Thursday, December 29, 2011

iman

katak di bawah tempurung percaya bahawa hari masih siang.

apa salah dia?




Wednesday, December 21, 2011

umur

dikatakan umur sama dengan hidup. sebab, ada mula dan ada akhir. tapi, betul ke hidup ada akhir? ke mati dikira rehat bagi hidup. kalau nak cerita pasal hidup selepas mati, ia tidak ber-umur, sebab dah tiada akhir. eh, bukan ke ada kehidupan di alam alam barzakh? tu bukan kehidupan dalam 'mati'?


********


setiap yang ada mula mesti ada umur, maknanya ada akhir, ada mati. tak kiralah manusia ke, batu ke. kalau perasaan? matang, masa kecik-kecik takreti, bila tua sangat jadi nyanyuk mungkin. itulah umur bagi matang. cinta, ade je umur dia, tapi ada kemungkinan untuk bersambung, insya Allah. eh, malas la nak sembang bab ni.takcukup umur. haa, perasaan pun ada umur jugak!

bila fikir-fikir balik, banyak benda 'bodoh' kita 'ter'buat dalam period umur kehidupan ni kan. 'ter' laa sangat, kaannn..

tertumpah air milo atas laptop. terduduk atas ipad member. ter'lalu' di hadapan tv member tengah main fifa tengah nak gol. terlanggar dinding kaca kat JUST. terbaling samsung s ii pagi-pagi lepas bangun tidur. terbuang kad yang ada nombor telefon orang penting. tertarik earphone sampai putus. tersangkut tali beg kat tombol pintu. terhantuk bumbung bas. terponteng kelas. ter takstadi untuk exam. eh eh, banyak pulak 'ter' dia. bukan saya buat semua pun yang dinyatakan kat sini. umum ni umum.

tapi macam nilah, masa depan entah ape lagi yang 'ter' akan dibuat.

yang part malam, lalu depan member tengah main fifa dengan penuh serius tengah nak gol tu memang saya buat.

"dem shit bodoh, pesal ko lalu depan aku?!!!! kalau tak dah gol!!! ko ingat mudah ke nak score dengan mamat ni!!!! bodohlaa!!!" 

agak rasa macam berdosa besar, rasa nak kuar rumah jalan sorang-sorang tepi jalan sampai pagi je. gol game xbox je pon. ptui!! [nak ludah jugak]  wei, lapan ratus kali pun boleh nak main game tu, banyak lagi peluang untuk gol kot.

tapi [lagi], "such respect is much appreciated." sape tahu apa yang si A ni sensitif, yang si B ni sensitif. C, D, K, Y. ramai lagi orang untuk diperhati. paling kurang yang dekat-dekat, atau yang ditakdirkan dekat, takkan takleh nak faham kan. tak pasal-pasal sebab benda 'bodoh' tadi ada orang kena marah.

kesian yang kena 'marah'.

"oh Tuhan, bodohnya aku!! kenapa terbuat macam ni??" 


"sobs, kena marah."


"taktaw pulak dia terasa.... =.=" - sambil kuis-kuis kaki kat tanah


"0.o"

serba-salah bermaharajalela.

serba-salah pun ada umur, suatu masa matilah ia. marah pun ada umur.

bersyukur kan adanya umur, kita tak perlu takut lebih-lebih.


aduhai, siapa tahu apa aku rasa, apa dia rasa. lebih 'tepat', apa yang kau rasa?

wallahu a'lam. --> dikembalikan persandaran kepada Tuhan.

dalam perjalanan umur, agaknya banyak hal-hal sebegini, lagi-lagi di umur ini. betullah kan, lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum [ke terbalik ayat dia?]...



kepada yang baca sampai habis, maafla kalau melalut. paling penting, "saya minta maaf andai pernah 'ter' buat benda 'bodoh' atau 'disrespecting' awak. terima kasih!    =)"


paling akhir, kita pandang atas, senyum dan berkata dalam hati, "terima kasih Allah kerana masih bagi ruang kepada aku."

kalau manusia?



sekiang.




walau jalannya lurus, tapi bumi ni bulat adik oi!


Sunday, December 11, 2011

gigi palsu

salah satu kerja doktor gigi adalah utuk menyediakan gigi palsu yang sesuai untuk pesakit dia. gigi palsu ni banyak jenis. ada yang gigi palsu penuh (complete denture), ada yang gigi palsu tak penuh (partial denture). dalam bahasa canggih bidang ini dikenali sebagai prosthodontics. yang penting nak buat gigi palsu ni bukan 5 jam macam wat kek. mungkin 5 bulan jugak nak siap semua.

hari ni aku dah siapkan satu model complete denture (lilin+porcelain+'plastik'). nak buat untuk pertama kali bukan mudah. hari ni agak penat, kat makmal prostho. miss Amjad (salah seorang pembantu makmal) sempat ambik model gigi palsu yang dia buat dan soal kat aku, 'lawa tak?'

dalam hati aku, 'mestilah lawa, dah ko tukang buat denture'. tapi kat mulut aku jawab 'lawa' jela.


*************


pernah sehari dalam lab prostho, aku duk 'sembang' sambil siapkan gigi palsu dengan miss Amjad dan seorang kawan arab. ni sehari selepas Lan meninggal. dialog kami lebih kurang.


kawan arab: takziah untuk kawan kau. moga Allah merahmati dia.

aku: insya-Allah, moga dirahmati.

miss amjad: ada orang meninggal ke?

kawan arab dan aku: ye, budak batch kami jugak.

miss amjad: sape, mohamad syafiq? [dengan nada penuh terkejut]

aku: [dalam hati tahan gelak] eh, tak tak. mohamad syafiq tu hidup lagi. yang meninggal nama dia ilham ellani. dia meninggal sebab AML.

miss amjad: ooooo..


saje nak cerita. hanya untuk mereka yang memahami. ye lah, hal-hal tanpa jawapan ni datang pelbagai andaian.


kelip-kelip kusangka api, 
    kalau api di mana puntungnya,







first project. alhamdulillah jadi. palimg kurang nampak la ni gigi.

Friday, December 9, 2011

bosan


kat Irbid ni jarang ada program berkaitan sejarah yang matang macam kat mesir melainkan bawah ISMA. [rugi hari tu ada hal]

peminat tak ramai kot kat sini.

papehal. selamat hidup.

O Osman!



O my son! Now you are king!
From now on, wrath is for us; for you, calm!
For us to be offended; for you to please!
For us to accuse; for you to endure!
For us, helplessness and error; for you, tolerance!
For us, quarrel; for you, justice!
For us, envy, rumor, slander; for you, forgiveness!
O my son!
From now on, it is for us to divide; for you to unite!
For us, sloth; for you, warning and encouragement!
O my son!
Be patient, a flower does not bloom before its time. Never forget: Let man flourish, and the state will also flourish!
O my son!
Your burden is heavy, your task hard, your power hangs on a hair! May God be your helper!


- Syeikh Adebali -






200 tahun selepas nasihat ini mewarnai kesultanan Uthmaniyyah, mereka sampai ke sini.

