Showing posts with label Tanah Isra'. Show all posts
Showing posts with label Tanah Isra'. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

i love you like a love song, baby




tunggu uncle balik sebulan setengah lagi ye

[cewah, uncle!]




# tiket dah beli, 2.8-15.9. kita jalan-jalan Malaysia.

# ajak umi gi Indon, dia kata nak jaga cucu. then, dapat berita umi nak gi Melaka. jom jom!

# plan cuti, memahirkan diri pasal parenting ['pakcik'ing ade tak?], pengurusan kewangan dalam keluarga, dan perihal hubungan kekeluargaan yang jauh.peh.

# takdela keje paling nak buat aku nangis sorang-sorang melainkan PINTAR. tarbiyah tarbiyah. sebagai anak kecil dalam tarbiyah, sukar nak jadi dewasa laju laju.

# esok nak jumpa Pak Latip kat Amman, eksaited macam nak jumpa bakal bini!! hoyeh.



selamat berjuang!





Friday, December 9, 2011

bosan


kat Irbid ni jarang ada program berkaitan sejarah yang matang macam kat mesir melainkan bawah ISMA. [rugi hari tu ada hal]

peminat tak ramai kot kat sini.

papehal. selamat hidup.

Sunday, December 4, 2011

singkat

kesimpulannya, hargailah setiap orang selagi kita oleh hargai dengan jasad, dan melihat dia/mereka gembira. kalau tak berdepan pun, calling calling ke kan. janganlah ada yang lupa lama-lama nak call mak ayah kalau duk over sea ni.

bagi yang tak tahu, seorang sahabat kami, ilham ellani (dipanggil lan) meninggal sebab AML, sejenis leukemia. sayunya tak terkata, sampai kebanyakannya diam, dan menangis sendiri. kat rumah petang tadi, sebelum ke hospital, terdengar esak-esak. aku diam dalam hirom, merenung dalam. terkejut.

sahabat seusrah time first year. paling rapat dengan dia time ni lah. sekarang mungkin sebab pindah dah jarang sikit nak jumpa. agaknya sebab layanan dia dengan anggapan baik kat sume orang buat mudah sangat nak rapat dengan dia.

teringat hari rabu malam khamis, bergelak-gelak. siap sempat bergurau pasal pendarahan kat kepala dia lagi, nak kata positifnya anggapan apa akan jadi kat dia. dia pun gelak sama. cuma akhir-akhir pertemuan kami dia sakit lebih sikit kat kepala, abu gi usap kepala, sambil baca doa, ulya gi cari doktor, kheri pandang dari jauh, aku bersandar kat dinding sebelah abu. masing-masing dengan doa, dan memandang dengan sayu dan 'positif'. agaknya tu yang paling termampu kami tolong malam tu.

paginya dapat prognosis leukemia. ziarah pagi kejap je, sebab doktor suh isolate.dua tiga hari ni duk stadi ngan abu dan ozi (member serumah), kalau ada tersebut pasal lan, terus 'pangkah' dengan anggapan positif. 'insya-Allah takde pape.'

petang tadi dapat berita yang takleh nak caya. lepas pegi hospital dan tengok sendiri, 'betul la keri, dia dah takde' - bisik dalam hati.

innalillah wa inna ilaihi raji'un. ni kematian keempat orang yang saya rapat sebab kanser. semuanya datang dengan tiba-tiba dan ambil dengan tiba-tiba.

moga Allah jaga kesihatan kita.

dan, paling kurang, kita semua masih se-Irbid. dahla, jangan 'gaduh-gaduh' dah. senyum je. lepak je. kita tak tahu bila kita, atau dia akan dijemput juga.


sahabat ni meninggal sebagai seorang bakal doktor, dalam kalangan kawan yang doktor, dalam rawatan doktor dalam doa-doa bakal-bakal ustaz.

seolah-olahnya, kita takdapat nak ubah bila kita akan mati, kita dapat ubah bagaimana kita nak mati.


Sallamtak/tik.


"Ya Allah, matikanlah kami dengan mati (pengakhiran) yang baik, jangan Engkau matikan kami dengan mati (pengakhiran) yang buruk."




