Showing posts with label Ini. Show all posts
Showing posts with label Ini. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

i love you like a love song, baby




tunggu uncle balik sebulan setengah lagi ye

[cewah, uncle!]




# tiket dah beli, 2.8-15.9. kita jalan-jalan Malaysia.

# ajak umi gi Indon, dia kata nak jaga cucu. then, dapat berita umi nak gi Melaka. jom jom!

# plan cuti, memahirkan diri pasal parenting ['pakcik'ing ade tak?], pengurusan kewangan dalam keluarga, dan perihal hubungan kekeluargaan yang jauh.peh.

# takdela keje paling nak buat aku nangis sorang-sorang melainkan PINTAR. tarbiyah tarbiyah. sebagai anak kecil dalam tarbiyah, sukar nak jadi dewasa laju laju.

# esok nak jumpa Pak Latip kat Amman, eksaited macam nak jumpa bakal bini!! hoyeh.



selamat berjuang!





Wednesday, May 30, 2012

menulis sebab tak dapat nak tidur

# mata pejam, otak jalan

lama terbaring atas katil. tapi otak, hati, pedal masih melayang. 'cari makan'



# air dari langit

timbalan tegur, 'lelaki pun menangis ke?' 
bila aku rebahkan dahi ke meja komputer, dengan kisah yang dia cerita. entahlah itu teguran atau pertanyaan sebenarnya.

heh.


malas nak dijelaskan. soalan dibiarkan tak berjawab. biarlah, bukan menangis sebab kalah. 

dulu, hampir setahun aku tak menitis air mata. gara-gara mak cik 'dijemput pulang' sebelum sempat aku berjasa. 2 3 hari aku simpan air mata. menangis sendiri. menangis untuk diri sendiri dan umi, dan sepupuku yang seorang, yang ayahnya juga 'hilang'. makin berat beban amanah atas pundak. umi hilang tempat mengadu. beralih kepada aku. aku simpan tekad, sepupuku itu bagai adik sendiri, buruk baiknya aku juga. lepas tu, hampir setahun aku tak menangis. dulu.

member di alex kena allergic reaction, katanya, 'esok ada kelas, tapi belum sembuh. ada jugak esok menangis dalam kelas.' syafakallah.



# seharian di City Mall

hari ni jalan-jalan di City Mall. tinggalkan kerja PINTAR untuk sehari. berbaki 2 hari sebelum bertolak ke haramain. sengaja jalan-jalan dengan najib, keluar dengan budak rumah, tengok avengers 3d, tumpahkan pop corn depan virgin, test baju banyak-banyak tapi tak beli, masuk kedai-kedai boikot, dan habiskan duit.

selepas 20 tahun, hari ni kali pertama aku masuk pawagam. haha.

ntah, bosan asyik-asyik tengok binatang dalam wild channel, takpun kalah main speed ngan amar.






ramai, ketika ramadhan,


tapi dhuhanya agak lengang.



'seludup' dslr ke dalam masjidil haram.


sambil tunggu maghrib, menikmati sunset di sisi masjid.






# sila dengar Maher sambil tunggu lena ye. gud nite.

Sunday, April 15, 2012

empat kaki

hujung minggu paling banyak tidur.

pagi-pagi paling sakit kepala ke kelas.

siang hari yang paling banyak tremor.

dan seharian yang paling banyak minum air.





penat dan mengantuk; rehatlah.



tapi jangan lupa awak ada dua kaki.

Thursday, April 12, 2012

musim

kat jordan ada empat musim; sejuk, bunga, panas dan luruh. tapi yang ketara hanya sejuk dan panas.

musim luruh buat orang ingat filem korea.

musim panas buat air tangki cepat habis.

musim bunga buat orang senyum sorang-sorang.

musim sejuk buat orang nak berfesyen fesyen.

padahal bila musim sejuk buat orang rindu musim panas.

bila musim panas buat orang rindu musim sejuk.

dan sejuk buat aku tekap dada lama lama. [insya-Allah nanti sembuhlah]


jadinya, musim bunga yang sejuk kali ni memaksa aku untuk bersabar lebih.


****

kita punya lagi banyak musim; musim exam, musim tensen, musim tenang, musim diam, musim jalan, musim pilihan raya, musim demam, musim cuti, musim raya, musim rindu, dan pms mungkin. banyak lagi lah.

setiap orang ada musim masing-masing. bukan awak sorang..


****



awal musim bunga paling bez untuk orang bersantai. 

aku? sedang menanti rehat..





# che mu, pantau gon tu siket. jangan kasi dia kawen awal. keh3. taknak aku 'hilang' member.. =|

Monday, March 26, 2012

Ibnu Sina dan penyakit rindu

Dikisahkan, Ibnu Sina merakamkan suatu penyakit dalam kitabnya. Dia berpendapat ada suatu penyakit yang turut melemahkan tubuh, tapi tidak berpunca dari asbab seumpama penyakit biasa. Ubatnya bukan juga bahan.

