Showing posts with label Jaulah. Show all posts
Showing posts with label Jaulah. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

tentang April Fool

asalnya nak tulis benda lain, tapi lupa. tangan masih menggatal.

isu ini kurang bersumber, buat tahu-tahu cukup lah.


perihal april fool, aku pernah jumpa dua cerita.


1. kisah yang popular di SMKA Falahiah. silibus usrah bulan mac/april bagi pelajar tahun 1. [doktrin apekah ini? tanpa sumber! hehe]

berlatarkan granada. kisah yang menceritakan zaman selepas abu abdullah menyerahkan kunci kota alhambra.

selepas 'kekalahan', umat islam andalus diancam oleh kristianiti; take it or leave it. atas 'keprihatinan' pemerintah kristian, tawaran untuk keluar dari bumi andalus dibuat. mana-mana umat islam yang ingin meninggalkan andalus akan dihantar ke afrika dengan kapal yang disediakan. kesemuanya diminta berkumpul di pelabuhan pada tarikh yang ditetapkan.

atas tawaran yang menarik, ramai umat yang berkumpul di kawasan kapal yang disediakan.

hakikatnya, kapal-kapal itu kemudian dibakar, dan semua umat yang berkumpul dibunuh. sempena tarikh itu (1 april), orang kristian di sana menamakannya 'april fool'.



2. kisah yang ditayang di history channel, mengenai vatican city. ada kaitan dengan penggunaan Anno Domini dan gregorian calender. yelah, takkan gi vatican tanpa input langsung.

menurut kisah, kalendar asal yang diguna oleh gereja katolik tidak tepat. benda ni terperasan oleh seorang saintis yang bekerja di vatican. bila dia sedar tentang benda ni, dia nak buktikan pada pope. dia bina satu menara (sekarang ada di vatican city) yang guna cahaya matahari sebagai penentu-kira. menara ni dibina secara geometrik untuk menunjukkan kiraan hari setahun dan pope dapat lihat sendiri bukti jarak antara tarikh 'sepatutnya' dan tarikh 'asal'.

bila pope lihat bukti tadi, dia terima dan mengarahkan tiap entiti yang guna sistem 'anno domini' untuk ubah hari tahun baru.

adelah kiraan dia yang aku pun tak reti. nak cakapnya, semua orang update dan ikut tajdid yang dilancarkan beliau melainkan penduduk kat satu tempat. mereka masih anggap april sebagai tahun baru dan merayakan april.

mereka ini dipanggil april fool sampailah mereka update pasal tajdid tadi.




dua-dua kisah ni aku takdapat cari bukti secara baik. sebelum aku lupakan, baik aku tulis.



dua-dua kisah berkaitan dengan kristian.




kalau nak tahu, dalam politik islam pun ada banyak 'april fool'. salah satunya pada zaman awal pembentukan abbasiyyah.

pewaris kepada abu abbas as-saffah takut takhtanya tergugat oleh negarawan tertentu. yang paling ditakutinya pada waktu tu, abu muslim al-khurasani.


eh, lupa ada kelas, sambung lain kali.



# nati nak gi rumah amar pulak, menetap di sana 3 4 hari. ada cerita lama yang aku ingin lupakan di wakaf asal. haih..

sekian.


jap jap, satu gambar.


bersiar-siar di Malaga. tempat ni buat aku teringat kisah 1.

Saturday, March 24, 2012

merah

Tetiba hari ni teringatkan Al-Hamra' (Al-Hambra). Kota yang didirikan sebagai bukti perjuangan mempertahankan aqidah, sekarang menjadi simbol kekalahan mempertahankan kuasa.

Seminggu di Sepanyol dihabiskan untuk mencerna kisah tentang Andalus, Katolik, Ibn Ziad dan Ibn Nusayr. Menahan sebak di tapak jemaah dan istana kayangan.

Bak kata Hanif Zikri, "Allah janji Islam akan terus ada atas muka bumi, tapi Allah tak janji Islam akan terus ada di bumi kita."

