Sunday, March 6, 2011

tanpa arah

malam ni nak hapdet blog tanpa arah.

minta maaflah pada pembaca yang tak faham ayat pada post lepas, lepas-lepas, juga lepas ni. almaklum, memang tak pandai mengayat pun, sebab tu takde yang lekat. isy, merapu.

tadi tidur awal, balik solat maghrib terus tidur. bangun pukul 11 malam,kononnya nak setadi. masih lagi konon. entahle, rase penat sangat hari ni, bukan buat rumah pon.

ade niat nak tulis kisah kat UK, kekaguman pada sikap manusia dan pelajar-pelajar kat sana.

ade niat nak tulis pasal Istanbul, pengajaran yang dapat dari sana. kenangan semasa lawat maqam sahabat. takpelah, tunggu dulu.

hari ni, yang duk tunggu-tunggu dah terlerai, ade jugak sikit. alhamdulillah, hilang gelisah. bale bale. kalau tak, merana. oke, yang ni memang payah nak faham. private!

tadi pegi belajar quran, heh, nak jadi soleh la katakan. insya-Allah2. paling tidak, sem ni lagi rajin setadi. oh ye, 'rehlah' tadi. hmm,rehlah? sepatutnya mendengar ilmu ni 'rehat' bagi penuntut ilmu, ye dak? al-kisah, aku kagum sangat dengan keikhlasan orang arab bab mengajar ni. beliau tanya kami, bila ada masa free lagi, kot-kot boleh wat kelas tambahan. padahal, masa beliau dah penuh dengan mengajar dan belajar. bila kami cakap tak nak ambil masa beliau, beliau kata 'masa saya adalah untuk Allah'. terasa yop. dahla time nak balik, beliau pulak yang bagi duit tambang. waaaaa, sumpah segan n nak nangis. bila tanya senior-senior, benda yang same mereka hadapi, syeikh yang bagi duit. TERBALIK! kalau ponteng kelas lagi tak taw la.

dan, yang paling menarik, time balik dapat tengok matahari 'bersaiz besar' terbenam dari hujung jalan lurus dengan ada orang tengah berjalan kat tengah jalan. faham tak? memang nikmat. memang nikmat, sampai lupa nak exam.

oh, teringatkan exam, teringat lekcer head n neck yang takde satu pun lagi habis. takpe, lab dah cover secara ringkas, tunggu hapal kronik je belum. ade-ade je alasan.

oke, cubalah untuk setadi awal. anda dentist, jangan lupa. medic pun kena rajin, farmasi pun kena rajin, fisioterapi pun kena rajin. bukan awak sorang.


#tengok amar (konon-roomate) tidur kat sebelah, menguji sungguh.


selamat!

nah gambar, kurang lawa sebab bukan dslr. haha.




'rakyat' Busyra agak baik. =)




No comments: