Tuesday, March 29, 2011

raikan rasa

dulu pernah ada seorang kenalan bertanya pendapat, bila dia dilamar oleh seorang university-mate. soalan pertama saya tanya kat dia,

'betul ke ko takde perasaan kat dia tu?'

'takde?'

dan saya sambung lagi, lebih kurang.

'orang lain?'

'takde!'


'pastu, ape ko nak buat?'

'nak tolak. taknak fikir lagi isu ni.'


'tolaklah. ape payah.'

'dah, tapi dia taknak dengar, tu tanya pendapat ni.'


'kalau dah betul taknak, memang betul taknak, buat cara taknak. rai perasaan taknak ko tu. mungkin ade yang cakap suruh terima, tapi pendapat aku, takyah! rai je perasaan taknak ko tu. orang yang lamar ko tu dah rai perasaan nak dia, taksalah ko nak rai perasaan taknak ko pulak. tapi, sebagaimana [skema gile] dia bertanya dengan baik, kena tolak dengan baik. kalau taknak dengar jugak, bagi jelah apa-apa pun, tapi jangan bagi harapan, melainkan memang nakkan harapan. bla bla bla bla bla bla.....[peh,macam kaunselor habis]'

alhamdulillah, masalah selesai selepas bermacam penolakan. haha. maafla boh, kawe tulih benda ni. keh.


hem, raikan perasaan.

selalunya kita fikir sabar adalah menerima seadanya biarkan ia padahal Allah ciptakan perasaan yang turut ada hak. tapi tiap hak ada hierarki dia sediri, masa tu lah kena tengok, perasaan kita tu pada hierarki ke berapa, baru dia layak 'diketengahkan' kepada alam sekitar.

saya banyak rai perasaan dengan tindakan, geram dengan memarah, serabut dengan lari, dan macam-macam. ok la saya tahu semua tu salah, nak berubah la ni. tanya budak rumah tak caye. rai biar ada pagar, ye dak.

dulu, time first exam anatomy, saya fail. sayaa 'rai' denga berkurung dalam bilik sambil main kamera dalam gelap. haha. sadis gile bunyi. ntahla tindakan tu waras ke tak.

semalam, bila nasib yang hampir sama dalam oral histo, saya 'rai' lagi. balik rumah, sia-siakan masa depan laptop, bukak semua/kebanyakan lagu pasal jiwang yang ada dalam laptop, dengar sampai tidur, dan tak habiskan kuota bacaan quran untuk semalam. juga tak siapkan kerja. juga tak stadi. juga tak bla bla bla bla. orang kampung saya guna istilah 'mecok'. saya pun taktaw ape maksud mecok dalam bahasa baku.

dan pagi tadi, bila saya bangun tidur, terdetik 'alhamdulillah aku hidup lagi, macamane kalau aku mati semalam..'.


hanya kita tahu macamane kita dengan Tuhan. kebanyakan risiko tu ada harganya.

rak rai jiwa pun, sebab exam semalam terok, jangan sampai lupa esok ada exam. pool pon pool jugak, walaupun semalam tak jadi. ceh. nak rai pun, jangan sampai ..............


bernafaslah, takkan nak biarkan lalang tumbuh depan rumah semata-mata nak lihat tumbuhan menghijau.

bai.




time exam la nak bukak sume sume lagu lama. pali la ajar ni.haha.

Sunday, March 27, 2011

hujan hati

sejak dua tiga hari lepas, saya letak gambar hujan sabagai profail pikcer kat fesbuk.


agaknya semua orang pernah rasa.

nikmat mandi hujan dengan kawan-kawan sambil lari-lari. lepastu kena marah ngan mak.

nikmat mandi air laut yang berombak.

nikmat lihat ombak air laut.

nikmat lihat air laut. ah,masih takleh lupa kenangan selat bosphorus.

nikmat air sejuk ketika cuaca panas.

nikmat air susu ibu tika kita kecil-kecil yang menjadikan kita sebegini sekarang.

nikmat mandi di musim panas.

nikmat air wudhuk.

nikmat air mata ketika ia turun kerana mengingati Tuhan.

dan itu nikmat yang paling indah barangkali.


pasal gambar tadi. ada nikmat yang saya rindui.

saya pandang dengan rasa rindu pada hujan, yang menghentak atap rumah dan mendesak binatang melata menyepi. hanya makhluk langit berbunyi. terkala disahut makhluk berkepak. juga makhluk berlompat.