Agaknya orang Islam zaman 1000 tahun lampau tak fikir pun Islam akan hilang di Andalus, kerana semuanya cukup indah dan 'secure'. Tapi, lihatlah sekarang!



kota yang masih merah berdarah






terasa ingin pergi lagi, insya-Allah. dengan lebih canang tentang kisah-kisah mereka.


p/s, jangan romantis dengan sejarah.

Saturday, March 10, 2012

5 menara

berbulan-bulan mata kanan aku berdenyut-denyut, pelik. tanya budak klinikal, dorang kata sebab mata penat kot. mungkin sebab xbox. sape ade cadangan jawapan boleh bagitaw.


*************

baru habis tengok satu movie turki, "Five Minarets in New York". sebab banyak benda nak kena buat hujung minggu ni, terpaksa tengok sikit-sikit macam drama. aku iklankan cerita ni. tengok lah tengok lah. menarik. jarang-jarang cerita boleh buat aku menangis [sikit].hehe. setakat Ustaz Dzulkhairi wash geng-geng naqib kat SMAPK dulu pun aku kebal lagi.

ni trailer. http://www.youtube.com/watch?v=fQTUcCIU_yw

ni citer penuh, kalau anda faham bahasa turki. http://www.youtube.com/watch?v=wGeoYQi-S8k


nak mudah, donlod sebijik. aku gi donlod rumah member, jimat tenet.


dah habis tengok movie, ape dapat?






tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak rindu.

dalam lerakan ijtihad, macam-macam jenis orang kita jumpa. dalam cerita ni, digambarkan seorang lelaki yang ambil jalan sendiri untuk 'spread the word of Allah'. walau mungkin ada yang tak setuju dengan watak ni, tapi aku, no komen. sebab ni bukan bidang aku. setakat nak cakap gigi dia lawa boleh la.. dalam cerita ni, ditunjukkan sebab dia, banyak 'golongan' dapat kenal Islam. tengoklah sendiri.

"The nation of Love has a different religion of all religions — For lovers, God alone is their religion." 
[ar-Rumi]

dalam cerita ada ada disebut perkataan ar-Rumi, sepatah je pon.




between the ignorance and violance

i'm not sure about the public's sight towards Islam nowadays. ceh, takreti ambe nak kecek BI. tapi cerita tu nak tunjuk pandangan certain american terhadap muslim. umumnya, dikaitkan dengan keganasan. tapi islam tak ganas pun. eh, ade orang anggap orang islam ni fikir akhirat saje, taknak ada kaitan dengan dunia.

between the ignorance and violance, where did you sit?




just a short life

dalam cerita, sorang brader ni cakap,

"on your birth, your azan is recited but no prayer perfomed. on your death, your prayer is perfomed but no azan performed. this is because the azan of your birth belongs to the prayer of your death. that's a short life."




setiap orang buat kesalahan, yang lepas adalah yang lepas

so, no dendam-dendam. heh.





part kat masjid biru, buat aku teringat subuh di sana. lepas tu terus jalan kaki ke pinggir Topkapi, tengok matahari terbit. epik habis.




selamat menonton. kalau ada takfaham tu, boleh tanye ahli feqah ye.





berpagi-pagi.




di sekitar topkapi




ketika matahari mula meninggi.





saje nak post gambar-gambar lama.

Tuesday, March 6, 2012

di persempadanan kegelapan




ada cahaya, dan ada sahabat.

kita yang memilih.




sedang aku masih di bucu yang tersorok, gelap dan berhabuk. menyimpan sesuatu yang entah apa.  menghitung waktu dari hembusan angin yang mendatang..

sedangkan angin sebegitu tidak pernah menentukan sesuatu perihal masa.








rehlah ber-MPV di Spain, jadi kenangan kekadang untuk aku jadi lebih berjalan agar tidak mati sebelum mati.

Friday, March 2, 2012

Turki, Uthmaniyyah dan Seljuq

Minggu lepas aku kena 'bentang' pasal kerajaan yang aku suka, dan kenapa aku suka.

Aku pilih antara Osmanli atau Mamluk, akhirnya aku pilih Mamluk. Sebabnya, kurang sumber pasal Mamluk yang boleh buat aku berani cerita dalam-dalam kat orang lain. Aku tulis sebab nak lebih ingat, taknak lupa sebelum aku ziarah Turki. Lagipun banyak lagi kisah ke-Turki-an yang aku belum habiskan.


Turki Uthmaniah. Agaknya, istimewanya sebagai kerajaan yang kuat tapi naik tanpa pertumpahan darah. Dianngap pewaris kepada Dinasti Turki Seljuq, Khilafah bukan Arab, dan bukan Quraisy.

Apa yang aku suka tentang Turki Uthmaniah?


1. Allah bagi mereka kuasa pemerintahan atas kecintaan pada agama

Secara ringkas, selepas kemasukan Mongul ke Asia Tengah (asalnya didominasi orang Arab dan Islam), satu demi satu kerajaan Islam (yang berpecah selepas kelemahan Abbasi di Baghdad). Bila Mongul sampai di Khurasan, Sulaiman Khan dan orang-orang dia berpindah (lari) ke kawasan bawah pengaruh Seljuq. 

Pada masa lain lepas tu, Gengis Khan Khan hantar tentera untuk serang Seljuq di Konya. Bila Sulaiman dapat berita, dia hantar anak dia, Ertughrul (ikut bahasa arab, Artughril kot) untuk tolong Sultan Seljuq, Alauddin. Dia hantar anak dia dengan gerombolan tentera dengan cita-cita untuk syahid, mempertahan Islam dan memerangi golongan harbi. Pendek cerita, Seljuq menang sebab pertolongan Ertughrul and the geng. Sultan Alauddin hepi, dia bagi pangkat ketua panglima kat Sulaiman, tanah di Ankara kat Ertughrul. Dengan masa, Sultan Alauddin meninggal, anak dia, Ghayathuddin jadi Sultan. (nota: masa ni Baghdad belum jatuh) 

Masa ni, Ertughrul jadi pemerintah kawasan tertentu bawah Seljuq. Setahun selepas Hulagu Khan serang Baghdad, Uthman bin Ertughrul dilahirkan. (kenal tak nama ni? ada dalam buku teks sejarah ting 5 ye). Ghayathuddin kahwinkan anak perempuan dia dengan Uthman.

Dengan masa, Ghayathuddin meninggal sebab Mongul. Dia pulak tiada anak lelaki, jadinya, Uthman 'tercalon' sebagai Sultan. Macam biasa, ada yang tak puas hati. bla bla bla. Uthman dapat atasi benda ni, dia perkuatkan bala tentera dan menang dengan Mongul lepas tu. Jadinya, orang-orang bawah ni pun respeklah. 

Bermula Dinasti Uthmaniyyah, atau kita kenal sebagai Turki Uthmaniyyah.

*kawasan Timur Turki kaya dengan sejarah Seljuq. Sejarah Seljuq kaya dengan penentangan terhadap tentera Salib.


2. Wasiat dari pimpinan atas kepada pimpianan bawah (didikan seorang ayah kepada anak)

Aku anggap, antara faktor keutuhan Dinasti Turki Uthmaniyyah sebab pegangan khalifah-khalifah selepas Uthman terhadap wasiat Uthman sebelum dia meninggal. Carilah kat tempat lain, malas nak tulis. Ringkasnya, nasihat ni penuh dengan wasiat agar memerintah dengan adil, mempertahankan Islam bla bla bla.

Uthman pulak, dia dapat tanam rasa cinta antara anak-anak dan patuh pada keadilan sampaikan anak-anak dia tidak bergaduh untuk pangkat.


3. Sikap tidak mementingkan kedudukan yang menguntungkan negara dan kerajaan

Anak kepada Uthman, namanya Orkhan. Orkhan ni sebenarnya bukan anak lelaki sulung Uthman, tapi anak kedua. Anak sulung namanya Alauddin. Alauddin orang yang lebih pandai, bersemangat dan dedikasi. Namun, Orkhan orang yang mempunyai lebih kelebihan dalam bidang ketenteraan dan pemerintahan lebih kurang, jadinya Uthman lebih utamakan Orkhan.

Orang ingat dua orang ni akan gaduh, rupanya Alauddin ni dengan senang hati redhakan mahkota buat Orkhan dan dia minta tempat untuk menetap tenang. Allah punya kuasa, Alauddin akhirnya akur dengan permintaan adiknya, Orkhan untuk jadi perdana menteri lepas banyak kali tolak. (dah macam citer prince of persia)

Gandingan dua orang ni mantap sangat, akademik+militari.


