Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

tentang April Fool

asalnya nak tulis benda lain, tapi lupa. tangan masih menggatal.

isu ini kurang bersumber, buat tahu-tahu cukup lah.


perihal april fool, aku pernah jumpa dua cerita.


1. kisah yang popular di SMKA Falahiah. silibus usrah bulan mac/april bagi pelajar tahun 1. [doktrin apekah ini? tanpa sumber! hehe]

berlatarkan granada. kisah yang menceritakan zaman selepas abu abdullah menyerahkan kunci kota alhambra.

selepas 'kekalahan', umat islam andalus diancam oleh kristianiti; take it or leave it. atas 'keprihatinan' pemerintah kristian, tawaran untuk keluar dari bumi andalus dibuat. mana-mana umat islam yang ingin meninggalkan andalus akan dihantar ke afrika dengan kapal yang disediakan. kesemuanya diminta berkumpul di pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan.

atas tawaran yang menarik, ramai umat yang berkumpul di kawasan kapal yang disediakan.

hakikatnya, kapal-kapal itu kemudian dibakar, dan semua umat yang berkumpul dibunuh. sempena tarikh itu (1 april), orang kristian di sana menamakannya 'april fool'.



2. kisah yang ditayang di history channel, mengenai vatican city. ada kaitan dengan penggunaan Anno Domini dan gregorian calender. yelah, takkan gi vatican tanpa input langsung.

menurut kisah, kalendar asal yang diguna oleh gereja katolik tidak tepat. benda ni terperasan oleh seorang saintis yang bekerja di vatican. bila dia sedar tentang benda ni, dia nak buktikan pada pope. dia bina satu menara (sekarang ada di vatican city) yang guna cahaya matahari sebagai penentu-kira. menara ni dibina secara geometrik untuk menunjukkan kiraan hari setahun dan pope dapat lihat sendiri bukti jarak antara tarikh 'sepatutnya' dan tarikh 'asal'.

bila pope lihat bukti tadi, dia terima dan mengarahkan tiap entiti yang guna sistem 'anno domini' untuk ubah hari tahun baru.

adelah kiraan dia yang aku pun tak reti. nak cakapnya, semua orang update dan ikut tajdid yang dilancarkan beliau melainkan penduduk kat satu tempat. mereka masih anggap april sebagai tahun baru dan merayakan april.

mereka ini dipanggil april fool sampailah mereka update pasal tajdid tadi.




dua-dua kisah ni aku takdapat cari bukti secara baik. sebelum aku lupakan, baik aku tulis.



dua-dua kisah berkaitan dengan kristian.




kalau nak tahu, dalam politik islam pun ada banyak 'april fool'. salah satunya pada zaman awal pembentukan abbasiyyah.

pewaris kepada abu abbas as-saffah takut takhtanya tergugat oleh negarawan tertentu. yang paling ditakutinya pada waktu tu, abu muslim al-khurasani.


eh, lupa ada kelas, sambung lain kali.



# nati nak gi rumah amar pulak, menetap di sana 3 4 hari. ada cerita lama yang aku ingin lupakan di wakaf asal. haih..

sekian.


jap jap, satu gambar.


bersiar-siar di Malaga. tempat ni buat aku teringat kisah 1.

Monday, March 26, 2012

Ibnu Sina dan penyakit rindu

Dikisahkan, Ibnu Sina merakamkan suatu penyakit dalam kitabnya. Dia berpendapat ada suatu penyakit yang turut melemahkan tubuh, tapi tidak berpunca dari asbab seumpama penyakit biasa. Ubatnya bukan juga bahan.

Andai seorang pemuda, si Fulan jatuh cinta kepada seorang gadis, Si Fulanah dan hajatnya untuk bersua tak kesampaian. Dek rasa rindu, lemah seluruh badannya, umpama orang kesakitan. Murung dan kurang daya. Kehidupan yang terganggu dan kekurangan. Kesian.

Tiadalah ubat, menurut Ibnu Sina, melainkan Si Fulan tadi bertemu melepas hajat pada buah hatinya, Si Fulanah terbabit. Bersua dan melepas rindu. Mungkin hanya sekadar melihat, cukup mengubat 'penyakit' rindu yang hampir saja membunuh tubuh itu. Ibnu Sina, seorang tokoh perubatan 'moden' mempercayai penyakit 'kuno' yang disebabkan cinta, yang dinamai rindu, yang hanya dapat diubati oleh sang-yang-dicintai.