Sunday, December 4, 2011

singkat

kesimpulannya, hargailah setiap orang selagi kita oleh hargai dengan jasad, dan melihat dia/mereka gembira. kalau tak berdepan pun, calling calling ke kan. janganlah ada yang lupa lama-lama nak call mak ayah kalau duk over sea ni.

bagi yang tak tahu, seorang sahabat kami, ilham ellani (dipanggil lan) meninggal sebab AML, sejenis leukemia. sayunya tak terkata, sampai kebanyakannya diam, dan menangis sendiri. kat rumah petang tadi, sebelum ke hospital, terdengar esak-esak. aku diam dalam hirom, merenung dalam. terkejut.

sahabat seusrah time first year. paling rapat dengan dia time ni lah. sekarang mungkin sebab pindah dah jarang sikit nak jumpa. agaknya sebab layanan dia dengan anggapan baik kat sume orang buat mudah sangat nak rapat dengan dia.

teringat hari rabu malam khamis, bergelak-gelak. siap sempat bergurau pasal pendarahan kat kepala dia lagi, nak kata positifnya anggapan apa akan jadi kat dia. dia pun gelak sama. cuma akhir-akhir pertemuan kami dia sakit lebih sikit kat kepala, abu gi usap kepala, sambil baca doa, ulya gi cari doktor, kheri pandang dari jauh, aku bersandar kat dinding sebelah abu. masing-masing dengan doa, dan memandang dengan sayu dan 'positif'. agaknya tu yang paling termampu kami tolong malam tu.

paginya dapat prognosis leukemia. ziarah pagi kejap je, sebab doktor suh isolate.dua tiga hari ni duk stadi ngan abu dan ozi (member serumah), kalau ada tersebut pasal lan, terus 'pangkah' dengan anggapan positif. 'insya-Allah takde pape.'

petang tadi dapat berita yang takleh nak caya. lepas pegi hospital dan tengok sendiri, 'betul la keri, dia dah takde' - bisik dalam hati.

innalillah wa inna ilaihi raji'un. ni kematian keempat orang yang saya rapat sebab kanser. semuanya datang dengan tiba-tiba dan ambil dengan tiba-tiba.

moga Allah jaga kesihatan kita.

dan, paling kurang, kita semua masih se-Irbid. dahla, jangan 'gaduh-gaduh' dah. senyum je. lepak je. kita tak tahu bila kita, atau dia akan dijemput juga.


sahabat ni meninggal sebagai seorang bakal doktor, dalam kalangan kawan yang doktor, dalam rawatan doktor dalam doa-doa bakal-bakal ustaz.

seolah-olahnya, kita takdapat nak ubah bila kita akan mati, kita dapat ubah bagaimana kita nak mati.


Sallamtak/tik.


"Ya Allah, matikanlah kami dengan mati (pengakhiran) yang baik, jangan Engkau matikan kami dengan mati (pengakhiran) yang buruk."




Friday, December 2, 2011

gerhana cinta luka





teringat time kat smapkajang dulu, member ambe sorang ni duk syok kat sorang puteri@akhawat@gadis kelas ambe [kat smap panggil puteri]. member ambe ni orang terengganu. 'buah hati' beliau orang perok. tok lebong lasong. punyalah lama beliau simpan perasaan sejak dari form 1 taksilapnya. 

yang paling epik, time akhir form five, lepas spm beliau cari ambe, mintak tolong dia tulis surat untuk nyatakan hasrat hati kat puteri tadi. kire serius punya plan, dan nak tahu jawapan. punyalah aku perah kepala fikir ayat, kena jaga tatabahasa dan tatasusila, sebab puteri tadi bukan sebarangan. bukan setakat siqoh, tapi asqoh. dan lawa! lepas habis goreng-goreng ayat dengan segala doa dan pengharapan, member ambe tadi hantar surat kat puteri tadi. kerana rindukan kambung, ambe terus balik tanpa follow up perkembangan cerita.

time misi melawat terengganu dan orang-orang tertentu di sana bulan 6 tahun lepas, Allah bagi ambe kesempatan jumpa beliau. bukak balik sirah lama, ditahqiq-tahqiq segala persepsi dan sangkaan.

beliau buka cerita.

'maaf, ana ikut pilihan mak ayah ana, mereka dah ada pilihan.' 


orang kate cinta ni buta. dengan buta ia datang, dengan buta ia pergi. betul ke tidak wallahu a'lam.


tapi ambe teringat kisah ni bila dia komen kat post lagu ni kat wall ambe.

'ni lagu orang frust...'


2 3 tahun lagi dia dah jadi ustaz. Allah akan bagi yang lagi baik untuk enta. peh, enta.



by eye..

Tuesday, November 29, 2011

di sebalik gunung.


exam semalam amat menyedihkan. kali pertama aku akan masuk exam final dengan carry mark kurang separuh. dan, ketakutan selalu bunuh aku dalam perjalanan.



pandu perlahan! anda tidak tahu apa di sebalik gunung, walau anda pemandu cekap.

Thursday, September 22, 2011

a kind of regret

live is like a pathway
and the roadsl always diverge.

once we took a road
that time we lost a road.
another road
that we've been thinking
what is the path
and the last.

and the other road
that we're walking
to the path
and the last
that we can never imagine.

something that i guess, and i regret..






*aku tulis kat seseorang. taktaw betul tak. sambil fikir sambil tulis. huh~

Tuesday, September 13, 2011

sinis ii

Al-Imam Ibn al-Salah ( meninggal 643H) dalam kitabnya `Ulum al-Hadith: “Entah berapa ramai di kalangan ulama yang telah melangkah kaki mereka di dalam syurga sejak seratus atau dua ratus tahun yang lalu, sedangkan kamu menyebut dan mengumpat mereka”




*dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=57#more-57

Monday, September 12, 2011

sinis

It is written that Al-Ḥajjāj ibn Yūsuf once entered a city. There was an elder cleric whose prayers were widely believed to bring blessings. He asked the cleric to recite a prayer for him. The cleric prayed: "O God, take his life away!" Al-Ḥajjāj, startled, burst out: "Old man, what kind of prayer is this that you recite for me?!" The old man replied: "It is for your own good and the benefit of the people."




Wallahu a'lam.

Friday, August 19, 2011

paling kurang kita cuba

korang bace, kalau tak berisi jangan menyesal.. sekadar arkib.


***

menjadi seorang lelaki tunggal dalam satu keluarga bukan suatu kondisi mudah. tanpa ayah dari kecil, tanpa abang, mahupun pak cik yang akrab. seingat aku, orang lelaki pertama yang aku dapat lihat dan aku jadikan role model adalah naqib aku di SMKA Falahiah, namanya Aslam, seorang lagi Nazmi. alhamdulillah sampai sekarang masih berhubung. ini waktu tingkatan 1. saat salam wida' akhir tahun, aku seakan ingin menolak abang naqib aku yang nak peluk aku, sebab aku tak pernah rasa (sejak minda sudah pandai mengingat) dipeluk seorang lelaki. rupa-rupanya itu yang dinamakan ukhwah fillah. isy, kalimah yang aku kenal baru 2 3 lepas agaknya.


di sekolah, banyak perkara 'fambel' bersifat kelelakian yang aku terbuat. haha. alasannya tidak pernah melihat contoh. alhamdulillah aku dikelilingi sahabat-sahabat yang kurang mengejek, dari situ aku belajar. boleh aku kata, Falahiah mengajar aku menjadi lelaki. bukan maknanya aku pondan sebelum tu, tak! na'uzubillah. cuma tidak diajar, sedangkan manusia ada naluri.


tiap kali telefon ke rumah, umi pasti terkejut. seminggu sekali aku akan telefon ke rumah, juga bila ada exam. tiap  kalinya umi terkejut.