4. Sistem madrasah yang membentuk pejuang 'hardcore'

Pernah dengan istilah Janissari? Golongan tentera elit Turki Uthmaniyyah. Orang yang mencadangkan penubuhan Janissari ni Alauddin tadi. Dia cadang kat adik dia (merangkap sultan) untuk tubuhkan angkatan tentera di raja yang dinamakan Janissari. Ahli rekrut diambil dari anak-anak tawanan yang beragama kristian. Mereka ni akan diajar agama Islam, lepas tu diajar ketenteraan dan 'pendidikan sivik'. Mantap tak mantap sistem ni, legasi Janissari yang jatuh sebab besar Sultan Muhammad II dapat buka Constantinople.


5. Keseimbangan antara pembukaan wilayah dan pembangunan wilayah yang telah dibuka

Kebanyakan empayar, bila ditakluk tanah baru, cukup sekadar diletak wakil pemerintah. Dalam empayar Turki ni, zaman Alauddin tadi banyak dia buat pembinaan infrastruktur, sekolah, kemudahan awam dan faktor pembinaan negara amat dititikberatkan. Orkhan pulak senang hati dengan cara Alauddin.


6. Tempat yang tinggi bagi ahli agama dalam institusi kerajaan

Mufti-mufti mendapat tempat yang tinggi dalam kerajaan ni. Boleh dikatakan tiap keputusan umu kerajaan adalah hasil persetujuan mufti-mufti. Mereka ada kuasa yang besar untuk menasihat sultan.


7. Unsur kesufian yang menjernihkan kerajaan

Empayar Turki amat terkenal dengan unsur kesufian. Golongan tentera glamer dengan gaya sufi tertentu, rakyatnya dengan gaya sufi tertentu. Jalaluddin ar-Rumi yang bukan orang Turki, bukan juga hidup di zaman kenaikan Uthmaniyyah tapi diangkat tinggi oleh masyarakat Turki. Bermula dengan kesukaan seorang sultan ni terhadap Jalaluddin.




penat tulis, haha. ilmiah sungguh. minta maaf kalau ada info yang lain dari yang anda dengar. aku ada sumber-sumber yang aku percaya dan baca, dari situ aku bercerita. lagipun, aku bukan ahli sejarah. baca dan kongsi sikit-sikit nak hilangkan bosan.

apa yang tertulis ni berkaitan zaman awal Uthmaniyyah. agak tak kena kalau nak digandingkan poin-poin ni dengan keseluruhan kerajaan Uthmaniyyah. Tak masuk dalam lagi bab kelemahan kerajaan Uthmaniyyah. lain kali kita sambung.

teringin nak gi turki, tapi nak khatamkan bacaan dulu. nak kumpul duit. bak kata seorang akak, duit dan masa tidak selalu bersekutu. heh.

yang ajak nak gi Turki tu, tengoklah dulu. banyak lagi masa ye dak.




Masjid dan maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Rasululullah yang meninggal dalam siri cubaan penaklukan Constantinople di zaman Mu'awiyah.



orang Turki yang tolong aku cari Masjid Eyup Sultan, tempat maqam sahabat tadi.
ajak member sume taknak pegi, terpaksa pegi sorang-sorang. alhamdulillah ada orang tolong.



sekian.

Sunday, February 12, 2012

diri

dulu, masa kelas intensif tahfiz musim panas dengan abang imran, beliau pernah bagi nasihat.


"berdiri lebih tinggi dari orang lain tidak cukup hebat, tapi berdiri di saat orang lain jatuh sebenarnya hebat.."


lebih kurang begitulah ayatnya.