Sunday, May 22, 2011

dua kali jawab

korang penah jawab 160 soalan tekan tekan?

dua jam dengan tekanan soalan yang 'menenangkan'.



kah. al kisah.

kat JUST ni, examnya macam ujian memandu yang guna komputer yang klik klik pastu habis. last sekali kena tekan butang proceed untuk save dan pemarkahan. [peh, skema]


tadi exam microb. mudah citer, pasal biodata dan kekejaman kuman.

aku jawab exam dengan penuh 'tenang'. soalannya memang gaya seksi. penat jaga hati. jawab jawab. dah habis. ulang ulang. dah habis. ulang lagi. dah habis segala daya dan ijtihad yang dikeluarkan. aku redha.

habis 80 soalan, dalam masa sejam lebih.

ok lah, nak balik.

aku cari butang proceed. aku nak tekan. aku pegang mouse. aku angkat jari telunjuk. aku nak tekan left click.


kluk.


eh, apesal bunyi lain.  ?   ?

belum sempat tekan dan gelap, cepatnya 'proceed'.

pelik dah aku tadi.

tengok tepi, minah arab tengah tensen. sorang akhawat macam muka sedih. erk.


black out rupanya. yes. tahniah JUST! memang stailo!
lagi dua saat aku nak berjaya ko bunuh cita-cita aku depan mata.
dalam otak dah terbayang repeat microb tahun depan, erghh. na'uzubillah.



cayt!

aku bukak enset, bukak game, main bounce. sambil tengok arab tengah gaduh ngan pak cik yang jaga makmal.

tunggulah ape jadi.



# last sekali, kitorang kena ulang balik jawab exam tu. soalan baru pulak, banyak jugak kuar soalan yang lain. tengok kiri, ada kamal. oh, ada member sekapal. habis exam berlari-lari gi tandas dan solat asar. ke stesen bas lari-lari lagi, nak kejar matahari terbenam. cukup, alhamdulillah.






terima kasih alam, kerana menghilangkan rasa penat.
terima kasih kamal, bagi pinjam enset muros.
terima kasih abu, kerana tunggu.
terima kasih dr amir sweden, sebab tak arahkan kami untuk ambil mekap. ambo nok balik kelate.
alhamdulillah.








burung ape?
-murai.
burung ape?!
-murai.
burung ape?!!
- !!







Tuesday, April 12, 2011

umi

tiba-tiba rindu rumah.


nah!


ni sekadar post,dah takde orang lain buat macam ni,saya letak je post dia. kalau ada, sila letak link di 'comments'.




ingat dulu petang-petang selalu teman umi tanam bunga depan rumah, cabut rumput, bakar sampah, gali ubi, 'simpan' kambing, 'kait' woh mokte, betulkan pokok 'nazak' osteoporosis. huhu. macam sweet plak. hek~


teringat orked ungu di tepi garaj kereta.

.........



bittaufiq kawan-kawan yang exam esok! saya pun lah.

Monday, April 11, 2011

bergerak atau berhenti, juga berundur

"........, kamu kena berani terima kesannya."


saya selalu pernah silap ambil tindakan. ada sekali, dalam facebook.

bila saya sedar, saya nak delete, saya tanya pendapat akak. dia sarankan saya jangan delete. mudahnya, beliau cakap, "orang dewasa ni orang yang berani terima kesan dan hasil tindakan dia. bukan lari."

maka, saya biarkan. dan alhamdulillah, disusun-Nya jadi mudah.

sejak hari tu, saya makin berani terima 'consequences'. pahit ke, berat ke, pedas ke. selalunya, saya akan 'expect-the-worst'. dari segi penerimaan, telan dulu, kalau sakit perut, biarlah kemudian. takkan matilah. Allah takkan ciptakan taqdir yang membunuh untuk hamba Dia. eh, saya ulang, hamba Dia. taksusah nak terima taqdir, tapi susah nak jadi hamba. tapi ramai yang dah jadi. sekarang giliran saya. eh, kita semua lah kan, ensya Allah.


