Tuesday, March 29, 2011

raikan rasa

dulu pernah ada seorang kenalan bertanya pendapat, bila dia dilamar oleh seorang university-mate. soalan pertama saya tanya kat dia,

'betul ke ko takde perasaan kat dia tu?'

'takde?'

dan saya sambung lagi, lebih kurang.

'orang lain?'

'takde!'


'pastu, ape ko nak buat?'

'nak tolak. taknak fikir lagi isu ni.'


'tolaklah. ape payah.'

'dah, tapi dia taknak dengar, tu tanya pendapat ni.'


'kalau dah betul taknak, memang betul taknak, buat cara taknak. rai perasaan taknak ko tu. mungkin ade yang cakap suruh terima, tapi pendapat aku, takyah! rai je perasaan taknak ko tu. orang yang lamar ko tu dah rai perasaan nak dia, taksalah ko nak rai perasaan taknak ko pulak. tapi, sebagaimana [skema gile] dia bertanya dengan baik, kena tolak dengan baik. kalau taknak dengar jugak, bagi jelah apa-apa pun, tapi jangan bagi harapan, melainkan memang nakkan harapan. bla bla bla bla bla bla.....[peh,macam kaunselor habis]'

alhamdulillah, masalah selesai selepas bermacam penolakan. haha. maafla boh, kawe tulih benda ni. keh.


hem, raikan perasaan.

selalunya kita fikir sabar adalah menerima seadanya biarkan ia padahal Allah ciptakan perasaan yang turut ada hak. tapi tiap hak ada hierarki dia sediri, masa tu lah kena tengok, perasaan kita tu pada hierarki ke berapa, baru dia layak 'diketengahkan' kepada alam sekitar.

saya banyak rai perasaan dengan tindakan, geram dengan memarah, serabut dengan lari, dan macam-macam. ok la saya tahu semua tu salah, nak berubah la ni. tanya budak rumah tak caye. rai biar ada pagar, ye dak.

dulu, time first exam anatomy, saya fail. sayaa 'rai' denga berkurung dalam bilik sambil main kamera dalam gelap. haha. sadis gile bunyi. ntahla tindakan tu waras ke tak.

semalam, bila nasib yang hampir sama dalam oral histo, saya 'rai' lagi. balik rumah, sia-siakan masa depan laptop, bukak semua/kebanyakan lagu pasal jiwang yang ada dalam laptop, dengar sampai tidur, dan tak habiskan kuota bacaan quran untuk semalam. juga tak siapkan kerja. juga tak stadi. juga tak bla bla bla bla. orang kampung saya guna istilah 'mecok'. saya pun taktaw ape maksud mecok dalam bahasa baku.

dan pagi tadi, bila saya bangun tidur, terdetik 'alhamdulillah aku hidup lagi, macamane kalau aku mati semalam..'.


hanya kita tahu macamane kita dengan Tuhan. kebanyakan risiko tu ada harganya.

rak rai jiwa pun, sebab exam semalam terok, jangan sampai lupa esok ada exam. pool pon pool jugak, walaupun semalam tak jadi. ceh. nak rai pun, jangan sampai ..............


bernafaslah, takkan nak biarkan lalang tumbuh depan rumah semata-mata nak lihat tumbuhan menghijau.

bai.




time exam la nak bukak sume sume lagu lama. pali la ajar ni.haha.

Sunday, March 27, 2011

hujan hati

sejak dua tiga hari lepas, saya letak gambar hujan sabagai profail pikcer kat fesbuk.


agaknya semua orang pernah rasa.

nikmat mandi hujan dengan kawan-kawan sambil lari-lari. lepastu kena marah ngan mak.

nikmat mandi air laut yang berombak.

nikmat lihat ombak air laut.

nikmat lihat air laut. ah,masih takleh lupa kenangan selat bosphorus.

nikmat air sejuk ketika cuaca panas.

nikmat air susu ibu tika kita kecil-kecil yang menjadikan kita sebegini sekarang.