"sapo ni?" - umi

"eri laa." - aku

"kkejut denga soro ore jate. mano ado ore jate nok talifon rumah ni..." - umi

haha, aku gelak je. tak terasa hati pun, dah tiada lelaki dalam rumah tu, bahkan yang berkunjung pun amat kurang. hanya sahabat-sahabat pelanggan jahitan baju umi yang selalu berkunjung ke rumah. itu kot hiburan bagi umi bila aku tiada di rumah, dan anak-anak lain ke sekolah/kerja. eh lupa, di samping kucing-kucing yang meriangkan. haha. kucing memang menghiburkan.


satu hajat arwh ayah yang tidak tercapai oleh umi, agaknya. kata umi, ayah aku dulu berniat nak letak aku di sekolah tahfiz, tapi Allah jemput dia dulu. dan umi pula tak tahu macam mana nak masukkan aku ke sekolah tahfiz. em, aku diam aje. terasa, duduk dalam tahfiz azzikr di jordan ni, entah ke mana nasibnya. terasa celaka jugakla part ni.. aduh!


jauh pulak bercerita.


hari ni aku melihat balik ke belakang. siapa aku dahulu. melihat 'hal-hal' yang aku cuba semata-mata untuk kenal erti reti. taknak jadi manusia bodoh. tiap yang datang aku persoalkan 'kenapa begini', 'kenapa begitu', 'apesal begini bukan begitu'. sebab takpuas hati dengan jawapan orang, aku cuba sendiri, aku cari sendiri. untuk kenal erti reti.


sejak ayah meninggal, hubungan antara keluarga belah ayah dan belah ibu retak. mungkin sebab belah ayah adalah kalangan adik-adik yang hilang abang sulung (ayah aku) seolah mereka kehilangan kemudi. dan belah umi yang semua adik beradik perempuan, yang kita maklum lebih mudah untuk ikut perasaan. agaknya manusia solo yang neutral, dengan seorang ibu saudara belah ayah. cari jalan untuk berbaik dengan keduanya. berbelas adik beradik ayah untuk didekati. walau aku tahu, aku budak kecil takkanlah nak menyatukan dua keluarga. tapi kerana sandaran yang menyuruh seorang anak untuk berjasa pada ayahnya yang meninggal, dengan menjaga hubungan dengan kenalan ayahnya. lagi-lagi keluarga. alhamdulillah, selepas 10 tahun kesemuanya berbaik. hasilnya aku dapat lihat bila majlis kawen akak ketiga bulan lepas. haza min fadli robbi.


***

banyak part dalam hidup, orang akan persoalkan.

"boleh ke kau buat?"

"jadi ke nanti?"

"kalau gagal?"


banyak lagilah. padahal kita belajar dari kegagalan. aku pun tak tahu part mana kita boleh belajar dari kejayaan, melainkan untuk dijadikan contoh. tapi ilmu yang pure datang pada diri, datang dari kegagalan. apa-apa bentuk kegagalan.


hamka ada tulis perumpamaan, yang dapat difahami (aku tulis ikut ayat sendiri, malas nak cari buku, maaflah taksedap).

bila kita berada di bumi, kita nampak pasir-pasir yang kecil, dan bukit-bukit yang besar. bulan, bintang yang tinggi. pokok-pokok yang melitup. bangunan yang mencacak. sungai. lautan. tasik. gurun. bila kita naik ke langit kita akan lihat bukit makin kecil dan makin kecil. laut, sungai, hutan, makin hilang dari pandangan. sampai masa kita lihat bumi hanyalah sebesar pasir yang kita lihat di bumi tadi.


dan pesanan seorang guru biasa di sekolah menengah biasa, tapi berjiwa luar biasa. "gapailah bintang di langit, tapi jangan lupa rumput-rumput yang kaupijak."

dalam banyak hal, kita tak layak untuk takut mencuba, sebab sudah terlalu banyak ketakutan lain. andai dibina banyak ketakutan, mana hilang beraninya? madam aisyah pernah cakap, "tiap 'tak boleh' yang kita ucap, seolah kita bina dinding di hadapan kita."

jatuh dan rebah dalam perjalanan kehidupan, boleh kita jawab, "paling kurang kita cuba."

di samping "alhamdulillah", "Dia aturkan yang terbaik", "masih ada masa", dan selainnya.

ikutlah, asalkan bahagia. teguran untuk diri sendiri sebenarnya.

http://soundcloud.com/isthur/dmasiv-jangan-menyerah dan syukuri apa yang ada.








# i'Allah akan dapat dua orang lagi anak buah. dua sedang mengandung.


yang paling bongsu dalam femili.

*bila entah giliran aku

Tuesday, August 16, 2011

time lapse yang tak jadi.

haha.

takpe lah. hargai diri sendiri. huhu~








pemandangan dari tingkap bilik..
pagi 15 Ramadhan 1432

sila tekan 'Ctrl +' untuk besarkan saiz..

Sunday, August 14, 2011

iqamah ii

aku taktaw kenapa hal iqamah kali ini telah bagi aku berbakul-bakul pahala, dan berbakul-bakul dosa. mendatangkan 'stigma' kepada akal aku terhadap ramai individu terutama yang berkaitan dengannya.

mungkin masalah ni ramai orang kena dan dah banyak imbuhan 'mereka' dapat, dan kami juga. mungkin secara tak sengajanya, nasib aku kurang baik bila ia bertembung dengan bertali-tali kemaslahatan lain yang takjadi sebab ia seekor.

dan hasilnya juga. blog ini penuh dengan post marah. sedangkan ramadhan. sampaikan aku bersyukur dengan masuk ramadhan, sebab hati aku lebih lembut untuk memaafkan.

dah berpati dalam hati.

kerana ada hadis yang menceritakan tentang mereka yang sesat dan menyesatkan, maka aku anggap ini sebagai susah dan menyusahkan.

tahun depan aku tolong mukmin buat iqamah. takde lah nak kutuk saje.

kalaulah orang yang teraniaya atau orang yang diuji dapat pahala, takkan 'orang yang menguji' dapat dosa kot?

taubatnya bagaimana?

na'uzubillah..


wallahu a'lam.

Friday, August 12, 2011

moga berjaya, insya-Allah

ada dua benda besar bermula semalam (atau hari ini agaknya);

1. belajar bersungguh-sungguh untuk exam imunologi sabtu ni.

2. hal-yang-tak-perlu-diceritakan.

moga kedua-duanya berjaya. insya-Allah.


Selamat menghadapi 2/3 ramadhan.

Sunday, August 7, 2011

pemimpin

kita akan jumpa dua jenis pemimpin:
1- pemimpin yang mengguna rakyat
2- pemimpin yang membina rakyat.


bezanya,
pemimpin yang mengguna rakyat hanya ingin menyelesaikan tugas-tugas kepimpinan dan menjadi sehebat-hebat pemimpin.

pemimpin yang membina rakyat 'hanya' ingin menyelesaikan masalah-masalah rakyat dan menjadikan rakyat sehebat-hebat rakyat. eh, secara tak sengaja dia menjadi sehebat-hebat pemimpin.


barangkali,
pemimpin pertama adalah pemimpin untuk dilupai.
pemimpin kedua adalah pemimpin untuk dikenangi.




saya sebagai rakyat mengharapkan pemimpin yang kedua.

wallahu a'lam.

Friday, August 5, 2011

Apa yang telah ditentukan

Saya sayang nak delete terus..










