1- saya takleh lupakan entry ini. amat menarik. bak kata member.
"aku rasa nak ***** terus lepas baca link ko tu keri!"
nah - http://muxlim.com/blogs/megalotus/isteri-buya-hamka-atap-bocor-dan-perahu-kertas/
diri tak sebaik HAMKA ada hati nak bermimpi. sekarang musim HAMKA.
2- dulu pernah baca dalam buku, ayatnya.
seorang teman; bila dia duduk ber-buaian bersama sahabatnya tanpa berkata sepatah apa pun, lalu berpisah dan merasa bahawa itu adalah pengalaman paling bermakna dalam hidup. [faham ke?]
em, mungkin situasinya. contohla. pernah tak awak kol umi awak, borak-borak. sampai satu part. masing-masing senyap. lama. er.. senyap lagi..
bila si umi berkata, 'ok la, nati Eri kol len kali plak.'
lalu awak jawab, 'eh umi, jap jap.'
lalu umi tanya,'kenapa?'
lalu awak jawab, 'ntah! hehe...'
hmm.. saling bersenyap di gagang telefon pun dah jadi satu keindahan yang tinggi antara dua jiwa yang terjalin dengan cinta. bismillahi wabarokatillah.
3- skandal cuti JUST belum berakhir. ntahla celah mana yang mangkuk. saya tak doa mana-mana pun. sebab saya nakkan keduanya.
nak balik bulan 6 sebab akak nak kawen. p/s; khusus untuk sape-sape yang mengenali. datang2 la ke rumah kat kelantan,25.6.2011, juga kat gombak, 9.7.2011. anda dialu-alukan. ni nbr celcom,kot kot sesat. 0132059517. betol kot. lupa la. ter'campur' dgn studen namber.2050159.payah payah. ni ym. zul_akhyar
sambung. kena balik jugak bulan 6. sebab nak walikan akak. tapi bulan puasa nati umi nak gi umrah. punyalah saya rancang dan ajak beliau untuk pegi umrah bersama bulan puasa tahun ni, sekali cuti lambat. tensi!
sama ada cuti bulan 6 panjang, atau cuti bulan 8 awal, dua-dua saya nak. tapi umi doakan agar cuti bulan 6 panjang. ibu mesti lebih utamakan anaknya. saya ikut aje.
4- tadi borak dengan abu pasal hati, ketenangan, ujian, nikmat, jatuh, bangun.
agaknya dalam hidup saya di jordan ni, banyak 'ditegur' bila orang bertanya tentang hal yang masih saya gagal dan sedang merenungi. takpelah, sekurang-kurang ringankan beban di hati.
tentang ujian yang kerap datang dalam bentuk sama. kita sedang gagal dalam ujian sama ke abu? hmm.. panjang jugak kami borak. sayu saya bercerita. yelah, dengan diri yang entah ke mana. disoal tentang wilayah yang paling payah difahami, hati, oleh orang yang lagi mulia. banyak masa orang yang bertanya lagi mulia dari yang ditanya.
saya sampaikan dengan perbandingan. kononnya sebab saya melihat dia sebagai ahli 'kesihatan'. hehe.
jika awak sakit perut, adakah sebab awak tak makan? atau awak makan tapi makanan tak berkhasiat? atau awak makan tapi terlebih makan?
tiga-tiga secara sunnatullah Dia datangkan simptom sakit perut. [umumnya sakit perut lah]. tapi alam tak mengajar kita hal yang sama. mungkin sakit perut kita yang pertama kerana tak makan. tapi bila kita dah makan, tak bermakna kita takkan sakit perut. ada pelajaran lain dari alam melalui titah Penciptanya yang ingin mengajar kita.
faham tak abu?
lebih kurang macam tu lah analogi saya bagi. yelaa, tak stailo macam korang semua.
juga, kita takkan dapat berhenti dari makan. tiap kali 'amal' dikerjakan, adalah kesan yang menanti di hadapan. sama ada baik atau buruk, indah atau busuk. tetap boleh jadi ianya ujian atau kenangan. beza hati yang menerima, juga teropong mata yang memandang.
5- dah lama tak bermesra dengan ahli rumah. entahla, rasa nak diam je banyak-banyak. melainkan ditanya atau berbincang soal yang saya minat. hehe. sejarah ke. pilihan raya kufur ke [baru bincang dengan izaan tadi]. seni pada pandangan HAMKA ke. di bawah lindungan kaabah ke. takpela. maaf semua.
6- aduhai. silap langkah. tentu tentu la. kalau tahu dia naik kereta perdana warna hitam bumper silver dengan wiper pink sporty, bermakna saya tahu nombor kereta dia. bukan saja-saja saya nak hapal dan ambil tahu nombor kereta orang lain padahal tak tertulis nama tuan kat plat kereta tu.
padan muka. padan muka. moga Allah pelihara, harapnya.
7- akak kirim minta beli quran. nak letak atas 'pa'. dia minta mms gambar. sedihnya, takleh nak hantar mms dari jordan. sama ada saya yang pandai atau orange yang pandai atau kedua-duanya sekali. sabarlah cik kak. tok lari eh tune demo. keh keh.
8- umi selalu ingatkan saya tentang benda yang sama akhir akhir ni. belajar dulu. hafazan jangan tinggal. baca quran, belajar, nanti ajar umi, adik. sabar dengan benda tak senang. simpan duit, jangan habiskan mudah-mudah.
9- tak habis-habis pasal umi. saya pun pelik kenapa anak laki sorang ni 'pelik' sangat pasal uminya. takpela, peduli apa saya apa awak fikir pasal hal ini.
10- lama tak bersaya awak. kah kah.
selamat berimtihan buat rumet. juga lain-lain yang kena ukir gigi esok. juga yang saya-silap-sangka-ingat-ambil-exam-esok. selamat lepas exam lah jadinya. saya sendiri. mamat tak stadi yang tengah tido kat ruang tamu. siaplah ko kalo tak kejut aku pagi esok. semua pelajar dentist batch 2009. medik pun. JUST lah umumnya.
banyak merapu.
wassalam.
oh ye. tajuk tu diambil dari lirik lagu derita dunia, oleh hafiz hamidun.
3 comments:
akak dah agak dahhhh! bagi link macam tu mesti kamu suka kannnn. bab kawen2.
hik.
kerja sekolah akak bagi dah siap?
dapat link yang ada gambar bua hamka dengan isteri tu, tapi tak cukup konkrit.
tapi akak cuba terima hujah kamu yang first, dakwah dulu, sibuk baiki akidah.
ok, nanti sambung.
tata.
study!
jangan main2.
.
-puteri lindungan bulan-
HUk!
kene bertapis lepas ni,
haha
akak:
yelaa tu!!
anip;
erk, sori boh.
Post a Comment