runsing.resah.serabut.
ah, semua bersekutu dalam satu aliran urat nadi dalam satu masa. mereka bersekutu menyeksa tuannya.
"Bukankah aku sedang melakukan kebaikan? Aku baca Al-Quran! Aku qiam!", rayu tuan tubuh pada 'darah' yang menyeksa dirinya.
Amal baik dia terseksa berada dalam darah dia.
"Aku bukan sampah untuk dicampur dengan najis!", gertak amal pada tuannya.
Amal tadi mual dengan tuannya. MUAL!!
"Kau pendosa! Tapi berlagak 'soleh'. Aku tidak layak mengalir bersama darah kau."
"Bebaskan aku. Lepaskan aku. Aku mulia."
Amal masih merintih.
Dan tuannya masih 'terseksa'.
Dia lupa dia manusia.
Dia juga pendosa.
Dia pelupa.
Dia lupa untuk meminta pada pemilik tubuh dan amalnya. meminta ampun akan dosa-dosanya.
Bahkan, dia bangga akan amalnya, sedangkan segala amalnya dari Tuannya, Tuhannya, Allah.
kerana Allah adalah pemilik amal. Allah pemilik nyawa. Allah pemilik syurga. Allah pemilik neraka.
andai kita memikirkan amalan dan meletakkan harapan pada amalan untuk dapat syurga, di mana pengharapan kita pada Allah?
Apa agaknya kita andai dicerca oleh amal sebegini rupa.
Ditakuti darah alah dilaruti dosa seperti lumpur yang alah dilaruti tanah.
Takutlah penulis! Takutlah!
hambayangderhakalagi,
keluhkesahdalamkelasmicrob,
06.03.2011.
#amal baik akan membakar amal buruk.kan?
2 comments:
puasa
tq
Post a Comment