saya pandang dengan rindu pada rumah. tempat saya buka kitab-kitab usang arwah ayah, gudang untuk saya tahu nama-nama mereka yang terlebih dahulu mencintai tuhan. Said Hawa. Syeikh Yusuf al-Kandahlawi.

saya pandang dengan rindu pada sahabat sekampung. yang dahulunya berselut bersama. mengayuh basikal ke sungai kelantan semata-mata untuk melihat air sungai. haha. mencari ikan dan belut di sawah kampung yang entah bertuankan sape. mengejar burung sita (seakan puyuh) di waktu tengah malam hanya untuk nikmat ratah isi yang tidak layak dipanggil isi. mencuri masa antara maghrib isyak untuk mencari belalang 'rusa' yang ditandingkan bunyinya. bermain meriam 'tin' di hujung kebun bertemankan lilin sebatang. ke rumah tok quru quran malam-malam berbasikal untuk mengutip sedikit ilmu. fuh,cukup indah.

saya juga pandang dengan rasa rindu. rindu pada insan-insan yang mengajar saya tentang hidup yang telah kembali kepada Dia. Arwah ayah yang amat sayangkan anak laki sorang. merotan tatkala malas mengaji Al-Quran. hampir tiap petang mengajak saya menemani beliau menyiapkan tugasan-tugasan sekolah sambil joging-joging petang di padang sekolah. ah, tentang beliau cukup sikit.cukup sikit. Beliau mengadap Tuhan terlalu awal, sewaktu saya darjah dua. tapi nikmat Allah sentiasa cukup. kan?
Arwah nenek yang pagi-pagi 'paksa' saya untuk gali ubi, pergi pindahkan kambing ke tempat berumput, mencari durian di kebun di serata kampung, ber'cedong' di sawah, menemani beliau ke masjid untuk mendengar tazkirah maghrib dari ustaz-ustaz yang menyenangkan hati, mengenali orang kampung, 'woghih-waghoh', dan salasilah keturunan. masih tengiang bila beliau mengadu kesakitan barah pada saya pada sekali-sekala saya di rumah. hampir setiap hari saya berdoa dan menangis minta beliau dipanjangkan umur, tapi Allah lebih sayangkan beliau. meninggal ketika saya dalm perjalanan pulang dari INTEC, membuatkan saya terkelu tanpa air mata. menemani jenazah dari hospital ke rumah, dari rumah ke tanah. Allah. Allah. pertama kali turun ke liang lahad. kerana saya satu-satunya waris lelaki.
Arwah mak cik yang takpernah bosan marah jika malas. tegur bila diri makin liar. menasihati untuk cari bakal isteri yang baik, tapi biarlah berpada. kenallah diri tu tahap mana. yelah, saya tahu kami bukannya keluarga berada.. tabah dengan penyakit yang menyeksa beliau dari dalam. sentiasa senyum dan bertanya khabar ketika menziarahi. senyum sebelum memula musafi ke Jordan. berita pemergian sewaktu hati tengah girang dengan persiapan iftar tahfiz soifi tahun lepas. cukup untuk buat saya 'gila' sebulan. hampir tiap malam menangis seorang. mula susut hafalan. dan semua mula berubah.
alhamdulillah, masih dibekali seorang ibu yang cukup penyayang dan sejuta tabah. tiga akak yang riang, adik yang panjang.haha. entah, dia terlebih tinggi, lagi tinggi dari abang. dan adik umi (mak cik) yang mengambil berat. hanya ini isi penting keluarga sekarang. tak, ini bukan hanya. ini nikmat Tuhan yang berisi, cukup sempurna dan indah. moga Allah panjang usia kesemuanya, dan berkati umur keseluruhannya. amiin.

dan, saya pandang gambar itu dengan rindu. rindu pada air mata, yang telah kering. kering sejak musim panas tahun lepas. seakan saya telah lupa bila kali terakhir saya mengalirkan air mata. seakan tiapnya saya 'menangis' denagn diri yang sudah tidak pandai menangis. hanya mampu menangis tanpa air mata, atau dibekali setitik dua yang cukup dihargai. agaknya, satu kesabaran pada satu kehilangan adalah satu cara Dia hapuskan dosa yang bertan-tan.

maafkan saya kerana menulis panjang. maaflah pada pembaca yang tidak dapat apa-apa manfaat. izinkan diri ini mengeluh sesaat, dan menyambung hasrat. untuk habiskan langkah di bumi israk.

maaflah hanip, sadis, tak menemani kamu malam ni. minta maaf pada semua, atas terlalu banyak silap langkah.

esok exam oral histology, pohon doa.

pada orang yang saya simpan rasa, maaflah, saya lebih suka 'bersembunyi', sebab asalnya enggang bukan untuk pipit. sedangkan Gru bercita-citakan bulan.


moga Allah tetapkan rasa syukur.