akak dah nak berkeluarga bulan 6 ni. kuranglah tempat saya bergayut bertanya pendapat panjang-panjang. taknak la ganggu-ganggu. saya pernah borak panjang dengan umi isu sebegini, maksud saya, isu keluarga. dan saya terima ayat beliau sepenuhnya. beliau nyatakan pendapat, takkan sama selepas dan sebelum 'ada orang'. nanti bertambah amanahnya, tumpuannya, tempat memberikan kasih. dan saya, dengan nekad akan utamakan beliau dan adik saya sorang tu. paling kurang pun, biarlah sampai adik ke universiti barulah saya 'layak' fikirkan soal ni. sekarang dia tingkatan dua. kiralah sendiri.

kengkawan oi, maaf kalau selama ni main-main. so, dahla tu 'kenakan' aku! borak-borak dan main-main tu 'penyedap rasa' je. ceh, sedapla sangat. memang inilah antara harapan paling besar tika belajar. lama tak lama lagi tu belakang cerita. bukan mudah nak jadi 'ayah', sorang-sorang. so, saya korbankan hasrat kebanyakannya. segaris senyum di bibir adik dan umi lebih mahal dari seribu kasih yang saya simpan. bahkan lebih dari itu.

ada kawan pernah tegur, 'ko ni, nak kata tak matang tu memang macam tak matang.'  bukan sebab saya taknak jadi matang ch***k, tapi saya rasa dah terbeban untuk jadi 'matang' di rumah tanpa contoh sampai saya nak qadha' jiwa tak matang tu kat sini. agaknya. biarlah kisah lama tu. kita cipta kisah baru!


hah, sambung. ada masa diri nakkan sesuatu tapi taknak buat. terimalah hasilnya.
ada masa orang lain nakkan semangkuk nasi tapi saya bagi sebuku roti. walau keduanya kanji. terimalah kesannya.
ada masa cita-cita silap bertandang.
pesawat silap mendarat.em, mungkin salah pemandunya, tapi tak semestinya. mungkin radarnya, penumpang pon boleh. cuaca ke. sayapnya. enjinnya.

mana ada sesuatu yang ada pada zatnya sendiri tanpa melibatkan orang lain melainkan Allah. jadi, tiap yang berkaitan dengan 'penciptaan'nya boleh jadi faktor kesilapannya. hanya Allah yang tak silap. kalau kita bincang pasal kereta X yang mudah rosak, tak semestinya salah pengarah urusannya. eh, sampai dah kot.

maafkanlah saya atas silap ape-ape ye. tak silap pun maaf jugaklah.


kalaulah dikatakan 'jalan bersangka baik ada seribu, kita hanya perlu pilih satu.'

mungkin ini masa untuk kita jalan ke seribu.





entahla gambar ni ada kaitan ke tak. haa, biarlah hidup ini sentiasa kita jadikan ianya 'wangi'.

fitrah kehidupan akan membusuk jika tak diendah. sedangkan iman pun.





Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, lalu Dia meminta darimu sebutir pasir, tetapi kamu kikir kepadaNya. Dia telah menciptakan tujuh lautan lalu Dia menginginkan satu titis air mata tetapi kamu mengeringkan air mata mu.


-Ibnu Qayyim-




moga kita tak sebegitu.





selamat mendarat.


salam.

Wednesday, April 6, 2011

kerana satu

tadi saya kacau seorang sahabat di mesir, sebab tengah sakit hati dengan seseorang. nasib baik yang kat mesir tu layan aje.

hm, 3 hari lepas, sadis lambung azam tinggi-tinggi time demo silat dan 'landing' macam nak bunuh orang. nasib baik tak mati sorang tu. ujarnya, "aku tengah bengang faiq sepak aku betul-betul tadi."

si A tensi sebab die tengah nak layan movie sang murabbi tapi hausmet die baru lepas gaduh ngan awek die duk ngadu sebelah die. ceyt!

seekor kucing lumpuh disepak selepas disepak oleh tuannya yang baru kehilangan iphone 4.

anak saadon dimaki sebab sakit hati dengan saadon.


macam-macam, sebab orang lain, orang lain pulak jadi mangsa. ini hanyalah sekadar contoh. entah betul entah tidak.


