepas edit sikit.





















TARAAA!!!




boleh tgk kt sini.




#kalo rase tak lawa tu,boleh la kutuk kat bawah. sobs.