Saturday, March 26, 2011

hikmah I

"dakwah ni bukan apa yang kita ingin lihat hasilnya kejap lagi. tapi mungkin esok, bulan depan, 2 tahun lagi, bahkan akhir usia."

nasihat dari murabbi, dari Malaysia lagi. em, kenapa ye? sebab hikmah ni bersifat malu, 'taknak mengaku'.

dan Allah menciptakan setiap perkara dengan sebab.

hidup
mati
cinta
rasa
malas
benci
marah
mengantuk
kelas
dompet
nyamuk
sampah


juga, Allah takpernah jadikan satu itu sia-sia, melainkan ia disiakan manusia. eh,aku manusia jugak.

hah budak dentists, kamu ingat tentang tentang anatomi kepala dan tengkuk. tahu tentang istilah lateral (ke tepi/luar) dan medial (ke tengah/dalam).

ingat tentang tiga ligament (urat penyambung) antara rahang dan tengkorak kepala?

di mana tempatnya? di tepi bukan. lateral. bahkan hanya lateral. sebab tiap pergerakan 'batang' rahang kiri satu arah akan diikuti secara automatik oleh 'batang' rahang kanan.

maka, tak perlu kepada ligament medial.

kalau yang budak bukan dentist takleh faham. bayangkan depan anda ada satu topi keledar dengan punutup dagu. topi keledar tu pulak ada bahagian tali yang sambung tempat dagu dan topi kat bahagian kiri dan kanan. macam biaselah,takkan takleh faham kot. er, tapi, pada tiap bahagian tali tu, (kiri dan kanan) ada dua tali lagi (yang menyambung dari topi ke tempat dagu), dari belah dalam topi dan luar topi. maknanya, kanan dua tali, kiri dua tali. selalu topi keledar satu tali je dari dalam kan.

lebih kurang tengkorak, hanya satu kumpulam ligament dari belah luar (lateral). sebab ia dah cukup untuk gerakkan rahang. kenapa Allah tak letak satu ligament kat belah dalam (medial), lagi kukuh?

sebab Allah takkan ciptakan walaupun satu makhluk yang sia-sia dan tiada funsi, meskipun Allah Maha Pencipta. Allah takkan membazir mencipta sesuatu tanpa fungsi.

lebih-lebih lagi manusia. aku dan kamu...


#aduhai,letih fikir analogi. takpelah, nak save fakta ni, naka baca lain kali. untuk sentiasa ingat, Allah mencipta kamu, kerana dirimu begitu berharga. etlis ada harga la.

moga mudahlah untuk semua yang ingin berangkat, walau ke mana.

Monday, March 21, 2011

sabar dan terus mencuba,lama-lama awak akan nampak rupa dia

hidup ni tak lepas dari belajar. sedangkan untuk belajar pun kita kena belajar, belajar macamane nak belajar seperti seorang pelajar yang sedang belajar. eh,macam matluthfi plak.

samelah bab lensa, masak, pes, meneran sekalipun. bab agama, bab pergaulan, bahkan babulliqa'.

sebenarnya masih takpuas hati yang 19.3.11 tu sepermoon. takdelah super sangat. mungkin sebab kat jordan ni, 'super/suber' ni berskala kecil. kedai runcit biasa dah nama 'subermarket'. banyak contoh, simsima, abu ain, abu bakar dsb.

ini siri menjejak wajah bulan. lawa sangat ke bulan ni? boleh wat bini?


percubaan satu



zoom siket



ejas siket



ejas lagi.. tym ni dah tensen,asal x jadi. nak stadi lagi,esoknya exam microb



ada kemajuan, tapi bayang plak!




bayang dah hilang, tapi bulan xde rupe.




yes!! hampir nampak rupa.




yes! yes! yes! nampak dah siket




alhamdulillah. lawaa.. [kot]




last.



entahla ape-ape yang dah jadi.


tapi ni paling bez, lepas edit sikit.





















TARAAA!!!




boleh tgk kt sini.




#kalo rase tak lawa tu,boleh la kutuk kat bawah. sobs.