Andai seorang pemuda, si Fulan jatuh cinta kepada seorang gadis, Si Fulanah dan hajatnya untuk bersua tak kesampaian. Dek rasa rindu, lemah seluruh badannya, umpama orang kesakitan. Murung dan kurang daya. Kehidupan yang terganggu dan kekurangan. Kesian.

Tiadalah ubat, menurut Ibnu Sina, melainkan Si Fulan tadi bertemu melepas hajat pada buah hatinya, Si Fulanah terbabit. Bersua dan melepas rindu. Mungkin hanya sekadar melihat, cukup mengubat 'penyakit' rindu yang hampir saja membunuh tubuh itu. Ibnu Sina, seorang tokoh perubatan 'moden' mempercayai penyakit 'kuno' yang disebabkan cinta, yang dinamai rindu, yang hanya dapat diubati oleh sang-yang-dicintai.


Andai benar cerita yang dikisahkan kepadaku, dari yang kisahkan oleh Ibnu Sina tentang situasi yang benar dialaminya, aku sangka agak benarlah cerita yang dikisahkan HAMKA dalam novel "Di Bawah Lindungan Kaabah". Tak kesahlah. haha


Aku baru mempercayainya semalam.


Balik dari kelas, dari awal turun bas (di McD), aku cari 'earphone' sebab nak call Malaysia. Taqdir, hilang. Mungkin tercicir dalam bas. Bergegas ke rumah, takut orang Malaysia tidur awal.

Sampai rumah pukul 5 lebih.

Call terus.

Rupanya dah tidur.

Sembang dengan orang lain.

Kirim salam rindu.


Pergi solat maghrib dengan 'kecewa', balik terus tidur. Nak bangun tengah malam, nak call tanah air pagi-pagi, lepas subuh.

Berjaga sampai pukul 1 pagi.

Call.

Takde orang angkat.

Sampai tiga kali, masih tiada orang angkat. Huh, kalau bagi salam sampai tiga kali, dah kena balik.

Tidur dengan kecewa lagi.

Terus malam (tadi) aku demam. Tiga empat kali terjaga sebab tak sedap badan. Ketar seluruh tubuh. Kuatkan diri untuk solat subuh, kejut Najib (housemate) dan sambung tidur. Waktu Najib ajak ke kelas, tak disahut. Terbungkam di bawah selimut tebal sampai matahari lebih tinggi. Paksa juga ke kelas, hari ni ada lab, kuota ponteng takde. Ilmu-ilmu bagai singgah sekejap di kepala. Dalam lab melayang entah ke mana. Nak balik, nak balik. nak call!! Lab berlalu.

Cepat-cepat balik rumah, terus call. Alhamdulillah, panggilan diangkat. Ubat dah sampai. Hilang lemah-lemah, ketar-ketar, sakit-sakit. Bergayut atas katil setengah jam sampai dekat azan maghrib.

Terubat rindu.

Tadi, baru gelak-gelak dengan ahli rumah di 'kedai makan' kat kawasan Bab Janubi. [jauhnya makan]


Sila belajar dengan tekun! Esok exam Oral Radiologi. Terima kasih buat kawan yang menerangkan fakta semalam, walau dah tengah malam. Bittaufiq ye kawan-kawan.


Oh, terima kasih Umi kerana mengubati.




*tetiba aku was-was. mungkin ilmuan itu bukan Ibnu Sina, tapi 'doktor' Muslim pada zamannya. wallahu a'lam.




# rasa nak tujukan post ni buat sahabat di Mesir. =p



kedamaian yang dirindui.


Saturday, March 24, 2012

merah

Tetiba hari ni teringatkan Al-Hamra' (Al-Hambra). Kota yang didirikan sebagai bukti perjuangan mempertahankan aqidah, sekarang menjadi simbol kekalahan mempertahankan kuasa.

Seminggu di Sepanyol dihabiskan untuk mencerna kisah tentang Andalus, Katolik, Ibn Ziad dan Ibn Nusayr. Menahan sebak di tapak jemaah dan istana kayangan.

Bak kata Hanif Zikri, "Allah janji Islam akan terus ada atas muka bumi, tapi Allah tak janji Islam akan terus ada di bumi kita."

Agaknya orang Islam zaman 1000 tahun lampau tak fikir pun Islam akan hilang di Andalus, kerana semuanya cukup indah dan 'secure'. Tapi, lihatlah sekarang!



kota yang masih merah berdarah






terasa ingin pergi lagi, insya-Allah. dengan lebih canang tentang kisah-kisah mereka.


p/s, jangan romantis dengan sejarah.

