Thursday, May 17, 2012

Cinta di rumah Hasan Al-Banna



# Sebuah Buku Nipis

Cinta di rumah Hasan Al-Banna. Buku hadiah seseorang, katanya buku yang dia sayang, sebab tu dia bagi aku. Juga ini antara buku paling aku sayang.


[belah kanan buku 'Pelembut Hati']


Agaknya ini antara buku paling nipis di almari aku. Bahasanya mudah, pembawaannya menarik, isinya penting dan padu. Mungkin seringkas buku mengenai rumah dan tangga.haha.Tapi, aku belum habiskan buku ni. Jawabku, "nanti aku akan habiskan bila aku dah ada orang, insya-Allah"

Ianya coretan sebuah wawancara antara penulis dengan isteri kepada (asy-syahid) Imam Hasan al-Banna mengenai isu kekeluargaan. Isterinya itu bercerita tentang akhlak suaminya dalam rumah tangga, perihal mencintai isteri, mendidik anak-anak, pembahagian masa, dan kasih sayang.

Sebagai seorang ahli dakwah yang sibuk, Al-Banna amat epik memberi kasih sayang kepada anak-anak, pada kualiti masa yang diberi, bukan kuantiti. Ini satu contoh, banyak lagi contoh lain, kan [?]




# Hari Ibu

Hari Ibu yang lepas, aku call Malaysia dan bersembang lama dengan IBU. Sesudahnya, aku hantar mesej kat tiap kakak aku. Pertama kali wish hari ibu buat kakak-kakak, agak awkward. Lebih kurang mesejnya,

selamat hari ibu. moga Allah permudahkan urusan kak untuk didik anak-anak dan jaga suami....




Dulu, orang pernah 'tegur' aku, agar habiskan tarbiyatunnafs sebelum sembang kencang pasal tarbiyatul aulad. aku ambil sudut positif teguran tu. Tapi memang aku suka sembang berkaitan 'parenting' dan anak-anak. Sebabnya aku tak reti. Ilmu ni bukan datang sendiri. Paling penting, ini bukan hanya tugas ibu seorang.




# Ayah vs Ibu

Tiga tahun lepas, sewaktu belajar dinINTEC, Shah Alam, aku rapat dengan Ustaz Ridhauddin. Di waktu akhir aku di INTEC, aku jumpa dia bersendiri. Isunya, "bagaimana aku nak selidik tentang lelaki yang disukai kakak aku, solehkah dia?" Jawab ustaz, "Kalau mampu, pergi ke surau atau masjid yang paling dekat dengan rumahnya. Dia ada ke tak? Mungkin boleh tanya orang kampung. Tapi zaman ini zaman fitnah, jangan mencari yang sempurna."

Nasihatnya aku simpan. Perbualan kami bercambah kepada isu tarbiyatul aulad. Kata ustaz, "Ayah didik anak dengan peraturan, dengan 'marah'. Ibu didik anak dengan kasih sayang, dengan belaian." Bukan maksud ustaz ayah garang dan ibu penyayang, cuma dimaksudkannya mengenai beza peranan antara keduanya. Ayah mengatakan 'tidak' dengan melarang, ibu mengatakan 'tidak' dengan memujuk.




# Aku dan Ibu

Sejak ayah meninggal, aku tak pernah dimarah. Cuma seingat aku, pernah sekali aku menangis waktu darjah dua, bukan sebab dimarah, cuma aku merajuk mengenai sesuatu.

Hidup di kampung, maknananya tubuh tak lekat di rumah. sikit-sikit nak keluar, lastik burung, kejar puyuh, mandi sawah, tangkap belut, mengail. Bila musim tengkujuh, lagi payah nak lekat di rumah. Seharian di bendang, dari rakit sampai pukat. Semuanya dikhatam dalam sehari. Pernah sekali ibuku kurang senang dengan perangai 'tak lekat kat rumah'. Dia meneggur tanpa marah. 4 5 hari aku diam di rumah, sampai kawan-kawan bertanya, "kena marah eh?"

Padahal tak pun.

Sekarang baru aku faham, etika marah ibuku.

Dia akan hidang nasi, kasi anaknya (aku) makan. Sedang aku makan, dia bersoal, "Umi dengar Eri bla bla bla bla..." Ditanya lembut tantang salahku. Tersinis aku, insaf. Telan nasi pelan-pelan sambil angguk separuh habis.




# Bersedia menjadi atau tunggu bila dah jadi?

Dulu aku tak pernah fikir mengenai tarbiyatul aulad. Takpun, mungkin pasal mendidik adik. Bila aku disedarkan tentang tanggungjawab, terasa banyak yang aku terlambat. Adik aku dah besar, kakak-kakak dah kawen. Agaknya ada tak kebaikan dari aku yang menyentuh mereka. Paling kurang ada alasan aku di depan Tuhan.