nikmat mandi di musim panas.

nikmat air wudhuk.

nikmat air mata ketika ia turun kerana mengingati Tuhan.

dan itu nikmat yang paling indah barangkali.


pasal gambar tadi. ada nikmat yang saya rindui.

saya pandang dengan rasa rindu pada hujan, yang menghentak atap rumah dan mendesak binatang melata menyepi. hanya makhluk langit berbunyi. terkala disahut makhluk berkepak. juga makhluk berlompat.

saya pandang dengan rindu pada rumah. tempat saya buka kitab-kitab usang arwah ayah, gudang untuk saya tahu nama-nama mereka yang terlebih dahulu mencintai tuhan. Said Hawa. Syeikh Yusuf al-Kandahlawi.

saya pandang dengan rindu pada sahabat sekampung. yang dahulunya berselut bersama. mengayuh basikal ke sungai kelantan semata-mata untuk melihat air sungai. haha. mencari ikan dan belut di sawah kampung yang entah bertuankan sape. mengejar burung sita (seakan puyuh) di waktu tengah malam hanya untuk nikmat ratah isi yang tidak layak dipanggil isi. mencuri masa antara maghrib isyak untuk mencari belalang 'rusa' yang ditandingkan bunyinya. bermain meriam 'tin' di hujung kebun bertemankan lilin sebatang. ke rumah tok quru quran malam-malam berbasikal untuk mengutip sedikit ilmu. fuh,cukup indah.

saya juga pandang dengan rasa rindu. rindu pada insan-insan yang mengajar saya tentang hidup yang telah kembali kepada Dia. Arwah ayah yang amat sayangkan anak laki sorang. merotan tatkala malas mengaji Al-Quran. hampir tiap petang mengajak saya menemani beliau menyiapkan tugasan-tugasan sekolah sambil joging-joging petang di padang sekolah. ah, tentang beliau cukup sikit.cukup sikit. Beliau mengadap Tuhan terlalu awal, sewaktu saya darjah dua. tapi nikmat Allah sentiasa cukup. kan?
Arwah nenek yang pagi-pagi 'paksa' saya untuk gali ubi, pergi pindahkan kambing ke tempat berumput, mencari durian di kebun di serata kampung, ber'cedong' di sawah, menemani beliau ke masjid untuk mendengar tazkirah maghrib dari ustaz-ustaz yang menyenangkan hati, mengenali orang kampung, 'woghih-waghoh', dan salasilah keturunan. masih tengiang bila beliau mengadu kesakitan barah pada saya pada sekali-sekala saya di rumah. hampir setiap hari saya berdoa dan menangis minta beliau dipanjangkan umur, tapi Allah lebih sayangkan beliau. meninggal ketika saya dalm perjalanan pulang dari INTEC, membuatkan saya terkelu tanpa air mata. menemani jenazah dari hospital ke rumah, dari rumah ke tanah. Allah. Allah. pertama kali turun ke liang lahad. kerana saya satu-satunya waris lelaki.
Arwah mak cik yang takpernah bosan marah jika malas. tegur bila diri makin liar. menasihati untuk cari bakal isteri yang baik, tapi biarlah berpada. kenallah diri tu tahap mana. yelah, saya tahu kami bukannya keluarga berada.. tabah dengan penyakit yang menyeksa beliau dari dalam. sentiasa senyum dan bertanya khabar ketika menziarahi. senyum sebelum memula musafi ke Jordan. berita pemergian sewaktu hati tengah girang dengan persiapan iftar tahfiz soifi tahun lepas. cukup untuk buat saya 'gila' sebulan. hampir tiap malam menangis seorang. mula susut hafalan. dan semua mula berubah.
alhamdulillah, masih dibekali seorang ibu yang cukup penyayang dan sejuta tabah. tiga akak yang riang, adik yang panjang.haha. entah, dia terlebih tinggi, lagi tinggi dari abang. dan adik umi (mak cik) yang mengambil berat. hanya ini isi penting keluarga sekarang. tak, ini bukan hanya. ini nikmat Tuhan yang berisi, cukup sempurna dan indah. moga Allah panjang usia kesemuanya, dan berkati umur keseluruhannya. amiin.