Monday, March 19, 2012

PMS

Pre-Maturating Syndrom.

saje wat tajuk 'pelik'.


dari khamis lepas, rasa tak sedap hati. sume macam tak kena. sumpah camhar.. buat ni tak jadi, ni tak jadi. reaming pun salah, ape kes! nasib baik lab endodontic (rawatan akar gigi) hari tu takde ambil markah.

ada sesuatu dalam kepala yang aku tak mampu nak baca. seharian berlalu dengan berat (dan pelik).

malamnya mimpi yang entah hape-hape.





esoknya, Jumaat. awal pagi dah buka facebook. "Nur Zuriatie tag a photo.....", 

baca komen, "anak saudara baru"

alhamdulillah, ahli baru dalam keluarga. kali ni lelaki pulak. terus aku sujud syukur. alhamdulillah, lahir awal sikit dari tarikh yang dijangka.


lepas dua tiga renung, pap! tepuk dahi. zaman 'bujang' aku dah tamat.
anak yang lahir, adalah dari kakak paling bongsu. kalau selama ni aku masih boleh main gurau-gurau gedik dengan kakak ni sorang, sekarang dah kurang. segan, dia dah ada anak sorang. 

rasa besar tanggungjawab kat anak-anak buah. aku dah fikir nanti nak ajar diorang buat layang-layang guna buluh, terjun sawah, panjat pokok kelapa, haha.


memang nak kena jadi pak cik yang soleh.


faris mursyid. 
[nama dari mak dia, dengan sokongan aku.kihkih]







* ada masa kita perlu tunggu ketenangan datang. sabar pun suatu emosi.

* dan, jangan sampai Al-Quran tinggalkan kamu!



Tuesday, March 13, 2012

perihal gelak dan ketenangan.

1. aku percaya tiap benda kita boleh simpan, sama ada sikit atau banyak. sama juga perasaan. belajar-belajarlah untuk simpan, moga zahir bila perlu je. dan, zahir tak semestinya menggambarkan batin. tak salah kita gelak untuk gembira dengan kawan-kawan walau hati sedang duka. tapi jangan lupa bagi hak kat hati. bagi masa untuk dia. dia ada dunia dia sendiri. paling penting, refresh refresh dan refresh.


2. agaknya malam ni kali pertama aku dan member-member sembang dengan matang sikit pasal jodoh. agaknya sebeb terarah oleh 'senior-senior' yang luas ilmu. ayat paling penting, "tanda seorang tu dah layak untuk taqdim orang, bila dia tak gelak masa orang sembang pasal kawen."

time tu jugak aku gelak. kah kah kah. nasib baik, lambat lagi jodoh.


3. part paling aku malu dalam lab, bila aku cerita sesuatu yang lawak dan Sadis gelak kuat sangat sampaikan semua student arab pandang dan tanya, "syu muhammad?" [ape hal, muhammad?]


4. masa-masa paling bahagia dalam hidup, sembang lama-lama dengan umi sambil cerita kejadian-kejadian yang kelakar. indahnya dengar orang kita sayang gembira. siapa tahu hati orang duka, paling kurang kita buat zahirnya seri.


5. asalnya nak tulis isi perbincangan tadi, tapi malas. nak tidur awal. sebabnya, perbincangan tadi trigger aku untuk fikir masa depan. macam dah lama aku tak fikir jelas pasal masa depan. aku taknak hilang 'unsur' tadi. faktanya tak apelah, lambat lagi aku nak guna. tapi 'jiwa'nya aku sayang.. sampaikan lekat kat kerusi. haha. aduh aduh, takleh blah. lama dah aku lipat isu kawen dalam hidup, tapi malam ni keluar dengan baik. moga aku sempat bersiap untuk kawen 4 tahun lagi. bukan lama tu. takpelah, aku tulis jugak dengan cerita lain, dah hilang ngantuk. kah kah.


#

sampai sekarang, aku masih kagum amat dengan member yang berani 'sorohah' dengan orang mereka suka. yang berjaya, buat aku senyum panjang. alhamdulillah dan tahniah. selepas terjun dalam sungai yang dalam, ni memang part paling aku takut dan tak sedia sedia dalam hidup. setakat wakilkan akad tu reti lagilah.

antara input yang penting.

sebuah cerita;
seorang suami, atas kapcai, dengan isteri dia kat belakang. dalam perjalanan ke bazar ramadhan. kat dalam raga [depan pak cik tu] ada barang satu plastik besar, atas peha dia ada juga barang. isteri dia kat belakang galas barang dalam beg kat belakang. atas peha ada selit sikit, atas kepala ada juga. [kronik jugak gambaran aku neh]

macam tu la lebih kurang.

isunya, [la samahallah], adakah isteri/suami masih setia bersusah menanggung hidup walau dalam keadaan sepayah tu, atau lebih?

diam.

dem, aku [macam] takpernah fikir.

.

saat tu aku teringat umi. ada manusia terbatas harta. ada manusia terbatas masa. ada manusia terbatas umur. zaman kecik aku dengan umi, kalau nakal-nakal pun banyak depan rumah, tolong dia jahit baju, tolong cabut rumput, buang sampah, kait rambutan, tebang pokok pisang, keluarkan kambing, 'petik' nangka, tanam bunga. haha. macam kurang jantan. tapi alhamdulillah aku jadi teman jugak sikit-sikit walau nakal. kalau disoal,  "agaknya, aku buat apa kalau ayah masih ada?"

wallahu a'lam.

paling kurang, takdelah payah pun hidup kami dulu, alhamdulillah. cukup makan, cukup untuk sempurnakan ijazah/diploma akak-akak. terima kasih buat PETRONAS, JPA dan MARA. cukup, dan cukup.

sekarang, bila hidup dah makin senang [alhamdulillah], aku pernah nak bagi hadiah beg reebok kat adik perempuan yang sorang. umi larang, "jangan ajar adik dengan benda mahal."

tertegur.

sebenarnya, susah yang banyak mengajar.



episod lain.

kak long, orang yang lembut dan penyayang. cantik dan periang. agaknya kebanyakan anak sulung macam ni, memotivasi dan murah rezeki.

belajar dapat tajaan petronas, dah habis u tak dapat kerja, jadi guru kejap. kena ngajar budak-budak nakal sampai balik rumah mengadu kat kami. nakal sangat sampai cikgu pun selalu kena usik. lagi-lagi cikgu baru.

part yang aku takleh lupa, pernah sekali murid-murid dia guna barang tanpa minta kebenaran sampai habis, so kak long merajuk sampai nangis. murid-murid dia rasa bersalah dan nyanyi lagu P. Ramlee, "maafkan kami, maafkan kami....." haha, sweet pulak. lembut lah hati kak long ni, tu pun nak nangis. alhamdulillah sumenya baik lepas tu. tak lama lepas tu dapat tawaran kerja bawah petronas, senyum dan sedih. cinta baru berputik tapi dah nak tinggalkan murid. apakan daya, dengan sayu dia sediakan hadiah buat murid-murid dia sebelum berpisah.

bertukar ke kertih, terengganu. masalah! takde kenalan, sape nak jaga anak dara sorang ni, yang tak kenal sangat dunia luar.

alhamdulillah, ada anak sorang jiran lama kerja bawah petronas jugak, kat paka [setengah jam ke kertih]. lelaki, anak seorang pak imam di pulai chondong, kelantan. [aku panggil dia abe chik]

ditemani, tiap kali nak balik kelantan. lepas dua tiga bulan, cinta lain lahir.

mereka bertunang. aku masih ingat cerita umi,
"masa abe chik (lelaki tadi) call umi nak minta kak long, bla bla bla.. dan umi senang hati dengan cara abe chik... bla bla.. umi ada jumpa dengan emak abe chik, cakap yang kak long ni tak reti apa-apa, masak pun tak pandai sangat. apelah sangat yang kak long ni ada.. dan emak abe chik kata, tu keputusan abe chik, siapa kita nak menilai lebih."

setuju untuk bertunang.

seminggu sebelmu bertunang [tak silap aku], kak long ajak kak ngah ke pekan pasir mas, naik motor. mereka pergi. dan, takdir Allah, mereka terlanggar lembu sampai jatuh dan cedera parah. kak ngah berjahit-jahit. kak long 'pecah' muka. orang kata sampai tak dapat nak cam. gigi patah. pasir masuk dalam pipi, teruk. Allah je tahu betapa sedih, seminggu nak bertunang.

dapat je berita, abe chik terus bertolak dari paka ke pasir mas. macam orang takde rumah, tengah-tengah malam dia ketuk pintu hospital. hampir-hampir pengawal nak halau, nasib baik [arwah] mak cik aku ada time tu, dia kenal..

pertunangan diteruskan.

bukan kerana rupa.

alhamdulillah, kak long makin cantik, sekarang mereka ada dua orang anak. sorang lagi on the way, insya-Allah. hidup berkeluarga dan tenang. moga Allah berkati mereka sekeluarga.

moga hidup aku, kau, kita semakin baik, dan sentiasa berjalan baik dengan rahmat Allah, insya-Allah. indah, indah, indah, dengan nikmat Dia.











ira, kak long dan iffah [anak pertama]







umi dan aku.




ikan kembali tenang bila kembali ke dalam air.




ni gambar sebelum aku fly, berhenti kat satu sungai kat tengah jalan ke KL. hampir tiga tahun lepas.

malam ni aku tidur dengan rindu.



selamat malam.

Wednesday, March 7, 2012

whirling dervishes

jiwa-jiwa yang keras, dilembutkan dengan mengingati Allah.

dalam banyak-banyak dinasti, Turki kaya dengan unsur-unsur sufi. dipusing-pusing dalam irama, seakan hidupan lenyap dengan khayalan.



"You were born with wings, why prefer to crawl through life?"
- Jalaluddin ar-Rumi -



dalam pusingan-pusingan, mungkin kita jatuh. dalam hidup mungkin kita kehilangan.


"Don't grieve. Anything you lose comes around in another form."
- Jalaluddin ar-Rumi -



agaknya kerana bulan ini bulan 'bencana' bagi umat, tiap-tiap hari aku lerakkan hidup dengan hal berkaitan turki. dari pembacaan, movie, sampailah lagu-lagu. juga dalam proses menghabiskan 'sejuzuk' puisi-puisi jalaluddin muhammad balkhi versi inggeris. moga ada rezeki untuk ke sana.