******




Tetaplah teguh di hadapan gerbang pintu Tuhanmu,
tinggalkan yang lain, dan memohonkan
kepadanya selamat,
dari negeri yang penuh fitnah ini.
Janganlah sempit dadamu,
segala kejadian adalah perkara kecil belaka.

Tuhan yang menentukan
Dan alam berbagai ragam,
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan, itulah yang terjadi.

"Kalau", "Kenapa" dan, "Betapa"
Adalah cakap orang dungu.
Dia hendak merintangi Allah, dalam apa yang dia mahu,
qadar dan taqdir, semuanya berlaku dengan sebenarnya.
Hatiku: Bangunlah, tinggalkan olok-olok.
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi.

Engkau dan semua makhluk, adalah hamba belaka.
Tuhan terhadap pada kita,
berbuat sekehendak-Nya.
Duka dan murung, apalah faedahnya,
telah tertulis lebih dahulu, tenteramkanlah hatimu.
Jangan banyak dukacita,
apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi,
yang untuk orang lain, tidaklah sampai kepadamu.
Apa yang untukmu, mestilah kamu capai.
Ingat saja Tuhanmu, dan terimalah bahagianmu.
Dalam mencari hakikat dan dalam memelihara syariat.
Jangan banyak dukacita,
Apa yang telah ditentukan,
Itulah yang terjadi.


Sayid Abdullah bin Alwi Alhadad -



Thursday, August 4, 2011

dah siap

hei seseorang!

banner dah siap, kenapa tak ambik?

haisy..





# antara part paling dibenci, bila ada kawan yang melebih-lebih nak tahu kisah yang taknak diceritai. maaflah kawan, fakta ini bukan untuk kamu!

Friday, July 22, 2011

babi

dalam imun, kemungkinan besar nak dapat organ ganti dari binatang adalah dari babi. bak kata doktor. tiba-tiba teringat kat makhluk ni sebab stadi imun. 'mulia' pulak ko eh.

amar cakap, babi ni 'hebat' sebab, mudah nak bela, boleh makan apa sahaja, boleh beranak 3 kali dalam masa setahun. hm, orang penah cakap daging babi adalah daging nombor dua paling sedap selepas daging manusia, wallahu a'lam. macam dia penah try pulak. aku? na'uzubillah.

# oh, baru aku perasan, orang yang bela babi dah dapat anak dua ekor berbanding iqamah aku yang belum siap.

Tuesday, July 19, 2011

cetus

"Cilakak!!" - tengking zaimu sambil menmbuk pintu biliknya.

4 orang ahli rumah pelik, dengan ketidakbiasaan perangai Zaimu hari tu.

"Pehal?"

"Visa aku kena wat balik."

"Oh. Allah nak ajar kau bersabar."



Saje aku nak tulis nama zaimu. rindu kat mamat kurus ni sekor. 'sekalo' mamat ni la kejut aku subuh, ataupun sebaliknya time kat SMAPK dulu. skang xde dah. ye ah, dia bukan serumah dengan aku.

hisy hisy hisy. aku takleh lupa lagi part dia dan 'baok' stadi kat bawah lampu malap tengah jalan. katanya carik 'feel'. tengkorak hangpa!

kawe tabik demo boh. aku taw mu baco. nok bual lamo nga mu, mu sibok sokmo. ho lah, sep siqoh banyak tugas dakwah. tu aku kagum dengan mu. malu urat perut. nati aku gi mesir rayo haji ni, kalu mu tok sambut meme aku kerat-kerat wat sup tule ah. kah kah.

weh, moga kita tak lupa. nyawa bagi jiwa kita adalah kita. bila kita kata dia mati, matilah dia. soalan pulak, apa nyawa bagi kita? aku berpendapat, nyawa kita adalah apa di sekeliling kita. sebab tu seorang 'penyepi' adalah orang yang mati sebelum mati. orang yang berhenti adalah orang yang tewas sebelum tewas. kalau dulu, mak ayah yang bentuk 'sekeliling' kita, naqib, ketua badar, saen. Leni, kita sediri. mu sediri. aku sediri.

ttahulah gapo aku tulis ni. sengajo wat bahaso kelate, tokse wi rama pehe. keh.

bai, brader.

Wednesday, July 13, 2011

dari sudut pandang

dalam proses menghabiskan buku pandangan hidup muslim, karya HAMKA. aku ceraikan sejarah untuk seketika. 

yang dibaca petang tadi.

Bernyanyi rasanya alam ini bila dilihat dengan mata seni. Keindahan alamlah gabungan rupa dan suara. Dengan sendirinya anda akan mencintai diri sendiri kerana hidup diliputi keindahan. Anda terharu. Terharu adalah gabungan gembira dan sedih. Gembira merasai keturunan hidup, sedih mengingat kecil diri di hadapan kebesaran-Nya. Anda akan menarik nafas panjang, lalu terlontarlah sesuatu kalimat dari mulut anda: "Allah".

Dengan ucapan itu berhasillah anda.

Batas antara seorang seniman dengan seorang sufi tipis sekali.
Pernah ada seorang menanyakan kepada seorang guru sufiah yang terkenal, iaitu Junaid Al-Baghdadi, betapa pendapat beliau tentang perkataan sebahagian orang, bahawa wanita itu adalah 'tali syaitan' untuk memperdayakan manusia. Beliau menggelengkan kepala dan berkata, "Biarlah orang mengatakan perempuan tali syaitan yang memperdayakan manusia. Adapun bagiku kecantikan wanita adalah tali Tuhan buat memperteguh iman dan kepercayaanku kepada Tuhan."

Bagi Junaid rupanya kecantikan wanita adalah salah satu cabang keindahan, anugerah Ilahi. Sama juga dengan keindahan kembang yang mekar, indah dilihat, tetapi jangan diganggu. Jangan diserumpunkan rasa keindahan dan seni dengan syahwat hawa nafsu.



- Pandangan Hidup Muslim (HAMKA) -





waktu memandang alam, terucap, "Allah!"




terpulanglah kepada yang memandang






gembira atau tidak, kita menghadapi hidup, hanyalah pada sudut pandang yang kita letak.






Monday, July 11, 2011

.

tamatlah riwayat!

fuhh.

Tuesday, June 14, 2011

cuti

aaaaa!!

iffah!!!


erghh!!

afiq wat ape tu?!!




tensi tensi. macam ni lah ucapan hampiar tiap malam. 'mengasuh' kononnya, dua orang anak buah yang 'ceria'. pak cik mithali lah orang kampung kate. kah kah. 'koya'. takdelah sangat. pakaikan pempers pun dah bingung. tak reti wa pempers moden. [alasan] tapi last last jadilah. et lis aku layan la kenakalan anak buah. walau laptop dah dibuli-buli. enset dibaling-baling. siqoh tak?


waktu syurga dah bergerak separuh. tak sampai separuh pun lagi untuk manusia macam aku. OT la katekan. 'kerja' lebih, balik lambat. kumpul harta nak bagi makan anak bini. uhuk. berdosa aku menipu. moga mampu kaver. amin!


currently at kertih, kemaman, terengganu. walaupun aku anak jati kelantan. tapi teganung lawa! layak dipuji. sebab H2O je pon, dengan NaCl. banyak pantai, banyak sungai. memang ni kelemahan aku. adeh. tapi part bola aku tetap terbakar. ha ha. duk sini, 5 hari, teman kak long sebab suaminya ke KT, ada kursus. duk umah tengok bleach jugak. hampeh tapi ok la kan. dari tengok anak dara orang. ye dak?