#malam ni dua orang kenalan mesir cakap saya 'bekeng' bila saya tanya saya 'bekeng' x? bale bale. ok, tukar.



esok exam lah awaknye!!!

selamat.




Tuesday, April 5, 2011

terkadang kita lupa tenaga dari Dia

exam esok, dental anatomy. lekcer note tunggu bila tuan die nak bace. takmacam abu,tunggu bile lekcer note bak kuar sebab die nak bace.

kerja PINTAR yang terbengkalai, expired dah pon.

pinggang mangkuk yang beranak pinak dalam sink. subur sungguh.

baju tak beranak,tapi agak dah layak berkulat. stok-stok baju syitak tak basuh lagi. berat la!

ruang tamu tempat stadi dah taman tema kanak-kanak. jalan seinci sepak meja, depan sikit sepak sos, depan sikit sepak henset, depan sikit boleh gak sepak kepala orang.

highlight dah generasi ke sembilan agaknya sem ni. padahal takpernah guna sampai habis. takpernah bagi kat orang. sungguh mistik!

atas meja bilik dan jadi tapak 'lego'.

nasib baik dah tak bela binatang. kalo tak ade hamster mati kurus, ikan mati lemas, kucing mati sejuk. na'uzubillah na'uzubillah.

yang terbaru, iluvislam pun dah 'tanya' untuk hantar wallpaper. erk, payahnya nak wat benda yang orang tertarik ni. hajat nak guna untuk dakwah, tapi sedar la jugak diri ni lemah. bale bale, tapi kejap lagi saye takde seminar. cuba jugak kan.

zakat dah jadi menyepi, walaupun ain asyik duk tanya.

sume dentists ada talk dengan dean UiTM sabtu ni. aku taksetelkan ape lagi. orang suh jadi pengarah taknak. tanya orang lain pun sume taknak. terpaksa 'mengarah' tanpa meeting. yes, i like it. simple! harapnya jadi. amin.

duit dah kering. terkubur la kot cita-cita murni nak beli iphone. Nikon D 7000 pon taklayak masuk list.

akak nak kawen, takredi lagi nak bagi nasihat ape. haha. rase macam kosong plak la 'passing' amanah kat orang len camtu-camtu je.

kalo fikir,takcukup tangan hidup ni. iye ke tak cukup. Rasulullah pun ada dua tangan, 24 jam sehari.

ambik ambik. insap la skit adik ye.

sebenarnya bez sibuk, biar takde masa nak buat benda-benda jahat ni. penat memang penat. ade jugak keje yang 'menyampah' sampai malas nak buat. haha. tu lah, terkadang kita lupa tenaga dari Allah. pastu, bersyukurlah dengan menggunakan ke arah kebaikan. dok eh?


oh, nak sambung stadi.

harapnya umur makin jadi bernilai.

selamat!



hidup taknak jadi sia-sia kan, mengulangi ke'mangkuk'an yang sama, statik, ikut sahaja.

Tuesday, March 29, 2011

raikan rasa

dulu pernah ada seorang kenalan bertanya pendapat, bila dia dilamar oleh seorang university-mate. soalan pertama saya tanya kat dia,

'betul ke ko takde perasaan kat dia tu?'

'takde?'

dan saya sambung lagi, lebih kurang.

'orang lain?'

'takde!'


'pastu, ape ko nak buat?'

'nak tolak. taknak fikir lagi isu ni.'


'tolaklah. ape payah.'

'dah, tapi dia taknak dengar, tu tanya pendapat ni.'


'kalau dah betul taknak, memang betul taknak, buat cara taknak. rai perasaan taknak ko tu. mungkin ade yang cakap suruh terima, tapi pendapat aku, takyah! rai je perasaan taknak ko tu. orang yang lamar ko tu dah rai perasaan nak dia, taksalah ko nak rai perasaan taknak ko pulak. tapi, sebagaimana [skema gile] dia bertanya dengan baik, kena tolak dengan baik. kalau taknak dengar jugak, bagi jelah apa-apa pun, tapi jangan bagi harapan, melainkan memang nakkan harapan. bla bla bla bla bla bla.....[peh,macam kaunselor habis]'

alhamdulillah, masalah selesai selepas bermacam penolakan. haha. maafla boh, kawe tulih benda ni. keh.