# kepada yang terbabit; maaf 'terlanggar' kaki tadi. macam tak macho terus blah laju-laju selepas sepatah 'sori'. segan kot, dan buku lali kurang sihat [alasan]..








crawling with wings[?]



ibu dan anak i

sebuah ikatan tanpa tali yang paling kukuh. tapi banyak kisah dari ibu kepada anak. anaknya?


moga-moga aku jadi anak yang soleh sampai akhir hayat. insya-Allah.

petang tadi aku habiskan 33 minit dengan umi tanpa banyak cakap. tapi bila umi nak letak phone,

"eh umi smeta smeta.."

"makpo?"

"ttahu.."


saje je. sebab rindu nak dengar suara beliau lama lama. nak dengar celoteh panjang pasal kak yang pergi 'simen' gigi, harga barang naik, lama tak dengar ceramah tok guru, jubah yang aku kirim besar dan terlalu berbunga, member sekampung sebaya aku yang dah kawen dan nak dapat anak, baju banyak lagi nak kena jahit dan adik bongsu yang baru belajar masak [lepas kena 'kutuk' ngan abang dia].

sebabnya, masuk sem ni paling banyak aku 'sempat' call, sekali seminggu. beliau dah bising. "sejak pegi jalan dah lupa nak call umi?"

huk huk.

"bukan tak nak call, tapi...."


ah, post rindu. tak sabar nak balik cuti raya, nanti dah jadi 5 orang anak buah insya-Allah.. tolonglah tubuh, stadi leklok moga sume subjek lulus.


selamat malam.



kak long dan anak anak. bulan 6 ni bertambah sorang lagi insya-Allah.

gambar kat pantai kemasik, terengganu. bulan 6 2011. time ni aku ber'cuti-family' melawat family rasmi dan family tak rasmi. menemani kak long sebab suaminya ada kursus di KT.




haisy...


Saturday, March 3, 2012

patah tumbuh hilang berganti

1. hari ni aku jumpa balik CROCS HITAM aku yang dibedal entah sape. cek punya cek [rela tilik selipar kat tangga masjid], memang yakin, aku punya! tapi bila nak ambik rasa bersalah pulak, punya dia baik datang masjid, balik takde selipar. mungkin dia pinjam selipar member. ok lah, lain kali aku tunggu tengok sape 'tuan' dia. seharian cari kat balad minggu lepas, takde pengganti.

2. hari ni 3 Mac, femes sebagai 'ulang tahun' kejatuhan khilafah. terpulang pada pengertian masing-masing, nak ambik tarikh bila sebagai 'kejatuhan khilafah'. aku punya pendapat sendiri. bertahun-tahun diperjuangkan, masih belum punya pengganti bagi Osmanli. awak berani jadi pengganti pejuang?

3. member rumah cakap bla bla bla bla. jangan satu masa kitoraang kena cari pengganti ahli rumah. kah2.

4. aku rasa ada sesuatu yang hilang, tapi takpasti apa. tak perlulah diganti, kan.

5. kelas tiap sabtu dibatalkan, sebab syeikh ada hal. takde keputusan lagi nak ganti hari apa.


saje mengarut.


Tuesday, February 14, 2012

dua kerja dalam satu masa

bila anda masuk lab yang doktornya mengajar dalam bahasa arab, otak anda perlu buat dua benda serentak:

1. menterjemah tiap satu perkataan doktor

2. memahami penerangan doktor


kalaulah sejam dua, agaknya masih menarik. kalau tiga jam?



# moga tidak dipenatkan dengan hal yang tidak perlu..


menterjemah karya batu kepada tulisan. 

(jujurnya aku kurang suka gambar ni)

Sunday, February 12, 2012

diri

dulu, masa kelas intensif tahfiz musim panas dengan abang imran, beliau pernah bagi nasihat.


"berdiri lebih tinggi dari orang lain tidak cukup hebat, tapi berdiri di saat orang lain jatuh sebenarnya hebat.."


lebih kurang begitulah ayatnya.


************

masa kembara yang lepas, pada hari terakhir di Sepanyol, aku terjatuh dalam bilik mandi hotel sampai tak mampu nak jalan seketika. urut-urut sikit, terus bangun dan sambung kerja, lepas tu pergi masuk kolam renang belajar berenang dengan kaki kiri yang sakit. kali pertama dalam hidup aku berjaya terapung dalam air, takpelah tak lama pun. sebab eksaited yang tinggi, 'berenang-renang' sampai dua-dua belah kaki 'krem'. terpaksa berpaut-paut nak naik ke atas, terhenjut-henjut ke tempat lain.

masih berbaki dua hari sebelum sampai ke Irbid. bersabar dengan kaki kiri yang makin bengkak. jadilah apa nak jadi pun. ekspedisi bersambung dengan tidur di airport Paris sampai kena soal dengan polis, mengharungi suhu negatif tiga/lima celcius di Paris, salji di London, dan tidur di airport London.

semalam ada explorace ROJAKS (program batch) dan hari ni datang ke kelas buat kali pertama sem ini.

kalau semalam jalan letak beban kat kaki kanan, hari ni dua-dua dah merajuk.


agaknya aku salah ambil ibrah dari kata hikmah.



nak melompat jugak.



