Monday, April 11, 2011

bergerak atau berhenti, juga berundur

"........, kamu kena berani terima kesannya."


saya selalu pernah silap ambil tindakan. ada sekali, dalam facebook.

bila saya sedar, saya nak delete, saya tanya pendapat akak. dia sarankan saya jangan delete. mudahnya, beliau cakap, "orang dewasa ni orang yang berani terima kesan dan hasil tindakan dia. bukan lari."

maka, saya biarkan. dan alhamdulillah, disusun-Nya jadi mudah.

sejak hari tu, saya makin berani terima 'consequences'. pahit ke, berat ke, pedas ke. selalunya, saya akan 'expect-the-worst'. dari segi penerimaan, telan dulu, kalau sakit perut, biarlah kemudian. takkan matilah. Allah takkan ciptakan taqdir yang membunuh untuk hamba Dia. eh, saya ulang, hamba Dia. taksusah nak terima taqdir, tapi susah nak jadi hamba. tapi ramai yang dah jadi. sekarang giliran saya. eh, kita semua lah kan, ensya Allah.


akak dah nak berkeluarga bulan 6 ni. kuranglah tempat saya bergayut bertanya pendapat panjang-panjang. taknak la ganggu-ganggu. saya pernah borak panjang dengan umi isu sebegini, maksud saya, isu keluarga. dan saya terima ayat beliau sepenuhnya. beliau nyatakan pendapat, takkan sama selepas dan sebelum 'ada orang'. nanti bertambah amanahnya, tumpuannya, tempat memberikan kasih. dan saya, dengan nekad akan utamakan beliau dan adik saya sorang tu. paling kurang pun, biarlah sampai adik ke universiti barulah saya 'layak' fikirkan soal ni. sekarang dia tingkatan dua. kiralah sendiri.

kengkawan oi, maaf kalau selama ni main-main. so, dahla tu 'kenakan' aku! borak-borak dan main-main tu 'penyedap rasa' je. ceh, sedapla sangat. memang inilah antara harapan paling besar tika belajar. lama tak lama lagi tu belakang cerita. bukan mudah nak jadi 'ayah', sorang-sorang. so, saya korbankan hasrat kebanyakannya. segaris senyum di bibir adik dan umi lebih mahal dari seribu kasih yang saya simpan. bahkan lebih dari itu.

ada kawan pernah tegur, 'ko ni, nak kata tak matang tu memang macam tak matang.'  bukan sebab saya taknak jadi matang ch***k, tapi saya rasa dah terbeban untuk jadi 'matang' di rumah tanpa contoh sampai saya nak qadha' jiwa tak matang tu kat sini. agaknya. biarlah kisah lama tu. kita cipta kisah baru!


hah, sambung. ada masa diri nakkan sesuatu tapi taknak buat. terimalah hasilnya.
ada masa orang lain nakkan semangkuk nasi tapi saya bagi sebuku roti. walau keduanya kanji. terimalah kesannya.
ada masa cita-cita silap bertandang.
pesawat silap mendarat.em, mungkin salah pemandunya, tapi tak semestinya. mungkin radarnya, penumpang pon boleh. cuaca ke. sayapnya. enjinnya.

mana ada sesuatu yang ada pada zatnya sendiri tanpa melibatkan orang lain melainkan Allah. jadi, tiap yang berkaitan dengan 'penciptaan'nya boleh jadi faktor kesilapannya. hanya Allah yang tak silap. kalau kita bincang pasal kereta X yang mudah rosak, tak semestinya salah pengarah urusannya. eh, sampai dah kot.

maafkanlah saya atas silap ape-ape ye. tak silap pun maaf jugaklah.


kalaulah dikatakan 'jalan bersangka baik ada seribu, kita hanya perlu pilih satu.'

mungkin ini masa untuk kita jalan ke seribu.





entahla gambar ni ada kaitan ke tak. haa, biarlah hidup ini sentiasa kita jadikan ianya 'wangi'.

fitrah kehidupan akan membusuk jika tak diendah. sedangkan iman pun.





Kepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi, lalu Dia meminta darimu sebutir pasir, tetapi kamu kikir kepadaNya. Dia telah menciptakan tujuh lautan lalu Dia menginginkan satu titis air mata tetapi kamu mengeringkan air mata mu.


-Ibnu Qayyim-




moga kita tak sebegitu.





selamat mendarat.


salam.

1 comment:

Infiru said...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Kadang2 Allah ingin menguji utk lihat sejauh mana kebergantungan kita pada Dia.

sentiasa melihat dunia dengan snyuman!

setuju sangat,
"Allah pelukis paling hebat!"
nak tambah satu,

"Allah photographer TERhebat jugak :D "

May Allah bless.:)