hem, raikan perasaan.

selalunya kita fikir sabar adalah menerima seadanya biarkan ia padahal Allah ciptakan perasaan yang turut ada hak. tapi tiap hak ada hierarki dia sediri, masa tu lah kena tengok, perasaan kita tu pada hierarki ke berapa, baru dia layak 'diketengahkan' kepada alam sekitar.

saya banyak rai perasaan dengan tindakan, geram dengan memarah, serabut dengan lari, dan macam-macam. ok la saya tahu semua tu salah, nak berubah la ni. tanya budak rumah tak caye. rai biar ada pagar, ye dak.

dulu, time first exam anatomy, saya fail. sayaa 'rai' denga berkurung dalam bilik sambil main kamera dalam gelap. haha. sadis gile bunyi. ntahla tindakan tu waras ke tak.

semalam, bila nasib yang hampir sama dalam oral histo, saya 'rai' lagi. balik rumah, sia-siakan masa depan laptop, bukak semua/kebanyakan lagu pasal jiwang yang ada dalam laptop, dengar sampai tidur, dan tak habiskan kuota bacaan quran untuk semalam. juga tak siapkan kerja. juga tak stadi. juga tak bla bla bla bla. orang kampung saya guna istilah 'mecok'. saya pun taktaw ape maksud mecok dalam bahasa baku.

dan pagi tadi, bila saya bangun tidur, terdetik 'alhamdulillah aku hidup lagi, macamane kalau aku mati semalam..'.


hanya kita tahu macamane kita dengan Tuhan. kebanyakan risiko tu ada harganya.

rak rai jiwa pun, sebab exam semalam terok, jangan sampai lupa esok ada exam. pool pon pool jugak, walaupun semalam tak jadi. ceh. nak rai pun, jangan sampai ..............


bernafaslah, takkan nak biarkan lalang tumbuh depan rumah semata-mata nak lihat tumbuhan menghijau.

bai.




time exam la nak bukak sume sume lagu lama. pali la ajar ni.haha.

Monday, March 21, 2011

sabar dan terus mencuba,lama-lama awak akan nampak rupa dia

hidup ni tak lepas dari belajar. sedangkan untuk belajar pun kita kena belajar, belajar macamane nak belajar seperti seorang pelajar yang sedang belajar. eh,macam matluthfi plak.

samelah bab lensa, masak, pes, meneran sekalipun. bab agama, bab pergaulan, bahkan babulliqa'.

sebenarnya masih takpuas hati yang 19.3.11 tu sepermoon. takdelah super sangat. mungkin sebab kat jordan ni, 'super/suber' ni berskala kecil. kedai runcit biasa dah nama 'subermarket'. banyak contoh, simsima, abu ain, abu bakar dsb.

ini siri menjejak wajah bulan. lawa sangat ke bulan ni? boleh wat bini?


percubaan satu



zoom siket



ejas siket



ejas lagi.. tym ni dah tensen,asal x jadi. nak stadi lagi,esoknya exam microb



ada kemajuan, tapi bayang plak!




bayang dah hilang, tapi bulan xde rupe.




yes!! hampir nampak rupa.




yes! yes! yes! nampak dah siket




alhamdulillah. lawaa.. [kot]




last.



entahla ape-ape yang dah jadi.


tapi ni paling bez, lepas edit sikit.





















TARAAA!!!




boleh tgk kt sini.




#kalo rase tak lawa tu,boleh la kutuk kat bawah. sobs.



Sunday, March 13, 2011

pasca-exam-1

alhamdulillah.

huh,lulus.lega sangat. sebab takut dengan subjek hapal. Allah bayar ikut kerja,untung dari modal dan usaha,kan.

nak apdet kejap je.


lepas exam,jalan-jalan borak.

ponteng kelas.

lepak-stadi-tidur kat rumah amar.

smayang kat masjid tal.

borak-borak ngan kawan thailand,sedihnya,dia ingat nama aku tapi aku lupa nama dia.

dengar kisah Rasulullah.

dan tadi,ada orang tolong nak setel tiket.

tq boh,jasamu dihargai.terpaksa berkorban untuk akak yang nak kawen.