*dush*
gatai hang sekarang!

erk, saya gurau pak.


sabtu ke majlis kawen orang. nice. simple. slek aku tak bawak speedlight, kalo tak gambar dah boleh bangga. kebetulan tarikh dah dekat misi ke terengganu. extend teruslah. hm, petangnya ke teluk gadung, dekat dengan tempat kawen. 'merengek' aku kekaguman. lama tak tengok hutan sebelah laut yang sebelah muara dengan ombak separa tenang, dengan muara penuh tenang. anak ikan berenang. sunyi. peh. peh. peh.


esok ke KT jap, ziarah member. memberah tak kot. malamnya ke KL. peh, sakan, seorang. seterusnya ke Miri, seteret ke Brunei. memang berjalan. ada 'misi'. cari pengalaman nak jaga anak bini.

*pap*
tak habis lagi? - tangan masih melekat di pipi.

aduh, sori pak, saye gurau. tobat tak sebut lagi. belajo belajo dulu.


gambar teluk gadung, tengok rezki la. hu hu. malas nak mengedit. walaupun gambar selalunya takdelah lwa sangat. edit pun tak reti sangat. bak kate madam aisyah, learning is a process.

dan, tadi ke pantai kemasik. lawa boh. batu besor besor. air jernih. pata tok dalang. ketang takdop starang.

dah. nak tido.


adios!



muara teluk gadung



sungai dan biasan mentari


kilau


bukang bunuh diri tu


hujan on the way balik


ni lah mereka. riang ria di kemasek.


ni time majlis kawen.



Thursday, June 2, 2011

sayang

betullah orang cakap


kita akan lebih merasa sayang, pada nikmat yang hilang.






hari ni aku akan pulang (sebulan) ke Malaysia dengan perasaan yang tidak lengkap. Entahla sebahagian masih tertinggal di sini ataupun sebahagian telahpun sampai di sana.


Selamat menekan bagi yang akan exam hari ni. jawab betul-betul, lupakan sekejap roti canai kuah kacang.

juga, selamat mendarat dengan selamat bagi yang terbang.


oh, bagi yang nak buat 'afaa gharamah pulak, moga lancar. tahun depan jom kita siapkan iqamah sendiri-sendiri je.

Tuesday, May 31, 2011

lagi

bukan sebab apa aku bengang.

1. 'surat muwafaqah ko hilang, entah ke mana.'
oke, takdir la tu. cuba wat yang baru. takpun gi tanya kat ISO. oke, fine. aku wat. aku gi tanya. alhamdulillah ada.

2. 'terlepas pandang file. dah ada time first sem. jadi tak valid yang ada skang'. oke, fine, aku terima. memanglah, dah banyak-banyak, ada silap.

3. apeehal tak gitaw awal-awal. baru semalam budak2 ni ramai2 gi amman wat 'pengampunan'. boleh gak aku kirim. aku dahla exam berderet. balik malaysia awal. oke, aku terima salah aku ambil dentist. salah aku tak score betul2 exam awal. salah aku balik malaysia awal. ye lah, anggaplah aku berdosa, kalau dihukum berdosa. aku masih bengang part bagitaw lambat.

4. takde plak nak mintak maaf atas kesilapan. ye lah, aku jugak berdosa part ni. su uzzhon.

5. kerana 'dosa-dosa' aku di atas. aku kena ambil langkah untuk setelkan selebihnya.

6. mane2 jalan aku ambil mula malam ni, akan susahkan orang ketiga.

7. aku taktaw skarang, dosa akan mengalir ke sape. aku kot.


dah la, aku ambil keputusan untuk belajar bersabar kali ni. memang Allah sengaja uji aku. pemarah sangat. padan muka! kah kah.

kesian sebenarnya kat orang bekeng macam aku ni. mati dengan diri sendiri. berguling2 takde makna, last2 sume hancur.

terima kasih untuk jadi ejen Tuhan.

terpaksa ambil cara Mu'awiyah, mandi ketika marah. malam pun malam lah.

gua nak stadi. exam payah dah dekat.

bittaufiq bhai!

Monday, May 30, 2011

iqamah (sejenis kad ID)

jangan baca kalau korang nak ber suuzzhon. baik takyah susahkan hati sendiri.



***************


part ni paling aku tensen, paling aku nak nangis dalam hidup.

sebabnya, aku nangis dengan 'terhina'nya aku dengan 'zikir' celaka dari bibir dan hati aku agaknya dah 1000 kali dalam masa satu hari.

ni kali ketiga aku keluar masuk Jordan berdenda, siap kena minta pengampunan takut denda lebih banyak dari sepatutnya bagi kali ketiga ni. celah mane aku nak gi amman weh.

bengang weh bengang. orang lain boleh siap aku tak siap-siap. celah mane lagi aku nak layan weh.

mungkin muka aku tak smat sangat sampai pak cik yang wat kad tu muntah.
takpun banyak 'hollow' tak puas hati ngan aku, dia bunuh sape-sape yang nak siapkan iqamah aku.
takpun dokumen aku berat sangat sampai tak larat nak angkat.
logik jugak hantu-hantu halimunankan dokumen aku sampai tak jumpa.


yang penting kali ni aku geram sangat. aku doakan pembalasan sekali ganda bagi manusia yang terlibat tu. walaupun dia tak baca benda ni. walaupun dia orang arab. melainkan dia wali, aku tarik balik doa ni. ataupun dia bertaubat.

maaf.


puas.

Thursday, May 26, 2011

word

"thanks for the nice words."




agaknya nilah kiasan 'ko takde ayat kasar lagi ke?' yang dia nak cakap sebenarnya.

alah, kucing time main-main cakar dengan member, ade gak tercakar mata member. 'sakit bhai!'



"sebab tu mereka binatang tapi kau bukan."



huh~


*bendera putih*

Wednesday, May 25, 2011

markah

ok, aku dah tengok markah.

tahniah kheri, dental anatomi ko rendah.

PADAN MUKA!!

sape suh blaja pasal gigi dengan bleach. kartun senyum pun takleh nak cam yang mane canine yang mane incisor.

tahniah!

Sunday, May 22, 2011

dua kali jawab

korang penah jawab 160 soalan tekan tekan?

dua jam dengan tekanan soalan yang 'menenangkan'.



kah. al kisah.

kat JUST ni, examnya macam ujian memandu yang guna komputer yang klik klik pastu habis. last sekali kena tekan butang proceed untuk save dan pemarkahan. [peh, skema]


tadi exam microb. mudah citer, pasal biodata dan kekejaman kuman.

aku jawab exam dengan penuh 'tenang'. soalannya memang gaya seksi. penat jaga hati. jawab jawab. dah habis. ulang ulang. dah habis. ulang lagi. dah habis segala daya dan ijtihad yang dikeluarkan. aku redha.

habis 80 soalan, dalam masa sejam lebih.

ok lah, nak balik.

aku cari butang proceed. aku nak tekan. aku pegang mouse. aku angkat jari telunjuk. aku nak tekan left click.


kluk.


eh, apesal bunyi lain.  ?   ?

belum sempat tekan dan gelap, cepatnya 'proceed'.

pelik dah aku tadi.

tengok tepi, minah arab tengah tensen. sorang akhawat macam muka sedih. erk.


black out rupanya. yes. tahniah JUST! memang stailo!
lagi dua saat aku nak berjaya ko bunuh cita-cita aku depan mata.
dalam otak dah terbayang repeat microb tahun depan, erghh. na'uzubillah.



cayt!

aku bukak enset, bukak game, main bounce. sambil tengok arab tengah gaduh ngan pak cik yang jaga makmal.

tunggulah ape jadi.