dan, saya pandang gambar itu dengan rindu. rindu pada air mata, yang telah kering. kering sejak musim panas tahun lepas. seakan saya telah lupa bila kali terakhir saya mengalirkan air mata. seakan tiapnya saya 'menangis' denagn diri yang sudah tidak pandai menangis. hanya mampu menangis tanpa air mata, atau dibekali setitik dua yang cukup dihargai. agaknya, satu kesabaran pada satu kehilangan adalah satu cara Dia hapuskan dosa yang bertan-tan.

maafkan saya kerana menulis panjang. maaflah pada pembaca yang tidak dapat apa-apa manfaat. izinkan diri ini mengeluh sesaat, dan menyambung hasrat. untuk habiskan langkah di bumi israk.

maaflah hanip, sadis, tak menemani kamu malam ni. minta maaf pada semua, atas terlalu banyak silap langkah.

esok exam oral histology, pohon doa.

pada orang yang saya simpan rasa, maaflah, saya lebih suka 'bersembunyi', sebab asalnya enggang bukan untuk pipit. sedangkan Gru bercita-citakan bulan.


moga Allah tetapkan rasa syukur.




Saturday, March 26, 2011

hikmah I

"dakwah ni bukan apa yang kita ingin lihat hasilnya kejap lagi. tapi mungkin esok, bulan depan, 2 tahun lagi, bahkan akhir usia."

nasihat dari murabbi, dari Malaysia lagi. em, kenapa ye? sebab hikmah ni bersifat malu, 'taknak mengaku'.

dan Allah menciptakan setiap perkara dengan sebab.

hidup
mati
cinta
rasa
malas
benci
marah
mengantuk
kelas
dompet
nyamuk
sampah


juga, Allah takpernah jadikan satu itu sia-sia, melainkan ia disiakan manusia. eh,aku manusia jugak.

hah budak dentists, kamu ingat tentang tentang anatomi kepala dan tengkuk. tahu tentang istilah lateral (ke tepi/luar) dan medial (ke tengah/dalam).

ingat tentang tiga ligament (urat penyambung) antara rahang dan tengkorak kepala?

di mana tempatnya? di tepi bukan. lateral. bahkan hanya lateral. sebab tiap pergerakan 'batang' rahang kiri satu arah akan diikuti secara automatik oleh 'batang' rahang kanan.

maka, tak perlu kepada ligament medial.

kalau yang budak bukan dentist takleh faham. bayangkan depan anda ada satu topi keledar dengan punutup dagu. topi keledar tu pulak ada bahagian tali yang sambung tempat dagu dan topi kat bahagian kiri dan kanan. macam biaselah,takkan takleh faham kot. er, tapi, pada tiap bahagian tali tu, (kiri dan kanan) ada dua tali lagi (yang menyambung dari topi ke tempat dagu), dari belah dalam topi dan luar topi. maknanya, kanan dua tali, kiri dua tali. selalu topi keledar satu tali je dari dalam kan.

lebih kurang tengkorak, hanya satu kumpulam ligament dari belah luar (lateral). sebab ia dah cukup untuk gerakkan rahang. kenapa Allah tak letak satu ligament kat belah dalam (medial), lagi kukuh?

sebab Allah takkan ciptakan walaupun satu makhluk yang sia-sia dan tiada funsi, meskipun Allah Maha Pencipta. Allah takkan membazir mencipta sesuatu tanpa fungsi.

lebih-lebih lagi manusia. aku dan kamu...


#aduhai,letih fikir analogi. takpelah, nak save fakta ni, naka baca lain kali. untuk sentiasa ingat, Allah mencipta kamu, kerana dirimu begitu berharga. etlis ada harga la.

moga mudahlah untuk semua yang ingin berangkat, walau ke mana.