# sebenarnya ada lab hari ni. asalnya lab lain, tapi aku tasjil masuk lab lain. ada can untuk minta dengan dekan nak masuk kekal lab baru tu, tapi sayangkan member sensorang dalam lab lama. kembali kepada asal, sebab enta, der. pulun sem ni, jom!

Saturday, February 11, 2012

suami

"Assalamualaikum abg....happy sweet birthday 30s to my lovely husband...may ur day full of happiness and all dream comes true...moga dipanjangkan usia , sihat sokmo n sentiasa dlm lindungan-NYA..amin"


hari ini hari jadi abang ipar pertama aku. agaknya dia mentor lelaki pertama aku kot. haha.. maksudnya, yang lama dengan aku.

soalan-soalan hambar yang aku aju kat mesti dijawab, walau dengan sarkastik. nasihat tentang perempuan, masa depan, anak-anak, ibu ayah, kereta, motor, member lama, mak cik pak cik sekampung, mesin rumput, keselamatan jalan raya dan masa depan minyak malaysia dan sebagainya.

seorang pekerja bawah petronas di terengganu, sama dengan isterinya [akakku], balik kampung di kelantan sebulan dua kali.

bak kata umi, "caro abe chik mitok kak long ngan umi mulo wat umi sene hati..." kononnya paling macho setakat ni. selalu dipuji umi. "bagus abe chik, dio pehe rumoh ni takdop ore jate, sokmo balik rumah ni, tok kisoh tok lamo duk rumoh sediri..", "mujur ado abe chik, tok kesik rumoh.." hmm, dia rancang nak kawen umur 25, nak ikut sunnah kot, tapi sebab jumpa akak aku, dia kawen  lagi awal. tak tahan katanya..

sekarang masuk umur 30, akan dapat anak ketiga dalam masa beberepa bulan lagi, insya Allah.. anak pertama dia, seorang perempuan, iffah namanya. anak kecil pertama keluarga kecil aku, iffah je yang sempat dengan arwah nenek dan mak cik belah umi. dua yang terkemudian tak berkesempatan. anak kedua pasangam bahagia ni namanya afiq, darah daging lelaki aku yang pertama aku sentuh selepas sedekad. eksaited tahu tak!

entahla ini post ape, sekadar nak cerita pasal dia. 

sanah helwah abe chik!





'jo kako i' time perkahwinan kak ngah. aku 'jo kako ii' merangkap tuan rumah.hehe..



Wednesday, February 8, 2012

butang delete

pernah sekali, member baik aku tunjuk mesej yang dia sayang dari orang yang dia sayang. dia simpan mesej tu lebih kurang dua tahun. walaupun dia baru tukar enset pun, dia simpan lagi mesej tu. pada malam dia tunjuk kat aku mesej tu, dia tertekan butang delete [asalnya nak tekan butang 'back', tapi silap sebab enset baru]. aku duk sebelah tergelak, sebab lucu sangat. padahal benda sedih. nasib baik dia tak ambil hati.


kali ni aku dapat rasa. 'menangis-nangis' aku malam ni terdelete sume gambar dalam enset. gambar-gambar kat spain yang berlambak. paling mahal kat granada lepas habis bateri kamera, juga sungai di pisa. aduhai.. dengan ditertawakan member sebelah kat dalam rumah.. aaah, sedih tak terkate.

banyak dalam hidup ni, peluang hanya sekali.

fikir biar panjang, baik tidur dari delete benda tak perlu.

[xleh nak tidur fikir tindakan tadi yang tak masuk akal]


=.=

Monday, January 2, 2012

ada ubi ada batas

# lupa nak tulis, exam final dah start. untuk subjek gigi palsu dah lepas. nak minta maaf kepada semua yang mengenali, tak kisahla XX ke XY, yang tak kenal sekalipun. ada tak puas hati kita setel jom. koling-koling lah. paling penting, esok oral patho, epik lah. selamat berjaya untuk kita semua.


**************


tidak mustahil untuk seseorang yang ke masjid terjatuh di tangga masjid dan terlepas imam pertama yang sedang solat.

walaupun dia bergegas, dia keluar dari rumah awal-awal, pakai selipar baru beli, dan jeans tahan koyak, dan keluar rumah dengan doa. nak dapat fadhilat imam pertama.

siapa tahu dia mungkin dia terjatuh sampai berdarah banyak kat lutut dan kena kat seluar. sebagai lelaki, "ah, tak sakit lah!"
bila masuk ke tandas, siak kata air takde, tunggu 5 minit lagi. nak balik ke rumah, di luar hujan. alhamdulillah lepas 5 minit air ada balik. masa tu jugak orang qamat untuk solat asar. tengah basuh bekas darah, tetiba sakit perut. tak tahan. bergegas ke tandas pulak. 

bila dia siapkan segala urusan, imam pertama telah selesai solat. lalu dia solat dengan imam kedua.

ditaqdirkan Allah hari ni dia tak sempat solat dengan imam pertama.

dia dapat tak kelebihan tu?


lebih kurang, ayat yang pernah bagitahu kat junior. 