# last sekali, kitorang kena ulang balik jawab exam tu. soalan baru pulak, banyak jugak kuar soalan yang lain. tengok kiri, ada kamal. oh, ada member sekapal. habis exam berlari-lari gi tandas dan solat asar. ke stesen bas lari-lari lagi, nak kejar matahari terbenam. cukup, alhamdulillah.






terima kasih alam, kerana menghilangkan rasa penat.
terima kasih kamal, bagi pinjam enset muros.
terima kasih abu, kerana tunggu.
terima kasih dr amir sweden, sebab tak arahkan kami untuk ambil mekap. ambo nok balik kelate.
alhamdulillah.








burung ape?
-murai.
burung ape?!
-murai.
burung ape?!!
- !!







Thursday, May 19, 2011

Mana mungkin Allah memandang seseorang, yang membenci hadiah-Nya

.






cuma kelemahannya

dia tidak tahu,


yang mana satukah

hadiah.












Tuesday, May 17, 2011

rambang ii

i1) tadi gunting rambut, cukur janggut. keluar tandas je member serumah gelakk.

"kah kah kah!! nampak muda." - member.

"kah." - aku.

tulah, dah nampak tua sangat kot.

*aku pun rasa geli tengok muka licin begini*


2) terpaksa pegang kata-kata kat zul, tadi last tengok bleach sebab tenet dah slow.


3) rasa nak baca slide saje untuk dental anat ni. tak sure cukup ke tak. tapi tanya orang sume taktaw. takpun takjawab. takpelah. salah aku.


4) nak gi brunei ke taknak? hmm..


5) dah nak berhenti makan megi. kena nasihat panjang-panjang dah.


6) semalam nak format laptop furqan sampai sembilan kali kot. tak jadi-jadi. dah delete wat satu partition kosong pun masih tak dapat. wat sakit ati wa je.


7) rajin lagi payah dari stadi. markah dental anat tak seperti diharapkan. tapi cukup untuk disyukuri. kadang-kadang sedih jugak rendah kat subjek mudah. sebeb tu lah harapan untuk subjek lain yang dah rendah. tapi bukan kita yang mengarang taqdir.


8) member rumah aku orang negeri sembilan. tak puas hati?


9) cukup sembilan.











aku rasa gambar ni tak layak nak hantar. kan.

urself

sebenarnya aku nak tulis pasal 'be ease with yourself'..

em, tapi kepenatan. penat layan bleach. kah. lagi-lagi kuchiki.

syaitan anime dah merasuk. bale kan.

ahh!

Sunday, May 15, 2011

kejap

dari sisi mata mereka yang memandang

takkan sama dengan saya yang merasa

atau mereka yang lain yang merasa.

Saturday, May 14, 2011

rukia




sape tahu ape hukum letak gambar Rukia sebagai wallpaper laptop?

dah cari yang pakai tudung tapi takde.

keh keh.

Sunday, May 8, 2011

Allah jualah pemilik dunia yang dipinjam

1- saya takleh lupakan entry ini. amat menarik. bak kata member.
"aku rasa nak ***** terus lepas baca link ko tu keri!"
nah - http://muxlim.com/blogs/megalotus/isteri-buya-hamka-atap-bocor-dan-perahu-kertas/
diri tak sebaik HAMKA ada hati nak bermimpi. sekarang musim HAMKA.



2- dulu pernah baca dalam buku, ayatnya.

seorang teman; bila dia duduk ber-buaian bersama sahabatnya tanpa berkata sepatah apa pun, lalu berpisah dan merasa bahawa itu adalah pengalaman paling bermakna dalam hidup. [faham ke?]

em, mungkin situasinya. contohla. pernah tak awak kol umi awak, borak-borak. sampai satu part. masing-masing senyap. lama. er.. senyap lagi..

bila si umi berkata, 'ok la, nati Eri kol len kali plak.'
lalu awak jawab, 'eh umi, jap jap.'
lalu umi tanya,'kenapa?'
lalu awak jawab, 'ntah! hehe...'

hmm.. saling bersenyap di gagang telefon pun dah jadi satu keindahan yang tinggi antara dua jiwa yang terjalin dengan cinta. bismillahi wabarokatillah.



3- skandal cuti JUST belum berakhir. ntahla celah mana yang mangkuk. saya tak doa mana-mana pun. sebab saya nakkan keduanya.
nak balik bulan 6 sebab akak nak kawen. p/s; khusus untuk sape-sape yang mengenali. datang2 la ke rumah kat kelantan,25.6.2011, juga kat gombak, 9.7.2011. anda dialu-alukan. ni nbr celcom,kot kot sesat. 0132059517. betol kot. lupa la. ter'campur' dgn studen namber.2050159.payah payah. ni ym. zul_akhyar

sambung. kena balik jugak bulan 6. sebab nak walikan akak. tapi bulan puasa nati umi nak gi umrah. punyalah saya rancang dan ajak beliau untuk pegi umrah bersama bulan puasa tahun ni, sekali cuti lambat. tensi!

sama ada cuti bulan 6 panjang, atau cuti bulan 8 awal, dua-dua saya nak. tapi umi doakan agar cuti bulan 6 panjang. ibu mesti lebih utamakan anaknya. saya ikut aje.



4- tadi borak dengan abu pasal hati, ketenangan, ujian, nikmat, jatuh, bangun.
agaknya dalam hidup saya di jordan ni, banyak 'ditegur' bila orang bertanya tentang hal yang masih saya gagal dan sedang merenungi. takpelah, sekurang-kurang ringankan beban di hati.

tentang ujian yang kerap datang dalam bentuk sama. kita sedang gagal dalam ujian sama ke abu? hmm.. panjang jugak kami borak. sayu saya bercerita. yelah, dengan diri yang entah ke mana. disoal tentang wilayah yang paling payah difahami, hati, oleh orang yang lagi mulia. banyak masa orang yang bertanya lagi mulia dari yang ditanya.

saya sampaikan dengan perbandingan. kononnya sebab saya melihat dia sebagai ahli 'kesihatan'. hehe.

jika awak sakit perut, adakah sebab awak tak makan? atau awak makan tapi makanan tak berkhasiat? atau awak makan tapi terlebih makan?

tiga-tiga secara sunnatullah Dia datangkan simptom sakit perut. [umumnya sakit perut lah]. tapi alam tak mengajar kita hal yang sama. mungkin sakit perut kita yang pertama kerana tak makan. tapi bila kita dah makan, tak bermakna kita takkan sakit perut. ada pelajaran lain dari alam melalui titah Penciptanya yang ingin mengajar kita.
faham tak abu?

lebih kurang macam tu lah analogi saya bagi. yelaa, tak stailo macam korang semua.

juga, kita takkan dapat berhenti dari makan. tiap kali 'amal' dikerjakan, adalah kesan yang menanti di hadapan. sama ada baik atau buruk, indah atau busuk. tetap boleh jadi ianya ujian atau kenangan. beza hati yang menerima, juga teropong mata yang memandang.



5- dah lama tak bermesra dengan ahli rumah. entahla, rasa nak diam je banyak-banyak. melainkan ditanya atau berbincang soal yang saya minat. hehe. sejarah ke. pilihan raya kufur ke [baru bincang dengan izaan tadi]. seni pada pandangan HAMKA ke. di bawah lindungan kaabah ke. takpela. maaf semua.