Andai benar cerita yang dikisahkan kepadaku, dari yang kisahkan oleh Ibnu Sina tentang situasi yang benar dialaminya, aku sangka agak benarlah cerita yang dikisahkan HAMKA dalam novel "Di Bawah Lindungan Kaabah". Tak kesahlah. haha


Aku baru mempercayainya semalam.


Balik dari kelas, dari awal turun bas (di McD), aku cari 'earphone' sebab nak call Malaysia. Taqdir, hilang. Mungkin tercicir dalam bas. Bergegas ke rumah, takut orang Malaysia tidur awal.

Sampai rumah pukul 5 lebih.

Call terus.

Rupanya dah tidur.

Sembang dengan orang lain.

Kirim salam rindu.


Pergi solat maghrib dengan 'kecewa', balik terus tidur. Nak bangun tengah malam, nak call tanah air pagi-pagi, lepas subuh.

Berjaga sampai pukul 1 pagi.

Call.

Takde orang angkat.

Sampai tiga kali, masih tiada orang angkat. Huh, kalau bagi salam sampai tiga kali, dah kena balik.

Tidur dengan kecewa lagi.

Terus malam (tadi) aku demam. Tiga empat kali terjaga sebab tak sedap badan. Ketar seluruh tubuh. Kuatkan diri untuk solat subuh, kejut Najib (housemate) dan sambung tidur. Waktu Najib ajak ke kelas, tak disahut. Terbungkam di bawah selimut tebal sampai matahari lebih tinggi. Paksa juga ke kelas, hari ni ada lab, kuota ponteng takde. Ilmu-ilmu bagai singgah sekejap di kepala. Dalam lab melayang entah ke mana. Nak balik, nak balik. nak call!! Lab berlalu.

Cepat-cepat balik rumah, terus call. Alhamdulillah, panggilan diangkat. Ubat dah sampai. Hilang lemah-lemah, ketar-ketar, sakit-sakit. Bergayut atas katil setengah jam sampai dekat azan maghrib.

Terubat rindu.

Tadi, baru gelak-gelak dengan ahli rumah di 'kedai makan' kat kawasan Bab Janubi. [jauhnya makan]


Sila belajar dengan tekun! Esok exam Oral Radiologi. Terima kasih buat kawan yang menerangkan fakta semalam, walau dah tengah malam. Bittaufiq ye kawan-kawan.


Oh, terima kasih Umi kerana mengubati.




*tetiba aku was-was. mungkin ilmuan itu bukan Ibnu Sina, tapi 'doktor' Muslim pada zamannya. wallahu a'lam.




# rasa nak tujukan post ni buat sahabat di Mesir. =p



kedamaian yang dirindui.


Wednesday, March 7, 2012

whirling dervishes

jiwa-jiwa yang keras, dilembutkan dengan mengingati Allah.

dalam banyak-banyak dinasti, Turki kaya dengan unsur-unsur sufi. dipusing-pusing dalam irama, seakan hidupan lenyap dengan khayalan.



"You were born with wings, why prefer to crawl through life?"
- Jalaluddin ar-Rumi -



dalam pusingan-pusingan, mungkin kita jatuh. dalam hidup mungkin kita kehilangan.


"Don't grieve. Anything you lose comes around in another form."
- Jalaluddin ar-Rumi -



agaknya kerana bulan ini bulan 'bencana' bagi umat, tiap-tiap hari aku lerakkan hidup dengan hal berkaitan turki. dari pembacaan, movie, sampailah lagu-lagu. juga dalam proses menghabiskan 'sejuzuk' puisi-puisi jalaluddin muhammad balkhi versi inggeris. moga ada rezeki untuk ke sana.



# kepada yang terbabit; maaf 'terlanggar' kaki tadi. macam tak macho terus blah laju-laju selepas sepatah 'sori'. segan kot, dan buku lali kurang sihat [alasan]..








crawling with wings[?]



Friday, March 2, 2012

Turki, Uthmaniyyah dan Seljuq

Minggu lepas aku kena 'bentang' pasal kerajaan yang aku suka, dan kenapa aku suka.

Aku pilih antara Osmanli atau Mamluk, akhirnya aku pilih Mamluk. Sebabnya, kurang sumber pasal Mamluk yang boleh buat aku berani cerita dalam-dalam kat orang lain. Aku tulis sebab nak lebih ingat, taknak lupa sebelum aku ziarah Turki. Lagipun banyak lagi kisah ke-Turki-an yang aku belum habiskan.


Turki Uthmaniah. Agaknya, istimewanya sebagai kerajaan yang kuat tapi naik tanpa pertumpahan darah. Dianngap pewaris kepada Dinasti Turki Seljuq, Khilafah bukan Arab, dan bukan Quraisy.