Saturday, March 19, 2011

sebab Dia pandai susun

Saya rasa hidup makin pendek, bila saya makin banyak tidur. kerana nilai hidup hanya pada jaga.

Bila budak UKM tegur. [assalamu'alaikum, habis dah exam?]
Bila budak JUST jawab. [wa'alaikumussalam, banyak lagi]

bermula cereka sebuah hiwar. pada purata, hanyalah seminggu sekali, selalunya jumaat. mungkin kerana keduanya sedang cuti.

hari ni jugak umi kol, kali pertama agaknya tengok muka beliau sejak tahun 2. rasa taknak tekan 'end call', tapi dah lewat malam, umi nak tidur. ni part paling bez hari ni.

sambung tentang hiwar tadi.

hiwar yang berkisar tentang kisah kamu, kisah saya. eh, logikkah suatu masa jadi kisah kita?

saya serah saje. dan saya tahu kamu pun sama. kamu ajar saya untuk tidak mengharap, tapi saya telah ajar diri saya untuk tidak mengharap lama sebelum kamu kata. mungkin juga sebab sama-sama kita percaya Allah yang tentukan semua. kita dah sepakat, belajar dulu.

saya hanya serahkan pandangan terhadap kamu hanya pada umi saya yang pernah pandang kamu. saya kan 'tak' pernah pandang kamu.

kamu pula serahkan pada ayah kamu untuk tentukan sedangkan saya paling takreti berbicara dengan 'orang tua'. saya tak sempat ditarbiah ayah saya untuk berbicara panjang dengan sahabat-sahabat beliau. maafllah (dulu).

kalau saya sempat belajar, agaknya saya beruntung. dan, kalau saya tak sempat belajar, agaknya kamu beruntung. errr.

ok lah, ntah bila lagi dapat 'borak', saya hanya nak abadikan tarikh ni. nama pun naskhah lama, untuk kita kenang. oh, pembaca jangan marah, dan jangan sangka buruk. bak kata anip, 'jalan bersangka baik ada seribu, awak hanya perlu pilih satu'.

jangan risau, saya tak pernah ingin percaya terhadap rasa suka. biarkan mereka mengalir datang dan pergi. kalau takdirnya pergi. nah, ini paling jujur dari aku. insya Allah. 



untuk kamu kenal. saya dah walikan 2 dari mereka, (akan) seorang lagi bulan 6 ni. jemputlah ke rumah, bawak ayah. hoho.



tak perlu fikir jauh-jauh sangat, lama-lama sangat. hidup dulu. hidup dulu. bak kata abang imran, apa-apa kita sandarkan untuk bawa mati. ye dak?

dengan bukan semata berserah, saya suka berserah. sebab Dia pandai susun. 




Sunday, March 13, 2011

pasca-exam-1

alhamdulillah.

huh,lulus.lega sangat. sebab takut dengan subjek hapal. Allah bayar ikut kerja,untung dari modal dan usaha,kan.

nak apdet kejap je.


lepas exam,jalan-jalan borak.

ponteng kelas.

lepak-stadi-tidur kat rumah amar.

smayang kat masjid tal.

borak-borak ngan kawan thailand,sedihnya,dia ingat nama aku tapi aku lupa nama dia.

dengar kisah Rasulullah.

dan tadi,ada orang tolong nak setel tiket.

tq boh,jasamu dihargai.terpaksa berkorban untuk akak yang nak kawen.




bertunang


ramai-ramai belah sana,hanya seorang saya kenal.yang berbaju oren.banyak lagi 'kerja'!!


yang selalu jadi wakil 'wali bagi pihak perempuan' dan penasihat adat


abang ipar pertama merangkap mentor bab kamera,kereta,paip,enjin,wanita,motor,dll.hehe.


ni majlis pertunangan akak 3,nak kawen bulan 6 ni.'terpaksa' balik.payah hidp 'bertugas' ni.




hiduplah seadanya k.e,lusa awak ada exam. amanah takkan selesai dengan hanya berfikir.

gudlak semua.





#oh,minggu ni masih ditegur huruf 'sin'. =(

Monday, March 7, 2011

amal jadi mual

ada masa semakin ditambah amal baik, semakin bertambah gelisah.

runsing.resah.serabut.

ah, semua bersekutu dalam satu aliran urat nadi dalam satu masa. mereka bersekutu menyeksa tuannya.

"Bukankah aku sedang melakukan kebaikan? Aku baca Al-Quran! Aku qiam!", rayu tuan tubuh pada 'darah' yang menyeksa dirinya.