6- aduhai. silap langkah. tentu tentu la. kalau tahu dia naik kereta perdana warna hitam bumper silver dengan wiper pink sporty, bermakna saya tahu nombor kereta dia. bukan saja-saja saya nak hapal dan ambil tahu nombor kereta orang lain padahal tak tertulis nama tuan kat plat kereta tu.
padan muka. padan muka. moga Allah pelihara, harapnya.



7- akak kirim minta beli quran. nak letak atas 'pa'. dia minta mms gambar. sedihnya, takleh nak hantar mms dari jordan. sama ada saya yang pandai atau orange yang pandai atau kedua-duanya sekali. sabarlah cik kak. tok lari eh tune demo. keh keh.



8- umi selalu ingatkan saya tentang benda yang sama akhir akhir ni. belajar dulu. hafazan jangan tinggal. baca quran, belajar, nanti ajar umi, adik. sabar dengan benda tak senang. simpan duit, jangan habiskan mudah-mudah.



9- tak habis-habis pasal umi. saya pun pelik kenapa anak laki sorang ni 'pelik' sangat pasal uminya. takpela, peduli apa saya apa awak fikir pasal hal ini.



10- lama tak bersaya awak. kah kah.


selamat berimtihan buat rumet. juga lain-lain yang kena ukir gigi esok. juga yang saya-silap-sangka-ingat-ambil-exam-esok. selamat lepas exam lah jadinya. saya sendiri. mamat tak stadi yang tengah tido kat ruang tamu. siaplah ko kalo tak kejut aku pagi esok. semua pelajar dentist batch 2009. medik pun. JUST lah umumnya.


banyak merapu.


wassalam.

oh ye. tajuk tu diambil dari lirik lagu derita dunia, oleh hafiz hamidun.

Friday, May 6, 2011

o0o0o0o0o0o

"Dapat pemimpin yang tak baik tu ujian bagi rakyat."

-anonymous-




0o0o0o0o0o0o...

Sunday, May 1, 2011

esok

esok akan ke wadi syuaib (lagi).

kali ni lagi ramai. hmm, ensya Allah lagi bez. asalnya aku taknak pegi. teringin punya pasai, daftar lah dulu.

bila tanya kat member-member sume taknak pegi.tinggal aku ngan amir jusnan. amir dengar sume nus nus die pun nak tarik diri,aku plak nak follow die.

hari 1.

hari 2.


tiba satu detik semeja dengan mamat yang suka ponteng kelas.

'ko tak rase rugi ke tak pegi,abang imran dah balik tahun depan, kalo time ni tak jumpa sume, bile lagi?'

'betul jugak. tapi budak-budak ni taknak pegi pon.'

'kita boleh setel, ye dak?'

'hmmm...'

'ko kol si X, aku kol Y, ko ajak S, aku tanya abang imran..bla..bla..bla...'

'ok,sorang.'

'tiga orang.'

'................'

'.................'

'okeh, sume pegi ensya Allah melainkan 2 orang. tu pun nus nus. dapat asenye.'

'sekarang, abang imran!'

'tunggu dan lihat.'




kita hanya perlu dua minit untuk ubah keadaan, yang bezanya tindakan.


# esok, semua laki GEN 5 akan pegi, ensya Allah. =)




*bila nak jadi macam dulu?*

Thursday, April 28, 2011

kisah mereka

agaknya, berita sedih yang paling bnyak meneiti bibir maanusia-manusia yang sejalaan dengan aku adalah kisah perng jamal.

jika 4 kali aku baca kisah tu, 4 kali aku boleh nangis.

"agaknya, sebab aku semakin menjauhi sejarah kerana aku terlalu sedih dengan air mata dan darah yang menghiasi tiap tapak perjalanan sejarah. agaknya, aku ingin berhenti menangis."

-anonymous-




awak nak cakap lebih-lbih, apa awak tahu tentang mereka?!!


"Sesungguhnya Allah telah membesihkan darah-darah mereka dari pedang-pedang mereka. Baiknya kita bersihkanlh lidah-lidah kita dari kisah-kisah mereka."

-mafhum kata-kata Sultan Umar bin Abdul Aziz-




#kenapa aku wat nama blog ni naskhah lama? sebab ianya sejarah.
tapi aku masih jauh dari layak bercerita tentangnya.


Wednesday, April 27, 2011

pengharapan

adakalah tutur kata seorang pemuda untuk orang di sisinya, berupa nasihat mahupun saranan, adalah suatu hajat yang 10 kali lebih besar bagi dirinya berbanding apa yang dituturnya.

ditutur jua, agar yang di sisi tenang dan bersenyum, juga agar yang di belakang yang di sisi tadi turut lebih tenang bahkan tersenyum.

alangkah indah sebuah pengharapan, andai ia hadir ke dalam kehidupan seorang pengharap.

sedangkan sang pengharap tadi masih kelabu dan merangkak, kerana lazim manusia hidup adalah bergerak. andai tidak melangkah perlulah merangkak.

andai henti ia, tersungkur di tepi jalan yang pada fikirnya bukan arah syahid. bahkan jua bukan arah mulia, untuk jiwanya yang kadangkala menderita kadangkala penuh cinta, untuk dunia mahupun hidupan akhirnya. ah, bukan hidupan akhirnya, namun hidupan kekalnya.

masih lagi sang pengharap itu termenung, agaknya ia lupa tentang syurga.

tetap juga sang pengharap itu termenung, barangkali ia turut lupa akan neraka.

dosa berganti pahala dan pahala berganti dosa. silih mereka berganti bagai siang berganti malam. cuma ada kala siangnya panjang, ada kala malamnya panjang.

namun masih juga sang pengharap tadi mengharapkan pahala menemani akhirnya.

agar kelak syurga menemani kekalnya.

tangis berganti tawa dan suka mengalih duka. keduanya masih melukis rancak dalam hati sang pengharap tadi.

entah harapan apa entah ia ada bagaimana bahkan mungkin tiada.

tetap ia sang pengharap.

ah, sang itu pun tetap bingung, ia atau dia.

memang 'sang'.

indahnya hidup sang pengharap andai dihias hidupnya dengan harapan. namun hati sang pengharap masih menolak mandat. mandat yang diberi dari alam kerana ia merasa jiwanya bukan yang kena berada di situ.

dan tak mungkin alam kecewa. masih alam kaya dengan kiri kanan pendamping yang lagi luhur bahkan murni menyempurnakan titah Allah dalam sunnah-Nya sendiri.


*********************





hiraukan repekan di atas.

ngeri, masih ngeri memikirkan persoalan abang sahel tadi.

'awak nak sumbangkan ape khairi tahun depan?'

soalan yang sama sebulan lepas. masih dilupakan sang tersoal tadi.

pergilah. pergilah.

aku bukan sang pencita, bahkan pencinta.
hanya dua tiga mimpi yang aku taknak buka.

tengoklah apa jadi.

maaf bang.






=|





manusia takkan dapat lupakan mentari, walau redup itu nyaman.


Saturday, April 23, 2011

member tak support

ha ha ha ha.

aku gelak kaw kaw.

bila sorang kawan kat alex cakap.