Apa yang aku suka tentang Turki Uthmaniah?


1. Allah bagi mereka kuasa pemerintahan atas kecintaan pada agama

Secara ringkas, selepas kemasukan Mongul ke Asia Tengah (asalnya didominasi orang Arab dan Islam), satu demi satu kerajaan Islam (yang berpecah selepas kelemahan Abbasi di Baghdad). Bila Mongul sampai di Khurasan, Sulaiman Khan dan orang-orang dia berpindah (lari) ke kawasan bawah pengaruh Seljuq. 

Pada masa lain lepas tu, Gengis Khan Khan hantar tentera untuk serang Seljuq di Konya. Bila Sulaiman dapat berita, dia hantar anak dia, Ertughrul (ikut bahasa arab, Artughril kot) untuk tolong Sultan Seljuq, Alauddin. Dia hantar anak dia dengan gerombolan tentera dengan cita-cita untuk syahid, mempertahan Islam dan memerangi golongan harbi. Pendek cerita, Seljuq menang sebab pertolongan Ertughrul and the geng. Sultan Alauddin hepi, dia bagi pangkat ketua panglima kat Sulaiman, tanah di Ankara kat Ertughrul. Dengan masa, Sultan Alauddin meninggal, anak dia, Ghayathuddin jadi Sultan. (nota: masa ni Baghdad belum jatuh) 

Masa ni, Ertughrul jadi pemerintah kawasan tertentu bawah Seljuq. Setahun selepas Hulagu Khan serang Baghdad, Uthman bin Ertughrul dilahirkan. (kenal tak nama ni? ada dalam buku teks sejarah ting 5 ye). Ghayathuddin kahwinkan anak perempuan dia dengan Uthman.

Dengan masa, Ghayathuddin meninggal sebab Mongul. Dia pulak tiada anak lelaki, jadinya, Uthman 'tercalon' sebagai Sultan. Macam biasa, ada yang tak puas hati. bla bla bla. Uthman dapat atasi benda ni, dia perkuatkan bala tentera dan menang dengan Mongul lepas tu. Jadinya, orang-orang bawah ni pun respeklah. 

Bermula Dinasti Uthmaniyyah, atau kita kenal sebagai Turki Uthmaniyyah.

*kawasan Timur Turki kaya dengan sejarah Seljuq. Sejarah Seljuq kaya dengan penentangan terhadap tentera Salib.


2. Wasiat dari pimpinan atas kepada pimpianan bawah (didikan seorang ayah kepada anak)

Aku anggap, antara faktor keutuhan Dinasti Turki Uthmaniyyah sebab pegangan khalifah-khalifah selepas Uthman terhadap wasiat Uthman sebelum dia meninggal. Carilah kat tempat lain, malas nak tulis. Ringkasnya, nasihat ni penuh dengan wasiat agar memerintah dengan adil, mempertahankan Islam bla bla bla.

Uthman pulak, dia dapat tanam rasa cinta antara anak-anak dan patuh pada keadilan sampaikan anak-anak dia tidak bergaduh untuk pangkat.


3. Sikap tidak mementingkan kedudukan yang menguntungkan negara dan kerajaan

Anak kepada Uthman, namanya Orkhan. Orkhan ni sebenarnya bukan anak lelaki sulung Uthman, tapi anak kedua. Anak sulung namanya Alauddin. Alauddin orang yang lebih pandai, bersemangat dan dedikasi. Namun, Orkhan orang yang mempunyai lebih kelebihan dalam bidang ketenteraan dan pemerintahan lebih kurang, jadinya Uthman lebih utamakan Orkhan.

Orang ingat dua orang ni akan gaduh, rupanya Alauddin ni dengan senang hati redhakan mahkota buat Orkhan dan dia minta tempat untuk menetap tenang. Allah punya kuasa, Alauddin akhirnya akur dengan permintaan adiknya, Orkhan untuk jadi perdana menteri lepas banyak kali tolak. (dah macam citer prince of persia)

Gandingan dua orang ni mantap sangat, akademik+militari.


4. Sistem madrasah yang membentuk pejuang 'hardcore'

Pernah dengan istilah Janissari? Golongan tentera elit Turki Uthmaniyyah. Orang yang mencadangkan penubuhan Janissari ni Alauddin tadi. Dia cadang kat adik dia (merangkap sultan) untuk tubuhkan angkatan tentera di raja yang dinamakan Janissari. Ahli rekrut diambil dari anak-anak tawanan yang beragama kristian. Mereka ni akan diajar agama Islam, lepas tu diajar ketenteraan dan 'pendidikan sivik'. Mantap tak mantap sistem ni, legasi Janissari yang jatuh sebab besar Sultan Muhammad II dapat buka Constantinople.