Amal baik dia terseksa berada dalam darah dia.

"Aku bukan sampah untuk dicampur dengan najis!", gertak amal pada tuannya.

Amal tadi mual dengan tuannya. MUAL!!

"Kau pendosa! Tapi berlagak 'soleh'. Aku tidak layak mengalir bersama darah kau."


"Bebaskan aku. Lepaskan aku. Aku mulia."


Amal masih merintih.


Dan tuannya masih 'terseksa'.

Dia lupa dia manusia.

Dia juga pendosa.

Dia pelupa.

Dia lupa untuk meminta pada pemilik tubuh dan amalnya. meminta ampun akan dosa-dosanya.

Bahkan, dia bangga akan amalnya, sedangkan segala amalnya dari Tuannya, Tuhannya, Allah.

kerana Allah adalah pemilik amal. Allah pemilik nyawa. Allah pemilik syurga. Allah pemilik neraka.

andai kita memikirkan amalan dan meletakkan harapan pada amalan untuk dapat syurga, di mana pengharapan kita pada Allah?


Apa agaknya kita andai dicerca oleh amal sebegini rupa.

Ditakuti darah alah dilaruti dosa seperti lumpur yang alah dilaruti tanah.

Takutlah penulis! Takutlah!



hambayangderhakalagi,
keluhkesahdalamkelasmicrob,
06.03.2011.






#amal baik akan membakar amal buruk.kan?

Sunday, March 6, 2011

tanpa arah

malam ni nak hapdet blog tanpa arah.

minta maaflah pada pembaca yang tak faham ayat pada post lepas, lepas-lepas, juga lepas ni. almaklum, memang tak pandai mengayat pun, sebab tu takde yang lekat. isy, merapu.

tadi tidur awal, balik solat maghrib terus tidur. bangun pukul 11 malam,kononnya nak setadi. masih lagi konon. entahle, rase penat sangat hari ni, bukan buat rumah pon.

ade niat nak tulis kisah kat UK, kekaguman pada sikap manusia dan pelajar-pelajar kat sana.

ade niat nak tulis pasal Istanbul, pengajaran yang dapat dari sana. kenangan semasa lawat maqam sahabat. takpelah, tunggu dulu.

hari ni, yang duk tunggu-tunggu dah terlerai, ade jugak sikit. alhamdulillah, hilang gelisah. bale bale. kalau tak, merana. oke, yang ni memang payah nak faham. private!

tadi pegi belajar quran, heh, nak jadi soleh la katakan. insya-Allah2. paling tidak, sem ni lagi rajin setadi. oh ye, 'rehlah' tadi. hmm,rehlah? sepatutnya mendengar ilmu ni 'rehat' bagi penuntut ilmu, ye dak? al-kisah, aku kagum sangat dengan keikhlasan orang arab bab mengajar ni. beliau tanya kami, bila ada masa free lagi, kot-kot boleh wat kelas tambahan. padahal, masa beliau dah penuh dengan mengajar dan belajar. bila kami cakap tak nak ambil masa beliau, beliau kata 'masa saya adalah untuk Allah'. terasa yop. dahla time nak balik, beliau pulak yang bagi duit tambang. waaaaa, sumpah segan n nak nangis. bila tanya senior-senior, benda yang same mereka hadapi, syeikh yang bagi duit. TERBALIK! kalau ponteng kelas lagi tak taw la.

dan, yang paling menarik, time balik dapat tengok matahari 'bersaiz besar' terbenam dari hujung jalan lurus dengan ada orang tengah berjalan kat tengah jalan. faham tak? memang nikmat. memang nikmat, sampai lupa nak exam.

oh, teringatkan exam, teringat lekcer head n neck yang takde satu pun lagi habis. takpe, lab dah cover secara ringkas, tunggu hapal kronik je belum. ade-ade je alasan.

oke, cubalah untuk setadi awal. anda dentist, jangan lupa. medic pun kena rajin, farmasi pun kena rajin, fisioterapi pun kena rajin. bukan awak sorang.


#tengok amar (konon-roomate) tidur kat sebelah, menguji sungguh.


selamat!

nah gambar, kurang lawa sebab bukan dslr. haha.




'rakyat' Busyra agak baik. =)




Thursday, March 3, 2011

syaitan

Di sisi ahli ilmu, jin ada beberapa peringkat/jenis:
1.yang (secara umum) dipanggil jin.
2.yang tinggal dengan manusia dipanggil 'aamir.
3.yang mengganggu kanak-kanak dipanggil arwaah.
4.yang jahat dan cuba membahayakan dipanggil syaitan.
5.yang lagi teruk dari syaitan dipanggil maarid.
6.yang lebih teruk dan kuat dipanggil ifrit.

