Sunday, March 27, 2011

hujan hati

sejak dua tiga hari lepas, saya letak gambar hujan sabagai profail pikcer kat fesbuk.


agaknya semua orang pernah rasa.

nikmat mandi hujan dengan kawan-kawan sambil lari-lari. lepastu kena marah ngan mak.

nikmat mandi air laut yang berombak.

nikmat lihat ombak air laut.

nikmat lihat air laut. ah,masih takleh lupa kenangan selat bosphorus.

nikmat air sejuk ketika cuaca panas.

nikmat air susu ibu tika kita kecil-kecil yang menjadikan kita sebegini sekarang.

nikmat mandi di musim panas.

nikmat air wudhuk.

nikmat air mata ketika ia turun kerana mengingati Tuhan.

dan itu nikmat yang paling indah barangkali.


pasal gambar tadi. ada nikmat yang saya rindui.

saya pandang dengan rasa rindu pada hujan, yang menghentak atap rumah dan mendesak binatang melata menyepi. hanya makhluk langit berbunyi. terkala disahut makhluk berkepak. juga makhluk berlompat.

saya pandang dengan rindu pada rumah. tempat saya buka kitab-kitab usang arwah ayah, gudang untuk saya tahu nama-nama mereka yang terlebih dahulu mencintai tuhan. Said Hawa. Syeikh Yusuf al-Kandahlawi.

saya pandang dengan rindu pada sahabat sekampung. yang dahulunya berselut bersama. mengayuh basikal ke sungai kelantan semata-mata untuk melihat air sungai. haha. mencari ikan dan belut di sawah kampung yang entah bertuankan sape. mengejar burung sita (seakan puyuh) di waktu tengah malam hanya untuk nikmat ratah isi yang tidak layak dipanggil isi. mencuri masa antara maghrib isyak untuk mencari belalang 'rusa' yang ditandingkan bunyinya. bermain meriam 'tin' di hujung kebun bertemankan lilin sebatang. ke rumah tok quru quran malam-malam berbasikal untuk mengutip sedikit ilmu. fuh,cukup indah.

saya juga pandang dengan rasa rindu. rindu pada insan-insan yang mengajar saya tentang hidup yang telah kembali kepada Dia. Arwah ayah yang amat sayangkan anak laki sorang. merotan tatkala malas mengaji Al-Quran. hampir tiap petang mengajak saya menemani beliau menyiapkan tugasan-tugasan sekolah sambil joging-joging petang di padang sekolah. ah, tentang beliau cukup sikit.cukup sikit. Beliau mengadap Tuhan terlalu awal, sewaktu saya darjah dua. tapi nikmat Allah sentiasa cukup. kan?
Arwah nenek yang pagi-pagi 'paksa' saya untuk gali ubi, pergi pindahkan kambing ke tempat berumput, mencari durian di kebun di serata kampung, ber'cedong' di sawah, menemani beliau ke masjid untuk mendengar tazkirah maghrib dari ustaz-ustaz yang menyenangkan hati, mengenali orang kampung, 'woghih-waghoh', dan salasilah keturunan. masih tengiang bila beliau mengadu kesakitan barah pada saya pada sekali-sekala saya di rumah. hampir setiap hari saya berdoa dan menangis minta beliau dipanjangkan umur, tapi Allah lebih sayangkan beliau. meninggal ketika saya dalm perjalanan pulang dari INTEC, membuatkan saya terkelu tanpa air mata. menemani jenazah dari hospital ke rumah, dari rumah ke tanah. Allah. Allah. pertama kali turun ke liang lahad. kerana saya satu-satunya waris lelaki.
Arwah mak cik yang takpernah bosan marah jika malas. tegur bila diri makin liar. menasihati untuk cari bakal isteri yang baik, tapi biarlah berpada. kenallah diri tu tahap mana. yelah, saya tahu kami bukannya keluarga berada.. tabah dengan penyakit yang menyeksa beliau dari dalam. sentiasa senyum dan bertanya khabar ketika menziarahi. senyum sebelum memula musafi ke Jordan. berita pemergian sewaktu hati tengah girang dengan persiapan iftar tahfiz soifi tahun lepas. cukup untuk buat saya 'gila' sebulan. hampir tiap malam menangis seorang. mula susut hafalan. dan semua mula berubah.
alhamdulillah, masih dibekali seorang ibu yang cukup penyayang dan sejuta tabah. tiga akak yang riang, adik yang panjang.haha. entah, dia terlebih tinggi, lagi tinggi dari abang. dan adik umi (mak cik) yang mengambil berat. hanya ini isi penting keluarga sekarang. tak, ini bukan hanya. ini nikmat Tuhan yang berisi, cukup sempurna dan indah. moga Allah panjang usia kesemuanya, dan berkati umur keseluruhannya. amiin.