"Allah bagi kita rasa, ada benda kita suka, ada benda kita tak suka. sedikit sebanyak ia akan tentukan kadar usaha kita. Allah juga bagi kita kudrat, dalam kudrat ni ada usaha. bila dah habis kudrat, kita layak bertawakal."

bila dah dapat 'keputusan', kita akan kata ia sebagai taqdir.



andai manusia tadi gagal, sambil berlalu dia kata kat taqdir, "ada ubi ada batas".

kedua mereka tetap terikat dengan sunnatullah. di dalamnya mereka berjalan seiringan.



tapi kan, siapa berani kata "aku dah usaha sehabis kudrat"?


takpelah, selamat stadi.




hah kak eyn! hadiah sempena tahun baru. sebuah gambar usang (sebab dikira tahun lepas). saya pun tak tahu nak letak quote ape. hehe~ 


follow the wire, you will reach the generator.

selamat menjalani semester baru, dengan rajin. hehe.

doakan saya lulus dengan baik sem ni, dan tahun ni. insya-Allah.


ada ubi ada batas,
dapat budi kena balas.

bittaufiq.



Wednesday, December 21, 2011

umur

dikatakan umur sama dengan hidup. sebab, ada mula dan ada akhir. tapi, betul ke hidup ada akhir? ke mati dikira rehat bagi hidup. kalau nak cerita pasal hidup selepas mati, ia tidak ber-umur, sebab dah tiada akhir. eh, bukan ke ada kehidupan di alam alam barzakh? tu bukan kehidupan dalam 'mati'?


********


setiap yang ada mula mesti ada umur, maknanya ada akhir, ada mati. tak kiralah manusia ke, batu ke. kalau perasaan? matang, masa kecik-kecik takreti, bila tua sangat jadi nyanyuk mungkin. itulah umur bagi matang. cinta, ade je umur dia, tapi ada kemungkinan untuk bersambung, insya Allah. eh, malas la nak sembang bab ni.takcukup umur. haa, perasaan pun ada umur jugak!

bila fikir-fikir balik, banyak benda 'bodoh' kita 'ter'buat dalam period umur kehidupan ni kan. 'ter' laa sangat, kaannn..

tertumpah air milo atas laptop. terduduk atas ipad member. ter'lalu' di hadapan tv member tengah main fifa tengah nak gol. terlanggar dinding kaca kat JUST. terbaling samsung s ii pagi-pagi lepas bangun tidur. terbuang kad yang ada nombor telefon orang penting. tertarik earphone sampai putus. tersangkut tali beg kat tombol pintu. terhantuk bumbung bas. terponteng kelas. ter takstadi untuk exam. eh eh, banyak pulak 'ter' dia. bukan saya buat semua pun yang dinyatakan kat sini. umum ni umum.

tapi macam nilah, masa depan entah ape lagi yang 'ter' akan dibuat.

yang part malam, lalu depan member tengah main fifa dengan penuh serius tengah nak gol tu memang saya buat.

"dem shit bodoh, pesal ko lalu depan aku?!!!! kalau tak dah gol!!! ko ingat mudah ke nak score dengan mamat ni!!!! bodohlaa!!!" 

agak rasa macam berdosa besar, rasa nak kuar rumah jalan sorang-sorang tepi jalan sampai pagi je. gol game xbox je pon. ptui!! [nak ludah jugak]  wei, lapan ratus kali pun boleh nak main game tu, banyak lagi peluang untuk gol kot.

tapi [lagi], "such respect is much appreciated." sape tahu apa yang si A ni sensitif, yang si B ni sensitif. C, D, K, Y. ramai lagi orang untuk diperhati. paling kurang yang dekat-dekat, atau yang ditakdirkan dekat, takkan takleh nak faham kan. tak pasal-pasal sebab benda 'bodoh' tadi ada orang kena marah.

kesian yang kena 'marah'.

"oh Tuhan, bodohnya aku!! kenapa terbuat macam ni??" 


"sobs, kena marah."


"taktaw pulak dia terasa.... =.=" - sambil kuis-kuis kaki kat tanah


"0.o"

serba-salah bermaharajalela.

serba-salah pun ada umur, suatu masa matilah ia. marah pun ada umur.

bersyukur kan adanya umur, kita tak perlu takut lebih-lebih.


aduhai, siapa tahu apa aku rasa, apa dia rasa. lebih 'tepat', apa yang kau rasa?

wallahu a'lam. --> dikembalikan persandaran kepada Tuhan.

dalam perjalanan umur, agaknya banyak hal-hal sebegini, lagi-lagi di umur ini. betullah kan, lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum [ke terbalik ayat dia?]...



kepada yang baca sampai habis, maafla kalau melalut. paling penting, "saya minta maaf andai pernah 'ter' buat benda 'bodoh' atau 'disrespecting' awak. terima kasih!    =)"


paling akhir, kita pandang atas, senyum dan berkata dalam hati, "terima kasih Allah kerana masih bagi ruang kepada aku."

kalau manusia?



sekiang.




walau jalannya lurus, tapi bumi ni bulat adik oi!