'aku ttka jadi balik tahun n. ..... nak jadi baik.'


kah kah kah.

gelak aku.

ha ha.

i'Allah i'Allah, Allah bersama kau.

sori2


apdet.

ade tambahan, 'aku nak jadi macam ko. sobs'

hak hak hak.

gaye putus cinta habis..

adui adui. astaga.

yelah, aku terima 'teguran' korang!

Wednesday, April 20, 2011

buku

sumpah aku dah malas giler nak wat buku untuk fiqh medik. entahkenapa tubuh aku taknak buat.

ces.

tolonglah sesape marah aku sebelum korang tengok buku tu tak siap time program.

tengoklah ape jadi!

Monday, April 18, 2011

fairy tale ii

lanjutan ini.


malam ni kali kedua tengok tangled.

cis, ade patot minat watak kartun. keh keh.

takpelah, mimpi pon mimpi.

tapi tapi, aku amat tertarik dengan watak seperti Rapunzel.

argh. argh. dosa ke?

tapi jugak, aku tak sesemat Eugene. keh keh.

dentist takpe tak semat kot. err. bior le..

eh, lupa. taknak yang derhaka kat mak ayah, keluar ngan jantan tanpa kebenaran. ikhtilat! keh keh.

ok, saje berangan. maaf!

nak tido.

selamat malam.

Friday, April 15, 2011

lupa

kali ni ada dua benda teringat.

1. cikgu sejarah pernah cakap, nak lupa lagi payah dari nak ingat.

- cuba lupa tarikh lahir, etc secepat mungkin.


2. Ustaz Syuk pula pernah cakap, lupa ni nikmat.

- kalau takde lupa; macam mane kalau kita takleh lupa najis yang kita pernah terlihat, lagi-lagi time makan.


so, secara hambarnya, aku dapat idea untuk satu doa.




"Ya Allah, jadikanlah aku lupakan dia sebagaimana Kau jadikan aku lupakan najis."



erk, wallahu a'lam. he he.


gurau je.takpernah guna pun.sesape jangan ambil hati!



*****************


sabar ye kawan-kawan. kita takpernah taklayak untuk diuji. cuma mereka datang dalam bentuk yang berbeza. jom top up semangat!







# tengah tensi stadi siket ni. payah doe nak hapal head n neck. 'kecik' sangat!


bittaufiq semua. =)

Thursday, April 14, 2011

budak bilik

tiba-tiba rindu smapk pulak dah. dahla takpernah wat post pasal budak bilik. tengok gambar sebek jah.

dulu, berkampung dalam bilik D 07, memang bilik paling 'hot' di hari isnin.

"Bilik yang paling rendah markah kebersihan mereka minggu lepas adalah D 07."

dan time dah dalam kelas.

"Perhatian kepada semua ahli bilik D 07, anda diminta berada di bilik anda sekarang juga atas arahan Che Mat."



Sume wat muke toye jalan masuk bilik. Kat kelas malu giler nak keluar, lama-lama jadi kebal. 3 jejaka dari 5 Musytari segan-segan keluar dari kelas. sorang baju kuning, sorang baju biru, sorang baju ungu. memang terbaik!

masuk bilik.

'Hah, PP pun ade!' - Che Mat.

lame-lame beliau pun dah kebal.



agaknya, kalau ada dua golongan kat sekolah, satu siqoh satu biasa. aganya kitorang group siqoh paling nakal, atau group biasa paling siqoh. haha.

ahli asalnya form 5 lapan orang je kot. tapi 'ahli' rasmi jadi 20 lebih. entah sape santau.

ahli form 4 dengan suka rela 'meninggalkan' bilik kami secara tetap kerana 'memberi laluan'. ha ha.

kalo pagi.

takdelah orang paling kuat bunyi jam loceng melainkan Gon. peh,satu blok bunyi. ade gak rase macam 1st year, pasang jam loceng. tapi selalunya tuan dia tak bangun pun, sebab ada mamat sebelah aku ni, za*** tolong tutup, dan tidur balik. hak hak.

pernah satu pagi, sorang cikgu datang kejut dari bilik ke bilik, dengan hanger. ketuk ketuk pintu. aku sedar la. sekali aku tengok cikgu X tu yang ketuk pintu, aku tidur balik. hak hak. bila borak siang tu ngan member. 2 3 orang wat camtu jugak. 'aku dah sedar time cikgu kejut tu, tapi tengok *** ***, malas aku nak bangun.'

ceh, harapnya kita ambil pengajaran.terpulanglah.


agaknya bilik paling lambat kosong time nak gi kelas. aku selalu guna 'autoriti'. hua hua.

bilik paling tak kemas.

bilik paling banyak sorok barang celah-celah. segala celahla, nak suh nampak kemas. stor kosong dah jadi stor sampah. memang tempat terbaik nak bela kutu.


kalo petang.


turun main bola ramai-ramai. takpun main hujan. ha ha. tapi aku tak sempat join part mandi hujan tu. huh. yelah yelah, aku selalu fambel main bola.
habis main bila junior dah mula masuk masjid, makan dengan peluh-peluh. mandi time azan maghrib, ke masjid time takbir pertama. eh, ni kire dah lambat,kot. selalunya 'awal'. melainkan seorang 'hamba spesel' yang aku rindu sangat nak kacau makanan dia. ha ha. memang manusia paling terer part masuk asrama pada waktu larangan.


part malam.

barulah 'kehidupan' bermula. antaranya.

main poker ramai-ramai sampai pukul dua pagi. wat dua divisyen, 4 terhebat divisyen satu, 4 termangkuk divisyen dua. sempatlah aku bertahan tak lama mana dalam divisyen satu, tapi takpernah menang. terpaksa tidur masjid takut tak bangun.

fly gi makan nasi mak nab.

overnight kat bandar kajang.

er, tak ingat dah la. tapi yang paling bez, waktu malam makan talam. tak pasai-pasai budak bilik aku pakat ramai-ramai tempah nasi talam untuk makan sebilik. time tu baru balik kursus PP, sampai-sampai terus makan. memang layan.

bed time story. peh, banyak kisah budak-budak ni. kalo tulis ni habis la korang. ha ha. aku kalu part bed time story, bila dah ngantuk tidur je, kesian kat member sebelah. yelah, niatnya esok nak qiam. aminn.

isy, malas dah nak tulis. bagi gambar plak. maafla gambo kureng lawo.


 rela tempah ngan orang luar sebab sangap nak makan talam




 asalnya



 baok baok.. sape bekenan buzz aku skang kat YM! hot stuff DQ ni. 



awal-awal jumpa kamera



 yeah! kawan sampai mati.



 sebelum balik cuti aidilfitri



sebelum ke majlis ghaye.



 time majlis hari raya aidilfitri. ni pun masih ada ahli yang takde.



 makhluk-makhluk yang lambat ke kelas tambahan dekat SPM. tak silapnya tengah nyanyi NEGARAKU.



dah dekat ekzeng sume ngadap buku. tak silapnya ni paper last, PSI.



last-last kenangan tetap jadi kenangan. setakat ni, korang jumpa ramai-ramai taksempat aku nak join. sorilah.
[entah korang bac ke tidak blog ni.erk]




#semalam tolong kawan format laptop. harapnya menjadi. takdela pandai sangat.

#baru penat-penat lari, naik tingkat sutuh tingkat empat, pastu turun balik, lari-lari lagi. sebab nak tengok matahari terbenam. takde rezki =(. dah terbenam. time ats sutuh, terlindung. esok masih ada!

#dengar citer cuti jadi pendek. peh, ngeri. kesian akak.

bai.