bertunang


ramai-ramai belah sana,hanya seorang saya kenal.yang berbaju oren.banyak lagi 'kerja'!!


yang selalu jadi wakil 'wali bagi pihak perempuan' dan penasihat adat


abang ipar pertama merangkap mentor bab kamera,kereta,paip,enjin,wanita,motor,dll.hehe.


ni majlis pertunangan akak 3,nak kawen bulan 6 ni.'terpaksa' balik.payah hidp 'bertugas' ni.




hiduplah seadanya k.e,lusa awak ada exam. amanah takkan selesai dengan hanya berfikir.

gudlak semua.





#oh,minggu ni masih ditegur huruf 'sin'. =(

Sunday, March 6, 2011

tanpa arah

malam ni nak hapdet blog tanpa arah.

minta maaflah pada pembaca yang tak faham ayat pada post lepas, lepas-lepas, juga lepas ni. almaklum, memang tak pandai mengayat pun, sebab tu takde yang lekat. isy, merapu.

tadi tidur awal, balik solat maghrib terus tidur. bangun pukul 11 malam,kononnya nak setadi. masih lagi konon. entahle, rase penat sangat hari ni, bukan buat rumah pon.

ade niat nak tulis kisah kat UK, kekaguman pada sikap manusia dan pelajar-pelajar kat sana.

ade niat nak tulis pasal Istanbul, pengajaran yang dapat dari sana. kenangan semasa lawat maqam sahabat. takpelah, tunggu dulu.

hari ni, yang duk tunggu-tunggu dah terlerai, ade jugak sikit. alhamdulillah, hilang gelisah. bale bale. kalau tak, merana. oke, yang ni memang payah nak faham. private!

tadi pegi belajar quran, heh, nak jadi soleh la katakan. insya-Allah2. paling tidak, sem ni lagi rajin setadi. oh ye, 'rehlah' tadi. hmm,rehlah? sepatutnya mendengar ilmu ni 'rehat' bagi penuntut ilmu, ye dak? al-kisah, aku kagum sangat dengan keikhlasan orang arab bab mengajar ni. beliau tanya kami, bila ada masa free lagi, kot-kot boleh wat kelas tambahan. padahal, masa beliau dah penuh dengan mengajar dan belajar. bila kami cakap tak nak ambil masa beliau, beliau kata 'masa saya adalah untuk Allah'. terasa yop. dahla time nak balik, beliau pulak yang bagi duit tambang. waaaaa, sumpah segan n nak nangis. bila tanya senior-senior, benda yang same mereka hadapi, syeikh yang bagi duit. TERBALIK! kalau ponteng kelas lagi tak taw la.

dan, yang paling menarik, time balik dapat tengok matahari 'bersaiz besar' terbenam dari hujung jalan lurus dengan ada orang tengah berjalan kat tengah jalan. faham tak? memang nikmat. memang nikmat, sampai lupa nak exam.

oh, teringatkan exam, teringat lekcer head n neck yang takde satu pun lagi habis. takpe, lab dah cover secara ringkas, tunggu hapal kronik je belum. ade-ade je alasan.

oke, cubalah untuk setadi awal. anda dentist, jangan lupa. medic pun kena rajin, farmasi pun kena rajin, fisioterapi pun kena rajin. bukan awak sorang.


#tengok amar (konon-roomate) tidur kat sebelah, menguji sungguh.


selamat!

nah gambar, kurang lawa sebab bukan dslr. haha.




'rakyat' Busyra agak baik. =)




Sunday, November 21, 2010

Sekitar Adha 2010

Dulu,orang selalu kata..

'adha kat kelantan lagi meriah dari negeri lain'


sekarang,saya nak kata..