Sunday, December 11, 2011

gigi palsu

salah satu kerja doktor gigi adalah utuk menyediakan gigi palsu yang sesuai untuk pesakit dia. gigi palsu ni banyak jenis. ada yang gigi palsu penuh (complete denture), ada yang gigi palsu tak penuh (partial denture). dalam bahasa canggih bidang ini dikenali sebagai prosthodontics. yang penting nak buat gigi palsu ni bukan 5 jam macam wat kek. mungkin 5 bulan jugak nak siap semua.

hari ni aku dah siapkan satu model complete denture (lilin+porcelain+'plastik'). nak buat untuk pertama kali bukan mudah. hari ni agak penat, kat makmal prostho. miss Amjad (salah seorang pembantu makmal) sempat ambik model gigi palsu yang dia buat dan soal kat aku, 'lawa tak?'

dalam hati aku, 'mestilah lawa, dah ko tukang buat denture'. tapi kat mulut aku jawab 'lawa' jela.


*************


pernah sehari dalam lab prostho, aku duk 'sembang' sambil siapkan gigi palsu dengan miss Amjad dan seorang kawan arab. ni sehari selepas Lan meninggal. dialog kami lebih kurang.


kawan arab: takziah untuk kawan kau. moga Allah merahmati dia.

aku: insya-Allah, moga dirahmati.

miss amjad: ada orang meninggal ke?

kawan arab dan aku: ye, budak batch kami jugak.

miss amjad: sape, mohamad syafiq? [dengan nada penuh terkejut]

aku: [dalam hati tahan gelak] eh, tak tak. mohamad syafiq tu hidup lagi. yang meninggal nama dia ilham ellani. dia meninggal sebab AML.

miss amjad: ooooo..


saje nak cerita. hanya untuk mereka yang memahami. ye lah, hal-hal tanpa jawapan ni datang pelbagai andaian.


kelip-kelip kusangka api, 
    kalau api di mana puntungnya,







first project. alhamdulillah jadi. palimg kurang nampak la ni gigi.

Friday, December 9, 2011

bosan


kat Irbid ni jarang ada program berkaitan sejarah yang matang macam kat mesir melainkan bawah ISMA. [rugi hari tu ada hal]

peminat tak ramai kot kat sini.

papehal. selamat hidup.

Sunday, December 4, 2011

singkat

kesimpulannya, hargailah setiap orang selagi kita oleh hargai dengan jasad, dan melihat dia/mereka gembira. kalau tak berdepan pun, calling calling ke kan. janganlah ada yang lupa lama-lama nak call mak ayah kalau duk over sea ni.

bagi yang tak tahu, seorang sahabat kami, ilham ellani (dipanggil lan) meninggal sebab AML, sejenis leukemia. sayunya tak terkata, sampai kebanyakannya diam, dan menangis sendiri. kat rumah petang tadi, sebelum ke hospital, terdengar esak-esak. aku diam dalam hirom, merenung dalam. terkejut.

sahabat seusrah time first year. paling rapat dengan dia time ni lah. sekarang mungkin sebab pindah dah jarang sikit nak jumpa. agaknya sebab layanan dia dengan anggapan baik kat sume orang buat mudah sangat nak rapat dengan dia.

teringat hari rabu malam khamis, bergelak-gelak. siap sempat bergurau pasal pendarahan kat kepala dia lagi, nak kata positifnya anggapan apa akan jadi kat dia. dia pun gelak sama. cuma akhir-akhir pertemuan kami dia sakit lebih sikit kat kepala, abu gi usap kepala, sambil baca doa, ulya gi cari doktor, kheri pandang dari jauh, aku bersandar kat dinding sebelah abu. masing-masing dengan doa, dan memandang dengan sayu dan 'positif'. agaknya tu yang paling termampu kami tolong malam tu.

paginya dapat prognosis leukemia. ziarah pagi kejap je, sebab doktor suh isolate.dua tiga hari ni duk stadi ngan abu dan ozi (member serumah), kalau ada tersebut pasal lan, terus 'pangkah' dengan anggapan positif. 'insya-Allah takde pape.'

petang tadi dapat berita yang takleh nak caya. lepas pegi hospital dan tengok sendiri, 'betul la keri, dia dah takde' - bisik dalam hati.

innalillah wa inna ilaihi raji'un. ni kematian keempat orang yang saya rapat sebab kanser. semuanya datang dengan tiba-tiba dan ambil dengan tiba-tiba.

moga Allah jaga kesihatan kita.

dan, paling kurang, kita semua masih se-Irbid. dahla, jangan 'gaduh-gaduh' dah. senyum je. lepak je. kita tak tahu bila kita, atau dia akan dijemput juga.


sahabat ni meninggal sebagai seorang bakal doktor, dalam kalangan kawan yang doktor, dalam rawatan doktor dalam doa-doa bakal-bakal ustaz.

seolah-olahnya, kita takdapat nak ubah bila kita akan mati, kita dapat ubah bagaimana kita nak mati.


Sallamtak/tik.


"Ya Allah, matikanlah kami dengan mati (pengakhiran) yang baik, jangan Engkau matikan kami dengan mati (pengakhiran) yang buruk."