Kejayaan di akhir jalan, dengan kembali kepada Allah di awal jalan. So, sila KEMBALI.

Muda lagi, buat apa fikir lebih-lebih?

Aku tak banyak dididik oleh seorang ayah, sebab tu kot aku takut lebih.

Kembali pada 'dulu aku tak pernah fikir mengenai tarbiyatul aulad' hinggalah suatu hari, aku terbaca tulisan. Nukilnya, "ramai menganggap ilmu menjaga anak akan diketahuinya sendiri bila ada anak, sedangkan ilmu ini bukan tiba-tiba." Tahun depan, insya-Allah masuk klinikal, tiga tahun ilmu aku di kelas dan makmal, aku rasa belum mampu untuk mantap semasa klinikal. Ini pula darah daging sendiri. Apa kata anda?

Bersembang dengan murabbi, Akh Sahel Nordin. Katanya, "enta rase kalau enta nak bersedia, sampai bila?"

"Err." Betul jugak, belajar bukan benda yang ada tamat. Aku yang 20 tahun hidup dengan tubuh sendiri, belum memahami'nya' 100%, apatah lagi memahami benda lain.

Yang aku faham, ayah akan bagi basikal roda 4, bila anak dia dah pandai berjalan. Bila anak dia makin maju, ayah dia berikan basikal beroda dua. Sama juga dengan Tuhan. Antara Dia yang menyedia dan kita yang berlatih, taqdir ada di tengah-tengah. Tapi ade je kan yang langkau. hek.


Peh, nak exam pun tulis panjang. Cita-cita aku nak jadi ayah yang baik, insya-Allah, dan sempat lama dengan anak-anak. heh.



* mode rindu anak-anak buah kat Malaysia. target balik cuti ni, nak kamcengn ngan anak buah. Target cuti lepas, nak kamceng dengan adik-beradik aku rasa agak tercapai, alhamdulillah. "Begin with the end in mind". homesick jugak musim exam kali ni.

* aku kagum dengan Sadis, dia berani fikir pasal kawen. aku tak berani. haha.

*bittaufiq buat semua, untuk exam yang dah lepas dan akan datang. Insya-Allah mumtaz semuanya.



Selamat maju jaya.
















ni jari aku dan kakak ketiga, 2 3 hari sebelum dia kawen.



di pantai Kemasik, hampir setahun lepas.



Sila pandang ke hadapan!




7 comments:

[MH] said...

" * aku kagum dengan Sadis, dia berani fikir pasal kawen. aku tak berani. haha."


kadang kita perlu berani utk fikir jauh ke hadapan. supaya kita dapat merancang dan bersedia dr sekarang.

moga kamu belajar dr encik sadis, dan dia pun belajar sesuatu dari kamu

salam ziarah dr cairo. lama tak singgah blog kamu ni akhyar..

n bittaufik utk exam!

pakurawan said...

Hah.

Tak perlu kagum pun. Aku tersepit antara perempuan yg aku suka dan perkahwinan yang Tuhqn redha.

Daripada fikir macam mana nak capai hati prmpn yg kita suka baik fkr mcm mna nak capai perkahwinan yg Allah redha.

Sebab kadang2 dua benda ni tak bertemu dalam satu masa. Untungla klau bertemu...

Haha

emirhasnan said...

bagi aku baca dulu laa.

sadis tersepit,kesiannya !

INTAN said...

apa maksud ustaz Ridha

"zaman ini zaman fitnah, jangan mencari yang sempurna."?

Akhyar said...

k. fathiyah;
dalam proses, hihi.


sadis;
jodoh takkan ke mana. yang bukan jodoh takkan ke mana jugak. bak kata abg rodi, cinta takkan ke mana.


cidak;
giliran ko plak utk selamatkan sadis.


k. intan;
http://www.suhaibwebb.com/relationships/am-i-marrying-the-right-person/

saya kiaskan sama dgn post ni, lg2 pd rangkap last dy..

mksdnya, zaman ni bkn mdh nk cri org yg btl2 soleh, spt ap dlm kpala. dr ap ustaz ckp tu, kalo sya ikt satu2 ap yg ustaz bgtaw, agknya mgkn sya x senang dgn calon tu. tp, jgn 'mencari yang sempurna'. plg pnting dia baik, dan ada potensi utk jd lbh baik.

Anonymous said...

rasa macam tau je siapa kasi buku tu :)

semoga selamat.

Akhyar said...

anon;

hehe. =]

moga selamat juga utk 'anon'.