'adha di jordan lagi meriah dari malaysia'

eh,sejak bile ber'saya awak' plak ni?

em,orang kata jugak,guna saya awak ni nampak sweet sket.bagila can aku nak ber'sweet' dalam blog sediri.haha..kang guna 'ana enta' ade plak yang pengsan..ingat lagi kata-kata nuar. 'perubahan kena berisi'
dalam neh.

kat luar takut,orang-orang dan kucing-kucing kat tepi-tepi muntah plak.

semalam baru dapat satu pengajaran.tak semestinya tiap usaha kita akan dapat hasil sekarang,mungkin tahun depan,mungkin akhir nafas.

video miming semalam,dari adha tahun lepas lagi,time tu,sume dah frust,dua malam duk rancang+buat,siap-siap,takleh aplod.dalam program plak takde ruang.tahun ni baru kluar.terima kasih.azam.dayat.faiz.hariz.
saya tolong-tolong edit siket-siket je.yang semalam tu dah tapis,sape nak versi asal boleh datang rumah.haha.iklan sket.

sesi tatap.



testing


trai silwet


djaj


penyembelih


calon


sedang


hasil


jarak dekat


cidak


pakcik pikap


kambing pertama kot


kejar kambing


satu lawan satu.go najib!


paling 'dilayan' senior-senior


pakcik lembu


lapah


"kita tidak harapkan rupa, tetapi jasa."

cuba teka ni sape..




sekian.


Friday, October 22, 2010

Nota Tasmik

Mungkin satu benda je kot,yang paling tensen masuk tahfiz.


Time nak tasmik,tak sempat.

Time kena tasmik,tak ingat.


dah lama duk ulang-ulang pandang page ni.hati je rindu,minda tak simpan lagi.siket agi.siket je ag.


# Ekzeng boh. Selamat berjaya untuk sume budak medic dan dentist 2nd year.isnin dan selasa ni.jangan ada lagi dapat 9,29 je boleh.i'Allah. =)


Selamat bersengkang.

Monday, October 18, 2010

penangan!

Fuh. tak percaya!

tulah ape yang sempat difikir awal-awal nampak result exam anatomi semalam.

lepas tu dah gelap bumi.rasa nak nangis time tu jugak.nasib baik lelaki.

sumpahsedihkecewatensenmeranasesalbuntubingungtaktahukenapanaknangistaknakbaliknaktidur.

Ah!

semua rasa benda sama kot. tapi,ni orang kata ujian.

Aduh!

Insaflah makhluk, jangan malas-malas lagi,biar nak malas siket pon,takleh jugak!

huh.

nak rai sedih,semalam.

duk dalam bilik sorang-sorang,tutup lampu,tutup pintu.niat nak tutup mata,tapi tak lena.

tuptup,amik kamera,tangkap gambar bilik dalam gelap.gambar terbalik,gambar tersendat,gambar terlentang,kambar kaki meja,gambar kaki kerusi,gambar kaki katil,gambar kaki kiri,gambar katil besi,gambar kipas tak hidup,gambar lantai berkarpet biru,gambar kotak kertas a4 warna hijau yang mitak dengan pak cik fotostat kat depan simsima,gambar monitor samsung 21 inci yang penuh habuk,gambar stokin dua minggu tak cuci,gambar rajah.gambar ape-apelah,yang terlintas.

isy3.'gila' kejap.

tidur.

semalam mimpi jumpa arwah nenek.[betul ke mimpi macam ni?]

bangun subuh,nangis lagi time smayang subuh,sedih sungguh.

thanx bro Abdullah Azzam,enta boleh kawen dah! hak3.

last-last, "saya dah lalui macam-macam exam,hidup je sampai sekarang."

juang lagi!

tak mustahil dapat 80% exam nanti.nak stabilkan balik.lab 30/30.YOSH!! *pengaruh onepiece.

benda-benda ajaib ni dah banyak jadi.kan Sadis.

maaflah Ummi!seolah mensia-siakan doa yang tiada terhijab.kak long,abe chik,kak ngah,abe zizi,kak,abe faizal,iffah,afiq.em..
untuk dia yang menasihati, ".. not to make excuse!"
mdm Aisyah,simpanlah adik ipar teacher tu. ;p
ayah su,macam nilah anakanda 'tersayang' tu.
a.sahel,tuan dzul,azmin,shahir.harap ini tak jadi fitnah untuk agama.
sob3.

dahla.

deactivatefesbukseketika,nakjualdslr,takjadibeliikannakbela,takjadinakbelajarmuaythai,takjadijadi.