5. Keseimbangan antara pembukaan wilayah dan pembangunan wilayah yang telah dibuka

Kebanyakan empayar, bila ditakluk tanah baru, cukup sekadar diletak wakil pemerintah. Dalam empayar Turki ni, zaman Alauddin tadi banyak dia buat pembinaan infrastruktur, sekolah, kemudahan awam dan faktor pembinaan negara amat dititikberatkan. Orkhan pulak senang hati dengan cara Alauddin.


6. Tempat yang tinggi bagi ahli agama dalam institusi kerajaan

Mufti-mufti mendapat tempat yang tinggi dalam kerajaan ni. Boleh dikatakan tiap keputusan umu kerajaan adalah hasil persetujuan mufti-mufti. Mereka ada kuasa yang besar untuk menasihat sultan.


7. Unsur kesufian yang menjernihkan kerajaan

Empayar Turki amat terkenal dengan unsur kesufian. Golongan tentera glamer dengan gaya sufi tertentu, rakyatnya dengan gaya sufi tertentu. Jalaluddin ar-Rumi yang bukan orang Turki, bukan juga hidup di zaman kenaikan Uthmaniyyah tapi diangkat tinggi oleh masyarakat Turki. Bermula dengan kesukaan seorang sultan ni terhadap Jalaluddin.




penat tulis, haha. ilmiah sungguh. minta maaf kalau ada info yang lain dari yang anda dengar. aku ada sumber-sumber yang aku percaya dan baca, dari situ aku bercerita. lagipun, aku bukan ahli sejarah. baca dan kongsi sikit-sikit nak hilangkan bosan.

apa yang tertulis ni berkaitan zaman awal Uthmaniyyah. agak tak kena kalau nak digandingkan poin-poin ni dengan keseluruhan kerajaan Uthmaniyyah. Tak masuk dalam lagi bab kelemahan kerajaan Uthmaniyyah. lain kali kita sambung.

teringin nak gi turki, tapi nak khatamkan bacaan dulu. nak kumpul duit. bak kata seorang akak, duit dan masa tidak selalu bersekutu. heh.

yang ajak nak gi Turki tu, tengoklah dulu. banyak lagi masa ye dak.




Masjid dan maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Rasululullah yang meninggal dalam siri cubaan penaklukan Constantinople di zaman Mu'awiyah.



orang Turki yang tolong aku cari Masjid Eyup Sultan, tempat maqam sahabat tadi.
ajak member sume taknak pegi, terpaksa pegi sorang-sorang. alhamdulillah ada orang tolong.



sekian.

Friday, December 9, 2011

O Osman!



O my son! Now you are king!
From now on, wrath is for us; for you, calm!
For us to be offended; for you to please!
For us to accuse; for you to endure!
For us, helplessness and error; for you, tolerance!
For us, quarrel; for you, justice!
For us, envy, rumor, slander; for you, forgiveness!
O my son!
From now on, it is for us to divide; for you to unite!
For us, sloth; for you, warning and encouragement!
O my son!
Be patient, a flower does not bloom before its time. Never forget: Let man flourish, and the state will also flourish!
O my son!
Your burden is heavy, your task hard, your power hangs on a hair! May God be your helper!


- Syeikh Adebali -






200 tahun selepas nasihat ini mewarnai kesultanan Uthmaniyyah, mereka sampai ke sini.

Tuesday, September 13, 2011

sinis ii

Al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) dalam kitabnya `Ulum al-Hadith: “Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka”




*dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=57#more-57

Thursday, April 28, 2011

kisah mereka

agaknya, berita sedih yang paling bnyak meneiti bibir maanusia-manusia yang sejalaan dengan aku adalah kisah perng jamal.

jika 4 kali aku baca kisah tu, 4 kali aku boleh nangis.

"agaknya, sebab aku semakin menjauhi sejarah kerana aku terlalu sedih dengan air mata dan darah yang menghiasi tiap tapak perjalanan sejarah. agaknya, aku ingin berhenti menangis."

-anonymous-




awak nak cakap lebih-lbih, apa awak tahu tentang mereka?!!


"Sesungguhnya Allah telah membesihkan darah-darah mereka dari pedang-pedang mereka. Baiknya kita bersihkanlh lidah-lidah kita dari kisah-kisah mereka."

-mafhum kata-kata Sultan Umar bin Abdul Aziz-




#kenapa aku wat nama blog ni naskhah lama? sebab ianya sejarah.
tapi aku masih jauh dari layak bercerita tentangnya.