************

masa kembara yang lepas, pada hari terakhir di Sepanyol, aku terjatuh dalam bilik mandi hotel sampai tak mampu nak jalan seketika. urut-urut sikit, terus bangun dan sambung kerja, lepas tu pergi masuk kolam renang belajar berenang dengan kaki kiri yang sakit. kali pertama dalam hidup aku berjaya terapung dalam air, takpelah tak lama pun. sebab eksaited yang tinggi, 'berenang-renang' sampai dua-dua belah kaki 'krem'. terpaksa berpaut-paut nak naik ke atas, terhenjut-henjut ke tempat lain.

masih berbaki dua hari sebelum sampai ke Irbid. bersabar dengan kaki kiri yang makin bengkak. jadilah apa nak jadi pun. ekspedisi bersambung dengan tidur di airport Paris sampai kena soal dengan polis, mengharungi suhu negatif tiga/lima celcius di Paris, salji di London, dan tidur di airport London.

semalam ada explorace ROJAKS (program batch) dan hari ni datang ke kelas buat kali pertama sem ini.

kalau semalam jalan letak beban kat kaki kanan, hari ni dua-dua dah merajuk.


agaknya aku salah ambil ibrah dari kata hikmah.



nak melompat jugak.



# sebenarnya ada lab hari ni. asalnya lab lain, tapi aku tasjil masuk lab lain. ada can untuk minta dengan dekan nak masuk kekal lab baru tu, tapi sayangkan member sensorang dalam lab lama. kembali kepada asal, sebab enta, der. pulun sem ni, jom!

Monday, February 6, 2012

setelah lima ratus tahun menunggu

alhamdulillah dah selamat tiba di Irbid.

irbid-amman-london-paris-brussels-milan-venice-florence-pisa-naples-rome-madrid-malaga-sevilla-gibraltar-granada-cordoba-calahonda-madrid-paris-london-amman-irbid.

fuh, dalam masa 13 hari lebih kurang.

waktu-waktu kat Granada agaknya yang paling bermakna. satu demi satu hajat besar dan yang kecil dalam hati tercapai di sana. alhamdulillah. bertahun-tahun dengar lagu nasyid far east, hari tu baru faham, apa maksud 'selepas 500 tahun menunggu'.

nak rehat, nanti sambung.



selamat malam.

Friday, January 27, 2012

memaknakan sesuatu yang kekadang tiada makna

dengan mencari tujuan, manusia hilang jalan. kerana jalan selalunya hanya ada dalam menghala ke arah tujuan. tetapi mencari arah tuju juga suatu halaan.

bermusafir, untuk kenal alam dalam bentuk berbeza, dan moga lebih mengenali Tuhan, Allah.


yon, abu, aku dan mukmin di Atomium Brussels, Belgium.
[21.1.2012]



kat Brussels, dah tua-tua pun romantik. ceyt.. terguncang hati gua. nasib baik abu duk sebelah. so, kita pandang atas.





* berjalan-jalan dengan mengingati orang kejauhan membuatkan kita selalu memandang langit, kerana kita yakin langit tetap biru di sana. senyum kelat. semoga tenang di bawah langit sana.

bersama keselamatan.


Tuesday, November 29, 2011

di sebalik gunung.


exam semalam amat menyedihkan. kali pertama aku akan masuk exam final dengan carry mark kurang separuh. dan, ketakutan selalu bunuh aku dalam perjalanan.



pandu perlahan! anda tidak tahu apa di sebalik gunung, walau anda pemandu cekap.

Wednesday, July 13, 2011

dari sudut pandang

dalam proses menghabiskan buku pandangan hidup muslim, karya HAMKA. aku ceraikan sejarah untuk seketika. 

yang dibaca petang tadi.

Bernyanyi rasanya alam ini bila dilihat dengan mata seni. Keindahan alamlah gabungan rupa dan suara. Dengan sendirinya anda akan mencintai diri sendiri kerana hidup diliputi keindahan. Anda terharu. Terharu adalah gabungan gembira dan sedih. Gembira merasai keturunan hidup, sedih mengingat kecil diri di hadapan kebesaran-Nya. Anda akan menarik nafas panjang, lalu terlontarlah sesuatu kalimat dari mulut anda: "Allah".

Dengan ucapan itu berhasillah anda.

Batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali.
Pernah ada seorang menanyakan kepada seorang guru sufiah yang terkenal, iaitu Junaid Al-Baghdadi, betapa pendapat beliau tentang perkataan sebahagian orang, bahawa wanita itu adalah 'tali syaitan' untuk memperdayakan manusia. Beliau menggelengkan kepala dan berkata, "Biarlah orang mengatakan perempuan tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan."

Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu.



- Pandangan Hidup Muslim (HAMKA) -





waktu memandang alam, terucap, "Allah!"




terpulanglah kepada yang memandang






gembira atau tidak, kita menghadapi hidup, hanyalah pada sudut pandang yang kita letak.






Tuesday, June 14, 2011

cuti

aaaaa!!

iffah!!!


erghh!!

afiq wat ape tu?!!




tensi tensi. macam ni lah ucapan hampiar tiap malam. 'mengasuh' kononnya, dua orang anak buah yang 'ceria'. pak cik mithali lah orang kampung kate. kah kah. 'koya'. takdelah sangat. pakaikan pempers pun dah bingung. tak reti wa pempers moden. [alasan] tapi last last jadilah. et lis aku layan la kenakalan anak buah. walau laptop dah dibuli-buli. enset dibaling-baling. siqoh tak?


waktu syurga dah bergerak separuh. tak sampai separuh pun lagi untuk manusia macam aku. OT la katekan. 'kerja' lebih, balik lambat. kumpul harta nak bagi makan anak bini. uhuk. berdosa aku menipu. moga mampu kaver. amin!


currently at kertih, kemaman, terengganu. walaupun aku anak jati kelantan. tapi teganung lawa! layak dipuji. sebab H2O je pon, dengan NaCl. banyak pantai, banyak sungai. memang ni kelemahan aku. adeh. tapi part bola aku tetap terbakar. ha ha. duk sini, 5 hari, teman kak long sebab suaminya ke KT, ada kursus. duk umah tengok bleach jugak. hampeh tapi ok la kan. dari tengok anak dara orang. ye dak?

*dush*
gatai hang sekarang!

erk, saya gurau pak.


sabtu ke majlis kawen orang. nice. simple. slek aku tak bawak speedlight, kalo tak gambar dah boleh bangga. kebetulan tarikh dah dekat misi ke terengganu. extend teruslah. hm, petangnya ke teluk gadung, dekat dengan tempat kawen. 'merengek' aku kekaguman. lama tak tengok hutan sebelah laut yang sebelah muara dengan ombak separa tenang, dengan muara penuh tenang. anak ikan berenang. sunyi. peh. peh. peh.


esok ke KT jap, ziarah member. memberah tak kot. malamnya ke KL. peh, sakan, seorang. seterusnya ke Miri, seteret ke Brunei. memang berjalan. ada 'misi'. cari pengalaman nak jaga anak bini.

*pap*
tak habis lagi? - tangan masih melekat di pipi.

aduh, sori pak, saye gurau. tobat tak sebut lagi. belajo belajo dulu.


gambar teluk gadung, tengok rezki la. hu hu. malas nak mengedit. walaupun gambar selalunya takdelah lwa sangat. edit pun tak reti sangat. bak kate madam aisyah, learning is a process.

dan, tadi ke pantai kemasik. lawa boh. batu besor besor. air jernih. pata tok dalang. ketang takdop starang.

dah. nak tido.


adios!



muara teluk gadung



sungai dan biasan mentari


kilau


bukang bunuh diri tu


hujan on the way balik


ni lah mereka. riang ria di kemasek.


ni time majlis kawen.



Tuesday, November 16, 2010

Foto 3: Syria

Alhamdulillah. selamat sampai.

cukup lagi kaki tangan.

p/s;kredit untuk muraqib terbaik,moja n cidak.semoga kalian berbahagia.

ceyt,naseb baik anak dara orang,kalo anak dare aku,ade jugak kena lempang sekorsekor.

nah,bagi yang gatal mata.

yang gatal tangan dah puas separuh.tapi ada siket tak puas hati+tak puas hajat. lense sane mahal jugak la.















































































































selamat hari raya aidil adha.

kullu 'am wa antum bikheir.

minta maaf banyak-banyak jika ada terlebih terkurang.ape-ape jelah.

~ terima kasih banyak-banyak juga untuk kuah kacang tuh (lupa nama la benda ni),terharu sungguh.sobs3.teringat orang kat m'sia. ~ 




sekian.