-tiada yang kekal di atas,mahupun sehelai rambut-
dalamgelap-berlapikkanlantai-tanpaflash-nikond5000-lensnikkor18-135mm(guna18)-tunggu34saatgaknakhabisshutter-pelik!



hidupyanglebihindah.



warna-warna indah takkan keluar dari skrin laptop.-pelik la gambar ni-


tolonglah lebih indah.insya-Allah.


Dia ada kan. sentiasa ada.



-suram hanya seketika,walau hampir putus asa terhadap cahaya.tetap kena percaya!-
(dari tingkap bilik)


selamat bertenang.

*sume gambar tak edit.

Sunday, October 3, 2010

Robin Hood pun banyak wat silap

Semalam, dapat berita. Dari orang yang di tengah. Orang tengah la tu namanya (bukan nama dalam IC).

Rupanya, ada seorang rakan kerja terasa hati, dengan normal-reflek-respon-tanpa-rasa-bersalah-walau-sedikit-pun dalam hati.

"Alamak, salah respon rupanya!" duk kata dalam hati.

Maaf la ye. Bukan sengaja. Dengan pantas, ambil terus dua tiga langkah awal. Insya-Allah, akan menyenyumkan dia kembali.

Sekali lagi, minta maaf lah ye. Bukan sengaja.

Orang kata, jujur tu nikmat.hah.

Fi amanillah.

Friday, October 1, 2010

Ya Syeikh..

Kat Jordan ada ramai Syeikh..


Ada Syeikh Mu'taz, beliau selalu jadi imam kat Masjid JUST.


Ada Syeikh Abu Mahmud, beliau selalu tolong Syeikh Mu'taz jaga Masjid JUST, dua-dua hebat.


Ada Syeikh Mahmud plak, beliau guru Al-Quran kat Markaz Huda (tempat belajar riwayat Hafs dari 'Asim)


Ada gak Syeikh Khalil, tapi ia stesen bas. Takpela, glamer gak.


Tapi, yang paling femes, Syeikh Ma'mun As-Syamali.






Seorang yang tinggi sederhana, kulit putih, jambang kemas dsb.
Qari yang simple dan steady, hebat dan stailo. Beliau hafaz 30 juzuk Al-Quran. Jadi Imam di Masjid Jami'ah Yarmuk sejak tahun 1990 lebih kurang, mengikut cerita dari mulut orang.


Antara mimpi dan rasaseparuh  bangga, beliau pernah bagi pengisian kat beberapa studen Malaysia di Jordan, termasuk pemilik blog ini, pasal hafaz Quran.
Beliau kata, zaman belajar adalah zaman yang paling baik nak hafaz Al-Quran, sebab otak kita sedang ligat, bukan pegun macam otak makhluk makan dan tidur.
Beliau kata, Al-Quran bukan untuk ahli agama sahaja, tapi semua. Bahkan, ramai pelajar aliran sains yang lebih hafaz Al-Quran berbanding agama.
Beliau hafaz Al-Quran semasa belajar sains fizik tak silap, hafaz sendiri-sendiri.


Hebat bukan.


Lupa nak cerita, beliau bukan 'ustaz', tapi ahli dalam bidang sains fizikal.
Kalau beliau jadi Imam, tak rasa baca panjang, selalunya rasa gak,eheh.  
Kalau Ramadhan, ada terasa macam kat tanah haram, dengan anak beliau yang qamat sebijik bilal kat Masjidil Haram, Solat habiskan satu juzuk semalam. Bacaan yang tepat. Pehh!!


Memang layan.


Orang anggap beliau sebaris dengan Qurra' terkenal macam Ghamidi, Sudais, Jibril.
Sape nak trai, datangla Masjid Jami'ah Yarmuk ye, insya-Allah. Kalau subuh tu, boleh dengar bacaan qiraat lain. Jangan duk sebut 'subhanallah' dah la.


Tapi beliau dah nak sambung belajar agama kat Tanah Haram.


Masa yang berbaki, guna sebaiknya, biiznillah.


fotografer lari-lari lepas seting kamera, pastu silap ambil tempat.spoiler sket yang kat depan tu





Selamat mendekati kitab, yang bukan qadim.