dan, saya pandang gambar itu dengan rindu. rindu pada air mata, yang telah kering. kering sejak musim panas tahun lepas. seakan saya telah lupa bila kali terakhir saya mengalirkan air mata. seakan tiapnya saya 'menangis' denagn diri yang sudah tidak pandai menangis. hanya mampu menangis tanpa air mata, atau dibekali setitik dua yang cukup dihargai. agaknya, satu kesabaran pada satu kehilangan adalah satu cara Dia hapuskan dosa yang bertan-tan.

maafkan saya kerana menulis panjang. maaflah pada pembaca yang tidak dapat apa-apa manfaat. izinkan diri ini mengeluh sesaat, dan menyambung hasrat. untuk habiskan langkah di bumi israk.

maaflah hanip, sadis, tak menemani kamu malam ni. minta maaf pada semua, atas terlalu banyak silap langkah.

esok exam oral histology, pohon doa.

pada orang yang saya simpan rasa, maaflah, saya lebih suka 'bersembunyi', sebab asalnya enggang bukan untuk pipit. sedangkan Gru bercita-citakan bulan.


moga Allah tetapkan rasa syukur.




4 comments:

che mu said...

entry ni paling menyentuh hati aku.
rasa macam ada air sungai mengalir dalam hati masa baca.

sebab entry tulus lagi ikhlas kot?heh

Anonymous said...

nikmat mana yang engkau(kita) dustakan?


entah. kalau mahu bincang fasal nikmat, tak akann habis. kerana manusia itu sering kali alpa.

tapi. bersyukurlah kepada-Nya kerana kita masih punya rasa untuk bersyukur kepada yang Esa. Walaupun sedikit cuma.

Dan, setiap yang Allah beri sama ada kita mahu ambil dia sebagai dugaan, cabaran, atau mahu sia-sia kan terpulang. we've made a choice :)

beruntunglah dia, jika setiap yang menimpa, dia mengambilnya sebagai satu cabaran untuk terus melangkah :)

oh! dan semoga jadi seperti tabahnya ibu. kehilangan suaminya bukan lah untuk beliau jatuh, tetapi bangkit dan membesarkan anak-anak :)

dan semoga jadi sepertinya kuatnya ayah, kerana masih mampu tersenyum walaupun diri dilanda barah.

dan ingat, kita boleh jadi orang lain icon kita, tapi icon yang boleh terkesan di hati, ialah mereka. IBU BAPA kita :)

*er. Nabi Muhammad tak dinafikan icon yang terbaik dan paling hebat dan wajib diikuti. tapi maksud disini, icon(mereka yang kita sendiri nampak dan boleh dijadikan contoh. atau erti kata lain, icon selepas Rasulullah SAW)


dan semoga berjaya dalam oral histo.

Satu yang harus saudara tahu, kita tak akan pernah tahu kemampuan diri kita yang sebenarnya-benarnya melainkan, Dia yang Satu iaitu Allah swt :)

cerimerah said...

(T_T)
nk nangis akk bce entri ni..
rindu itu 1 nikmat..klau kamu ngat pd mereka yg tlah pergi dulu..cpt2 titipkn doa,jgn tunggu dlm sujud dan lpas solat je.
tiap org ada ujian yg berbeza dek,belom sempurna iman ssorg tanpa diuji..syukur dan syakurlah apabila diri diuji.yakin,Allah sentiasa bersama hambaNya yg sabar.

bittaufiq exm.

Akhyar said...

zaimu;
ntahla zaimu,moga Allah jadikan kita tabah.

anon;
trima kasih ats nasihat yg pnjg.. Allah dah ciptakan redha untuk hambanya yang diuji. tunggu hamba itu memilih. =)

cerimerah;
terima kasih ats 'ajaran doa' dan doa tu.
=)