[menurut Ibn Abdul Bar yang dipetik dari buku 'Dunia Jin dan Syaitan', Dr Umar S. Al Ashqar]


"Jin itu ada tiga jenis: jenis yang terbang di udara, jenis yang (menyerupai) ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah."  - sahih al-jami' (3/85)




tu ringkas pasal jin, dan syaitan.

aku tak pandai nak bercerita jauh pasal benda ni. cuma nak nyatakan bantuan ringkas bagi yang memerlukan dari yang aku dengar-dengar.


ada satu dialog (yang diubah suai) antara seorang agak-pesakit dengan seorang ustaz. pesakit tu mengadu pasal tanda-tanda gangguan yang dia perasan melalui mimpi dan beberapa hal lain.
ustaz tadi tanya pada lelaki tu,

"Kamu ada apa-apa amalan lazim tak?"

"Ye saya ada. Insya-Allah, saya cuba untuk tidak tinggal 'lailahaaillallahuwahdahu.....' (taktahu la ape nama zikir ni), al-mathurat dan zikir fatimah."

"Haa, amalan ni dah cukup, asalkan awak istiqamah. Orang yang kena ganggu bukannya mat rempit, yang tiap malam lalu depan kubur, tapi mungkin orang yang hafaz Quran. Mungkin dia tak mengulang, wallahu a'lam."

"oke, tq."


kalau ditanya pada orang yang kena rasuk. dia turut mengaku benda ni psiko je lebih. kesian la pulak kalo perempuan, kamu ada uzur kan. eh, ye ke, bukan zikir boleh ke? [taknak campur hal feqah wanita]

sedar tak sedar, tiap-tiap hari benda alah ni ganggu kita dalam solat cuma tak menampakkan diri je.

sedar tak sedar, mungki dia sekarang tengah duk sebelah aku sambil kutuk aku sebab mengumpat pasal 'dia'.

langkah pertama adalah kawal rasa takut. jangan buang, takut hilang pergantungan pada Allah. jangan lebih, takut jadi lupa Allah.

sedangkan pengubat sendiri takleh nak sembuhkan orang yang sakit tu tanpa kekuatan dan semangat pesakit tu sendiri yang nak lawan benda tu. ni ikut pengubat yang tu lah. ade je kot pengubat yang terer lagi an.

Allah boleh bagi kuasa kat makhluk tu untuk ganggu kita, tak mungkin Allah tak mampu untuk bagi kita kuasa untuk hadapi makhluk. kot-kot kita boleh kacau dia pulak ke. huh.

kalau orang tanya, "ye, saya tahu kena kuat semangat. tapi macam mane kuat semangat tu?"

adeh.

macam mana kita nak bezakan semangat seorang tentera perang zaman Rasulullah yang tikam diri sendiri kerana tak tahan sakit dengan semangat Saidina Hamzah yang berperang dan berperang sampai beliau ditombak dan dicincang.

[maaflah kalau kisah ni ada cacat, aku nak amik initipati semangat je.]

dan ada satu (mafhum) kisah. seorang tentera bertanya kepada seorang panglima perang yang amat handal berperang.

"Bagaimana kauu jadi begitu berani dan bersemangat ketika perang?"

"Kau gigit tangan kau sehabis lama yang kau mampu."


hmmm, maksudnya?

bukakla google tranlate. takkan tak faham kot.

ape sangat aku yang bercerita berbanding dengan mereka yang merasa dan terseksa. la samahallah.
Allah boleh bezakan nikmat antara dua orang manusia hanya dengan selapis tabir. sedang kita ketawa mungkin mereka 'bercereka'.


last, nasihat paling besar untuk diri sendiri.


semangat buka sekadar pada sebesar mana kehendak, tapi pada jarak mana kita berhenti.


sekian.




sampai masa mereka tetap kena mengalah. mesti mengalah. 

[ni iklan ramadhan sebenarnya]

Tuesday, March 1, 2011

Hukum

Kalaulah tiap makhluk ini dikira amal mereka dari kecekapan dan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas mereka, dan dianugerahkan syurga bagi mereka yang paling berjaya dalam tugas mereka, nescaya syaitan akan memenuhi tiap pintu-pintu syurga dengan mendabik dada.



Allah memiliki hukum berbeza.